Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, September 22, 2011

Hati dan lidah

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing
kepada Luqman al-Hakim. Ibu itu berpesan, ³Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang
terburuk daripadanya untuk saya makan.´
Setelah disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah kambing kepada ibu itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar
dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu.
Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
³Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang
terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?´ tanya
ibu tersebut kepada Luqman.
Luqman menjawab, ³Hati dan lidah amatlah baik ketika ia baik dan menjadi buruk apabila keduanya
buruk.´ Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. Hati dan lidah itu
adalah tunjang segala kebaikan dan juga ibu kejahatan serta keburukan
.
------------------------------------
Satu kisah yang agak menarik minat saya. Saya yakin dan percaya, anda pun mendapat mesej yang baik dari
cerita ini.
Hati dan lidah adalah punca segala apa yang 'keluar' dari manusia. Antara dua itu, yang lebih utama adalah hati.
Sehinggakan Nabi Muhammad pun ada bersabda:
'di dalam diri kamu ada setul daging, bilamana ia baik maka baik la kamu, namun jika ia buruk, maka buruk lah
kamu'
Sahabat bertanya: 'apakah daging itu ya Rasulullah'?
Baginda menjawab: 'itulah hati'
Sahabat sekalian...
Sebagai manusia biasa, kita sememangnya tidak dapat lari daripada turut terlibat di dalam konflik hati. Semakin
merumitkan keadaan, hati itu juga mampu ditembusi oleh syaitan yang mana makhluk perosak yang berjanji
sehingga ke hari kiamat ingin mengacau dan menyesatkan manusia. Apabila kloborasi antara syaitan bersama
diri kita, maka satu kekeliruan akan muncul menyebabkan manusia seringkali tewas pada dirinya sndiri.
Tidak perlu memilih sesiapa. Kita lihat saja diri sendiri. Semua orang terlibat pada permasalahan hati ini.
Jangan menyangka kita hebat dan jangan bersangka-sangka orang ini hebat, orang itu mantap. Semantap mana

pun orang itu, sehebat mana pun orang itu, dia juga berhadapan dengan masalah diri dia yang juga berpunca
dari hati.
Saya akui, berkata-kata tidak semudah menghadapi. Ya, itu realiti. Namun, jika tidak berkata-kata, bagaimana
mahu mencari penyelesaian. Di zaman Nabi pun, banyak juga konflik hati yang terjadi. Jika ada sahabat-sahabat
atau umat ketika itu ada masalah, maka pada nabi lah tempat rujukannya. Apa yang nabi buat? Nabi berkata-
kata! Kata-kata yang memberi peransang, memberi motivasi dan inspirasi!
Seorang wanita tua yang rajin beribadah datang menemui nabi kerana ada 'masalah hati'. Mungkin hatinya
konflik dan keliru kerana tidak yakin dirinya akan masuk syurga kerana dirinya yang tua dan comot. Diajukan
permasalahan hatinya pada Rasulullah: 'Ya Rasulullah, adakah orang tua dan comot seperti aku ini masuk
syurga?'
Nabi faham maksud perempuan itu. Maka Nabi memberi respon humor: 'tidak ada tempat bagi orang-orang tua
di dalam syurga'....
Wanita tua itu terkejut dan menangis. Amat panjang tangisannya. Nabi hanya tersenyum dan tidak membiarkan
wanita tua itu berduka dengan panjang. Maka baginda menyambung kembali: 'semua penghuni syurga adalah
muda-muda belia. Semua umur adalah sekata. Tidak ada yang tua mahupun yang kecil. maka yang tua akan
dikembalikan zaman mudanya!'
Wanita tua itu berubah. Hatinya terhibur. Terlerai sudah cengkaman hati yang menyelubungi dirinya. Maka
berlalulah wanita tua itu dengan penuh kegembiraan.
Ini hanya salah satu contoh permasalahan hati dan penyelesaiannya. Antara yang boleh dijadikan pedoman, jika
anda ada konflik hati, jangan biarkan dia berlalu dengan sendiri. Saya yakin ia takkan selesai! Jangan harap
sebuah barisan pelajar baru universiti akan terbentuk dengan sendiri tanpa arahan! Begitu juga hati kita. Beri
arahan! Arahan bagaimana? Ibarat barisan tadi, yg memberi arahan adalah 'orang lain'. Maka suruhlah orang
lain memberi arahan pada hati kita. Bagaimana? Kongsilah konflik hati itu bersama orang lain. Walaupun orang
itu tak mampu mengatasi, mungkin dia boleh memberikan pendapt. Paling tidak pun, sekurang-kurangnya dia
boleh menjadi pendengar yang setia.
Hati. Satu aset original yang ada pada diri kita semua. Sepatutnya kita menjaganya dengan penuh cermat.
Berilah makanan pada hati setiap hari sepertimana kita meberi makanan pada tubuh kita. Makanan hati adalah
zikir, bacaan quran, selawat dan amalan-amalan lain. Bila hati diberi makanan dengan gizi yang seimbang,
risiko untuk dihinggapi penyakit mungkin boleh diminimumkan.
Jika sakit, cepat-cepat ubati. Satu ubat yang boleh meyembuhkan seribu penyakit. Bukan seribu ubat yang
hendak menyembuhkan satu penyakit. Apa ubatnya? Itulah al-quran. Penghulu segala ubat. Umar al-khatab ada
penyakit berpunca dari hati iaitu sifat jahil suatu ketika dahulu. Yang mengubati adalah al-quran (surah taha).
Selepas Umar makan ubat itu, penyakitnya pun hilang. Hatinya bersih. Bukan sahaja penyakitnya hilang, tetapi
menjadi semakin kuat dan bertenaga.
Akhirnya, sebagai manusia biasa, saya akui, kita semua terlibat. Mari kita hadapai permasalahan tersebut
dengan bijaksana sebagai mukmin. Merujuk semula kisah di atas... sama-samalah kita muhasabah. Jangan
biarkan 'hati' yang meng-control perjalanan diri kita. Biarlah iman di depan. Biarlah petunjuk Allah di depan!
Bila kita lantik Allah sebagai driver, saya jamin perjalanan kita pasti sampai ke destinasi TANPA
KEMALANGAN!

Wednesday, September 21, 2011

Sahabat Nabi yang masuk neraka..




                        Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

                        "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

                        "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."



sumber#

Sunday, September 11, 2011

Kemerdekaan adalah dari perjuangan darah dan keringat!!


KOMUNIS MEMAKSA BRITISH BERUNDING DENGAN TUNKU


 Lim Hong Siang | Sep 09, 2011 01:17:06 pm


Sering kali nama Martin Luther King Jr. (1929 - 1968) diungkit, malah ayat-ayat dalam ucapan beliau yang bersejarah, "I have a dream" (Aku mempunyai satu impian), berulang-kali dipetik ketika memerangi politik perkauman sempit yang masih berleluasa dalam masyarakat pada kurun ke-21 ini.  Nama beliau terpahat sebagai ikon dalam sejarah ketamadunan manusia menuntut kesamarataan antara kaum.



Sebaliknya, Malcom X (1925 - 1965), seorang lagi aktivis perjuangan hak kaum kulit hitam yang sezaman dengan Martin Luther King Jr., semakin terpadam dari sejarah.  Malcom X adalah nama yang digelar dirinya oleh El-Hajj Malik El-Shabazz, seorang muslim - untuk menonjolkan bagaimana orang putih menghamba-abdikan kaum kulit hitam ketika itu, sehingga hilang nama keturunannya, diganti dengan "X" - simbol pembolehubah yang paling biasa digunakan dalam matematik.

Kedua-dua orang Martin Luther King Jr. dan Malcom X mengalami nasib yang sama, menerima peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat hidup mereka.  Bagaimanapun, "nasib" mereka selepas meninggal dunia - jauh berbeza.  Martin Luther King Jr. diberi reputasi yang lebih tinggi dalam sejarah, berbanding dengan Malcom X.  Layanan ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan kedua-dua mereka, di mana Martin Luther  King Jr. menggunakan "cara aman", sementara Malcom X mengangguk kepada keganasan.

Sejarah bukan hakim muktamad, kerana manusia yang mencatat sejarah tidak bebas daripada prasangka dan prejudis dirinya.  Sejarah hanya merakamkan kesudahan yang terpampang di depan mata, jarang sekali mengupas secara mendalam kebenaran yang rumit, berlapik-lapik, malah berliku-liku, apatah lagi apabila sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan berkuasa.

Hanya mereka yang naif akan percaya bahawa orang putih "insaf" secara tiba-tiba, dan kemudian mengaku salah ke atas segala diskriminasi dan kezalimannya terhadap kaum kulit hitam.  Dalam mana-mana pergelutan dan pergolakan yang melibatkan kuasa, sebarang kompromi hanya datang apabila wujudnya penentangan dan tekanan.  Berdepan dengan penentangan dari kaum kulit hitam, orang putih Amerika Syarikat terpaksa memilih, antara pendekatan Martin Luther King Jr. dengan Malcom X..., dan sudah tentunya, mereka memilih Martin Luther, King Jr. yang lebih "lembut" berbanding dengan Malcom X yang "ganas".

Namun demikian, apakah orang putih akan berganjak langkah untuk memberi laluan kepada Martin Luther, King Jr. tanpa kemunculan Malcom X?  Atau, seandainya Malcom X memilih pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan Martin Luther King Jr., di mana agaknya kedudukan tangga reputasinya dalam sejarah?  Atau soalan yang lebih relevan mungkin berbunyi, apakah kaum kulit hitam akan berjaya dalam perjuangan hak mereka, atau dipecah-belahkan ketika itu?

Bukan maksud dan niat saya untuk mendukung politik dendam dan merestui pendekatan keganasan.  Maksud saya, setiap manusia memainkan peranan yang berbeza untuk menggerakkan kemajuan sejarah ketamadunan.  Sesungguhnya perwatakan atau peranan seseorang itu mungkin dipertikai seandainya dilihat menggunakan kaca mata zaman ini, namun kita perlu merenungi, apakah pilihan yang ada dalam konteks masyarakat ketika itu?

Persoalan yang sama, seandainya tiada perang gerila dalam hutan yang melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM), apakah penjajah British sanggup berunding di atas meja bersama wakil UMNO, dan bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Malaya pada 31 Ogos 1957?  Antara pasukan Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin yang bersenjata, dengan perikatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambanthan yang bermuka senyum, gandingan manakah yang akan dipilih oleh penjajah untuk "berunding"?

Sesungguhnya ia sesuatu yang senang difahami.  Meskipun perjanjian ditandatangani dengan dakwat, namun kemerdekaan diperjuangkan dengan titisan darah.  Begitu juga keadaannya sekarang, kalau tandatangan pada memorandum boleh membawa perubahan, siapa pula yang sanggup ditembak meriam air berkimia di jalan raya?  Sebaliknya, tanpa mereka yang turun untuk melaungkan slogan dalam kepulan gas pemedih mata, tuntutan dalam memorandum hanya akan kekal sebagai dokumen bersejarah yang berdebu.

Perlu difahamkan bahawa dalam zaman perang, sama ada saya menembak, atau saya ditembak; sama ada saya membunuh, atau saya dibunuh.  Kita tidak semestinya menyetujui kesemua ideologi yang didukung oleh mereka yang meletakkan nyawa mereka di hujung senapang.  Namun kita perlu bersetuju bahawa kemerdekaan itu juga diperjuangkan dengan titisan darah anggota PKM, yang akhirnya memaksa penjajah British untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

Masing-masing memainkan peranan mereka dalam sejarah perjuangan kemerdekaan.  Sumbangan Tunku dan perikatannya dipahat dalam sejarah, sementara tiada tempat untuk nama PKM dan rejimennya.  Untuk sekian lama titisan peluh, air mata, dan darah mereka dilenyapkan; untuk sekian lama perjuangan mereka dinafikan, dicemuh dan dicaci dengan pelbagai tuduhan liar.

Namun, ingatlah bahawa mereka benar layak untuk mendabik dada dan menyanyikan "Negaraku, tanah tumpahnya darahku...".  Jika tidak mengiktiraf pun, siapakah pula kita untuk memahat label "pengkhianat" ke atas anggota PKM yang pernah mendabik dada sebagai perisai untuk menghalang kemaraan peluru penjajah?

Dan yang paling jelik, orang yang isterinya memiliki cincin bernilai RM24 juta, tanpa segan silu sanggup berbuat demikian.

dipetik dari: http://merdekareview.com/

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah dunia menyaksikan mana-mana negara pun yang dijajah,rakyat
yang bangun menentang semestinya melalui darah dan keringat kerana sudah pasti penjajah tidak akan menyerahkan tanah jajahan mereka begitu sahaja dengan senang hati sekiranya tiada penentangan secara total,pemberontakan secara terus dan bermandikan darah.

Motif utama mereka yang menentang ketika zaman penjajahan adalah menghalau penjajah dan itu adalah fakta namun tindakan mereka itu bertentangan dengan nilai dan etika kebanyakan rakyat dahulu.Akan tetapi sekiranya tiada mereka yang menentang secara fizikal dan bermandikan darah serta keringat apakah mungkin penjajah akan berlembut hati dan menyerahkan negara yang dijajah secara rela hati.Kemungkinan itu ada tetapi amat sukar sekali untuk dipercayai kerana pasti secara lumrahnya tiada mana-mana orang kini mempunyai hati yang semulia seperti akhlak Nabi Muhammad S.A.W.
Sedangkan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W untuk menyebarkan Islam juga melalui darah dan keringat disamping pendekatan berhemah dan lemah lembut.Kemerdekaan memerlukan pejuang dan pejuang sanggup berkorban kerana agama,bangsa dan negara.
Hakikatnya ialah peperangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan mereka yang berjuang tidak kiranya samada mereka yang berjuang secara mengangkat senjata atau dengan pena atau kini secara turun kejalan raya berdemonstrasi atau mengetik papan kekunci komputer,mereka adalah sama-sama berjuang menuntut yang hak,menghapus kebatilan.

Monday, September 5, 2011

Malaysia Mengundang Tsunami?


Malaysia Mengundang Tsunami?

Malaysia Jadi Pusat Pengeluaran Beer ASAHI?

Produk ASAHI 
Syarikat PERMANIS yang mengeluarkan sebahagian besar minuman ringan di Malaysia telah di jual kepada ASAHI pengeluar beer terbesar Jepun sebanyak RM820 Juta. Dengan pembelian ini ASAHI bukan sahaja menjadikan pusat minuman ringannya tetapi adalah dipercayai untuk meluaskan pasaran beer keluarannya di Malaysia akibat kelembapan jualannya di Jepun. Pembellian ini adalah langkah strategik untuk memasuki pasaran Malaysia buat masa ini di kuasai oleh Guinness Anchor (GAB) yang telah bertapak sekian lama. Adalah diketahui Malaysia merupakan yang ke 10 tertinggi di dunia dalam minuman beralkohol. sumber:  http://beerbeer.org/?p=491

ASAHI Membawa Bencana Tsunami! 


http://www.abc.net.au/news/2011-03-14/tsunami-transforms-asahi-into-rubble/2657084

Lihatlah kehancuran bandar Asahi pusat pengeluaran beer terbesar menjadi padang jarak akibat di landa tsunami. Sebenarnya inilah janji Allah yang telah di beri amaran oleh Rasulullah s.a.w tentang balasan bencana tsunami akibat berleluasanya arak dan muzik; 

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa)dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi". 

Riwayat Ibnu Majah

Kerajaan dengan bangganya mengisytiharkan pelaburan berjuta-juta ringgit oleh ASAHI tanpa peduli tentang amaran Allah dan Rasulnya bala yang bakal di terima. Di manakah letaknya taraf kewajaran sebagai negara Islam apabila menggalakan kemasukan syarikat beer secara besar-besaran? Sesungguhnya amaran yang telah di beri oleh Rasulullah pasti akan berlaku dan bersedialah kamu wahai kaum yang engkar menghadapi pembalasan yang telah di janjikan!

http://www.bharian.com.my/articles/Malaysiahabminumanberkarbonat/Article/

Malaysia hab minuman berkarbonat


2011/07/22

ASAHI Group Holdings Ltd, iaitu pengeluar minuman ringan terbesar Jepun akan menjadikan Malaysia sebagai hab bagi perniagaannya di Asia Tenggara susulan pengambilalihan 100 peratus kepentingan dalam Permanis Sdn Bhd. 

Syarikat itu semalam memeterai perjanjian dengan CI Holdings Bhd bagi membeli Permanis, yang kini adalah pengeluar minuman berkarbonat kedua terbesar di negara ini dengan jenama utama Pepsi dan 7-up pada harga RM820 juta.
“Pengambilalihan ini membolehkan kami bertapak dalam pasaran minuman berkarbonat Malaysia dan kemudian menggunakannya sebagai pusat bagi peluasan perniagaan ke rantau Asia Tenggara,” kata Asahi Group dalam kenyataannya kepada Singapore Stock Exchange semalam.

sumber#

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemerintah Malaysia kini..(baca UMNO) sejak dari dahulu lagi mengiktiraf arak ini sebagai salah satu sumber ekonomi negara disamping Judi dan lain-lain unsur lagha seperti kelab-kelab malam serta penganjuran aktiviti-aktiviti melalaikan rakyat terutamanya unutk  anak-anak muda dan remaja.

Hasilnya kini Tsunami keruntuhan akhlak dan moral  melanda generasi X (remaja kini) yang tidak lagi mempunyai rasa kebertanggungjawaban serta menghormati generasi yang lebih tua.Kejadian anak membunuh orang tua mereka seperti menjadi kes yang terpencil dan tidak berapa dipedulikan masyarakat apatah lagi kes-kes pembuangan bayi seperti hanya penghias berita di dada akhbar sahaja buat mencari publisiti sahaja.

Seharusnya pihak berwajib mengambil tindakan serius akibat keruntuhan moral anak-anak muda kini dengan melakukan post mortem isu ini secara total.Tetapi sehinggan kini gejala ini masih berlaku dan berlaku kerana apa jua tindakan mereka hanya umpama melepaskan batuk di tangga sahaja.


Sunday, September 4, 2011

Berilmu tapi tidak berakhlak


Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.
Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh – ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.
Malangnya – yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama’ah. Manakala dalil yang terkuat baginya – juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.
Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah – itu haram, ini bid’ah, engkau munafiq!, engkau sesat!

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

ALLahu..ALlah..
Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.
“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun”. (Surah al Fatir : 28)
Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri? Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?
Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk anak-anak yang kembali ke asrama.kolej, universiti amalkanlah doa ini agar ilmu yang dituntut menjadi penyuluh hidup dan mendapat berkat serta rahmah Allah... 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

اَللَّهُمَّ اِنْفَعْنِي بِمَا عَلَّمْتَنِي وَعَلِّمْنِي مَا يَنْفَعُنِي وَارْزُقْنِي عِلْمًا يَنْفَعُنِي وَزِدْنِي عِلْمًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَأَعُوذُ بِاَللَّهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ اَلنَّارِ
"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rizqi berupa ilmu yang bermanfaat bagiku1. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."2

1 Riwayat Nasai dan Hakim dari Anas bin Malik radhiallahu’anhu.
2 Riwayat Tirmidzi dengan sanad hasan dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu.

Sunday, August 28, 2011

Mati Syahid,pembaca Quran,bersedekah dan rajin Solat tapi tetap masuk neraka!!

Kita pasti bertanya, kenapa boleh, seorang hamba yang mati di medan jihad, berilmu dan membaca al-Qur’an, serta dikenal kerana kedermawanan beliau, tapi pada akhirnya terlempar ke neraka. Apa sebabnya?


Abu Hurairah meriwayatkan, ia pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda, ”Manusia pertama yang diadili pada hari Kiamat nanti adalah orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid didatangkan di hadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.

Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?” Dia menjawab, “Aku berperang demi membela agamamu.” Allah berkata, “Kamu bohong.Kamu berperang supaya orang-orang menyebutmu Sang Pemberani.” Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-NYa. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Seorang penuntut ilmu yang mengamalkan ilmunya dan rajin membaca al-Qur’an didatangkan dihadapan Allah. Lalu ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?” Dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengamalkannnya, dan aku membaca al-Qur’an demi mencari ridhamu.”

Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu mencari ilmu supaya orang lain menyebutmu orang alim, dan kamu membaca al-Qur’an supaya orang lain menyebutmu orang yang rajin membaca al-Qur’an.” Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-NYa. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Selanjutnya, seorang yang memiliki kekayaan berlimpah dan terkenal karena kedermawanannya, didatang dihadapan Allah. Kemudian ditunjukkan segala kenikmatan yang telah diberikan kepadanya, dan ia mengakuinya.

Allah bertanya, “Apa yang telah kamu lakukan di dunia?” Dia menjawab, “Semua harta kekayaan yang aku punya tidak aku sukai, kecuali aku sedekah karena-Mu.” Allah berkata, “Kamu bohong. Kamu melakukan itu semua agar orang-orang menyebutmu orang dermawan dan murah hati.” Kemudian Allah memerintahkan agar amalnya dihitung di hadapan pengadilan-NYa. Akhirnya ia dilempar ke neraka.

Abu Hurairah berkata, “Kemudian Rasulullah menepuk pahaku seraya berkata, “Wahai Abu Hurairah, mereka adalag manusia pertama yang merasakan panasnya api neraka Jahanam di Hari Kiamat nanti.” (HR. Muslim)

Berlatih Ikhlas

Dari hadits riwayat Muslim di atas, maka keikhlasan dalam beramal menjadi hal yang sangat penting. Betapa pun seorang hamba mati di medan jihad, berilmu dan membaca al-Qur’an, bahkan dikenal karena kedermawanannya, tapi jika tidak disertai dengan keikhlasan, maka menjadi sia-sialah amalnya.

Ternyata kata ikhlas, bukan karena bibir ini berucap ikhlas. Atau bahkan tidak berucapkan ikhlas. Boleh jadi, tanpa kita sadari, keikhlasan kita bercampur dengan riya’ dan ingin menunjukkan bahwa kita adalah seorang yang pemberani, yang berilmu, dan dermawan.

Orang bijak berkata, “Orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya, seperti dia menyembunyikan kejelekannya. Keikhlasan niat dalam amalmu lebih bermakna daripada amal itu sendiri.”

Ma’ruf al-Karkhi sampai memukul dirinya sendiri sambil berkata, “Wahai jiwa, ikhlaslah! Maka kamu akan bahagia.”

Yahya bin Mu’adz berkata, “Ikhlas adalah memisahkan amal dari cacat seperti terpisahnya susu dari kotoran dan darah.”

Yusuf bin Husain berkata, “Sesuatu yang paling mulia di dunia ini adalah ikhlas. Berapa besar kesungguhanku untuk mengeluarkan pamer dari dalam hati, namun sepertinya ia menetap di hati dalam bentuknya yang lain.”

Setiap kali Ayyub as-Sakhtiyani berbicara, ia mengusap wajahnya sambil berkata, “Aku terserang demam.” Padahal ia takut pamer dan ujub. Dia takut kalau orang-orang berkata tentang dirinya seperti ini. Dia menangis karena takut pada Allah.

Seorang ulama mengatakan, “Jika Allah tidak suka kepada seseorang, maka Allah memberinya tiga hal da menghalanginya dari tiga hal. Pertama, Allah memberi dia teman yang saleh, namun dirinya tidak menjadi orang saleh. Kedua, Allah memberi dia amal saleh, namun dia tidak ikhlas menjalankannya. Ketiga, Allah memberi dia hikmah, namun dia tidak mempercayainya.”

Hakikat Riya

Riya’ itu berasal dari kata ru’yah (melihat), sedanghkan sum’ah (ketenaran) berasal dari kata Samaa’ (mendengar). Riya’ adalah ingin dilihat orang-orang supaya mendapat kedudukan. Riya’ itu tersamar seperti jalannya semut. Termasuk riya’, yaitu orang yang berpura-pura zuhud, berjalan memaksa diri untuk bersikap tenang dan bersikap lemah-lembut.

Dalam ringkasan Ihya Ulumuddin, Imam al Ghazali menegaskan, riya itu haram dan pelakunya dibenci oleh Allah Swt. Hal itu ditunjukkan dalam QS. Al-Ma’un: 4- 6: “Maka, celakalah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. Orang-orang yang berbuat riya.”

Seorang sahabat Nabi Saw bertanya, “Ya Rasulullah, dengan apa kita selamat?” Rasulullah menjawab, ”Bila manusia tidak mengamalkan ketaatan kepada Allah swt demi mengharap pujian orang-orang.”

Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya yang paling ditakutkan atas kamu adalah syirik kecil.” Sahabat bertanya, “Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah? Beliau menjawab, “Riya.”

Lalu Allah Swt berkata di Hari Kiamat ketika membalas manusia-manusia atas amal-amal mereka: “Pergilah (kamu) kepada orang-orang dulu kamu berbuat riya terhadap mereka di dunia. Lihatlah apakah kamu mendapat balasan dari mereka?”

Dalam hadits yang lain, Rasulullah bersabda, “Berlindunglah kamu dengan Allah dari jubbul huzun (lembah duka). Sahabat bertanya, “Apa itu ya Rasulullah?’ Nabi Saw menjawab, “Sebuah lembah di neraka Jahanam yang disediakan bagi para pembaca Al-Qur’an yang berbuat riya.” ~ voa-islam

Wednesday, August 24, 2011

Riak (tertipu) dalam beribadat






PENGERTIAN RIAK
---------------------------------------------------------------

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith.Memperlekeh orang lain yang tidak rajin beribadah sepertinya. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jahli ( yang terang )
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab
dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang
boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;
1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk
kealiman dan kewara` kan kepada orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur
dan suka berpura-pura.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan
adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan
hati dengan ikhlas.
2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri
agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan
Allah pada hari akhirat kelak.
3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa
kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.
5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk
menghampirkan diri kepada Allah.
6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

MUDAH-MUDAHAN KITA SEMUA BERLAPANG DADA DAN BERUSAHA KEARAHNYA.INSYAALLAH.


*link

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali pernah mengingatkan, orang yang tertipu di akhirat kelak adalah orang yang jika berbuat baik, dia berkata, "Akan diterima amal kebaikanku". Jika berbuat maksiat, dia berkata: "Akan diampuni dosaku." (Ihya Ulmuddin).

Saat beribadah, kerap kita didatangi perasaan, "Telah banyak ibadah yang saya lakukan", atau soalan, "Berapa ringgit wang yang saya sedekahkan". Bahkan sering juga hati bergumam, "Kiranya semua dosa-dosaku pasti telah diampuni, karena aku solat sunat sekian kali setiap hati".

Perasaan, angan-angan dan soalan seperti tersebut di atas boleh merosakkan amal perbuatan. Bahkan boleh mengakibatkan meremehkan (tahawun) perbuatan dosa.

Sehingga, ibadahnya boleh menjadi sia-sia. Sebab, semangat ibadahnya bukan lagi kerana takwa kepada Allah SWT, tapi ingin jadi kaya atau ingin disebut ahli ibadah.

Sebagaimana hadis Rasulullah SAW di atas, orang seperti tersebut di atas disebut rakus. Beribadah banyak tanpa disertai pengetahuan ancaman-ancaman Allah SWT dalam al-Quran. Ancaman-Nya dianggap lalu saja.

Rasulullah SAW memberi gambaran: "Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung, yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya, dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata: dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang. "(HR. Bukhari Muslim)

Imam al-Ghazali mengingatkan, meremehkan dosa dan over confident terhadap amal perbuatannya adalah sangat berbahaya. Sebab katanya, orang yang sibuk menghitung-hitung pahala biasanya lupa terhadap banyaknya dosa.

Orang seperti ini akan mendapatkan kekecewaan di akhirat. Ketika di dunia dia lupa mengira berapa banyak dosa yang telah dilakukan, sehingga dosa-dosanya lupa dimintakan ampun kepada Allah SWT. Ia hanya sibuk mengira jumlah solat, zakat, puasa dan sedekah yang dilakukan.

Ia tidak mengetahui seberapa besar pengiraan pahalanya jika dibanding dosanya. Maka, saat di akhirat ia menyangka membawa pahala, padahal pahalanya berguguran sementara dosanya menumpuk. Inilah fenomena yang disinyalir akan banyak terjadi pada akhir zaman.

Maka dalam beribadah kita mesti mempunyai pengetahuan seimbang antara berita baik dan ancaman Allah SWT. Ancaman-ancaman Allah yang tersebut dalam al-Quran harus menjadi perhatian kita, agar tidak terjebak di dalamnya. Sementara orang yang hanya menumpukan kepada jumlah pahala (berita baik) disebut sebagai jahil. Tidak mengetahui bahawa setiap hari diawasi oleh malaikat Raqib dan 'Atid yang mencatat kebaikan dan keburukan.

Kita pun kadang-kadang terlalu 'asyik' melafazkan huruf demi huruf al-Quran, tapi lupa isi dan pelajaran di baliknya. 'Keasyikan' itu menimbulkan kebanggaan hati, bahawa ia telah melakukan amal baik - iaitu membaca al-Quran sebanyak-banyaknya.

Pernahkan terbisik di dalam hati kita kata-kata ini: "Alhamdulillah, sudah sekian kali al-Quran telah aku khatamkan. Pasti aku masuk syurga ". Ini kata-kata yang menipu. Memastikan diri ini cukup berbahaya. Boleh menimbulkan 'ujub, bahkan melalaikan dosa.

Fenomena ini pernah terjadi pada masa umat nabi Musa as, seperti tertulis dalam al-Quran: "... Maka datanglah sesudah mereka, iaitu generasi yang mewarisi Taurat, yang menghambil harta benda dunia yang rendah ini, sambil berkata: 'Kami akan diberi keampunan oleh Allah. '"(QS. Al-A'raf: 169). Generasi tersebut, berbuat dosa akan tetapi merasa mereka diampuni oleh Allah.

Imam al-Ghazali menjelaskan: "Jika kita terlena menghitung pahala tetapi dosa-dosa dilupakan. Maka kita menjadi orang tertipu terhadap amal kita sendiri. Pada hari pengiraan amal, kita akan terkejut. Sebab ternyata timbangan amal lebih berat daripada pahala yang kita sangka-sangka telah terkumpul. "

Maka, jangan kita tertipu oleh perasaan diri kita sendiri. Yang perlu kita lakukan, bukan asyik mengira pundi-pundi pahala. Setelah beramal, biarlah kita serahkan kepada-Nya. Allah SWT Maha Bijaksana, Dia yang menetapkan pahala kita secara adil. Jangan pula terburu-buru mengatakan "Saya telah ikhlas!". Biasanya orang yang terang-terangan berkata demikian sebaliknya, tidak ikhlas, sebab membawa perasaan 'ujub di hatinya.

Agar tidak terjebak, kita harus mengira dosa yang telah kita lakukan. Sempatkanlah satu-satu masa dalam sehari untuk mengira, berapa kali dosa yang telah kita lakukan sehari ini. Jika tidak ada pengiraan dosa, kita akan terus merasa tidak pernah berbuat dosa.

Allah SWT berfirman: "Tidak ada satu kata pun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat Raqib dan 'Atid." (QS. Qaaf: 18). Perasaan selalu diawas ini akan menjadikan kita orang yang selalu berhati-hati dalam beribadah. Tidak asal ibadah, tapi tahu ilmu tentang ibadah.

Kita boleh saja memikirkan pahala-pahala dari ibadah, akan tetapi hal itu jangan sampai membuat kita terlena dengan keutamaan-keutamaannya (fadlilah). Keutamaan ini menjadi penyemangat kita bukan melemahkan. Mengetahui keutamaan ibadah sekaligus memahami akibat dari melakukan dosa. Inilah keseimbangan yang perlu dijaga dalam beribadah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...