Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, June 3, 2009

Setahun jagung sudah menyembah bumi!

Setahun jagung sudah menyembah bumi!

KUALA TERENGGANU - Tanpa ribut atau tsunami, sebuah stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang tiba-tiba runtuh pagi semalam. Nasib baik tidak ada seorang pun penonton di stadium Gong Badak ketika kejadian 7.30 pagi itu.

Nasib baik juga kecelakaan itu terjadi semalam. Sekiranya bumbung itu roboh hari ini mungkin ramai yang maut sebab hari ini sepatutnya berlangsung sukan kakitangan universiti-universiti setempat di stadium berkenaan. Acara itu terpaksa ditangguhkan.

Dan, lebih bernasib baik lagi keruntuhan itu tidak terjadi semasa Sukma 2008 diadakan tahun lalu, jika tidak tentu bilangan yang menemui ajal lebih ramai, mungkin termasuk orang-orang kenamaan yang duduk di ruang VVIP.

Tetapi, apakah kita boleh berasa lega dengan hanya ‘nasib baik’? Apa kata sekiranya nasib tidak menyebelahi kita? Mengapa stadium yang berusia setahun jagung itu boleh menyembah bumi?
Seterusnya...

Ini macam cerita katun transformer da...sekejap berdiri jadi stadium..kendian boleh tukar jadi kereta buruk..kalau dah umur stadium tu serupa Stadium Merdeka tak pe la jugak..ada alasan munasabah ker..munasarawak ker..pasal dah lama..lebih 60 tahun..logik la menyembah bumi..tapi wak tengok setipa kali lalu jalan ke stadium tu..nampak masih utuh lagi..biarpun nampak macam tak berbela je..Inilah padah nya jika kerja-kerja tangkap muat jer..atau bagi kita orang Islam nampak sangat kerja tu tak berkat..Baru ler dema sibuk nak cek sana-sini..siasat sana sini..Ini kerja basi..hampas..dah terhantuk baru sibuk cari alasan..bukan nya nak ambik iktibar pasal kejadian tu Allah dah tentukan..Jika berbuat onar semua kerja tidak ada berkatnya..Apatah lagi jika ada rasuah yang tersembunyi..logik akal kalu dah nilai projek Rm300juta mana mungkin akan runtuh jika tidak ada tangan-tangan tersembunyi mencilok sorang sikit rm300juta tuh..Hasilnya Stadium tu hanya bernilai bawah rm100Juta..Ini telahan Wak saja..dan sebahagian besar rakyat juga beranggapan begitu..Jadi menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyiasat dan membuktikan kebenaran ini..

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...