Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, November 10, 2012

Sebab Jin merasuk manusia


Sebab Jin Suka Merasuk Manusia, rawatan jin,
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” 
katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya," tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah S.W.T.

2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah.

3. Meninggikan suara dalam bilik air.

4. Menangis dan merintih sebelum tidur.

5. Membuang air panas ke dalam bilik air.

6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.

7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.

8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.

9. Selalu bertengkar antara suami isteri.

10. Terlampau marah.

11. Mengikut hawa nafsu.

12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.

13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.

14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah S.W.T.

15. Perempuan suka bersolek.

16. Berlaku perjanjian sihir antara jin dan tukang sihir.

17. Jin jatuh cinta pada manusia.

18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.


Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin :

1. Sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

2. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

3. "Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat," katanya.

4. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

5. Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.



Sumber Rujukan: http://farishishak.blogspot.com/2012/04/18-sebab-jin-suka-merasuk-manusia.html#ixzz2BpbjDRdM

1 comment:

JinJabalMakhtam said...

kah kah kah!
PERHATIAN :
Dakwaan Ust Dasuki tiada kaitan dengan al-Qur'an dan as-sunnah.

Segala dakwaan berhubung dengan :
1- Sebab-sebab Jin merasuk manusia.
2- Tanda-tanda manusia dirasuk jin.
adalah dakwaan beliau yang tidak boleh dibuktikan kaitan dengan agama dan akidah Islam.
Awas! umat Islam mesti berhati-hati dengan mereka yang mengunakan agama dan sijil lulusan agama untuk mendapat duit lebih.
Hakikatnya, Universiti al-Azhar tidak pernah mengajar pelajarnya mengenai jin sebagaimana yang didakwa.
Semua ini adalah sebahagian projek hendak menipu melayu yang malas berfikir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...