Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, February 23, 2010

BEZA ANTARA NAFSU LELAKI DENGAN NAFSU WANITA

BEZA ANTARA NAFSU LELAKI DENGAN NAFSU WANITA
Terima kasih Tuhan kerana masih lagi menghidupkan kita dan mengizinkan kita berada didalam majlis ilmuNya yang sangat ajaib lagi berseni ini. Mudah-mudahan kita dipilih Tuhan agar terhindar dari dosa-dosa dengan Tuhan dan sesama manusia dan makhlukNya yang lain. Selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Besar kita Muhammad SAW.
Kita sering dengar dimajlis-majlis agama di surau-surau, dimasjid, didewan, para-para ustaz, para-para mubaligh, guru-guru, pensyarah dan lain-lain kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa. Kaum Lelaki mempunyai hanya 1 Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum wanita memiliki 7 Nafsu dan hanya 1 Akal.
Persoalannya apakah benar bahawa Kaum Lelaki dan Wanita mewarisi sifat-sifat ini. Mari kita cungkil ilmu yang Tuhan telah berikan kepada kita.
Kita sering nyatakan perihal Akal dan Nafsu ini, kita kuliahkan lagi, kerana dua aspek ini adalah sangat mempengaruhi diri dan kehidupan manusia baik lelaki mahupun wanita malah makhluk-makhluk Tuhan yang lain.
Kita telah terangkan dimasa lalu bahawa manusia yang dicipta Tuhan hanya mempunyai 4 unsur yang mutlak, yang menjadikan manusia itu ˜Mukallaf" (Wajib Menyembah Tuhan dan Wajib Mendirikan Syariat Tuhan). Akal, Nafsu, Roh dan Jasad.
Tidak mempunyai 4 unsur ini, bermakna makhluk Tuhan ini juga wajib Menyembah Tuhan tetapi tidak wajib Mendirikan Syariat Tuhan saperti para-para haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk Tuhan yang zahir, cuma cara penyembahan oleh makhluk-makhluk lain selain dari manusia, kita tidak tahu, itu rahsia Tuhan.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Manusia hanya memiliki Satu Akal, Satu Nafsu, Satu Roh/Hati dan Satu Jasad (banyak anggota dibadan itu lain. Sama lah macam sepohon pokok, kita tak kata sepohon ranting). Ini adalah hakikatnya. Kezahiran manusia itu samada ada ianya cacat atau tidak sekalipun hakikatnya manusia sebegini juga sama mempunyai 4 unsur yang mutlak ini.
Cuma setiap unsur ini akan Tuhan berikan kelebihan masing-masing berdasarkan anugerah Tuhan sesuai dengan manusia itu. Kita tidak akan menghurai satu persatu tentang cabang-cabang setiap unsur ini, sekadar untuk membuat perbandingan sahaja. Kita cungkil lagi ilmu Tuhan ini.
Kita lihat Akal yang ada dalam diri manusia. Akal satu tetapi kebolehan akal dalam bentuk IQ ada 6 kategori atau peringkat.
(1) Genius atau Abqari kekuatan berfikir yang luar biasa.
(2) Cerdik dalam 10 adalah satu
(3) Cerdik Biasa ramai
(4) IQ Biasa ramai didunia
(5) Bodoh
(6) Dungu
Kita lihat Nafsu yang ada dalam diri manusia pula. Nafsu tetap satu tetapi nafsu ini mempunyai banyak peringkatnya.
(1) Ammarah - Nafsu yg Jahat
(2) Lawammah - Nafsu yg lemah mujahadah
(3) Mulhammah - Nafsu yg sudah mula terpimpin
(4) Mutmainah - Nafsu yg sudah tenang
(5) Radhiah - Nafsu yg sudah redho
(6) Mardhiah - Nafsu yang Tuhan pula redha
(7) Kamilah - Kemuncak kebersihan nafsu
Bagaimana pula dengan Roh/Hati yang jarang kita perbincangkan, mungkin manusia takut nak bincangkan atau memang tak tahu atau mungkin bercelaru.
Kita lihat 2 jenis Roh yang Tuhan jadikan. Roh dalam bahasa Arab ialah RUHUL.
1. RUHUL HAYAH.
Ia terdapat pada semua makhluk termasuk manusia,jin,malaikat,binatang dan setiap benda yg bernyawa. Mengikut kajian para saintis, pokok2 kayu juga ada roh.
Begitu juga pada semua jamadat saperti batu,kayu dan sebagainya. Kalau roh hayah ini keluar dari jasad makhluk-makhluk Tuhan yang lain selain dari manusia, malaikat dan jin jasad ini tidak akan dapat berfungsi lagi, dikira dah mati. Kalau ianya keluar dari jasad manusia, manusia masih dapat berfungsi. Roh inilah yang keluar dari jasad kita sewaktu kita mengalami mimpi.
2. RUHUL TAMYIZ.
Ruhul Tamyiz juga dikenali sebagai Ruhul Amri lebih dikenali sebagai AKAL. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia,malaikat dan jin.
Dengan adanya roh tamyiz inilah, maka malaikat,jin dan manusia menjadi makhluk yg mukallaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya.
Roh-roh ini terbahagi empat kategori.
(1) Roh Yang Bercahaya
(2) Roh Yang Bersih
(3 ) Roh Yang Kabur
(4) Roh Yang Hitam Legam.
Setiap peringkat roh ini ada hubungan dengan sejauh mana baiknya dan jahatnya Nafsu manusia.
Muslimin muslimat yang dikasihi, setelah melihat ilmu-ilmu Tuhan diatas, maka ini akan menguatkan hujah kita bahawa selama ini apa yang kita dengar, apa yang diajar samada kaum Lelaki memiliki Satu Nafsu atau 7 Akal manakala kaum Wanita memiliki satu Akal dan 7 Nafsu adakah ianya merupakan sunnatullah kejadian manusia atau hanya sekadar ianya berunsur didikan semata-mata?
Kita renung dan fikirkanlah bersama.
Jika diamati apa yang diajar, apa yang didengari selama ini adalah hanya unsur-unsur untuk mendidik manusia semata-mata, mungkin penyampaiannya sahaja yang kita susah nak faham, sebab tidak ada yang mampu hendak terangkan dengan jelas, tepat, tajam dan tulin.
Samada kaum lelaki atau kaum wanita, dua-duanya sama sahaja memiliki Akal dan Nafsu yang sama, hanya yang membezakan manusia adalah peringkat-peringkat anugerah Tuhan sahaja.
Hujahnya, ada kaun lelaki yang pandai, ada juga kaum wanita yang pandai, ada kaum lelaki yang kuat nafsunya, ada juga kaum wanita yang kuat nafsunya samada nafsu seksual atau nafsu material.
Dari segi seksual mungkin kaum wanita tak nampak sangat sebab kaum wanita mempunyai sifat pemalunya dan sifat mempertahankan maruah diri, tetapi ada juga yang bersifat terbuka. Sifat ini memang sunnatullah kejadian kaum wanita. Kaum lelaki juga mempunyai sifat sebegini.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan Lelaki mempunyai 7 Akal dan 1 Nafsu terlebih dahulu. Pandangan manusia biasa kerap mengatakan bahawa kaum lelaki memang mempunyai 7 akal, kerana kaum lelaki banyak menyimpan helah dalam kehidupan mereka dalam menjalankan perkara-perkara yang sihat dan tidak sihat seharian.
Dikatakan kaum lelaki banyak menggunakan akal mereka untuk melaksanakan helah-helah dalam hidup. Kerap menggunakan akal untuk membuat sesuatu perkara dan jarang menggunakan nafsu, kerana nafsu lelaki hanya digunakan untuk satu tujuan sahaja, hanya untuk tujuan seksual semata-mata.
Sebab itu orang lelaki kerap dicop sebagai mata keranjang, buaya darat dan lain-lain, gelaran ini semuanya bersangkutan dengan tindakbalas lelaki keatas wanita.
Malah apabila berlaku kejadian tak sihat saperti rogol, perkosa, membunuh dan lain-lain juga kerap melibatkan kaum lelaki, apakah ini dikaitkan dengan Akal yang 7 atau Nafsu yang 1. Manusia biasa mungkin akan berkata nafsu semata-mata, ditambah pula panggilannya Nafsu Binatang.
Rupa-rupanya nafsu lelaki yang 1 ini lebih bahaya dari nafsu wanita yang dikatakan 7. Sepatutnya nafsu yang 7 ini lagi dasyat jahatnya dari nafsu yang 1. Sudah jadi terbalik pula.. Kurang tepatlah nampaknya apabila kita katakan lelaki itu mempunyai 7 akal, sebaliknya akal yang 7 itulah dipengaruhi oleh nafsu yang satu.
Tetapi manusia selama ini ingat bahawa 7 akal itulah yang menyebabkan kaum lelaki bersikap tidak sihat. Apakah ilmu tersirat Tuhan agaknya. Minda menyatakan bahawa setiap lelaki yang bersikap tidak sihat itu Akal mereka telah dipengaruhi oleh Nafsu yang jahat, manakala lelaki akan bersikap sihat apabila akal itu mempengaruhi/mengawal nafsu, akal mereka telah berfungsi mengikut perintah Tuhan.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Bagi kaum Wanita pula fungsi Akal dan Nafsu yang ada dalam diri mereka adalah juga sama sapertimana kaum Lelaki, cuma sunatullah kejadian wanita itu sahaja yang membezakan mereka.
Wanita terkenal dengan sifat lembah lembut, lemah dalam beberapa sudut kehidupan dan cekal dalam sesetengah sudut, sama sahaja saperti lelaki. Nafsu wanita lebih lembut dan mudah di didik jika dibanding dengan nafsu yang ada kepada kaum lelaki sebab itu Tuhan berkata wanita ini mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka.
Nafsu wanita dalam bab seksual tidak setanding dengan kaum lelaki, ini memang sunnatullah kejadian manusia. Wanita yang dikatakan mempunyai 1 akal memang tepatlah tetapi kalau dikatakan wanita mempunyai 7 nafsu itu agak kurang tepat, sebab kehendak lelaki dan perempuan sama sahaja, kerana kedua-duanya mempunyai fitrah untuk maju, untuk berkembang, untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupan masing-masing.
Kalau dikatakan wanita suka berbelanja (yang manusia kaitkan dengan nafsu wanita), kaum lelaki pun juga sama suka berbelanja (adakah ini dikatkan dengan akal atau nafsu lelaki), wanita dikaitkan dengan suka kepada kecantikkan dan sanggup berbelanja untuk kecantikkan, kaum lelaki akhir zaman ni pun sama juga, malah ada kaum lelaki yang buat botox.
Apa sahaja yang dikaitkan diantara kaum lelaki dan wanita, sudah sama diakhir zaman ini. Apakah ianya salah di sisi Tuhan atau tidak, pun sama juga diantara lelaki dan wanita. Lelaki yang tidak menjaga syariat salah dengan Tuhan, wanita juga sama. Lelaki tidak menutup aurat melanggar syariat, wanita tak tutup aurat juga melanggar syariat. Kaitkanlah dengan apa perkara sekali pun.
Muslimin muslimat yang dikasihi, ini bermakna hujah yang mengatakan Lelaki memiliki 7 Akal 1 Nafsu manakala Wanita memiliki 1 Akal 7 Nafsu tidaklah tepat.
Kalau ada riwayat pun ianya adalah bersifat mendidik, nak menggambarkan bahawa wanita itu sepatutnya lebih menjaga diri/maruah mereka dari kaum lelaki. Itu maksud tersiratnya.
Dan lelaki pula diperintah menggunakan akal mereka yang dikatakan 7 itu untuk menimbang baik dan buruk perbuatan mereka, untuk menimbang yang mana Tuhan larang dan yang mana Tuhan perintahkan. Banyak lagi faktor-faktor lain yang semua nya adalah untuk kaum lelaki dan wanita melaksanakan perintah Tuhan dan meninggalkan LaranganNya.
Mudah-mudahan kita memperolehi sedikit ilmu dari penerangan ini, dan dapat membezakan apa yang telah dimaksudkan oleh Tuhan dalam Minda SiberMelayu@yahoogroups ini.
Sekian.
Wassalam

2 comments:

Unknown said...

salam..jangan cakap macam tu..ada juga lelaki berbelanja ikut nafsu seperti wanita..kita bercakap tentang majoriti..kalau macam tu saya pun boleh cakap ada juga lelaki mempunyai nafsu seks yang lemah..tetapi kenapa lelaki mendapat gelaran buaya darat..etc..mereka melebel begitu kerana majoriti mcm tu..kamu seolah2 bila berbicara bersetuju bahawa lelaki ada 1 nafsu 7 akal..tapi bila berbicara mengenai wanita yg ada 7 nafsu 1 akal kamu seolah2 menafikan..jangan buat kenyataan berat sebelah..

Unknown said...

salam..jangan cakap macam tu..ada juga lelaki berbelanja ikut nafsu seperti wanita..kita bercakap tentang majoriti..kalau macam tu saya pun boleh cakap ada juga lelaki mempunyai nafsu seks yang lemah..tetapi kenapa lelaki mendapat gelaran buaya darat..etc..mereka melebel begitu kerana majoriti mcm tu..kamu seolah2 bila berbicara bersetuju bahawa lelaki ada 1 nafsu 7 akal..tapi bila berbicara mengenai wanita yg ada 7 nafsu 1 akal kamu seolah2 menafikan..jangan buat kenyataan berat sebelah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...