Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, July 30, 2013

Perniagaan yang menguntungkan ialah Perniagaan Dengan Allah

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/970136_209560369202234_515927507_n.jpg
Perniagaan Dengan Allah | Semua manusia mencari kebahagiaan untuk dirinya di dunia dan keselamatan di akhirat. Manusia yang bijak ialah yang memilih jalan yang menyampaikannya kepada matlamatnya dan mencapai kedua-dua perkara tadi.
Jalan kebahagiaan dan keselamatan terdapat  dalam suatu perniagaan dengan Allah. Ini kerana Allah S.W.T adalah Pencipta kepada manusia.  Manusia yang mati akan kembali kepada-Nya untuk dihitung segala perbuatan yang lalu. Justeru orang yang bijak ialah yang bekerja berdasarkan kehendak dan kerelaan tuannya  sehingga tercapai apa yang diingini oleh tuannya.
Seorang Sahabat telah bertanya Nabi S.A.W tentang jenis-jenis perniagaan yang paling baik supaya dapat dilakukannya. Lalu turun ayat yang mulia ini. Firman Allah S.W.T bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?”(as-Shaff: 10-11)
Rukun perniagaan terkandung dalam kebenaran iman dengan Allah dan Rasul serta pengorbanan harta dan jiwa di jalan Allah  iaitu suatu barangan yang paling berharga dan mahal.
Di antara bentuk perniagaan dengan Allah ialah seperti membaca al-Quran, mendirikan solat dan menafkahkan harta yang dikurniakan Allah kepada manusia secara terang atau sembunyi. Inilah perniagaan yang tidak akan rugi selama-lamanya. Firman Allah:
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.”(Fatir: 29)
Sesungguhnya seorang hamba hanya bernilai sekiranya menjalankan perniagaan dengan tuannya. Dia menjual sesuatu yang bukan miliknya kepada Pemiliknya dan memperolehi bayaran daripada urusan jual beli ini. Apakah mungkin anda terbayang perniagaan seperti ini dalam sebarang urusniaga di dunia?
Firman Allah:
“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al- Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar”(at-Taubah: 111)
Jenis-jenis perniagaan yang paling baik bukanlah perniagaan emas dan perak, bukan perniagaan import dan eksport, bukan perniagaan kereta dan makanan, bukan perniagaan kain dan tenunan, bukan perniagaan duit dan tukaran wang, bukan apa jua bentuk perniagaan dunia yang palsu, tetapi sudah tentu perniagaan yang paling baik, paling tinggi dan untung, paling kekal dan berpanjangan, ialah perniagaan dengan Allah. Ini disebabkan peniaga atau pedagang yang berniaga dengan Allah akan untung sedangkan peniaga yang berniaga dengan selain Allah akan rugi dan musnah.
Dalam perniagaan ini terdapat dua aspek iaitu akad dan barang perniagaan. Aspek yang pertama ialah Allah S.W.T pencipta jiwa dan pengurnia harta benda. Aspek yang kedua ialah anda wahai hamba yang lemah. Anda kini telah bernilai setelah anda menjadi satu aspek dengan Tuan anda dalam urusniaga perniagaan yang sangat menguntungkan. Anda tidak memiliki apa-apa melainkan kesetiaan dengan janji sahaja.
Oleh itu, jiwa ini yang berada pada anda siapakah yang menjadikannya? Tentulah Allah. Harta ini yang berada di tangan anda siapakah yang mengurniakannya? Tentulah Allah. Allah yang membeli daripada anda apa yang Dia ciptakan dan apa yang Dia kurniakan. Allah yang memberikan anda bayaran syurga yang dimiliki-Nya!! Justeru, siapakah yang beruntung? Anda atau Allah?
Urusniaga ini Allah telah rakamkan dalam satu perjanjian dan ikatan yang paling kukuh dan erat. Ketahuilah, ia seperti yang Allah telah turunkan kepada Rasul-Nya dalam ayat:
“(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?” (at-Taubah: 111)
Barangan sebagai bayaran kepada jual beli ini ialah syurga. Adakah anda tahu tentang syurga? Allah telah mempersiapkan syurga dengan kuasa-Nya dan menyediakan kepada hamba-hamba-Nya yang soleh sahaja.  Dalam sebuah hadith,  Nabi S.A.W telah bersabda:
“Syurga suatu tempat yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah terlintas di hati manusia. Batu-bata daripada emas, batu bata daripada perak, lumurannya kasturi, tanahnya za’faran, pasirnya intan dan permata, Sesiapa yang memasuki syurga tidak akan berasa bosan, kekal tidak mati, tidak berubah keremajaannya, tidak lusuh pakaiannya.” “ Syurga dan Tuan Kaabah, cahaya yang berkilau, angin yang menyegarkan, sangat dekat, perkara-perkara halal yang sangat banyak, buah-buahan yang masak, isteri yang baik dan cantik.”Kemudian Rasulullah bertanya:“ Ketahuilah, siapakah yang bersungguh-sungguh mahukan syurga?” Lalu para sahabat menjawab:“Kami sangat bersungguh-sungguh mahukan syurga wahai Rasulullah.”Nabi pun menyambung: “Katakanlah Insya-Allah.”(Abu Nuim, Muslim dan Munziri)
Para sahabat bersungguh-sungguh mahukan syurga dengan menyerahkan diri mereka, mengorbankan jiwa raga mereka dan menempuh banyak peperangan untuk meninggikan panji Islam, membela agama dan menegakkannya di muka bumi serta berusaha untuk memperolehi syahid di jalan Allah.
Para Sahabat yang mulia ini jujur  dalam perniagaan mereka dan benar  dalam jual-beli mereka dengan Allah. Oleh itu, mereka termasuk ke dalam golongan Siddiqin yang Allah berikan pemeliharaan berdasarkan firman-Nya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka Itulah orang-orang yang benar.”(al-Hujurat: 15)

Ada beberapa tarikan yang menarik manusia untuk cenderung kepada dunia sehingga mengikatnya kepada dunia. Iaitu cintakan dunia yang sentiasa memanggil kepadanya dan ia menoleh kepada dunia. Oleh itu, seruan yang tertinggi yang Maha Mengetahui tentang isi hati manusia, yang mengetahui perkara terang dan tersembunyi. Firman Allah:???
“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah,” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia Ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit”(at-Taubah: 38)
Tatkala jiwa manusia boleh menyeimbangkan antara dua perkara dan memilih yang bertepatan dengan kepentingannya, Allah telah peringatkan dalam hal memilih yang terbaik. Hal ini supaya pilihan ini tepat bersesuaian dengan manhaj yang perlu diikuti seorang muslim, tanpa menyimpang dan menyeleweng. Firman Allah:
“ Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan- Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan-Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”(at-Taubah: 24).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...