Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, February 16, 2011

Rasul Idolaku bukan Artis..

Salam Maulidur Rasul..

Kini kita berada di bulan Maulidur Rasul,bulan yang penuh berakah kerana kelahiran nabi Muhammad S.A.W di bulan RabiulAwal 1432H dahulu.Segelintir kita tidak ambil kisah akan Maulidur rasul ini,hanya seperti cuti-cuti awam yang lain.Cuti dari bekerja dan hanya melepak dirumah tengok rancangan TV yang tidak berkaitan langsung dengan Maulidur Rasul.Bagi mereka hari cuti Maulidur Rasul ini serupa sahaja dengan lain-lain cuti awam.Alangkah malangnya mereka kerana tidak menafaatkan cuti Maulidur Rasul dengan mengingati sirah nabi dan juga sunnah-sunnah nya buat kita lebih menghayati dan mencintainya sekaligus menghidupkan syiar Islam di mukabumi ini.Bukannya golongan artis yang rata-rata menbawa kepada kemaksiatan dan keseronokan duniawi semata-mata.Jadikan rasul sebagai idola bukannya artis keran Rasul sudah pasti terpelihara akhlak dan peribadinya.

Nabi Muhammad [Sallallaahu Alayhi Wasallam] ialah seorang insan yang terpilih yang patut kita contohi sikapnya,perbuatannya,percakapannya,makanannya,dan lain-lain lagi.Tetapi tentu di kalangan anda tidak menyeluruh tahu tentang ''insan bagaimanakah Rasulullah''.Ana pun tidak menyeluruhnya tahu..tetapi marilah kita sama-sama menyampaikan atau lebih tepat lagi berdakwah tentang apa saja yang kita tidak tahu atau kurang jelas...

Rasulullah S.A.W adalah insan yang:-
  • Paling penyabar,paling berani,paling adil dan paling menjaga diri.
  • Tiada sekali-kali tangan baginda menyentuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
  • Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
  • Adalah baginda manusia yang pemurah hati,suka bersedekah apa yang ada pada dirinya,makanannya hanya tamar dan syair.Selebihnya adalah untuk fisabilillah
  • Menampal sandalnya(seliparnya) dengan kainnya dan mengurus kepentingan keluarga.
  • Sangat pemalu-tidak tetap pandangannya pada muka seseorang.
  • Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka.
  • Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
  • Tidak memakan harta sedekah.
  • Tidak sombong
  • Memarahi dan melaksanakan kewajipan atas dasar kebenaran.
  • Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik.
  • Suka berpuasa-mengikat batu pada perutnya apabila lapar-jika makan tidak pernah kenyang.
  • Paling beradap dalam makan-Antaranya-makan tanpa bersandar dan tanpa meja-saputangannya adalah kedua tapak kaki.
  • Lebih mengutamakan diri orang lain daripada diri baginda sendiri.
  • Tawaddak dan tenang.
  • Tidak terganggu dengan urusan dunia.
  • Menyukai jubah bulu/syamlah.
  • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri.
  • Mengunjungi orang sakit
  • Berkenderaan keldai dan unta
  • Menyukai bau-bauan
  • Duduk dan makan bersama orang miskin
  • Berbuat baik dengan kaum bangsawan.
  • Memuliakan orang yang berakhlak
  • Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang bena
  • Tidak takut pada raja kerana kerajaannya
  • Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur'an/Lughah Arab.
  • Tidak pernah mencaci,memaki hamun , mengutuk , memfitnah , mengumpat , menganiaya ,hasad dengki, tamak haloba dan lain-lain.
  • Tidak memukul kecuali di jalan Allah SWT,Tidak berdendam,Tidak memutuskan silaturrahim.
  • Paling kuat ibadatnya,paling berilmu/arif,paling banyak taubat dan syukurnya dan lain-lain .
  • Memuliakan tetamu dan jiran tetangga.
  • Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak disukainya(makruh contohnya)
  • Pembela wanita
  • Suka menasihati
Dan banyak Lagi.............


Banyakkanlah berselawat keatasnya...semoga kita semua dikenali oleh Baginda Rasulullah S.A.W.......

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...