Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, April 23, 2011

Polis hapus sistem perangkap kelajuan



April 23, 2011
KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Sumber *

Nota :

Baca dan fahami betul-betul...Selalunya mereka akan menggunakan ayat-ayat skema dan mempunyai 2 maksud tersembunyi.Polis akan hapus sistem perangkap kelajuan yang kini digunakan bukan bermakna menghapuskan saman-saman ekor yang tertunggak dahulu.Saman tetap saman dan perlu dibayar rakyat.Rakyat tetap akan didahulukan dalam kes saman ekor ini.Dahulu kena..saman terdahulu tidak akan dihapuskan tetapi cara mereka dahulu membuat saman ekor akan di upgrade kononnya.Tidak lagi bersembunyi dicelah belukar,celah batu dan sebagainya.Mempunyai papantanda ada kamera kesan kelajuan di hadapan dan saman akan dikeluarkan serta-merta setelah ditahan.Kita tengok pelaksanaannya yang sebenarnya dimana yang ini adalah kaedah yang tertera dalam buku undang-undang Polis.Bukan upgrade atau cara baru tetapi sebenarnya hendak mencekik dan merompak duit rakyat secara terhormat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...