Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, July 29, 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Terlanjur,Bandar Melaka

Dengan rasa bangga dan penuh rasa bertanggungjawab..Pak Menteri Ketam ni memberikan cadangan yang pada fikiran beliau amat bernas dan pasti akan berjaya jika dilaksanakan.Selepas ini para remaja yang terlanjur tidak perlu bimbang kerana kerajaan membela nasib mereka ini.Sudah ada sekolah untuk mereka yang terlanjur dan secara tak langsung seperti menggalakkan lagi penzinaan yang telah mereka lakukan.

Beginilah pemikiran nombor wahid pemimpin umno dan juga ketua menteri yang konon berfikir di luar kotak..Ini bukan fikiran luar kotak..ini pemikiran diluar hotak.Segala idea dan cadangan yang dikemukakan bukannya hendak membenteras kegiatan keruntuhan moral remaja Melayu khususnya akan tetapi sebaliknya pula.Mungkin asasnya cadangan itu perlu dilaksanakan kerana kini telah ramai remaja yang keciciran sekolah akibat terlanjur,akan tetapi apakah ini merupakan satu langkah yang bernas dan dapat membasmi keruntuhan moral pelajar-pelajar?

Sepatutnya sebagai pemimpin apatah lagi sebagai ketua menteri disebuah negeri yang penuh dengan sejarah ini belajar daripada sejarah mereka sendiri,dimana di zaman kesultanan Melaka dahulukala Melaka runtuh oleh kerana skandal sex dan rasuah yang melibatkan kesultanan Melaka itu sendiri.Semasa kesultanan Melaka yang memperkasakan undang-undang Islam jauh sekali kes-kes zina ini apatah lagi kes-kes keruntuhan moral dan akhlak.



Mstar , Rabu Julai 28, 2010

Melaka Galak Remaja Mampu Supaya Kahwin Awal

MELAKA: Sidang Dewan Undangan Negeri, Rabu, diberitahu, Majlis Agama Islam Melaka (Maim), telah meluluskan dua resolusi iaitu menggalakkan remaja yang berkemampuan berkahwin awal dan membenarkan pelajar mengandung meneruskan persekolahan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, resolusi Maim bertarikh 18 Mei lepas itu adalah satu rumusan untuk mengatasi gejala sosial di kalangan remaja Melayu di negeri itu.

"Ibu bapa perlu menerima hakikat ini, sekiranya kalangan remaja yang mempunyai nafsu luar biasa untuk bernikah, kita kahwinkan dia dan jangan tahan," katanya menjawab soalan Chua Kheng Hua (BN-Bemban) mengenai indeks jenayah di negeri ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Rabu.

Beliau berkata resolusi Maim itu adalah rumusan bengkel sosial untuk menangani gejala sosial di kalangan remaja dan bagi remaja yang ingin berkahwin awal melakukan demikian selepas menjalani sesi kaunseling.

"Ini untuk mengelakkan maksiat kerana cara halal ini (berkahwin) lebih baik daripada melakukan perbuatan haram iaitu seks di luar nikah," katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 112 kes rogol dilaporkan pada tahun lepas dan 40 kes bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini manakala bagi kes buang bayi, satu kes pada tahun lepas dan tiga kes dari Januari hingga Jun tahun ini.

Mohd Ali berkata, kebanyakan kes rogol melibatkan remaja Melayu dan pada awalnya adalah perbuatan "suka sama suka" sebelum ia diketahui oleh ibu bapa gadis yang terlibat dan membuat laporan polis.

Dewan yang bersidang sejak tiga hari lepas ditangguh kepada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Tuesday, July 20, 2010

Saidina Umar amanah menjaga harta Baitulmal

Saidina Umar amanah menjaga harta Baitulmal

Saidina UMAR al-Khattab adalah khalifah Islam yang kedua. Pada ketika itu pusat pemerintahan berada di kota Madinah. Umar adalah khalifah yang sangat disegani, bertanggungjawab dan amanah pada tugasnya.
Segala arahan yang dikeluarkannya adalah satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas termasuk oleh ahli keluarganya terlebih dahulu.
Tidak ada pengecualian kerana Umar amat teliti dengan segala suruhan Allah dan Nabi Muhammad.
Terdapat kisah bagaiamana semasa Umarb sedang mengira dan membahagikan wang baitulmal, tiba-tiba anak perempuannya datang mengambil satu dirham wang itu.
"Saya jumpa wang. Ini wang saya. Saya ada wang sekarang," kata anak perempuan Umar sambil terlompat-lompat kerana gembira mendapat wang satu dinar.
Seperti kanak-kanak lain, anak perempuan Umar itu memang tidak mengerti bahawa wang itu bukan milik ayahnya.
Walaupun ayahnya adalah pemerintah pada masa itu, tidak bermakna anaknya dapat boleh mengambil wang baitulmal sesuka hati.
Wang itu diberikan kepada orang yang berhak menerimanya. Sudah menjadi tanggungjawab Umar membahagikan wang baitulmal itu kepada individu-individu yang berhak menerimanya.
Umar menyuruh anak perempuannya menyerahkan kembali wang itu.
"Tolong berikan ayah wang itu kembali," kata Umar kepada anak perempuannya itu.
"Kembalikan wang itu," katanya lagi.
"Tidak mahu. Saya yang jumpa wang ini. Wang ini milik saya," kata anak perempuannya sambil berlari-lari anak.
Bagi Umar, sekiranya anaknya mengambil wang itu, bermakna beliau sendiri tidak bersifat amanah pada wang baitulmal itu.
Khalifah Umar tidak mahu melanggar perintah Allah. Beliau juga tidak mahu menjadi pengkhianat kepada negara yang diperintahnya itu.
Umar pun mengejar anaknya yang sedang menuju ke rumahnya. Anaknya menjadi takut melihat ayahnya mengejarnya. Lalu anak perempuannya menangis teresak-esak.
"Baik saya masukkan wang ini ke dalam mulut saya. Untung-untung ayah tidak dapat mengambil wang ini," bisik anak perempuannya itu.
Anak perempuannya memasukkan wang satu dirham itu ke dalam mulutnya. Puas Umar memujuk anaknya.
"Kembalikan wang itu, wahai puteri ayah," pujuk Umar kepada anaknya itu.
Anaknya masih berdegil. Tanpa berlengah, Umar terpaksa memasukkan jarinya ke dalam mulut anaknya itu.
"Maafkan ayah kerana terpaksa mengorek mulut kamu bagi mendapatkan semula wang baitulmal ini," kata Umar kepada anak perempuannya itu.
Umar mengorek wang itu dengan jarinya. Wang itu berjaya dikeluarkan.
Kemudian Umar berkata kepada anak perempuannya itu: "Maafkan ayah. Wang ini bukan kamu yang punya. Wang ini milik baitulmal."
Anak perempuannya masih menangis, sementara ibunya memujuk anaknya itu.
Orang lain yang berada di baitulmal turut melihat kejadian itu. Mereka sangat kagum dengan sikap Umar yang tegas.
Selepas berjaya mendapatkan wang satu dirham itu, Umar kembali ke baitulmal dan meletakkan semula wang itu ke tempat asalnya.
Kemudian Umar berkata kepada orang Islam yang melihat kejadian itu: "Harta baitulmal bukan milik saya atau keluarga saya. Harta dan wang Baitulmal adalah milik orang Islam yang berhak menerimanya."
Peristiwa itu menjadi contoh teladan kepada semua masyarakat Islam. Ketegasan dan keadilan Umar dalam melaksanakan kepimpinannya, menjadikan beliau lebih dihormati oleh orang lain.

Pemimpin kita....berita di bawah..

Negara bisa bangkrap bukan kerna subsidi

17 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Nash Ar-Rawy

Bukan kerna subsidi, negara bangkrap kerana selama 50 thn, tak bangkrap pun . Tetapi, elemen rasuah dan salahgunakuasa seperti jual telaga minyak dan wilayah kepada Brunei bernilai RM320 BILLION, saham bumiputra lesap RM52 Billion, Rosmahnajib judi Forex rugi RM32 Billion tapi broker untung sapu keliling ,wilayah KTM jual kepada Singapura aset negara yang bernilai berbilion ringgit.

Bakun rugi RM 1 Billion , Moonsoon Cup curi duit Royalti bazir RM6 juta, Masjid Kristal( duit curi ehsan wang rakyat ) tiada kariah, tiada makmum bazir RM5 juta jadi pusat pelancungan!!!! Duit PPRT RM berbillion lesap! Penyelewengan berbillion ringgit wang negara dalam PKRZ dan banyak skandal lagi .Bukan kerna subsidi ; negara boleh bangkrap pada 2019 seperti kata Dato’ Idris , menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Umnolah yang hasbiskan duit rakyat, joli katak demi kroni sanggup tak kisah jika negara bangkrap !!!! Tergamak dan buta perut Umno. Bahkan, Umno tak kisah menaikkan harga minyak , pemaksaan GST dan membebankan rakyat menanggung bebanan hutang negara yang berbillion dollar akibat daripada kerakusan projek kroni, rasuah dan salahguna kuasa.

Malaysia mungkin jadi Greece seperti kata Idris jika UBN terus pegang tampuk pemerintahan negara. SPRM, PDRM, SPR, Mahkamah dan JPN cuma menjadi “ DEWAN/SAYAP UMNO” sahaja kepada UBN. Mana ada siasatan ke atas lesapnya saham bumiputra sebanyak RM52 Billion? Siapa yang ditangkap ? Wang negara RM32 Billion hangus dek perjudian Forex rosmahnajaib seperti yang pernah didedahkan Kuli, adakah disiasat SPRM ?.

Bermula daripada kes BMF dan Perwaja Steel; penyelewangan demi penyelewanan, rasuah demi rasuah, dan penyalahgunaan kuasa adalah kesinambungan kefasadan dan kemungkaran ekonomi yang dilakukan UBN tiada henti-hentinya. Kemudian temberang dengan retorik satu Malaysia .

Kepincangan sistem autokrasi-ISA negara dipagari oleh PDRM, mahkamah, SPRM , SPR dan JPN yang diletak dibawah kuasa Ketua Eksekutif( PM ) yang merupakan talian hayat dan boneka UBN.

Ini bercanggah dengan sistem Islam yang tiada membenarkan sebarang bentuk autokrasi dalam sistem pemerintahan. Justeru itu , untuk membendung sindrom salahguna-kuasa, korapsi dan penyelewengan wang negara . Pakatan dalam manifesto bertekad meletakkan IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Akauntan Negara, Pengarah Penjara, Juruaudit Negara, SPRM , SPR dan JPN di bawah kuasa DYMN Yang Dipertuan Agong; sekaligus bertanggungjawab penuh kepada Parlimen dan bukan menjadi ‘subordinate’ atau bawah pengaruh dan kuasa PM.

Jika rakyat tiada mahu Malaysia jadi seperti Greece atau Mexico perubahan tampuk pemerintahan perlu dipersiap-siagakan segera dan sekarang menjelang PRU 13; kemungkinan dibuat awal bersama dengan Sarawak, April tahun depan.

UBN tiada upaya lagi berdepan dengan kekuatan asli Pakatan Rakyat yang tiada rasuah politik; secara tertumpu dan fokus kepada Sarawak sahaja kerna iktibar daripada kekalahan UBN di Sibu, amat menakutkan sekali mereka. Ini adalah kerna Sarawak dan Sabah adalah penentuan siapa yang akan di hantar ke Putrajaya.

Rakyat Sarawak , Sabah dan keseluruhan warga satu Malaysia tiada dapat menerima kenyataan dan tiada bisa memaafkan UBN kerna nasi sudah menjadi bubur. Bukan sahaja warga keturunan Tionghua sahaja yang sudah menolak UBN sekalipun sekolah Cina dirasuah jutaan ringgit dan projek ‘mee segera’ yang lain . Namun, masyarakat Bumiputra Iban, Melanau dan Melayu sudah bangkit dan berani menolak UBN; membuat reformasi demi masa depan anak cucu mereka daripada menjadi mangsa kerakusan politik dan ekonomi kroni UBN.

Rakyat tiada akan memaafkan kefasadan UBN menjual wilayah negara ; dua telaga minyak yang bernilah RM320 Billion kepada Brunei. Umno tergamak gadai negeri dan jual maruah bangsa dan negara demi kepentingan kroni mereka. Ini adalah kerana dua telaga minyak tersebut lebuh kepada Brunei dan yang untung atas pengkhianatan tersebut adalah kroni UBN atas usahasama syarikat minyak kedua-dua negara . Wilayah tersebut bukan lagi hak dan milik negara , terapi hak mutlak syarikat kroni Umno!

Begitu jugalah Tanjung Pagar, Krinji, Bukit Timah dan Woodlands; tiada lagi menjadi milik negara kerna dijual kepada Singapura demi kepentingan kroni Umno ke atas syarikat kroni , usahasama Malaysia- Singapura. Ianya hak mutlak syarikat kroni bukan lagi milik Malaysia . Apa warga Johor dan Sarawak dapat? Negeri tergadai dek PETUALANG NEGARA! Umno yang tergamak jual negeri demi kroni. Bakun rugi demi knoni. Sime Darby lingkup tanggung biawak hidup jutawan kroni Mahathir. Duit PPRT dan Saham Bumiputra lebuh!; disapu muntahkedarah habis kroni Umno !

Jangan dibiarkan Si Pengangak Umno/BN menjadi hakim, kerna segala khazanah negara bisa di angkut mereka sehingga licin dan negara bisa menjadi muflis dan hancur! Rakyatlah hakimnya menangkap pencuri-pencuri dan petualang negara dengan menghukum mereka dalam PRU 13 nanti, insyaAllah. Kesalahan UBN terlalu besar dan tidak tertanggung lagi rakyat! UBN memang tiada bisa berubah kerana daripada BMF, Perwaja Steel ; sehinggalah kepada telaga Minyak Sarawak dan tanah KTM di Singapura. Pengkhiantan demi pengkhianatan dilakukan Umno dahulu sekarang dan selamanya !!! Inilah wajah Umno yang mempamirkan diri yang sebenar! Sudah tiada bisa diselindungi lagi .

Harapkan pagar, pagar makan padi . Cukuplah untuk sekian lama rakyat ditipu dengan proganda RTM yang menutup segala pekong UBN selama ini. Umno/BN boleh tipu rakyat pada satu masa , tetapi mustahil bisa menipu massa sepanjang masa. Buktinya rakyat menolak UBN di Kedah, Pulau, Pinang, Selangor dan Kelantan. Yang terkini kawasan Parlimen kubu kuat UBN di Sibu kecundang. Bersedialah Si penyanyak, pencuri , petualang dan pengkhianat Umno/Bn untuk menerima gelombang kesedaran dan kebangkitan massa yang sudah muak dengan penipuan retorik satu Malaysia dan permainan politik rasis Umno !.Sesebuah negara itu bisa bangkrup dan jatuh bukan kerna subsidi membantu rakyat , tetapi kerna amalan rasuah, skandal , penyelewengan , seks , pembaziran, salahgunakuasa dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Pemimpin yang mengkhianati negara !

Monday, July 19, 2010

Fokus Isu:5 in 1

Dalam ribut-ribut isu pasir yang hanya sebagai mengkelabui mata rakyat yang rajin membaca utusan meloya,berita hairan dan menonton tv 3 suku..tup-tup Najib dengan angkuhnya meluluskan pakej yang mengemparkan rakyat..pakej 5 dalam satu..

Kenaikan harga 5 barangan keperluan hakiki rakyat ini diselewengkan dengan alasan menyelaraskan harga barangan bukan menaikkan harga.Budak sekolah tadika pun tahu membezakan mana naik,mana turun dan selaras..Kalau selaraskan maksudnya harga minyak sama aje atau terus selaras rm1 seliter..Baru rakyat tak marah dan resah gelisah..Ini sekaligus 5 barangan keperluan asas dimana juga akan berlakulah rantaian kenaikan harga barangan lain.

Harga kuih di pasar malam kini 3 dah jadi Rm1.20..beli satu 60sen..huh..kuih kecik cenonet..makan 3 belum tentu kenyang..Tak dapat salahkan peniaga kerana kita sedia maklum tepung dah naik..gula dah naik..emosi rakyat jugak naik..Tiada jalan lainkah selain daripada mencekik rakyat marhein macam kami..kerja siang malam..gaji tak naik-naik dah 3tahun..dok takukuk lama..dibawah paras kemiskinan..Pendapatan isi rumah jangan kata Rm5,000 sebulan..nak cecah RM2,000 pun payah..

Inilah bahananya kerana menyokong kerajaan yang berteraskan lebih kepada kebendaan..Mereka tidak peduli kesengsaraan rakyat tapi lebih mementingkan kroni-kroni dan pihak pedagang yang mereka telah terhutang budi..Baca di sini..Tiada faedahnya kita berdemo sana-sini kerana mereka akan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap isu ini.Akan tetapi sebagai tanda protes kita boikot segala aktiviti yang bersangkutan dengan mereka yang mana lebih kepada hiburan yang lara dan melalaikan.Boikot media-media mereka yang bersubahat dan bersekongkol.

Dengan cara ini sahaja mereka akan sedar..tapi mampukah PR menawan PutraJaya dalam PRU13 jika kini masih lagi dibuai mimpi-mimpi ciptaan UBN..

berita berkaitan...

"Jika subsidi gula dan petroleum dimansuhkan, dan peruntukan itu diberikan untuk subsidi pembelajaran dan pengangkutan iaitu dengan pemberian pembelajaran percuma untuk seluruh ‘rakyat’ Malaysia, bermula dari prasekolah sehingga pembelajaran percuma di institusi pengajian tinggi awam. Saya amat yakin rakyat di negara ini tidak akan marah atau memberontak dengan pemansuhan subsidi gula dan minyak ini kerana impaknya kepada pembelajaran percuma dan juga kos pengangkutan awam sudah semakin murah.

************************

Utusan Malaysia 19 Julai 2010

Beri pendidikan percuma, kos pengangkutan awam murah

HARGA baru bagi gula dan petrol, diesel dan gas cecair telah diwartakan oleh kerajaan pada 16 Julai lalu. Dalam kenyataan tersebut juga dinyatakan ‘kerajaan telah mengurangkan pemberian subsidi kepada gula dan minyak’. Saya ingin menyentuh isu utama yang dicadangkan untuk dimansuhkan pemberian subsidi iaitu subsidi gula dan subsidi petrol.

Cuba kita lihat, kebelakangan ini terdapat beberapa tekanan yang sering diberikan oleh pengusaha-pengusaha gula dan pengusaha stesen minyak. Terutama sekali kepada pengimport-pengimport gula yang kerap sangat memaksa kerajaan menaikkan harga bahan tersebut. Hampir setiap tahun kita melihat masalah gula tidak pernah selesai dan sering kali di sesetengah tempat, gula selalu kehabisan stok sedangkan pengusaha-pengusaha gula menjanjikan semua bekalan mencukupi.

Saya yakin, jika pengimport gula tidak berpakat dengan pengedar gula untuk meminta kenaikan harga gula atau menyorokkan simpanan gula, jadi mana mungkin gula tiada di pasaran. Persoalannya, siapa pengusaha ini? Syarikat mana dan berapa syarikat yang mendapat AP import gula selama ini?

Hal ini perlu dijelaskan oleh kerajaan agar rakyat semua tahu, siapa yang mendapat keuntungan selama ini, siapa pengusaha besar gula Malaysia dan apa alternatif lain jika bekalan gula tiada di pasaran. Sekarang harga gula dan minyak sudah naik mengikut kehendak pengimport, apakah selepas ini masih ketiadaan gula di pasaran?

Setiap kali tekanan dibuat, maka bertambahlah subsidi yang perlu kerajaan berikan kepada gula untuk mengelak daripada sebarang kenaikan harga, jika tidak bahan-bahan ini akan menjadi sukar didapati. Ini yang perlu dijelaskan oleh kerajaan agar rakyat tahu, siapa yang mendapat keuntungan selama ini, siapa pengusaha besar gula Malaysia dan berapa jumlah kos setiap kali subsidi diberikan kepada mereka ini (pengimport gula).

Malaysia juga salah sebuah negara pengeluar minyak dunia, kenapa kita sering ditakutkan dengan harga minyak dunia. Kenapa harga minyak di Arab Saudi teramat murah daripada harga sebotol air miniral? Setiap kali harga minyak dunia naik, kerajaan terpaksa menambah subsidi kepada pengusaha minyak di Malaysia. Jumlahnya sehingga mencecah berbilion ringgit, untuk setiap kali kenaikan harga minyak.

Oleh itu, jika kerajaan ingin memansuhkan subsidi, mulakan dengan gula dan petrol. Alihkan jumlah subsidi gula dan petrol ini kepada penambahan subsidi pembelajaran dan pengangkutan.

Semenjak dari tahun 1980 sehingga ke hari ini, pernahkah harga gula turun? Pernahkah kita dengar para pengimport gula ini muflis? Pernahkah kita dengar negara kurang gula setelah harga gula dinaikkan (selepas tekanan dibuat)?

Pernahkah pengusaha-pengusaha minyak mengalami kerugian teruk? Pernah harga bahan bakar ini turun kurang dari RM1 untuk seliter? Jawapan ini ialah ‘Tidak pernah’. Apa yang rakyat terima? Kesusahan, tetapi jika diberi pembelajaran percuma dan pengangkutan murah, seluruh rakyat akan lebih merasai kenikmatannya.

Cuba kita melihat dari sudut yang ‘adil’, iaitu jika harga gula dan minyak tidak diberikan subsidi, harganya lebih kurang sama malah adakalanya lebih mahal jika dibandingkan dengan harga gula dan minyak di negara-negara jiran sedangkan negara tersebut tidak mengamalkan pemberian subsidi terhadap dua bahan ini. Ini bermakna, pengimport gula telah menikmati sepenuhnya keuntungan daripada pemberian subsidi dan bukannya rakyat peroleh keuntungan.

Jumlah harga gula import tidak pernah didedahkan kepada media dan rakyat tidak pernah tahu harga import dan berapakah jumlah pengimport gula sejak dari tahun 1980? Cuma yang dipaparkan oleh media baru-baru ini ialah ‘salah seorang manusia yang terkaya’ di Malaysia dan juga di Asia merupakan seorang rakyat Malaysia yang menjalankan perniagaan import gula di Malaysia.

Seperkara lagi, masalah penyakit diabetis dan kemalangan amat tinggi di negara kita jika dibandingkan negara-negara jiran. Ini bermakna, kedua-dua bahan ini memberikan bencana besar kepada rakyat. Gula dan minyak tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat Malaysia.

Jika subsidi gula dan petroleum dimansuhkan, dan peruntukan itu diberikan untuk subsidi pembelajaran dan pengangkutan iaitu dengan pemberian pembelajaran percuma untuk seluruh ‘rakyat’ Malaysia, bermula dari prasekolah sehingga pembelajaran percuma di institusi pengajian tinggi awam.

Selebihnya, dilancarkan tambang murah bagi semua pengangkutan awam untuk seluruh rakyat. Saya amat yakin rakyat di negara ini tidak akan marah atau memberontak dengan pemansuhan subsidi gula dan minyak ini kerana impaknya kepada pembelajaran percuma dan juga kos pengangkutan awam sudah semakin murah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Saturday, July 17, 2010

Pemerintahan yang syirik?

Apabila UBN menuduh Anwar syirik kerana menjadi talibarut CIA dan Yahudi secara terang-terangan tanpa bukti yang nyata dan hanya mencedok artikel dari blog orang putih yang entah hapa-hapa menjelaskan lagi tujuan sebenar mereka.Nampak sangat mereka telah ketandusan isu dan idea untuk menghalang kemaraan PR mendekati PutraJaya.

Mereka dengan sombong dan bongkaknya menuduh secara liar sesiapa sahaja yang menyokong Anwar akan bersekongkol dengan Yahudi tanpa menyedari mereka sendiri yang menjemput dan bersahabat dengan Yahudi Zionis serta menerima nasihat mereka.APCO dengan berbesar hati memberikan segala ilmu mereka agar agenda tersembunyi mereka berjaya meresap ke dalam masyarakat Islam khasnya supaya negara akan berada dalam genggaman mereka satu hari nanti atas kepintaran pemimpin kini.

Amat menakutkan bagaimana generasi akan datang memerintah negara dengan penuh kemungkaran dan maksiat yang berleluasa.Hatta kini tanda-tanda kemungkaran telahpun menjadi kenyataan.Segala bentuk hiburan yang dulu dilarang muncul dikaca tv dan filem kini seakan menjadi tatapan harian rakyat tanpa ada seorangpun pemimipin yang memerintah tampil melarang atau menghalang kejadiaan itu berlaku.Apa yang dulu terlarang kini tersingkap dan menjadi halal dimata mereka.Bukankah ini syirik yang nyata?Menghalalkan yang haram,mengharuskan segala benda yang halal agar agenda mereka terlaksana.

Kita tidak mahu kejadian tsunami seperti yang melanda Banda Aceh menimpa negara kita.Marilah kita masih mempunyai masa yang sedikit ini.Gembelingkan tenaga,usaha dan iman agar dapat bersama-sama membendung syirik yang nyata dimata hati kita tapi buta dimata mereka.Insaallah berkatlah hendaknya usaha murni ini atas keredhaan Allah yang Esa.PRU 13 kita tukar pemerintahan syirik ini ke pemerintahan Khalifah yang menuju Ke Nur dan ke jalan Allah..Allah Hu Akbar...Allah Hu Akbar..Allah Hu Akbar

Klip berkaitan syirik oleh Imam Besar Sheikh Imran Hossein


Thursday, July 15, 2010

Hadapilah Kritikan Dengan Manisnya Senyuman dan Berlapang Dada


Salam buat semua . Hidup ini adalah ibarat roda . Ada masa kita berada dikemuncak dan ada masa kita jatuh tertiarap kebawah . Tidak selama2nya kita berada di tempat yang sama kerana ia silih berganti .Sengaja Allah aturkan perjalanan hidup kita yang sedemikian rupa untuk menguji keimanan kita .
Samada iman kita lebih nipis dari kulit bawang atau sekadar buih-buih di lautan . Dalam hidup ini kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan .Kerana manusia bukan maksum kecuali para Nabi dan Rasul.
Juga dalam hidup ini kita tidak terlepas dari tabiat suka mengkritik kesalahan atau kesilapan orang lain tetapi tidak suka orang lain mengkritik terhadap kesalahan kita atau menghadapi kritikan dari orang lain.
Bagi saya lebih baik kita bersikap profesional bila menghadapi kritikan dari orang lain . Saya lebih suka mengucapkan ucapan terima kasih tuan , terima kasih tuan , terima kasih tuan berulang-ulang kali di atas kritikannya kerana memberi info yang percuma tanpa bayaran satu sen pun diatas kesilapan saya sambil saya cuba untuk memperbaiki diri serta bermuhasabah diri.
Satu sen pun tak perlu saya membayar diatas kritikannya kerana segala2nya diberi atas khidmat nasihat secara percuma .Tak perlu saya nak membayar yuran kursus motivasi atau bayaran khidmat nasihat apatah lagi khidmat perundingan. Lagi lanjut usia dan pengalamannya serta lagi baik akhlak dan keimananya maka lagi baik bagi saya untuk mendengar kritikannya .
Tugas saya hanya perlu menjadi pendengar yang setia .Lebih baik berdiam dari membalas kritikannya . Sekali sekala hadiahkan senyuman yang manis padanya .Kerana senyuman itu adalah suatu sedekah . Bukankah insan yang memberi sedekah lebih baik dari penerima sedekah ? Sambil berkata terima kasih tuan , betul tuan, benar tuan , ya tuan kalau ada apa2 maklumat tambahan , tambahlah lagi .
Kerana diatas kritikannya walau pun dari seorang budak akan mengajar saya supaya menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan pada masa akan datang .
Saya pernah di malukan oleh orang ramai dalam sebuah majlis tarbiah wal ceramah . Hampir kesemua hadiran ketawa berdekah-dekah .Dalam hati malunya tak terkira . Tetapi bila mengingatkan mungkin ini ujian dari Tuhan maka saya berpendapat lebih baik saya berdiam diri . Sambil berkata biarlah mereka ketawa untuk menunjukkan kebodohan dan kelemahan iman diri mereka sendiri . Kerana Rasululah pun jarang ketawa tetapi mulut baginda lebih banyak dengan senyuman .
Juga dalam membuat sesuatu tugas atau projek , banyak insan yang dengan senyum sinis serta ada yang ketawa memanjang menggatakan bahawa saya membuat projek gila atau tak masuk akal tetapi bila ada projek yang berjaya mereka pula yang meminta saya berkongsi pengalaman untuk membantu mereka . Maka jawab saya tak kan nak berkongsi pengalaman dengan orang yang gila ?
Malah ada yang bertanya dapat modal dari mana ? Maka saya pun menjawab Tuhan yang bagi . Tanya mereka lagi , siapa yang bagi idea atau ilham untuk buat projek ini ? Maka saya menjawab dari insan yang dah mati . Juga mereka bertanya lagi dari keuntungan ini berapa banyak yang awak dah buat sedekah jariah ? Maka saya pun menjawab setakat sebuah senyuman jer. Bila saya memberi jawapan tersebut maka ada yang menjawab , sah lah awak ni dah gila .
Maka dalam hati saya bertanya siapa yang gila ? Bukankah dunia ini Tuhan yang punya . Apa2 pun pintalah pada NYA . Maka dengan bermodalkan Tuhan maka buatlah apa2 pun , tunggulah keuntungan dari modal Tuhan .
Ilham dari orang yang dah mati ? Bukankah dalam agama memberitahu bahawa mereka yang paling cerdik ialah mereka yang selalu mengingati MATI ? InsyaAllah dengan mengingati MATI ,akal akan menjadi cerdik walau pun tiada sijil diploma , degree hatta Phd . Tapi kalau ada lagi baik dengan meningati MATI .
Senyum sebagai sedekah jariah ? Bukan kah dengan senyuman itu satu sedekah ? Kalau kita tak mampu memberi bersedekah dengan wang ringgit atau dengan bentuk harta yang lain , senyumlah selalu . Maka dengan senyum itu di kira sedekah . Insya Allah akan bertambah lagi amal jariah kita dengan harga sebuah senyuman . Lagi pun berapa ramai umat Islam yang mampu bersenyum berbanding dengan umat Islam yang lain yang suka bermasam muka ?
Bagi saya dalam hidup ini lebih baik kita bersikap open minded atau berfikiran terbuka .Biarlah insan lain dengan labu-labunya dengan tabiat mereka yang suka mengkritik .Tiada ruginya saya . Kerana kalau saya tutup pintu kritikan maka saya juga yang rugi kerana saya tidak tahu di mana kelemahan dan kesilapan saya .
Saya pernah berdepan dengan seorang pakar motivasi yang berpangkat syeikh berumur muda .Umur mungkin belum melewati 40an . Dikatakan banyak pengalaman merantau ke Timur Tengah serta boleh berbahasa banyak bahasa termasuk bahasa Urdu .Tugasnya hanya memberi motivasi dan khidmat nasihat .
Saya pernah memberitahunya saya seorang yang profesional.Tuan bebas nak mengkritik saya , insya Allah saya tak akan mengambil hati tetapi pehak Tuan juka kena mengambil sikap yang sama terhadap kritikan saya. Maka berdiam lah dia Suatu ketika dalam bersms kerana saya mengadu pada nya mengenai tingkah laku anak-anak buahnya yang hanya mementingkan perut dan hawa nafsu sendiri dari ikatan silaturahim..
Maka di jawabnya , kesian kat enta, enta berada jauh lagi . Bab-bab kecil pun nak berkira . Kami dah merantau jauh sampai ke Thailand dan Indonesia .
Maka termenunglah saya untuk memberi jawapan , maka tidak lama kemudian saya pun menjawab tak kisah lah enta berada jauh di mana sekali pun walau pun kat Amerika tetapi kalau nafsu dalam diri pun tak mampu nak atasinya , maka perjuangan enta tak pergi ke mana. Dan nasihat saya enta perlu tarbiah lagi . Sengaja saya nak mengujinya
Selepas itu senyap jer sms darinya . Tidak lama kemudian nset saya berbunyi menandakan ada penerimaan sms dari nya . Jawapannya cukuplah setakat ini , jangan ganggu saya lagi ,kalau enta balas sms juga saya tak mau berbincang lagi dengan awak .
Selepas dari sms tersebut sehingga kini saya tidak menerima maklum balas darinya . Apa2 pun maklum balas semasa yang saya terima hanya dari para sahabat2 yang lain yang memahami pendirian dan sikap saya . Bagi saya syeikh tersebut bersikap belum lagi matang dan bersikap kebudak-budakan. Jika benar sms tersebut datang darinya , beliau perlu belajar menghormati orang lain dan sudi menerima pandangan mereka . Jangan di tutup pintu kritikan kerana yang rugi ialah diri syeikh itu sendiri .
Seperti kata pepatah Arab , dengarlah nasihat walau pun dari seorang budak . Kerana kita tidak akan rugi apa2 . Yang rugi ialah pehak musuh yang ingin menghancurkan kita . Marilah bersama-sama mengukuhkan perpaduan dan kekuatan kita dengan bersama-sama mendengar pandangan orang lain.
Sekian . Wasalam . Ampun Maaf Zahir Dan Batin
Salam dari Kamunting .
Syeikh Belalang
Ilmu Memimpin Kita, Pengalaman Mengajar Kita Dan Masa Mendewasakan Kita .

Tuesday, July 13, 2010

Saman Ekor atau Nombor Ekor?

Saman ekor kerana hendak wang - Idris

1 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik melalui saman ekor sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan.

Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihaknya merasa kesal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang ada sama ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan.

"PAS bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul. Kenapa tidak dibawa kepada pengadilan untuk dibicara," katanya.

Kata Idris, PAS berpendapat, ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut kerana ada yang tersalah saman, sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk hendak mengurangkan kemalangan jalanraya, ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam," dakwa beliau.

Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan, katanya, bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat.

"Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan," katanya.

PAS, kata beliau, mengharapkan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.

"PAS menyeru supaya rakyat sedar inilah kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai menanam tebu dibibir konon membela rakyat, tetapi bertindak sebaliknya dan kita mesti bersatu untuk menolak BN dalam PRU 13," katanya.

Harakahdaily/-

Komen:..Wak tak komen banyak ..dan wak tak pernah main ekor tapi ada jugak kena saman ekor..entah bila kena tak pasti tapi kadang-kadang ada jugak balik kampung..jalan ke kampung dah upgrade ke 2 line..besar dan menakutkan orang kampung nak melintas..rata-rata kenderaan laju..melebehi 60km/h..hatta jentolak padi atau mesin padi pun boleh cecah 60km/h..he..he..(kalau naik lori treler ler)..Kawasan ini sekitar bendang atau sawah..terimakasih buat kerajaan upgrade jalan Klng-Sbk Bernam..Tapi adalah malang nasib rakyat kini..jalan besar undang-undang sama macam jalan kecik dulu..Beribu kena saman ekor kerana Polis ni bijak sembunyi sebelah pokok besar tembak mana-mana kenderaan yang melebehi had laju..Majulah kerajaan kerana dapat duit terpijak daripada rakyat secara haram..Boleh cek saman kat sini...

lain-lain berita di sini..sini dan sini..inilah rintihan rakyat bersama kerajaan 1malaysia.

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...