Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, April 15, 2010

Palanivel & Mugilan Putih Mata...


MIC akhirnya berkompromi untuk menerima calon gantian — Ketua Penerangan pusat P. Kamalanathan (gambar) untuk mewakili parti itu bertanding di Hulu Selangor.

Parti komponen ketiga terbesar itu menerima muka baru itu selepas siri mesyuarat membabitkan pemimpin-pemimpin kanan MIC di rumah Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu di sini sejak 10 pagi tadi.

Menurut sumber, Samy Vellu kini dalam perjalanan untuk mengadakan pertemuan susulan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malam tadi MIC membuat keputusan untuk tidak meletakkan calon jika pucuk kepimpinan BN menolak syor mereka iaitu meletakkan Palanivel dan menyerahkan kerusi itu kepada Umno untuk bertanding.

Dengan keputusan ini MIC berlembut dan mengubah pendiriannya.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan untuk berkompromi minit-minit terakhir ini terpaksa dicapai sebagai jalan keluar dan bagi memastikan majlis pengumuman calon di Bukit Sentosa petang ini berjalan dengan lancar, sekali gus membawa kemenangan kepada BN.

Malah, difahamkan pada pertemuan pagi tadi, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN telah menegaskan kepada MIC bahawa pihaknya sanggup menukar Timbalan Ketua Pemuda MIC pusat V. Mugilan dengan calon lain, tetapi bukannya Datuk G. Palanivel yang disyorkan oleh parti itu dua minggu lalu.


Palanivel yang gagal mempertahankan kerusi itu dua tahun lalu dilantik sebagai penyelaras parlimen bagi Hulu Selangor.

Kamalanathan, kelahiran Rawang bandar yang terletak di Bahagian Parlimen Selayang — bahagian jiran dengan Hulu Selangor, merupakan pengarah perhubungan awam syarikat pengedar Beras Jati.

Beliau juga merupakan ahli MIC bahagian Selayang dan penyelaras Pergerakan Putera MIC.

Kamalathan, 44, dilantik sebagai Ketua Penerangan MIC September lalu.

Beliau dan Mugilan telah diteliti oleh pucuk kepimpinan sejak dua minggu lalu walaupun MIC hanya mengemukakan satu nama iaitu Palanivel.

Pengumuman calon BN akan dibuat pukul 4 petang ini oleh Muhyiddin.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lalu.

Daripada 64,500 pengundi, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16.964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus. -MI
Sumber*
Nampaknya usaha Palanivel kasi telor ayam pada penduduk sini Hulu Selangor bakal menjadi telor busuk..Dan BN gayanya menempah kekalahan sebelum bertarung lagi..Gelanggang awal2 lagi dah dibungkus gara-gara pertikaian calun MIC mana yang layak..Geng2 macaa Palanivel awal2 lagi dah sound..kalu atak tercalun hampir seluruh geng penyamun akan istihar mogok..heh..heh..tak ngundi atau pangkah parti lawan..atau pangkah dua-dua..

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...