Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, May 5, 2009

Penyamun mengadu

Pelucutan jawatan Nizar akibat hilang kepercayaan - Peguam Negara

05/05/2009 5:34pm

KUALA LUMPUR 5 Mei — Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar kerana pelucutan jawatannya dibuat secara sah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa Tuanku Sultan telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang dengan teliti fakta dan perkembangan sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb lepas bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan itu.Seterusnya..


Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ bukti Zambry akui dia MB Haram Perak

mbperaksmall_lama_baru1_100_681mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan “Mohon Restu Rakyat”.

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai ‘Referendum Rakyat’ tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

“Mohon Restu Rakyat”, slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.Seterusnya...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...