Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat Perak, jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu dan berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Seterusnya..
Berita di atas bermaksud begini..UBN akan berhempas pulas tengkok memanipulasi sistem kehakiman..korek..korek..terhadap keputusan mahkamah tinggi..Kami bukan merayu tapi akan mengancam supaya Mahkamah tunduk kepada kami..he..he..jangan mau ketawa besar sekarang...kami UBN akan begini..dulu ..kini dan selamanya..ho..ho..zam..zam..ala ka zambri..
Zambry: Saya Akan Kosongkan Pejabat |
 |
Zambry Kadir dari UMNO berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah mengisytiharkan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah. Zambry berkata beliau dan barisan EXCOnya akan mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Perak Ridzuan secepat mungkin, Bernama melaporkan. “Saya dan rakan-rakan saya akan mengambil tindakan seterusnya mengikut peruntukan undang-undang,” kata Zambry. Berita yang ni pula bermaksud: saya menerima keputusan Mahkamah dengan hati yang terluka kerana habis dah peluang nak meragut kekayaan dan kuasa..tak pa aku kasi kosong pejabat bukan apa-apa saja kasi peluang Nizar merasa kejap Kerusi tu..cukup time kami ragut dan rampas la balik..saya dan rakan-rakan akan bertindak mengikut peraturan lanun atau penyamun alibaba bujang lapok..
|