Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, August 13, 2010

Alam Kerohanian - Roh,Akal dan nafsu

lmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh.

Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan `ruhun'. Apakah
yang dikatakan roh itu?

Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama saya mengembara ke alam rohani ini, dengan izinAllah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga turut sama dapat memahaminya melalui pengembaraan kerohanian ini.

Untuk itu mari kita kenali apa itu roh.

Roh terbahagiakepada dua iaitu:

1. Ruhul hayah
2. Ruhultamyiz

RUHUL HAYAH


Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat,binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologiatau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat seperti batu, kayu dansebagainya.

RUHUL TAMYIZ

Ruhul tamyiz (ruhul amri)lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud
pada binatang tetapi hanya wujudpada manusia, malaikat dan jin.

Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka di pertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang.
Binatang hanya ada ruhulhayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki
roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat.

Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat.Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dariAllah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah
suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka
dianggap makhlukyang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhultamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan:
Maksudnya: "KetikaAllah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan
akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.

Kemudian Allah berfirman kepada akal:`Demi kebesaran dan
kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku
sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan
pada orang yang Aku cintai. Kepada mu lah Aku akan menyuruh, melarang danmenyeksaserta memberi pahala'."
(RiwayatAbdullah bin Imam Ahmad)

Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain
makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak
diberi pahala.Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka
jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh
kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada keSyurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya.

Kalau mereka berbuat baik akan diberipahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini.Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikatdan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat,
malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluardari jin, jin akan mati.
Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul
hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati.Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain.

Mungkin dapat melihat alam malakut,dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur,dapat melihat alam Akhirat, dapat
melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam
mawaraa-ul maddah - ) iaitu dapat melihat alam di luar material
(kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di
waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu
seseorang itusedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang
suci, seseorang ituakan dapat mimpi yang baik-baik.

Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat,syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan
dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia
akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca
hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau
melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak
semajlis dengannya.

Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh.

Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu
bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.

Perlu dijelaskanlagi:

1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang
taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti
yang disebutkan didalam Al Quran:

Maksudnya: (Malaikatitu) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."(At Tahrim:6)

2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurgadan tidak ke Neraka.

3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga
sekali. Kalau diasuh,dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak
malaikat yang berupa manusia.Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak
dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang
berupa manusia.

Sumber dari e sufi

2 comments:

fikir fikri said...

maaf nak tanya..bukan nak pertikai kan..saya selalu baca bab-bab ilmu spt ini,yang tidak boleh difikirkan akal..tapi selalu tak disertakan dengan rujukan cerita samaada petikan al-quran atau hadis atau dari mana cerita dikutip.

Ahmad Zaki Badruddin said...

bagaimana pulak dengan tumbuhan atau pokok tiada roh kepada tumbuhan ...apakah jenis roh kepada tumbuhan.....

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...