Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, April 17, 2011

Manusia dan Jin

Bagaimana Jin dan Iblis Membiak...
Dalam Al-Quran dan Hadis ada menceritakan tentang asal usul penciptaan makhluk Manusia, Jin, Iblis dan Malaikat. Antaranya:

Surah Al-Hijr Ayat 26 - 27 :
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum diciptakan manusia daripada api yang sangat panas".

Surah Ar-Rahman ayat 15 :
"Dia (Allah) menciptakan Jann (Jin) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)"

Surah Al-‘Araf ayat 12 :
"Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan ciptakan dia (Adam) dari tanah"

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a:
"Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah)".

Asal usul makhluk2 ini nanti kita bincangkan kemudian. Bagaimanapun artikel pendek ini lebih berminat untuk menyajikan bagaimana tiga makhluk ini, iaitu manusia, jin dan iblis membiak.

Pada manusia, ia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat. Ini adalah hasil percampuran antara benih lelaki dan benih perempuan. Anak manusia memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh bagi menyambung semula genarasi berikutnya. Manusia mempunyai jangka hayat yang berbeza dan semuanya akan mati mengikut ketetapan ajal masing-masing. Zuriat manusia difitrahkan sebegini kejadiannya. Ada Dua organ yang terlibat. Jika tiada salah satunya tidak akan berlaku pemanjangan zuriat. Apa pun semua berlaku adalah dengan keizinan daripada Allah swt.

Surah Al-Insan : 2
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"

Surah Al-Mukminun : 14
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
"Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"


Organ Pembiakan Lelaki

Organ Pembiakan Perempuan
Maka apabila kedua-duanya bercampur, Inilah hasilnya. Subhanallah!

Kita pada Usia 12 Minggu

Waktu ini kita mendapat Makanan Daripada Uri Ibu.
Maka sayangilah Ibu anda ketika beliau masih bernyawa.
Doakan kepada mereka jika mereka telah meninggalkan kita.
Gambar Hiasan - Proses Kejadian Manusia)

Untuk dua makhluk di bawah tiada gambar untuk ditempelkan. Cukup dengan penjelasan kata-kata. Jin juga terdiri daripada lelaki dan perempuan . Cara pembiakan di kalangan makhluk jin mudah sekali. Apabila sahaja alat kelamin jin lelaki dan alat kelamin jin perempuan bersentuh, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak. Anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis tidak pula diceritakan samada terdapat yang jantan ke atau betina. Cara pembiakan golongan Iblis pula lagi mudah. Asalkan paha kanan dan paha kiri tersentuh, maka akan terkeluarlah sebanyak 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu pula ada 33 pasang benih. Setiap pasang benih itu pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri maka akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Kematian Iblis ditangguhkan sehingga ke hari kiamat.

Apakah akan jadi sekiranya ada di kalangan manusia berkahwin dengan jin? Anak yang terhasil daripada 'campuran' benih Jin lelaki atau jin perempuan dengan benih manusia perempuan atau lelaki dikenali sebagai Bunian atau lebih terkenal dengan panggilan 'Orang Ghaib'. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Wallahu'alam.
by ABDULLAH BIN YUSOFF Sumber #

Nota :
Sumber di atas hanyalah catatan penulis asal sahaja,hakikatnya asal-usul Jin sememangnya ada dalam Al-Quran dan bagaimana mereka membiak masih lagi menjadi perdebatan alim ulamak.Kita ambil yang kita tahu sahaja dan jangan mempercayai bulat-bulat.Sesungguhnya ciptaan Allah ini Maha Luas dan Allah jua Maha Mengetahui.Apapun ikuti video daripada penceramah yang tak asing lagi untuk lebih pemahaman tentang makhluk selain manusia ini.
Wallahu'alam
.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...