Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, February 8, 2012

HUKUM MENYERTAI PERAYAAN KAFIR





HUKUM MENYERTAI PERAYAAN KAFIR 

Oleh: Abu Rubayyi' Muhammad Asrie ibn Sobrie As-salafy
Sumbar: http://mashoori.wordpress.com


Sejak beberapa tahun kebelalangan ini setiap kali tiba sahaja musim perayaan maka masalah Kongsi Raya akan sering dipolemikkan. Jadi atas rasa tanggungjawab menjelaskan syubhat yang ditimbulkan oleh beberapa pihak politik yang bertanggungjawab mengadakan amalan ini maka saya menulis makalah ringkas ini yang murni daripada pengaruh-pengaruh selain Al-Quran dan As-Sunnah As-Sahihah dan Fatwa-fatwa Ulama’ Salafus Soleh yang muktabar.

Amalan kongsi raya bukanlah bidaah yang baru namun telah wujud sejak sekitar tahun 600 Hijrah lagi[1]. Jadi amalan ini adalah bidaah kerana tidak pernah ada dalam zaman salaf soleh iaitu dari 1-300 Hijrah. Tetapi Malaysia bukanlah yang pertama mengadakannya dan begitu juga bukanlah Malaysia sahaja yang menghadapi masalah ini, bahkan negara-negara Arab juga seperti Palestin, Syria, Kuwait dan lain-lain lagi. Jadi sebelum Ulama’-ulama’ Malaysia mengeluarkan fatwa lagi telah ramai ulama’-ulama’ Arab mengeluarkan fatwa terhadap masalah ini antaranya Al-Marhum Syeikh Muhammad Ibn Soleh Al-Uthaimin, Syeikh Safar Al-Hawali, Al-Marhum Al-’Allamah Mujaddidul Muhaddithin Syeikh Al-Albany, Al-Marhum Sohibus Samahah Syeikh Ibn Baz dan Syeikh Soleh Al-Munajjid Rahimahumullah.


Apakah hukumnya?

Jadi apabila kita telah tahu ia telah lama ada maka tidak perlu lagilah kita bersusah payah memerah otak hendak berijtihad mencari hukumnya kerana ulama’-ulama’ dahulu telah pun mengarang beberapa buah kitab yang membahsakan masalah ini Cuma kita sahaja yang tidak sedar. antara yang famous adalah:

Iqtidha’ sirathil Mustaqim fi Mukhalafi Ashabil Jahim oleh Syeikhul Islam Abdul Halim Ibn Taimiah Al-Harrani Rahimahullah. 
Tasybihul Khasis bi Ahlil Khamis- Oleh Al-Hafiz Az-Zahabi anak murid kepada Ibn Taimiyyah dan empunya kitab Mizanul I’tidal. 
Ahkam Ahliz Zimmah- Oleh Al-’Allamah Ibn Qayyim Rahimahullah.

Kitab-kitab ini membicarakan hukum perayaan kuffar dan sama ada khusus berkenaan masalah itu seperti 2 kitab yang di atas atau secara umum seperti Kitab Ahkam Ahli Zimmah.

Dalil-dalil Haramnya menyertai perayaan Kuffar:

1. Firman Allah S.W.T:



وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا


Maksudnya: dan (hamb-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan.

Ini adalah ayat ke-72 surah Al-Furqan yang menceritakan sifat-sifat ‘Ibadur Rahman atau Hamba Ar-Rahman iaitulah orang mukmin sejati. Kalimah Az-Zur asalnya bermakna segala perkara batil dan dusta tetapi diperlihatkan seakan elok. Ulama’ terdapat 2 tafsiran, pertama ia adalah saksi palsu tetapi ini lemah kerana jika persaksian maka mestilah disebut: لا يشهدون بالزور- dengan adanya ba’ ta’diah dan ayat yang dibelakang menolak makna persaksian ini iaitu ‘lalu di majlis sia-sia’ dan ini merupakan tafsiran kepada Az-Zur.Pendapat yang kuat ialah pendapat kedua iaitu majlis-majlis yang terdapat kebatilan kerana majlis yang batil ini memperlihatkan kebatilan itu seakan baik.Contoh: Mengadakan konsert nyanyian dengan tujuan amal. Majlis Nyayian adalah batil namun diperlihatkan seakan ia baik dengan ditambah perkataan amal dibelakangnya. Mujahid meriwayatkan daripada Ibn Abbas makna Az-Zur ialah “Perayaan-perayaan Musyrikin”. Ulama’ lain menyatakan ia adalah “Majlisul Ghina’ wal Ma’azif” (Majlis Nyanyian dan Muzik)[2].

Namun kedua-dua tafsiran ini saling lazim-melazimkan kerana Perayaan kuffar itu tidak lepas daripada nyanyian dan muzik kerana itulah sembahyang raya mereka dan perkara ini jelas. Jika terdapat tafsiran yang lain seperti majlis yang melalaikan dan sebagainya ia adalah tafsir bin Nau’-تفسير بالنوع-iaitu tafsir dengan jenis. Ini semisal jika seorang bertanya kepadamu, Apakah makna burung lalu engkau jawab seperti helang dan merpati. Masalah ini amat jelas dalam ilmu mantik dalam bab At-Ta’rif jadi tidak perlu dipanjangkan bicara lagi. Jadi jelas bahwa haram atas mukmin itu menghadiri perayaan kuffar kerana melanggar sifat-sifatnya sebagai mukmin.


2. Hadis-hadis Rasulullah S.A.W. yang sahih telah menyatakan haramnya:



عن ‏ ‏ابن عمر ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من تشبه بقوم فهو منهم



Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia dalah daripadanya- [Riwayat Abu Daud dalam Kitabul Libas dan Ahmad dan At-Thabrani[3]].

Hadis ini paling kurang darjatnya adalah Hasan Li Ghairih.Jadi kita tahu ada lagi hadis yang semakna dengan hadis ini.

Hadis yang kedua diriwayatkan Tarmizi:



حدثنا قتيبة حدثنا بن لهيعة عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ليس منا من تشبه بغيرنا لا تشبهوا باليهود ولا بالنصارى فإن تسليم اليهود الإشارة بالأصابع وتسليم النصارى الإشارة بالأكف


Maksudnya: Telah memberitakan kepada kami(At-Tarmizi) Ibn Lahi’ah daripada ‘Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: ” Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami,janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.

Hadis ini Hasan li ghairih[4]. Berdasarkan hadis ini ulama’ melarang mengangkat tangan apabila kita berjumpa sebagai isyarat salam[5]. Ibn Taimiyyah mengatakan sekurang-kurang Hadis Ibn Umar di atas menyatakan haram bertasyabbuh walaupun zahir hadis menyatakan murtadnya orang yang bertasyabbuh. Oleh itu tidak hairanlah jika ada ulama’ mazhab Hanafiyyah dan Malikiyyah berfatwa “murtadlah orang yang memberi hadiah lilin pada nasrani di hari krismas”.


Ibn Umar R.A. berfatwa:



من بنى بأرض المشركين وصنع نيروزهم ومهرجانهم وتشبه بهم حتى يموت حشر معهم يوم القيامة


“sesiapa yang tinggal di negeri musyrikin dan memebuat perayaan nairuz dan mahrajan mereka dan meniru gaya hidup mereka hingga mati maka dia akan dibangkitkan di hari kiamat dalam golongan mereka(musyrikin)”.[6]

Ini adalah hukum yang jelas. Ini juga jawapan kepada mereka yang berkata yang haram hanyalah menyertai ibadat mereka pada perayaan tersebut seperti masuk ke geraja. Mahrajan dan Nairuz adalah perayaan kebangsaan orang Farsi dan dikatakan di Iran sampai sekarang puak-puak syiah yang bodoh itu masih melakukannya. Ia bukan berkaitan solat dan sebagainya, Mahrajan dan Nairuz adalah seperti Tahun Baru Cina di Malaysia iaitu perayaan Kaum. Jadi jika perayaan Kaum sudah diharamkan kerana asalnya ia datang daripada kaum musyrik maka bagaimana pula dengan krismas,Depavali, Thaipusam dan Tahun Baru Masihi yang berkait langsung dengan agama.


Lebih jelas mari kita lihat hadis yang menjadi awal-awal pensyariatan Hari Raya ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha:



عن ‏ ‏أنس ‏ ‏قال ‏
‏قدم رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏المدينة ‏ ‏ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ما هذان اليومان قالوا كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر ‏


Maksudnya: Daripada Anas bin Malik R.A.: Telah tiba Rasulullah S.A.W. di Madinah dan bagi penduduk Madinah itu ada 2 hari yang mereka bermain dan bersuka-suka padanya lalu Baginda bersabda: apakah 2 hari ini? Mereka menjawab: Adalah kami bermain dan bersuka-suka pada keduanya di waktu jahiliah. Maka Bersabda Rasulullah S.A.W.: Sesungguhnya Allah telah gantikan tempat kedua hari ini dengan Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri.- Riwayat Abu Daud,Nasai,Turmizi dan Ahmad. Hadis ini hadis sahih.[7]

Ulama’ Hadis menyatakan dua hari itu ialah Hari Nairuz dan Mahrajan iaitu awal Tahun orang Farsi dan sejarah telah menyatakan Arab telah lama diperintah oleh Farsi kecuali Hijjaz namun pengaruh Farsi telah meresap melalui perdagangan dengan Farsi ataupun melalui negara Arab di bawah jajahan Farsi seperti Hirah. Titik Hujah di sini ialah perkataan ” bermain dan bersuka-suka” dalam hadis itu. Rasulullah S.A.W. telah melarang para sahabat bermain dan bersuka-suka pada hari Mahrajan dan Nairuz dan ini bukan sekadar larangan menyertai kuffar di gereja pada hari raya mereka bahkan dilarang menzahirkan kesukaan kita sekalipun bersempena hari raya itu dan termasuklah bersuka-suka itu mengucapkan tahniah kepada mereka.

Hari Nairuz adalah awal tahun Farsi dan di asakan oleh Hamshid iaitu raja di zaman Nabi Hud A.S. Dia telah mengembalikan ajaran agama yang sebenar dan menegakkan keadilan.Oleh itu, diadakan perayaan ini. Kemudian Datang pula Arfadun yang lalu mengadakan perayaan Mahrajan bersempena bertakhtanya beliau dan musim menuai[8]. Jelas dua perayaan yang dilarang Rasulullah S.A.W. ini bukanlah perayaan yang melibatkan unsur ibadat berhala seperti solat di gereja dan tokong tetapi hanyalah hari yang diraikan dengan mainan dan kegembiraan pelbagai rupa sahaja. Jadi haramlah juga mengadakan rumah terbuka kepada mereka bersempena perayaan mereka walaupun untuk muslim sahaja.

Memberi ucapan tahniah kepada mereka juga adalah terlarang kerana ini menzahirkan kegembiraan dan keredhaan kepada kekufuran mereka. Ibnul Qayyim Rahimahullah telah meriwayatkan ijma’ ulama’ akan haramnya tahniah kepada kuffar bersempena perayaan mereka:



وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .[9]


Maksudnya: “dan adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: ” ‘Eid Mubarak”(”Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. dan hukum ini(haram) jika selamat pengucapnya daripada kufur maka ia adalah haram seumpama memberi tahniah kepada kafir atas sujudnya pada salib bahkan itu lebih besar dosanya di sis Allah daripada memberi tahniah kepada peminum arak dan pembunuh dan penzina dan seumpamanya”.- Lihat Ahkam Ahli Zimmah.

Ketahuilah, pada hari raya mereka itu para nasrani dan hindu akan sujud dan sembahyang di biara dan tokong mereka jadi haramlah memberi tahniah.Perlu dijelaskan di sini, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi Rahimahullah telah mengeluarkan fatwa bahwa harus mengucapkan tahniah sahaja. Beliau berpendapat bahawa boleh mengucapkan tahniah tanpa menghadiri apa-apa upacara perayaan itu walaupun rumah terbuka[10]. Namun pendapat beliau ini lemah sekali dan menyalahi Ijma’. Ibn Qayyim telah meriwayatkan ijma’ terlebih dahulu daripada Al-Qardhawi dan Ibn Qayyim lebih mengetahui tentang ijma’ dan ikhtilaf dari Al-Qardhawi kerana Ibn Qayyim hidup dalam kurun ke-6 Hijrah. Al-Qardhawi menyatakan fatwa beliau tanpa menyebut sebarang fatwa ulama’ lain sebelum beliau akan hal tersebut[11]. Jadi ini menunjukkan memang wujud ijma’ sebelum beliau dan beliau telah menyalahi ijma’. Dalil beliau hanyalah untuk menunjukkan tasamuh terhadap Zimmi dan ini tidak diterima kerana tasamuh perlulah mengikut garis panduan syara’. Dalil seterusnya akan menunjukkan salahnya pendapat Al-Qardhawi tersebut.


3. Ijma’ Sahabah.

Para Sahabat telah ijma’ haram menzahirkan perayaan kuffar di negeri Islam. Telah tersebar dalam kitab-kitab Syafi’i,Hanbali,Hanafi dan Maliki bahawa tidak boleh Ahli Zimmah menzahirkan perayaan mereka di dalam negeri Islam.



(فصل) ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم، لما روى عبد الرحمن بن غنم في كتاب عمر رضى الله عنه على نصارى الشام شرطنا أن لا نبيع الخمور ولا نظهر صلباننا ولا كتبنا في شئ من طرق المسلمين ولا أسواقهم ولا نضرب نواقيسنا الا ضربا خفيا، ولا نرفع أصواتنا بالقراءة في كنائسنا في شئ من حضرة المسلمين، ولا نخرج شعانيننا ولا باعوثنا ولا نرفع أصواتنا على موتانا.


Maksudnya: “(Fasal) dan mereka (Ahli Zimmah) dilarang menzahirkan arak, khinzir, memukul loceng gereja, mengeraskan bacaan Taurat, menunjukkan salib, menzahirkan perayan-perayaan mereka dan mengangkat suara-suara(ratapan) atas kematian kerana diriwayatkan Abdul Rahman bin Ghanam R.A. dalam tulisan beliau terhadap perjanjian Umar R.A. kepada Nasrani Syam: Syarat Kami(Nasarani Syam) bahawa hendaklah kami tidak menjual arak,dan tidak pula menzahirkan salib-salib kami, kitab-kitab kami di jalan Muslimin dan pasar-pasar mereka, dan tidak akan memukul naqus melainkan pukulan yang ringan(tidak kuat), dan tidak mengautkan bacaan di gereja-gereja kami pada kehadiran orang Islam dan tidak akan mengeluarkan lilin-lilin kami dan bauth kami(pada hari raya) dan tidak akan menguatkan ratapan kematian”.-Al-Majmu’ Syarhul Muhazzab.[12]

Ini jelas dan mereka yang menolong kuffar melakukan perkara-perkara ini adalah pengkhianat kepada Islam dan Umatnya. Mana mungkin seorang muslim menolong seorang zimmi mengkhianati perjanjian yang telah dimeterai sejak sekian lama antara kerajaan Islam dan orang-orang nasrani. Dalam Tabyinul Haqaiq sebuah kitab Fiqh Mazhab Hanafi menyatakan tidak boleh dalam jual beli meletakkan masa qabadh atau penyerahan salam pada hari Nairuz dan Mahrajan dan Puasa Yahudi kerana hari itu adalah majhul bagi orang muslim. Ini menunjukkan tidak dizahirkan hari-hari ini dalam negara Islam.

Jadi jelaslah pada kita bahawa hukum kongsi raya bukanlah baru tetapi telah lama wujud tetapi musuh-musuh aqidah dan Islam telah cuba menyembunyikan perkara ini dan menyesatkan ramai golongan muslimin atas nama perpaduan dan nasionalisme. Semoga risalah kecil ini menjadi panduan untuk memudahkan pemahaman kita terhadap masalah ini.Semoga Allah menyelamatkan kita daripada fitnah pengacau agama dan semoga Allah tetapkan kita di atas Iman dan Islam yang hakiki sehingga kita menemuiNya nanti.. Amin.. Wallahu A’la wa A’lam.


Link berkaitan #
sumber*
--------------------------------------------------------------------------------

[1] .تشبيه الخسيس لأهل الخميس- Al-Imam al-Hafiz Az-Zahabi
[2] . Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Al-Qurthubi
[3] Awnul Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud,Kitabul Libas.
[4] Sunan Tarmizi bi Tahqiqil Albani(Mukhtasar).
[5] Fatwa Syeikh ‘Atiyyah Saqar,Lajnah Al-Ifta’ Jami’ah Al-Azhar Asy-Syarif
[6] Awnul Ma’bud Syarhi Sunan Abi Daud,Kitabul Libas.
[7] . Awnul Ma’bud Syarhi Sunan Abi Daud, Kitabul Libas dan Hasan Ayyub,DR., Fiqhul Ibadat,Bab Solatul ‘Eidain.
[8] .Al-Huqail, Ibrahim B. Muhammad, أعياد الكفار وحكم المشاركة فيها
[9] Ahkam Ahli Zimmah oleh Ibn Qayyim Al-Jauziyyah.
[10] Fatwa Al-Qardhawi di http://www.qaradawi.net
[11] .Ibid
[12] Al-Majmu’ syarhul Muhazzab,Kitab As-Sair

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...