27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Perhatian Untuk Kaum Hawa,
Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)
Bagi anda yang memakai tudung seperti gambar di atas, ayuh tinggalkan fashion tersebut. Bagi suami atau bapa yang punyai isteri dan anak yang memakainya, tegahlah mereka. Bagi mereka yang punyai medium untuk menyampaikan mesej ini, sebarluaskan mesej ini untuk manfaat kita semua.
Sebarluaskan banner di bawah:
Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah taala.
"Berpakaianlah mengikut ajaran Islam"
Sumber :
Nota :
Rata-rata kini anak-anak gadis memakai tudung kepala hanya sebagai fesyen sahaja dan mungkin tiada niat untuk menutup aurat demi kerana menjaga kehormatan dan kerana Allah.Model-model berfesyen bertudung ala-ala biarawati Kristian bersepah dan mengalakkan lagi anak-anak gadis Melayu Islam mengikutinya.Beginilah jika Islam hanya diambil suku-suku sahaja oleh pemerintah dan kononnya telah menerapkan nilai-nilai Islam dikalangan rakyat.Hakikatnya agendan yahudi kristian kini telah menusuk jauh ke dalam minda pemimpin dan rakyat dimana menghalalkan yang haram secara halus dan teratur.Ayuh kembalilah ke jalan yang lurus dan diredai Allah.Hancurkan kekhurafatan ini dan tangan-tangan ghaib yang mempertikaikan hukum Allah yang sebenarNya.Semoga Allah memberikan mereka hidayah dan membukakan pintu taubat buat mereka.
Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
this is true.. trend sekarang ni memng terlalu banyak yang berkait dengan kristian dan barat, terbaru jenis shawl tu, ya Allah, serabut betul tngok permpuan2 pakai macm tu.. terlilit sini sana..
moga kita dapt berpegng pada hadith Rasulullah saw ini...
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka" (Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)
Post a Comment