Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, January 27, 2011

Suami yang dayus





SUAMI YANG LALAI DALAM TANGGUNGJAWAB


Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka). Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala.."

Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakad dan Khair Muakad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan lain dari Allah.

Maksud 'Peliharalah diri kamu' itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan makruh. Contoh-contah dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.

Allah swt. maksudkan 'Ahli keluarga kamu' itu ialah, isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik, mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawab pada diri kita sendiri. perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain. Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.

Jelaslah di sini bahawa peringatan Allah dalam memelihara diri lita bukanlah terhad kepada diri kita sahaja, ia adalah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka-mereka yang berada di dalam jagaan dan keluarga kita. Kalau kita tidak memimpin dan mendidik ahli keluarga kita, kita masih lagi belum terlepas dari seksaan api neraka. Kerana Allah telah perintahkan, "peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu."

Sesungguhnya seorang hamba Allah itu diperhatikan dihadapan mizan atau neraca atau timbangan di hari kiamat nanti sedangkan bagi seseorang itu mempunyai amalan yang banyak seperti gunung besarnya. Tetapi setelah ditanya tentang bagaimana ia mengendalikan ahli keluarganya dan bagaimana ia mengusahakan harta yang didapati iaitu dari mana ia mendapatnya dan ke mana ia belanjakan. Setelah ditanya semunya sehingga habis semua amalannya yang banyak itu dan yang tinggal hanyalah dosa-dosanya sahaja.

Daripada hadis Rasulullah saw yang menunjukkan bagaimana amalan seseorang itu walau sebesar manapun akan hapus disebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya dan semua mereka yang berada di dalam jagaannya, maka berkatalah malaikat, bahawa inilah orangnya yang telah menghapuskan semua amalan kebajikan oleh ahli-ahlinya dan anak-anaknya semasa di dalam dunia.

Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama-tama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Maka, memberhentikan akan dia itu oleh mereka di hadapan Allah dan berkata mereka itu kepada Allah, 'Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia. Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami pun gelap dan hati kami juga buta. Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram. Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan. Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal. baru hari inilah kami sedar. Oleh itu Wahai Tuhan, tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya.

Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas. Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong, maka setiap helai rambut kita, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.

Adapun salah satu daripada kebinasaan yang boleh menimpa kepada seorang suami sepertimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang maksudnya:

"Wahai sekelian orang yang beriman, janganlah segala harta-harta dan anak-anak kamu cuba melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak."

Firman Allah lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu (Allah), maka hidup yang sesat sempitlah jadi baginya."

Ingatlah satu peringatan Allah kepada seorang suami agar suami-suami sedar bahawa harta-harta serta anak-anak isteri boleh melalaikan mereka daripada mengingati Allah atau khusyuk di dalam beribadah kepada Allah.

Di antara perbuatan mengingati Allah yang terpenting sekali ialah sembahyang. Kalau di dalam sembahyang kita asyik teringat bagaimana hendak mengumpul harta untuk memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak isteri atau bagaimana hendak memujuk hati isteri supaya dia sentiasa gembira, maka jangan mimpilah di dalam perkara-perkara lain kita boleh ingat kepada Allah seperti ketika kita bekerja mencari rezeki, ketika kita mendapat kesenangan dan sebagainya. Dan yang paling menyedihkan ialah dalam usaha dia mengumpulkan harta-harta itu, dia tidak akan menghiraukan lagi tentang larangan-larangan Allah dan tidak memikirkan bagaimana hendak mendapatkan harta yang halal. Orang-orang seperti inilah yang akan di masukkan ke dalam golongan orang-orang yang membinasakan diri di sebabkan oleh anak dan isteri.

Dalam pada hati seseorang itu sentiasa bimbang untuk mendapat berita untuk anak dan isteri yang kononnya akan menjadi bekalan bagi mereka apabila dia telah mati nanti, maka kata ulama, orang seperti ini biasanya akan menjadi orang yang bakhil, lokek dan kikir. Apabila seseorang itu sudah bakhil, lokek dan kikir, inilah celaka yang paling besar yang boleh membinasakan dirinya. Bukan sahaja bakhil yang dimilikinya itu merupakan bakhil yang berkaitan kepada perkara yang menjadi wajib bagi dirinya, seperti mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin serta anak yatim.

Kalau hartanya telah menjadi begitu banyak, rasa takut dan bimbang lahir di dalam hatinya kalau-kalau dicuri orang, maka dia akan menyimpannya di dalam bank. Hasil dari simpanan itu, hartanya akan bertambah atau beranak-ranak kerana riba yang dibayar oleh bank. Dengan demikian akan bertambah lagi satu kecelakaan bagi dirinya. Lebih-lebih lagi celaka bagi dirinya, kalau dia hanya mengeluarkan bunga dari simpanannya itu untuk makan minum dan belanja anak isterinya. Jelaslah suami itu sendiri memasukkan najis ke dalam perutnya dan perut anak isterinya.

Lagi satu kebinasaan yang akan menimpa kepada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami-suami yang tidak melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri. Mereka-mereka ini adalah terdiri dari suami-suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.

Perkara yang melanggar syariat yang boleh dilakukan oleh anak isteri adalah banyak sekali daripada perkara yang haram hinggalah kepada perkara yang makruh dan dari kemungkaran yang kecil-kecil hinggalah kepada kemungkaran yang besar-besar. Seorang suami itu boleh menerima kecelakaan, kalau anak-anak dan isterinya melakukan kemungkaran atau melanggar syariat seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata lucah, mendedahkan aurat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan atau anak-anak perempuannya atau isterinya memandang kepada seseorang lelaki yang bukan muhrimnya.

Begitu juga, syariat melarang keras suami tunduk dan menjadi hamba kepada isterinya. Kecelakaanlah bagi suami-suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap-cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak.

Misalnya, di dalam soal poligami. Allah swt mengizinkan suami untuk berkahwin lebih dari satu iaitu dua, tiga dan empat. Syariat tidak mensyaratkan suami untuk mendapat keizinan isteri kalau hendak berkahwin lagi satu samada yang kedua, ketiga atau keempat. Kalaulah ada syarat-syarat yang menghendaki suami meminta izin daripada isteri-isteri untuk berkahwin lagi satu, ini adalah satu kecelakaan kepada suami kerana suami terpaksa tunduk kepada isterinya dalam hendak melaksanakan perkara yang dibenarkan oleh syariat.

Ertinya, kalaulah ada suami yang hendak berkahwin lagi satu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa meminta izin kepada isterinya, suami telah menjadi hamba kepada isterinya. Di sini bukan pada suami sahaja yang berlaku kecelakaan itu, malah pada isteri pun demikian juga kalau isteri-isteri yang menghalang suami berkahwin lagi satu adalah menentang hukum syarak.

Seorang suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi Pak turut, suami itu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Orang yang dayus tidak akan masuk syurga. maka tersuratlah di depan pintu syurga sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

"Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus."

Inilah ancaman kepada seorang suami yang tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, suatu ancaman yang datang dari Allah swt dan Rasulullah saw. Di dunia ini kita diancam tetapi bila di akhirat kelak kita tidak akan diancam lagi tetapi kita akan ditempelak. Allah akan tempelak kita sebagaimana firmannya yang bermaksud:

"Adakah tidak kami datangkan ke atas kamu Rasul-Rasul? Menerangkan kepada kamu ayat-ayat Kami, pengajaran-pengajaran Kami tentang suruh dan larangan. Kenapa kamu tidak suluh? Kerana apa kamu tidak terima? Kerana apa kamu tidak ikut? Meraka akan jawab, "Ya Allah! Rasul-Rasul sudah datang, Rasul-Rasul sudah terangkan dan Rasul-Rasul telah tinggalkan semua itu kepada kami. Tetapi kami lupa dan kami yang buta. "Kemudian di jawab Allah," "Apa boleh buat kerana sekarang ketetapan azab sudah berada, ketepatan azab sudah berlaku, ketepatan azab sudah tetap di atas kamu. Kamu akan terjun ke neraka."

Jelas sepertimana apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya, tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak kepada anak dan isterinya, maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.

Kemudian menurut Imam Ghazali lagi, bahawa sesungguhnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, hingga tidak dapat hendak diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri di dalam rumahtangga. Dan orang itu pula adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan Allah swt kepada anak dan isteri. Dan akan anak dan isteri pula sanggup menerima dengan lapang dada.

Dalam hal ini tunjuk ajar kita adalah dengan tujuan agar anak dan isteri kita dapat memiliki iman orang-orang saleh kerana apabila mereka dapat memiliki iman ini, mereka juga kelak akan beramal sebagaimana orang saleh beramal. Dan sekiranya kita tidak berupaya menunjuk ajar mereka, serahkan kepada tok-tok guru.. Ajak mereka mengaji Fardhu ain sama-sama. Sebab ini adalah kewajipan kita yang bukan saja tinggal di dunia saja tetapi akan berkait hingga ke akhirat. Di sana kita sebagai suami akan ditanya dan akan diungkit lagi oleh Allah swt.


p/s :-

Ternyata kini terlalu ramai suami yang dayus dan rata-rata mereka ini berbangsa Melayu dan pastinya beragama Islam.Apatah lagi jika dia seorang pemimpin dimana membiarkan seorang isteri bertindak sewenang-wenangnya,membazirkan duit rakyat dan bersukaria shopping di luar negara.Tiada lain tugas yang perlu dilaksanakan oleh rakyat yang prihatin dimana perlu menyedarkan mereka-mereka yang dayus ini dengan memastikan jika memilih pemimpin biarlah seorang yang kuat berpegang dengan imannya dan tidak dayus dengan membiarkan seorang isteri bertindak seperti seorang yang mempunyai kuasa Perdana Menteri.

berita berkaitan sini

Monday, January 24, 2011

Tenang yang tidak Tenang


PRK di DUN Tenang membuatkan suasana politik negara kembali tidak tenang.Hiruk pikuk dan suasana pesta bagi setengah golongan yang gembira kerana peluang meraih rezeki secara terpijak halal atau haram tidak di kirakan lagi.Mereka yang merasakan inilah peluang membalas dendam atau mengambil jalan mudah dengan menyebarkan fitnah dan mencaci calun sebelah pihak lawan mereka.Inilah didikan dan amalan sejak dari dahulu,kini dan selamanya.

Setelah 53 tahun memerintah UBN bukan sahaja gagal mentadbir ekonomi negara dengan baik malah moral dan akhlak rakyat semakin jauh daripada nilai-nilai Islam.Mengapa rakyat begitu minat dengan politik begini?Ini adalah kerana telah diterapkan di dalam minda mereka bahawa jika mahu kesenangan dan kemewahan maka hendaklah sokong mereka.Bagi mereka hanya UBN yang mampu memerintah dan orang lain tidak.Negara akan menjadi mundur kerana orang lain tidak akan memberikan kemewahan dan kesenangan kepada rakyat yang menyokongnya.

Idea dan fikiran beginilah yang telah wujud di minda mereka,tertanam jitu biarpun hakikat sebenarnya kehidupan mereka kian terhimpit dan terhakis kerana saban hari kenaikan harga barangan asas untuk kehidupan kian mencanak naik.Akan tetapi kehidupan pemimpin yang mereka pilih(wakil rakyat)berubah dan menjadi jutawan hasil ketaksuban rakyat yang buta memilih mereka.Etika dan moral tidak menjadi soal yang penting lagi,hatta pemimpin yang mereka lantik juga telah terbukti terpalit dengan kegiatan tidak bermoral tetapi masih boleh memimpin,malah sehingga menghina hukum Islam.

Seharusnya rakyat di DUN Tenang lebih memahami etika memilih pemimpin dan juga parti yang mereka dokongi juga mesti memperjuangkan kehendak rakyat bukan kehendak setengah golongan sahaja iaitu pemimpin yang lebih atas memilih mereka menjadi wakil rakyat yang hanya berperanan seperti burung belatuk sahaja.

Rasulullah bersabda kepada Abdul Rahman (Abu Hurairah),

Wahai Rahman, jangan kamu minta jadi pemimpin/pangkat, kalau kau minta pimpinan maka kamu akan disusahkan. Tetapi apabila kamu tidak minta jadi pemimpin tapi kamu diberi tanggungjawab maka kamu akan ditolong oleh Allah.”

Memilih pemimpin dalam islam bukanlah perkara sederhana, ia merupakan hajat besar kehidupan manusia. Memilih pemimpin tidak sekadar perkara cabang dalam agama, namun bahagian dari masalah prinsip.

Firman Allah:

Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu Jadi agama bagimu.” (QS Al-Maidah: 3)


Ayat tersebut turun beberapa bulan sebelum Rasulullah wafat, tepatnya pada waktu haji wada’ (haji perpisahan). Yang mana dengan turunnya ayat tersebut menunjukan bahwa agama Islam ini telah sempurna tidak kurang sedikitpun.

Agama Islam adalah agama yang universal (syamil), yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik yang berhubungan dengan Allah (Habluminallah) atau pun yang berhubungan dengan manusia (Hablu minannas). Mengatur manusia dari tatacara masuk tandas sampai tatacara memilih pemimpin.

Dalam komuniti kecil saja kita diperintahkan untuk memilih seseorang menjadi pemimpin, sebagaimana Rasulullah bersabda:

Tidak boleh bagi tiga orang berada dimanapun di bumi ini, tanpa mengambil salah seorang di antara mereka sebagai amir (pemimpin)”. (HR Ahmad),


Sungguh, penisbatan berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan kaum mukminin, merupakan ancaman keras bagi siapapun yang tidak bertanggungjawab dalam memilih pemimpin, sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas:

Barangsiapa memilih seseorang menjadi pemimpin untuk suatu kelompok, yang di kelompok itu ada orang yang lebih diredhai Allah dari pada orang tersebut, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.” (HR. Hakim)


Dalam hadits lain Rasulullah. bersabda, sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah.:

Dulu Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, ia digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. Akan tetapi, nanti akan ada banyak khalifah. “Para sahabat bertanya, “Apakah yang Engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab, “Penuhilah baiat yang pertama dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknya, karena Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka atas rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka.” (HR Muslim).

Dari hadis di atas, tampak bahwa Islam memiliki ciri khas tersendiri dalam perkara kepemimpinan. Iaitu keharusan adanya seorang pemimpin dalam seluruh perkara, apalagi perkara besar seperti negara. Sebab, tidak akan ada gunanya pelaksanaan suatu sistem apabila tidak ada orang yang memimpin pelaksanaan sistem tersebut.

Seorang pemimpin adalah peribadi yang sangat menentukan bagi suatu umat atau bangsa.

Menentukan kerana dengannya sebuah Negara boleh maju atau mundur. Bila seorang pemimpin tampil lebih memihak kepada kepentingan dirinya, rakyat pasti terlantar. Sebaliknya bila seorang pemimpin lebih berpihak kepada rakyatnya, maka keadilan pasti ia tegakkan.


Sungguh benar perumpamaan yang mengatakan bahwa pemimpin adalah nakhoda bagi sebuah kapal. Sebab Negara ibarat kapal yang di dalamnya banyak penumpang. Para penumpang seringkali tidak tahu apa-apa. Maka selamat tidaknya sebuah kapal tergantung nakhodanya. Bila nakhodanya berusaha untuk melanggar kapal ke sebuah karang, tentu kapal itu akan tenggelam dan semua penumpang akan sengsara.


Wednesday, January 19, 2011

Rezeki terpijak?


Rezeki terpijak?Inilah anggapan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengutip duit siling yang sudah tentunya bukan kepunyaan mereka.Jika membantu mengutip dan memulangkan kembali kepada empunya tidak mengapalah juga.Saya masih bersangka baik kepada mereka semua tetapi ada juga kemuskilan kerana umum mengetahui mereka semua pastinya akan membawa balik duit siling tersebut dan hanya sebahagian sahaja berjaya dikutip kembali oleh empunya duit siling tersebut.

Beginilah sikap dan tabiat sebahagian besar rakyat Malaysia dan kelihatan dalam gambar rata-rata orang Melayu yang beragama Islam.Sikap dan tabiat ini telah terdidik selama 50 tahun oleh kerajaan sekarang yang memerintah dimana mengambil harta orang hanya biarpun sedikit dihalalkan.Tidak mengapa bukan luak pun..inilah kata-kata sebahagian mereka jika ditanya.

Tidak terfikir langsung di benak mereka bahawa mengambil harta orang terutama yang ditimpa musibah seperti kemalangan adalah berdosa besar,Tidak akan terampun dosa mereka jika tuan empunya harta tersebut tidak menghalalkannya dunia dan akhirat.Biarpun 1 sen yang kita ambil jika tuan punya tidak reda bersiaplah kamu menghadapi murka Allah,tidak didunia di akhirat pasti mendapat balasan.Akan ditanyakan dimana kamu memperolehi harta,bagaimana dan cara mana kamu membelanjakanya.Tidak sekelumit atau sebesar kuman pun akan terlepas dari perbicaraan.

Alkisah Khalifah Umar bin Abd Aziz sendiri ketika memerintah sanggup menggunakan api lilin beliau sendiri ketika menguruskan halehwal keluarga,tidak menggunakan api lilin milik rakyat.Jika pemimpin begini yang kita pilih pastinya rakyat tidak berkelakuan seperti diatas.Pastinya semua mereka lebih bermaruah dan memulangkan kesemua wang yang bukan milik mereka kepada empunya.


Tuesday, January 18, 2011

Pemerintahan Umar bin Abd Aziz

Pemerintahan Umar bin Abdul-Aziz

Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jabatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.

Umar Ibn Abdul Aziz mula memeritah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan. Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain.

Kisah tentang Keistimewaan Seorang Khalifah Umar Abdul Aziz

Karena itu, di hadapan rakyat sesaat setelah dibaiat ia berkata, ”Saudara-saudara sekalian, saat ini saya batalkan pembaiatan yang saudara-saudara berikan kepada saya, dan pilihlah sendiri Khalifah yang kalian inginkan selain saya.” Umar ingin mengembalikan cara pemilihan kekhilafahan seperti yang diajarkan Nabi, bukan diwariskan secara turun-temurun. Tapi, rakyat tetap pada keputusannya: membaiat Umar bin Abdul Aziz.

Setelah menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz melakukan gebrakan yang tidak biasa dilakukan arja-raja Dinasti Umayyah sebelumnya.

Para petugas protokoler kekhalifahan terkejut luar biasa. Umar menolak kendaraan dinas. Ia memilih menggunakan binatang tunggangan miliknya sendiri. Al-Hakam bin Umar mengisahkan, ”Saya menyaksikan para pengawal datang dengan kendaraan khusus kekhalifahan kepada Umar bin Abdul Aziz sesaat dia diangkat menjadi Khalifah. Waktu itu Umar berkata, ’Bawa kendaraan itu ke pasar dan juallah, lalu hasil penjualan itu simpan di Baitul Maal. Saya cukup naik kendaran ini saja (hewan tunggangan).’”

’Atha al-Khurasani berkata, ”Umar bin Abdul Aziz memerintahkan pelayannya untuk memanaskan air untuknya. Lalu pelayannya memanaskan air di dapur umum. Kemudian Umar bin Abdul Aziz menyuruh pelayannya untuk membayar setiap satu batang kayu bakar dengan satu dirham.”

’Amir bin Muhajir menceritakan bahwa Umar bin Abdul Aziz akan menyalakan lampu milik umum jika pekerjaannya berhubungan dengan kepentingan kaum Muslimin. Ketika urusan kaum Muslimin selesai, maka dia akan memadamkannya dan segera menyalakan lampu miliknya sendiri.

Yunus bin Abi Syaib berkata, ”Sebelum menjadi Khalifah tali celananya masuk ke dalam perutnya yang besar. Namun, ketika dia menjadi Khalifah, dia sangat kurus. Bahkan jika saya menghitung jumlah tulang rusuknya tanpa menyentuhnya, pasti saya bisa menghitungnya.”

Abu Ja’far al-Manshur pernah bertanya kepada Abdul Aziz tentang kekayaan Umar bin Abdul Aziz, ”Berapa kekayaan ayahmu saat mulai menjabat sebagai Khalifah?” Abdul Aziz menjawab, ”Empat puluh ribu dinar.” Ja’far bertanya lagi, ”Lalu berapa kekayaan ayahmu saat meninggal dunia?” Jawab Abdul Aziz, ”Empat ratus dinar. Itu pun kalau belum berkurang.”

Bahkan suatu ketika Maslamah bin Abdul Malik menjenguk Umar bin Abdul Aziz yang sedang sakit. Maslamah melihat pakaian Umar sangat kotor. Ia berkata kepada istri Umar, ”Tidakkah engkau cuci bajunya?” Fathimah menjawab, ”Demi Allah, dia tidak memiliki pakaian lain selain yang ia pakai.”

Ketika shalat Jum’at di masjid salah seorang jamaah bertanya, ”Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah telah mengaruniakan kepadamu kenikmatan. Mengapa tak mau kau pergunakan walau sekedar berpakaian bagus?” Umar bin Abdul Aziz berkata, ”Sesungguhnya berlaku sederhana yang paling baik adalah pada saat kita kaya dan sebaik-baik pengampunan adalah saat kita berada pada posisi kuat.”

Seorang pelayan Umar, Abu Umayyah al-Khashy berkata, ”Saya datang menemui istri Umar dan dia memberiku makan siang dengan kacang adas. Saya katakan kepadanya, ’Apakah setiap hari tuan makan dengan kacang adas?’” Fathimah menjawab, ”Wahai anakku, inilah makanan tuanmu, Amirul Mukminin.” ’Amr bin Muhajir berkata, ”Uang belanja Umar bin Abdul Aziz setiap harinya hanya dua dirham.”

Suatu saat Umar bin Abdul Aziz mengumpulkan Bani Marwan. Ia berkata, ”Sesungguhnya Rasulullah saw. memiliki tanah fadak, dan dari tanah itu dia memberikan nafkah kepada keluarga Bani Hasyim. Dan dari tanah itu pula Rasulullah saw. mengawinkan gadis-gadis di kalangan mereka. Suatu saat Fathimah memintanya untuk mengambil sebagian dari hasil tanah itu, tapi Rasulullah saw. menolaknya. Demikian pula yang dilakukan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. Kemudian harta itu diambil oleh Marwan dan kini menjadi milik Umar bin Abdul Aziz. Maka, saya memandang bahwa suatu perkara yang dilarang Rasulullah saw. melarangnya untuk Fathimah adalah bukan menjadi hakku. Saya menyatakan kesaksian di hadapan kalian semua, bahwa saya telah mengembalikan tanah tersebut sebagaimana pada zaman Rasulullah saw.” (riwayat Mughirah).

Wahib al-Wadud mengisahkan, suatu hari beberapa kerabat Umar bin Abdul Aziz dari Bani Marwan datang, tapi Umar tak bisa menemui mereka. Lalu mereka menampaikan pesan lewat Abdul Malik, ”Tolong katakan kepada ayahmu bahwa para Khalifah terdahulu selalu memberikan keistimewaan dan uang kepada kami, karena mereka tahu kedudukan kami. Sementara ayahmu kini telah menghapuskannya.”

Abdul Malik menemui ayahnya. Setelah kembali, Abdul Malik menyampaikan jawaban Umar bin Abdul Aziz kepada mereka, ”Sesungguhnya aku takut akan azab hari yang besar, jika aku mendurhakai Tuhanku.” Umar mengutip ayat 15 surat Al-An’am.

Umar bin Abdul Aziz pun pernah memanggil istrinya, Fathimah binti Abdul Malik, yang memiliki banyak perhiasan pemberian ayahnya, Khalifah Abdul Malik. ”Wahai istriku, pilihlah olehmu, kamu kembalikan perhiasan-perhiasan ini ke Baitul Maal atau kamu izinkan saya meninggalkan kamu untuk selamanya. Aku tidak suka bila aku, kamu, dan perhiasan ini berada dalam satu rumah.” Fathimah menjawab, ”Saya memilih kamu daripada perhiasan-perhiasan ini.”

’Amr bin Muhajir meriwayatkan, suatu hari Umar bin Abdul Aziz ingin makan apel, kemudian salah seorang anggota keluarganya memberi apel yang diinginkan. Lalu Umar berkata, ”Alangkah harum aromanya. Wahai pelayan, kembalikan apel ini kepada si pemberi dan sampaikan salam saya kepadanya bahwa hadiah yang dikirim telah sampai.”

’Amr bin Muhajir mempertanyakan sikap Umar itu, ”Wahai Amirul Mukminin, orang yang memberi hadiah apel itu tak lain adalah sepupumu sendiri dan salah seorang yang masih memiliki hubungan kerabat yang sangat dekat denganmu. Bukankah Rasulullah saw. juga menerima hadiah yang diberikan orang lain kepadanya?”Umar bin Abdul Aziz menjawab, ”Celaka kamu, sesungguhnya hadiah yang diberikan kepada Rasulullah saw. adalah benar-benar hadiah, sedangkan yang diberikan kepadaku ini adalah suap.”

Suatu ketika Abdul Malik, putra Umar, menemui ayahnya, dan berkata, ”Wahai Amirul Mukminin, jawaban apa yang engkau persiapkan di hadapan Allah swt. di hari Kiamat nanti, seandainya Allah menanyakan kepadamu, ’Mengapa engkau melihat bid’ah, tapi engkau tidak membasminya, dan engkau melihat Sunnah, tapi engkau tidak menghidupkannya di tengah-tengah masyarakat?’”

Umar menjawab, ”Semoga Allah swt. mencurahkan rahmat-Nya kepadamu dan semoga Allah memberimu ganjaran atas kebaikanmu. Wahai anakku, sesungguhnya kaummu melakukan perbuatan dalam agama ini sedikit demi sedikit. Jika aku melakukan pembasmian terhadap apa yang mereka lakukan, maka aku tidak merasa aman bahwa tindakanku itu akan menimbulkan bencana dan pertumpahan darah, serta mereka akan menghujatku. Demi Allah, hilangnya dunia bagiku jauh lebih ringan daripada munculnya pertumpahan darah yang disebabkan oleh tindakanku. Ataukah kamu tidak rela jika datang suatu masa, dimana ayahmu mampu membasmi bid’ah dan menghidupkan Sunnah?”

Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz sangat memprioitaskan kesejahtera rakyat dan tegaknya keadilan. Fathimah binti Abdul Malik pernah menemukan suaminya sedang menangis di tempat biaya Umar melaksanakan shalat sunnah. Fathimah berusaha membesarkan hatinya. Umar bin Abdul Aziz berkata, ”Wahai Fathimah, sesungguhnya saya memikul beban umat Muhammad dari yang hitam hingga yang merah. Dan saya memikirkan persoalan orang-orang fakir dan kelaparan, orang-orang sakit dan tersia-siakan, orang-orang yang tak sanggup berpakaian dan orang yang tersisihkan, yang teraniaya dan terintimidasi, yang terasing dan tertawan dalam perbudakan, yang tua dan yang jompo, yang memiliki banyak kerabat, tapi hartanya sedikit, dan orang-orang yang serupa dengan itu di seluruh pelosok negeri. Saya tahu dan sadar bahwa Tuhanku kelak akan menanyakan hal ini di hari Kiamat. Saya khawatir saat itu saya tidak memiliki alasan yang kuat di hadapan Tuhanku. Itulah yang membuatku menangis.”

Malik bin Dinar berkata, ”Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi Khalifah, para penggembala domba dan kambing berkata, ”Siapa orang saleh yang kini menjadi Khalifah umat ini? Keadilannya telah mencegah serigala memakan domba-domba kami.”


Surat dari Raja Sriwijaya

Tercatat Raja Sriwijaya pernah dua kali mengirimkan surat kepada khalifah Bani Umayyah. Yang pertama dikirim kepada Muawiyah I, dan yang ke-2 kepada Umar bin Abdul-Aziz. Surat kedua didokumentasikan oleh Abd Rabbih (860-940) dalam karyanya Al-Iqdul Farid. Potongan surat tersebut berbunyi:[4]

Dari Rajadiraja...; yang adalah keturunan seribu raja ... kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan yang lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.

Hari-hari terakhir Umar bin Abdul-Aziz

Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".

Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa"
"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"
"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah"

Pada waktu lain, Umar bin Abdul-Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama : menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak menggunakan uang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih surga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gubernur lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.

Meneladani pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz


Umar menjadi khalifah menggantikan Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Ia di bai'at sebagai khalifah pada hari Jumat setelah salat Jumat. Hari itu juga setelah ashar, rakyat dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini. Khalifah Umar, masih satu nasab dengan Khalifah kedua, Umar bin Khattab dari garis ibu.

Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. Gajinya selama menjadi khalifah hanya 2 dirham perhari[3] atau 60 dirham perbulan. Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.

Sebelum menjabat

Menjelang wafatnya Sulaiman, penasihat kerajaan bernama Raja’ bin Haiwah menasihati beliau, "Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat dari Allah di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu?". Jawab Khalifah Sulaiman, "Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz".

Surat wasiat diarahkan supaya ditulis nama Umar bin Abdul-Aziz sebagai penerus kekhalifahan, tetapi dirahasiakan darai kalangan menteri dan keluarga. Sebelum wafatnya Sulaiman, beliau memerintahkan agar para menteri dan para gubernur berbai’ah dengan nama bakal khalifah yang tercantum dalam surat wasiat tersebut.

Naiknya Umar sebagai Amirul Mukminin

Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja’ Ibn Haiwah mengumumkan, "Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama engkaulah yang tertulis dalam surat ini".

Umar bin Abdul-Aziz bangkit seraya berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut bai’ah yang ada dileher kamu dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki".

Umat tetap menghendaki Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah.

Ketika pulang ke rumah, Umar berfikir tentang tugas baru untuk memerintah seluruh daerah Islam yang luas dalam kelelahan setelah mengurus jenazah Khalifah Sulaiman bin Abdul-Malik. Ia berniat untuk tidur.

Pada saat itulah anaknya yang berusia 15 tahun, Abdul-Malik masuk melihat ayahnya dan berkata, "Apakah yang sedang engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?".

Umar menjawab, "Wahai anakku, ayahmu letih mengurusi jenazah bapak saudaramu dan ayahmu tidak pernah merasakan keletihan seperti ini".

"Jadi apa engkau akan buat wahai ayah?", Tanya anaknya ingin tahu.
Umar membalas, "Ayah akan tidur sebentar hingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar untuk salat bersama rakyat".

Apa pula kata anaknya apabila mengetahui ayahnya Amirul Mukminin yang baru “Ayah, siapa pula yang menjamin ayah masih hidup sehingga waktu zuhur nanti sedangkan sekarang adalah tanggungjawab Amirul Mukminin mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi” Umar ibn Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata “Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku”

Setelah menjadi khalifah, beliau mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem feodal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

  1. menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
  2. merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
  3. memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
  4. menghapuskan pegawai pribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Nota:
Perbezaan nyata umpama langit dan bumi jika kita membandingkan cara pemerintahan di negara kita tercinta ini dengan Khalifah Umar,malah tidak dapat dibandingkan langsung kerana tanda-tanda biarpun sedikit menyamai Khalifah Umar.
Mereka akan tetap mengamalkan urusan penjajah dan pembaziran yang nyata.Selain itu membiarkan ahli keluarga membazirkan harta rakyat dan menggunakan utk urusan peribadi.Membiarkan dan malah melantik Menteri ,pegawai kerajaan yang nyat korup dan berperangai buruk.Selagi negara ini dibiarkan dengan pemimpin begini jangan diharap Islam akan berkembang biak subur dan memberikan berakah kepada rakyat.
Menjadi tugas dan tanggungjawab utama setiap muslim dan muslimat di negara ini yang lebih mencintai Islam tertegak secara syumul berjuang dan berjihad bersama demi memastikan akan adanya negara yang akan mendapat berakah Allah sekaligus menjauhi negara menjadi muflis daripada yang kini mulai menghakis jati diri setiap muslimin dan muslimat.

Monday, January 17, 2011

Perjanjian Iblis,Syaitan dan Jin.


Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin dikatakan:

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid"

"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran"

"Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka
Allah SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad SAW"

"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah SWT, maka kekuatan kita akan
lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid."

"Biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA
sehingga mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah
SWT."

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.

"Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah SWT
dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!"

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu iblis, syaitan dan jin.

"Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan
ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka."

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA
BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG."

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami
bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu sehingga mereka
merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah
bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja."

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya
ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan."

"Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah sepanjang hari."

"Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di
dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan
Allah SWT dan Rasul-Nya."

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid."

"Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari."

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan."

"Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog,
undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan."

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan
berkulit mulus di majalah dan TV untuk menggoda para suami hingga mereka
terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting; sehingga membuat para
suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka."

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering
sakit kepala."

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka sang
suami akan mulai mencari hiburan di luar."

"Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga."

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk
mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah
SWT menciptakan alam semesta."

"Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang
dan pusat2 yang melekakan."

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK."

"Perhatikan jika mereka berjumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan
percakapan tidak berfaedah sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa
pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata."

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka
tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah SWT."

"Dan dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan dan kesihatan keluarga
adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah SWT)."

"Pastikan mereka sibuk berpolitik,hiburan dan lebih mengutamakan kemewahan dunia dari akhirat"

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."

"RENCANA YANG BAGUS."

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas
MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT DAN SENTIASA HURU-HARA.

Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah Maha Pencipta.

Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturrahim dan saling mengingatkan akan Allah
SWT dan Rasul-Nya.

Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"KITALAH YANG MENENTUKAN !!!"

Demikianlah umat kini seperti Sabda Nabi..Umat Islam ramai di akhir zaman ini hanya umpama buih di lautan,tiada apa-apa nilai kerana telah dilalaikan dengan segala macam bentuk hiburan samada secara terus atau tersembunyi.Agenda Yahudi menyusup jauh ke sanubari dan nadi sedari Pemimpin hinggalah ke rakyat.

Segala bentuk penyusupan dan tindakan mereka bersistematik dan amat teratur sehinggakan merasakan jika kita tidak bergantung dengan mereka maka kehidupan ini akan menjadi kucar-kacir dan huru-hara.Hukum Allah dipandang remeh dan diabaikan kerana merasakan hukum tinggalan penjajah ini lebih berperikemanusiaan dan mengikuti zaman.Segala nasihat dan tunjuk ajar yahudi diikuti dan dipratikkan sehinggakan kadar ekonomi negara kini terumbang ambing umpama sampan tanpa pendayung dan hala tuju.

Hasilnya kita telah lihat kini,negara yang tidak punya berakah Allah akan menjadi kucar-kacir dengan masaallah sosial yang tidak kunjung padam.Bandingkan dengan negara yang mengamalkan perundangan Islam sepenuhnya,hampir tiada kes jenayah sosial yang memeningkan kepala pemerintahnya.Benarlah jika kehidupan ini telah tiada berakah Allah kita hanya umpama seperti sebelah kepak nyamuk yang tiada ertinya langsung.


Thursday, January 13, 2011

Perlukan ganjaran sehingga 1.625juta buat pemain bola.?


KERINGAT dan pengorbanan 25 anggota skuad Harimau Malaya yang menamatkan penantian 14 tahun Malaysia untuk menjuarai Piala Suzuki AFF ternyata berbaloi apabila kerajaan memperuntukkan ganjaran sebanyak RM1.625 juta dalam bentuk saham amanah dan wang tunai buat mereka.

Daripada jumlah itu, pemain dan jurulatih kebangsaan menerima RM65,000 setiap seorang yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis ramah mesra meraikan pasukan juara itu di kediaman rasminya di Seri Perdana semalam.


Ganjaran itu diberikan dalam bentuk unit saham Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 bernilai RM50,000 serta wang tunai RM10,000 manakala RM5,000 pula menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).seterusnya ..........
Sumber*

Begitu besar ganjaran dan habuan buat pemain bolasepak negara kerana telah berjaya membawa pulang piala berharga kerana telah dekat hampir seabad Malaysia mengidamkan piala.Akan tetapi adakah wajar mereka ini diberikan imbuhan yang sebegitu besar sekali sehinggakan mungkin akan ada sebilangan mereka ini akan merasakan besar diri dan melupakan asal usul mereka.

Sungguh tinggi dan besar perhatian Kerajaan terhadap sukan.Pelaburan mencecah ribuan jutaan malah mungkin berbilion demi memertabatkan sukan Malaysia di mata dunia.Namun hanya sedikit dan sekelumit peruntukan malah yang ada pun disekat dan dipersoalkan jika untuk ke jalan agama.Malah tiada langsung peruntukan untuk memertabatkan agama Islam sebagai Ad-Din di Bumi ini.Mesjid-mesjid hanya dihias indah dengan hamparan permaidani tebal akan tetapi tiada tarbiah dan usrah bagi memakmurkan mesjid.

Hiburan dan sukan merupakan kemestian kini dan ditaja serta digalakkan sendiri oleh kerajaan supaya rakyat lebih memuja dan meminati artis dan tokoh sukan.Anak-anak digalakkan menceburi bidang seni dan juga sukan sehingga wujud khas sekolah sukan.Inilah agenda Yahudi yang telah menyusup dan meresap segenap sendi dan nadi jiwa pemimpin dan rakyat.

Budaya hiburan – maksiat yang ‘makan dalam’. "Yahudi adalah penaja utama hiburan yang merosakkan ini. Tujuannya adalah untuk menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa umat Islam. Bagi membendung hiburan yang merosakkan ini ialah dengan menyediakan alternatifnya, iaitu hiburan yang mampu menghidupkan dan mendidik jiwa."

Kalau seseorang itu memakan racun, jelas bahawa dia telah membuat sesuatu yang bahaya dan yang akan mendatangkan mudharat pada dirinya. Memakan racun bukanlah satu kerja yang waras. Orang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan memakan racun. Bahaya dan mudharatnya jelas diketahui.

Kalau dia memakan racun di hadapan keluarga, sanak saudara atau orang ramai, maka mereka akan menghalang dan menegahnya. Kalau dia berkeras juga hendak makan racun itu, mereka akan merampas racun itu darinya.

Akan tetapi, kalau orang yang sama memakan lemak dan minyak dengan banyak, memakan gula tanpa had atau memakan makanan yang pedas-pedas belaka, tidak ada siapa yang akan menghalangnya. Sedangkan cara pemakanan sedemikian boleh membahayakan kesihatan. Walaupun makanan-makanan itu boleh menjejas dan membahayakan kesihatan tetapi mudharatnya tidak begitu ketara kalau dibandingkan dengan racun. Oleh itu orang ambil ringan dan menganggap ia perkara biasa.

Begitu jugalah keadaannya dengan maksiat. Ada maksiat yang macam racun. Ini termasuklah mencuri, merompak, membunuh, berzina, merogol, berjudi dan sebagainya. Tidak mudah maksiat-maksiat seperti ini dilakukan di khalayak ramai. Orang akan menegah dan menghalang. Orang akan bertindak untuk menumpaskan orang yang melakukannya.

Dalam pada itu, ada pula maksiat yang macam lemak, gula dan cili, sekali pandang ia tidak kelihatan seperti maksiat. Malahan ia tidak pun dianggap sebagai maksiat. Maka seluruh manusia bergelumang di dalamnya. Dari pihak atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Dari pemimpin hinggalah kepada rakyat jelata. Dari guru hinggalah kepada anak murid. Orang bandar hinggalah kepada orang kampung. Namun mudharatnya makan dalam. Sedikit demi sedikit, ia merosakkan. Lama kelamaan seluruh masyarakat jatuh sakit dan pincang.

Maksiat yang tidak dianggap maksiat ini ialah maksiat yang ada hubungkait dengan hiburan. Ini termasuklah tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan. Ramai orang sukar menerima bahawa tarian, nyanyian, muzik dan sukan adalah bentuk-bentuk maksiat sepertimana juga ramai yang tidak dapat menerima bahawa lemak, gula atau cili itu adalah racun kerana kita telah terbiasa dengannya. Kalau tak ada, makan tak sedap.

Tetapi siapakah yang boleh menolak hakikat bahawa semua itu mudharat dalam jangka panjang. Siapa yang boleh menolak hakikat bahawa mudharatnya makan dalam. Kalau mudharatnya telah berleluasa dalam masyarakat, ia susah untuk dipulihkan. Sama susahnya untuk memulihkan orang yang sudah terkena penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan lemah jantung akibat dari terlalu banyak makan lemak, gula dan cili.

Orang-orang yang terlibat secara terus dengan tari-menari, nyanyian dan muzik, olahraga dan sukan yang kita lihat di pentas, di auditorium, di kaca TV, di studium dan gelanggang sukan dan yang berkumandang suara mereka di radio tidaklah ramai. Mereka itu pula tertakluk kepada syarat-syarat dan disiplin yang tertentu dan tidak bebas berbuat sesuka hati mereka. Tetapi apa yang menjadi masalah ialah peminat-peminat di seluruh negara yang terdiri berbagai-bagai peringkat umur, berbagai tahap pendidikan dan berbagai tahap akhlak dan moral. Mereka tidak tertakluk kepada apa-apa syarat dan disiplin. Mereka bebas berbuat apa sahaja sesuka hati mereka.

Semua mereka ini terpengaruh dengan tari-tarian yang mereka lihat, dengan nyanyian dan muzik yang mereka dengar dan dengan olahraga dan sukan yang mereka turut memberi sokongan. Mereka dibuai dan dilalaikan dengan hiburan-hiburan seperti ini.

Lama-kelamaan, watak saikologi dan minat mereka ini akan cenderung semata-mata kepada segala apa yang berbentuk hiburan. Hiburan menjadi tunjang utama dalam hidup mereka. Apa-apa pun berhibur. Lapang-lapang sikit berhibur. Sudah tidak ada perkara yang serius dalam hidup mereka lagi. Hidup mereka tidak lain hanya untuk berhibur.

Masyarakat atau bangsa yang mempunyai saikologi seperti ini susah untuk dididik supaya menjadi satu bangsa yang membangun dan yang berkemajuan. Jauh sekalilah untuk menjadi satu bangsa yang mendukung, menguatkan dan memperjuangkan agama.

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini. Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur.

Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan. Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru. Apa hasilnya?. Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.

Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana. Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan.

Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan. Mereka tidak faham apa hablumminallah dan hablumminannas. Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana.

Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisplin, tidak ada tujuan hidup, tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan. Maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai maksiat.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan; ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...