Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, June 30, 2010

Minyak Naik..Orang naik minyak


Ingat lagi berita kera..jaan akan naikkan harga petrol mengikut warganegara dan status rakyat melalui kenderaan meraka..Jangan jadi Melayu Mudah Lupa...hah..selepas 2 bulan tertangguh..ada kemungkinan minyak petrol akan naik..esok..mungkin..bukankah Najib kata ia suka memberikan kejutan..or kezuutan..buat rakyat 1Malaysia agar lebih respek kepada beliau dan juga sebagai pembalasan dendam kerana terpaksa dalam rela menarik kembali kelulusan Judi Bola..Hah..ini sebagai balasan kepada rakyat..rasakan...


Semua merasa bahangnya nanti..dengan tahap gaji rakyat yang rata-rata dibawah paras kemiskinan jika diukur tahap gaya membeli rakyat biasa samada di kampung-kampung atau di bandar..mereka hanya tahu ekonomi negara merudum jika harga sekilo ayam mencecah ke paras rm8 kini..ikan kembong hampir pecah perut mencecah rm7 sekilo..lain-lain biasalah akan mengikut rantaian kenaikan ini..parahnya gaji hanya naik setahun sekali dengan kenaikan maksimum rm30..tapi harga barang keperluan harian naik hampir setiap minggu..


Inilah 1 Malaysia kini..berkokok berderai-derai ekor bergelumang tahi..kera dipulau (Batu)diberikan susu cap Agong..anak sendiri sendiri punya susu la..yang kering dan tanpa khasiat..

*Berita dulu-dulu* di bawah..


Minyak naik 1 Mei 2010, sedia ikat perut

Minyak pasti naik 1 Mei 2010 ini. Dulu kata hanya pada 1 Mei 2010 rakyat akan tahu berapa akan naik (bukan minyak naik tapi dijual tanpa subsidi).

Tapi sekarang kemungkinan akan diumum dua bulan lebih awal (agaknya sebab orang takut beli kereta sebelum 1 Mei 2010, nanti jualan kereta merudum).

Menurut penganalisis permotoran terkemuka iaitu Paul Tan, hanya akhbar Sin Chew yang dapat sedikit maklumat mengenai mekanisma kenaikan minyak pada 1 Mei 2010 ini , iaitu :

1. Satu mekanisma pendaftaran kenderaan akan diadakan pada bulan Mac 2010.

2. Mereka yang ada lebih dari satu kereta hanya layak untuk membeli minyak pada harga subsidi untuk satu kereta sahaja . (Jadilah kenalah pindah daftar kereta atas nama isteri, isteri-isteri ke, anak-anak ke, ayah ke, datuk ke, nenek ke, asalkan masih hidup dan bukan hantu).

3. Mereka yang tiada kenderaan tidak akan dapat subsidi.

4. Jika pengguna menggunakan lebih minyak dalam tempoh sebulan, selebihnya dia akan membeli minyak tanpa sebarang subsidi.

5. Kuota sebulan adalah antara 100 liter ke 300 liter.

6. Kapasiti enjin atau cc kenderaan kemungkinan tidak diambil kira dalam mekanisma ini (mungkin pukul rata).

Bersedialah kita semua untuk ikat perut. Puasa , dapat pahala.

Biar minyak naik, jangan kita naik minyak. Motosikal kan ada, apa susah.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...