Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, June 30, 2011

Indahnya Takdir Allah Yang Maha Esa..

"Kalau benar Allah tu kejam, kau dah pun hangus disambar petir waktu kau lalai tunaikan kewajipan kau sebagai hamba Allah. Contohnya waktu kau tidak mengerjakan solat'

Itu kata seorang temanku sewaktu aku menanyakan soal Neraka dan Syurga. Sewaktu aku menanyakan di manakah tempatnya arwah Iyai, Atu dan Paksu sekarang ini.

Iyai, Atu dan Paksu sudah lebih setahun meninggalkan kami. Dalam payah menerima kenyataan itu, aku pujuk hati aku. Dunia ini hanya sementara dan akhirat juga yang abadi.

Berfikir lagi......

'Perpisahan' itu sebahagian daripada rencana dunia. Iyai, Atu dan Paksu hanya permulaan untuk sengsara ku menghadapi 'perpisahan' dengan orang yang amat aku sayangi.

Sedangkan, di dunia ini masih bernafas mereka yang sangat-sangat aku sayangi dan entah bila 'perpisahan' lain akan terjadi. Maka aku simpan angan-angan untuk bertemu mereka akhirat nanti.

Namun, apakah aku akan bertemu dengan mereka? Sedang aku sendiri tidak pasti di manakah tempat untuk aku di akhirat sana.

Lebih setahun aku cuba merungkai persoalan-persoalan yang sering timbul dalam otak. Akhirnya aku menemui sesuatu yang aku terlalu jahil selama ini.

Yang pertama aku ucapkan, Alhamdullilah... Terima kasih ya Allah atas cinta ini. Dan Subhanallah.... Begitu agungnya cinta Allah.... Akhir sekali, Astagfirullah.... Ampunkan aku wahai Tuhan atas kekhilafanku mempersoalkan bukti cinta-Mu...

Saat menghadapi musibah, aku dipujuk dengan ungkapan, 'itu takdir Allah, kita harus terima'. Dalam rasa sakit hati, kecewa dan sedih mengharunginya aku tidak mampu berfikir secara positif.

Malah, aku mempersoalkan apa itu takdir? Kenapa takdirku begitu? Syukur, kalau bukan kerana soalanku itu, aku mungkin tidak akan memperolehi jawapannya. Mungkin itu sebahagian daripada hikmah Allah atas kurnia musibah kepada ku.

Hidup kita sudah ditentukan sejak azali lagi. Sudah tertulis dalam takdir jalan yang akan kita lalui sepanjang hidup. Maka kenapa Tuhan perlu menghukum kita atas jalan cerita yang ditulis-Nya?

Selalu kita hanya menurut kata takdir. Kita semat dalam minda, hidup kita sudah ditentukan Allah. Kita tidak mampu mengubahnya kerana kita tidak berkuasa. Benar, yang berkuasa hanya Allah.

Hanya Allah yang mampu mengubah segalanya. Kerana itu kita perlu berdoa. Berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita lebih baik. Dengan doa, banyak perkara yang boleh berubah. Itulah kelebihan DOA.

Dan aku bertanya lagi... Dengan doa kita boleh mengubah takdir kita?
(aku rasa semakin malu dengan kejahilanku. Tapi malu itu aku tolak ke tepi demi ilmu)

Ya... Ada takdir yang boleh berubah. Takdir tidak semestinya bermaksud kata muktamad untuk hidup kita.

Takdir ada dua, takdir mubram dan takdir mu'allaq.

Takdir mubram ialah qadha dan qadar yang tidak dapat dielakkan. Ia pasti terjadi pada diri manusia sedangkan manusia tidak mempunyai kesempatan atau tidak ada ikhtiar untuk memilihnya. Contohnya seperti hari kiamat dan apabila seseorang meninggal dunia.

Sebagaimana firman ALLAH S.W.T :

'Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula memajukannya' [Al-Araf:34]

Takdir mubram ini terdapat pada sunatullah yang ada di alam raya ini. Oleh kerana itu, sunnatullah tersebut juga terbahagi dua iaitu hukum-hukum kemasyarakatan dan hukum alam. Dalam al-Quran surat al- Fushilat ayat 11 dinyatakan bahawa sekali-kali tidak akan pernah terjadi perubahan pada sunnatullah.

Takdir mu'allaq pula ialah qadha dan qadar yang bergantung pada ikhtiar dan usaha seseorang mengikut kemampuan yang ada pada manusia. Dalam menghadapi takdir ini manusia berdoa, wajib berikhtiar atau berusaha ikut kemampuan demi mengubah keadaan menjadi lebih baik buat dirinya. Tentu sahaja soal berhasil atau tidak usahanya bergantung kepada ALLAH S.W.T.

Aku semakin tertarik tentang takdir mu'allaq, takdir yang boleh diubah dengan doa.
(temanku tersenyum. mungkin dia kasihan melihat aku yang sangat teruja.)

Aku mengalihkan pandangan ke depan. Membiarkan telingaku ke arahnya. Biar aku dapat mendengar dengan lebih jelas. (sebenarnya untuk mengelak dia melihat mukaku yang sedang menahan malu dek kejahilanku)

Jangan salah faham dengan takdir mu'allaq itu. Doa saja tidak akan mendatangkan kesan. Pernah dengar makna DUIT? (selamba jer aku jawab, duit itu wang. Benda untuk kita beli sesuatu.) DUIT punya makna yang lebih dalam.

'D' = DOA 'U' = USAHA 'I' = IKHTIAR 'T' = TAWAKAL

Selain berdoa, kita perlu berusaha dan mencari ikhtiar. ALLAH S.W.T menjelaskan dalam firman-NYA :

'Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah keadaan (nasib) sesuatu bangsa sehingga bangsa itu mahu mengubah keadaan (nasib) mereka sendiri.' [Ar-Rad : 11]

Dalam konteks usaha dan ikhtiar, sebagai hamba kita perlu menggunakan akal yang dikurniakan khusus untuk kita sebagai manusia.

Sebagai contoh, apabila kita lapar perlukah kita menunggu orang lain untuk menyuapkan kita makanan yang ada di depan mata kita sedangkan kita sendiri punya tangan.

Demikian juga Tuhan. Allah telah menganugerahkan kita segala kudrat. Dengan kudrat serta akal, Allah menyuruh kita berusaha mendapatkan apa yang kita minta (melalui doa) kerana Allah telah pun memberikan permintaan kita itu (Insya-Allah).

Namun, tidak semua yang kita doakan itu akan Allah berikan. Di sinilah tawakal berperanan.

Tawakal bermaksud menerima dengan redha segala yang telah Allah kurniakan. Tawakal juga menyakini hikmah di sebalik semua yang terjadi. Ada sebab kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita.

Sebab yang tentunya untuk kebaikan kita. Dengan tawakal juga, kita tidak akan merasa terlalu kecewa apabila Allah tidak mengabulkan doa kita kerana kita telah yakin akan hikmah di sebalik semuanya.

Apa kaitannya DUIT dengan takdir mu'allaq?

(Pemikiranku yang hanya sejengkal tentang agama ini menerbitkan pertanyaan. Temanku tidak terus menjawab, sebaliknya menceritakan aku suatu kisah sebagai contoh).

Ada seorang gadis menjumpai duit sebanyak 300 ringgit. Semasa dia menjumpai duit itu, tidak ada sesiapa bersamanya. Sudah pasti, seandainya dia mengambil duit itu tidak ada sesiapa pun tahu.

Dia mula berfikir, sama ada mangambil duit itu ataupun membiarkan sahaja. Di sini gadis itu mempunyai banyak pilihan. Melalui pilihan yang dia pilih itulah yang akan menentukan takdirnya.

Satu perkara yang perlu diketahui, takdir mu'allaqq lebih dahulu ditulis sebelum takdir mubram. seandainya gadis itu memilih untuk mengambil duit itu, maka takdir mubram akan tertulis gadis itu sebagai pencuri.

Takdir mubram tidak dapat diubah lagi kerana gadis itu telah mengambil duit yang bukan miliknya. Maka, atas kesalahan mencuri itulah gadis itu akan dihukum.

Tetapi, atas dasar cinta dan kasih Allah, gadis itu tidak terus dihukum malah diberikan kesempatan untuk menginsafi perbuatannya.

Di sini doa juga memainkan peranan. Dalam kekeliruan, gadis itu berdoa. Memohon kepada Allah untuk ditunjukkan kepadanya hidayah.

Dengan izin Allah, gadis itu mendapat ilham untuk mengembalikan duit 300 ringgit itu ke balai polis.

Oh... begitu rupanya. Hari ini baru aku tahu takdir itu ada juga yang boleh diubah dengan 'DUIT'?

Menyedari hakikat itu, kini semuanya terletak di tangan kita. Memang Allah telah menulis takdir kita, namun kita juga boleh meminta untuk menjadi yang lain. Kita masih diberikan peluang untuk menjadi yang baik. Selagi kita bernafas, selagi kita diberikan hidup, selagi itulah peluang ada untuk kita.

Lihatlah sahabat, betapa Tuhan juga punya toleransi. Sebesar mana dosa yang kita lakukan, selagi kita hidup selagi itulah pintu keampunan Allah terbuka luas untuk kita. Kita hanya perlu tepuk dada dan tanya hati kita.

Namun yang sedihnya, apabila ada antara kita yang merasa layak untuk menghukum. Dan sebilangan besar dari kita sukar untuk memaafkan.

Terlalu sukar untuk memberikan peluang kepada insan lain untuk berubah. Apakah kita sudah merasa setaraf dengan Tuhan untuk menghukum orang lain tanpa memberikan peluang?

Ya Allah, betapa singkatnya pemikiranku selama ini. Aku mencari-cari bukti cinta-Mu dari semua musibah yang menimpahku. Tetapi sukar untuk aku mendapatkannya kerana kejahilanku tentang sifat-Mu.

Terima kasih ya Allah atas kekeliruan ini kerana jika tidak kerana kekeliruan ini, tidak akan terlintas di benakku untuk mengenali-Mu dengan lebih dalam.

Semakin aku mengenali-Mu aku semakin yakin dengan kasih-MU.

-Artikel Iluvislam.com

Tuesday, June 28, 2011

Chromophobia/Chromatophobia Fobia pada warna....Fobia kuning!

PANTUN OPPS...HARAMKAN







Fobia Warna Kuning

Tersebar berita kabar-kabar angin sepoi tak reti bahasa,sesiapa yang berpakaian kuning atau seumpamanya apatah lagi baju T BERSIH,akan ditangkap dan disumbat ke lokap selama 24jam dan setelah di "brain wash" barulah dibebaskan dengan amaran bahawa warna kuning diharamkan terutama pada 9 julai.Jadi rakyat kena berhati-hati bukan sahaja baju,jika gigi kuning pun akan ditangkap pada 9 Julai nanti.

Tersebar juga berita bagi mereka yang memakai baju kuning juga akan dihalau keluar dari Masjid kerana menyalahi etika Masjid.Hanya mereka yang berpakaian warna seiras UMENO sahaja boleh solat di masjid mereka yang besar dan indah.Ini kerana kuatir mencemari kesucian masjid mereka disebabakan warna baju kuning mereka menyilaukan dan menganggu jemaah lain.

---------------------------------------------------------------------------------


DI HALAU KELUAR MASJID KERANA PAKAI BAJU KUNING – harakah daily

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

-------------------------------------------------------------------------

8 ditahan pakai baju BERSIH 2.0
KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi.

Amiruddin berkata, kesemua mereka kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.

Difahamkan kesemua mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi. - Bernama

---------------------------------------------------------------------------

Sunday, June 26, 2011

‘Bersih’ Wajib Berjalan Dengan Bersih

Disiarkan pada Jun 22, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)









Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;



1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.



2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.



3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).

Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

sumber#

-------------------------------------------------------------------------
Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan




Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

------------------------------------------------------------------

Apa kata mereka???

Akan turun juga 9 Julai..memriahkan suasana..udah perlembagaan kata halal..apa de hal..jangan lah apapun tak boleh..

Membina Minda Kritis



KULIAH FIKRAH KRITIKAL




GAMBAR LADANG SAWIT


nota:
gambar ladang sawit ini
hanya untuk hiasan saja
tidak sangkut dengan
yang sedang hidup atau yang sedang mati!




POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH – berita hairan

REMBAU: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi semalam, ketika mereka sedang menolak motosikal masing-masing dalam usaha mahu melarikan diri selepas gagal memecah masuk rumah pemilik ladang sawit berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan berkenaan dan terserempak dengan penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan ketika diminta menyerah diri, mereka menyerang polis menggunakan parang.

Ketua Polis negeri, Osman Salleh berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dan terkena empat daripada suspek dengan tiga daripadanya maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang cedera sempat melarikan diri bersama dua rakannya.

“Pemeriksaan kemudian menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah, selain tiga motosikal jenis Yamaha dan Modenas Kriss yang digunakan kumpulan itu.

“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

Osman berkata, polis melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga suspek terbabit dan mengarahkan semua klinik atau hospital membuat laporan jika menerima pesakit cedera ditembak.

Beliau berkata, mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Osman berkata, kumpulan itu yang diklasifikasikan sebagai berbahaya biasanya melakukan kegiatan mereka antara jam 4 hingga 5 pagi untuk mengelak disedari mangsa dan pihak berkuasa.


FIKRAH KRITIS MEMBACA BERITA


PENGENALAN
berita dilapor untuk tujuan memberi maklumat. berita juga di buat untuk menutup maklumat. berita juga di buat untuk memgolah persetujuan. justeru kita wajib memiliki fikrah yang kritikal ketika membaca berita. fikrah yang kritikal ini penting kerana tanpa fikrah yang kritikal kita sebenarnya tenggelam senang ditipu dan diperbodohkan.

kuliah ini mengambil contoh berita diatas:

polis menembak mati 3 penjenayah asing –

kunci perkatan disini bukan penjenayah tetapi perkataan ASING – asing disini akan memberi makna bahawa mereka yang ditembak mati bukan rakyat malaysia. apa yang tergambar dalam fikrah kita bila membaca ASING?

apakh asing ini warga sweden?
apakah asing ini warga denmark?
apakah asing ini warga norway?

mustahil!

asing dalam fikrah kita ialah INDON. jika ini dalam fikrah kita maka dengan serta merta kita memiliki prasangka. parasangka ini muncul kerana setereotipikal indon yang diasosiasikan dengan jenayah. media selalu mengasosiaikan indon= penjenayah.

juasteru yang mati ini pastilah orang jahat. jika mereka orang jahat maka patut lah mereka mati dibunuh.

jika ini tergambar maka ertinya kita telah ditipu dan di pedaya oleh berita ini

perkataan ASING ini juga akan membuatkan NGO HAK ASASI MANUSIA/MAJLIS PEGUAM/PAKATAN RAKYAT/SUHAKAM/SUARAM/PAS/DAP/PKR/PEGUAM LAT/TIAN CHUA/SIVA RASA/DR ZUL/KHALID SAMAD/TONY PUA/RONNIE LIEW/ NURUL IZAZH/MAT SABU/ dan tuan tuan pembaca tidak akan mempedulikan berita ini.

malaysiakini, malaysiainsider, malaysia today, free malaysia - tidak akan juga melaporkan berita ini - semuanya kerana perkataan ASING

berita ini tidak akan dibincangkan di parlimen malaysia! ini bukan teo beng hock, bukan kugan. bukan sarbaini. bukan aminulrashid ini ORANG ASING!

( jangan silap faham – analisa ini bukan mahu mempertikaikan tindakan polis – analisa ini ingin mendidik pembaca tentang cara menggunakan fikrah kritikal untuk membaca berita)

penjenayah asing ini ditembak awal pagi ketika mereka menolak motosikal?

soalan? – awal pagi dan menolak motosikal? maka timbul persoalan: kenapa motosikal ditolak? adakah injin rosak? ada kah perlu tiub di tukar? kenapa?

ini persoalan yang wajib kita timbulkan apabila menggunakan fikrah kritikal.

soalan: mereka gagal memecah masuk – jika gagal kenapa tak start motorsikal dan cabut dari situ? soalan ini memerlukan jawapan. jika soalan ini ada dalam fikrah pembaca maka bermakna pembaca telah mula memiliki ciri ciri sosok berfikrah kritikal.

BERITA BAIK
rupa-rupanya pada jam 4.55 pagi polis juga sedang meronda di LADANG KELAPA SAWIT – ini satu yang baik – tahniah untuk polis Pedas. Kerana amat jarang polis meronda ladang kelapa sawit. ini satu yang baik!

baca lagi:

polis ternampak mereka sedang menunda motosikal - dan polis meminta mereka menyerah diri!!!

ini pelik – bayangkan ketika kita menunda motosikal polis datang – nak menyerah diri buat apa – kita bukan lari – kita sedang menunda motosikal - bukan motor bergerak – nak lari buat apa?

justeru disini ada sesuatu yang tidak kena kalau kita gunakan fikrah kritikal.

dan penjenayah ini tetiba MENYERANG DENGAN PARANG - ini klasik kerana semua penjenayah jadi bodoh dan bangang bila polis kata : BERHENTI SERAH DIRI! – bila saja kedengaran ini si penjenayah bodoh ini mula menyerang.

dalam kes ini perlu satu kajian ilmiah dijalankan untuk meneliti dari sudut saikoloji dan sosioloji kenapa penjenayah BERKELAKUAN SEDEMIKIAN.

apakah ini kelakuan dan tabiat penjenayah asing? apakah ini berlaku kerana subuh? apakah ini berlaku kerana pengaruh daun kelapa sawit? atau kerna tercium bau minyak motosikal?

seterusnya: polis tidak ada pilihan dan terus menembak mati – tiga mati disana , satu cedera tetapi dapat melarikan diri bersama dua kawan.

FAKTA : ertinya ada 6 orang penjenayah. ini juga satu yang amat pelik. apakah ini cara terbaru dan teknik baru untuk geng pecah rumah – mereka datang beramai ramai. mungkin juga betul – jika rumah ini terkunci mereka ada masa untuk menukang dan membuat lubang untuk masuk. lebih ramai geng lebih baik. dan kalau kalau ada peti air batu boleh pikul ramai ramai – dan jika rumah berkuci baik - angkat sahaja rumah tak perlu dipecahkan.

FAKTA: YAMAHA dan MODENAS KRISS – dua perkataan ini adalah perkataan yang menarik kita lari dari memahami keseluruhan ayat. Kita telah diberitahu si penjenayah ada motosikal. kemudian jenama motosikal ini di nyatakan. Ini untuk membuktikan bahawa sahehlah semua fakta yang dilaporkan.

apabila kita terperangkap dengan dua perkatan ini maka kita akan bertambah yakin dan percaya dengan ayat yang awal :

…. menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah…

peranan yamaha dan modenas kriss ialah untuk memperkukuhan kesahehan bahawa 3 orang yang ditembak ini adalah penjenayah asing dan yang ditulis ini adalah bahan bukti kejenayahan mereka.

TERUS BACA:
“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.

ini cukup menarik – kejadian berlaku subuh jam 4.55 – tidak sampai 10 jam polis dengan cekap dan amanah telah menjalankan siasatan dan menemui jaringan penjenayah ini.

syabas! tahniah! inilah polis contoh! mereka tidak tidoooo...

rupa-rupanya ada 7 kes lain.

awas! kalau kita gunakan fikrah yang kritikal apakah masuk akal dalam masa yang singkat penjenayah ini dapat dikaitkan dengan jenayah di kuala pilah, di seremban, selangor dan melaka.polis ini betul betul cekap dan amanah!

lihat – penggunaan SELANGOR/MELAKA - kalau kuala pilah/seremban jelas ini adalah tempat yang dapat kita bayangkan tetapi melaka/selangor ?

menggunakan perkataan selangor/melaka ini samalah seperti : penjenayah ini telah juga melakukan jenayah di malaysia, di asean, di asia dan di dunia!

KEMUDIAN:
kita diberitahu bahawa penjenayah ini memang merbahaya dan memang suka memecah rumah ketika subuh.

apa bahaya?
bahaya macam mana?
apa yang menimbulkan bahaya?

kalau kita menggunakan fikrah kritikal soalan-soaln ini akan muncul.

OPPS…

….mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh….

KAH KAH KAH….rupa-rupanya mayat ini akan di tuduh cuna membunuh.

nota:
diharapkan kuliah ini bermanafaat untuk pembaca yang budiman

EPILOK:
takada pula dilaporkan rumah apa?
rumah siapa yang gagal dipecahkan?
rumah orang kaya mana?
apakah cucu lim goh tong
telah membuat rumah dalam ladang sawit ini?
kah kah kah

Kuliah kritis minda ini Wak rembat dari TT blog..jgn mare ya...

-----------------------------------------------------------------------

Islam Membentuk Minda Kritis Dalam Menilai
Disiarkan pada Aug 17, 2008 dalam kategori Akidah
Jika seseorang ingin membaiki sesuatu perkara atau peralatan, dia terlebih dahulu hendaklah ada pengetahuan atau ilmu mengenainya. Jika tidak nanti, niatnya yang baik untuk membaiki itu akan menatijah kerosakan semata, bukan memulihkan. Ini yang disebut sebagai tikus membaiki labu, atau tukang besi membaiki komputer. Tanpa ilmu, bukan bertambah baik tetapi bertambah rosak.


Islam juga demikian. Niat yang baik semata untuk mempertahan atau menyampaikan ajaran yang agung ini tidak memadai jika yang melaksanakan tugasan itu tidak cukup pengetahuan dalam perkara yang disampaikan tersebut. Saya tidak menyatakan seseorang yang hendak berdakwah menyampai mesej Islam mesti menjadi sarjana besar terlebih dahulu. Tidak! Sama sekali tidak. Tetapi, dia hendaklah faham dengan baik bab atau perkara yang disampaikan itu.

Umpamanya, jika dia bercakap mengenai cara sujud dalam solat, maka dia jelas tentang hadis-hadis mengenai perkara tersebut. Jika dia bercakap pendirian Islam terhadap penganut agama lain, dia juga hendaklah jelas dan faham dalam perkara tersebut. Tidak boleh hanya berpijak kepada maklumat yang dikutip tanpa kepastian, atau tidak boleh pulak bercakap hanya atas sesuatu sentimen semata.

Firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutku menyeru kepada agama Allah berdasarkan bukti yang jelas nyata. Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusuf: ayat 108).

Saya amat dukacita apabila ter’tonton’ satu siaran televisyen di bawah nama ‘Sirah’ di mana seorang ‘ustazah’ telah menceritakan perihal kelahiran wanita terkenal Rabi‘ah al-‘Adawiyah. Kononnya, semasa kelahirannya, keluarga begitu miskin dan bapa malu hendak meminta bantu jiran tertangga. Pada malamnya, bapanya bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w yang menyuruh beliau meminta wang 400 dirham dari Gabenor Basrah.

Kononnya, Rasulullah s.a.w suruh beliau menyatakan kepada gabenor berkenaan: “Wahai Gabenor! Engkau biasanya berselawat pada malam Jumaat sebanyak 400 kali, namun pada hari Jumaat yang lepas engkau telah menguranginya, maka engkau pun didenda dengan membayar 400 dirham kepada bapa Rabi‘ah”.

Cerita yang seperti ini, mungkin dikutip oleh ‘ustazah’ berkenaan daripada mana-mana sumber yang tidak boleh dipegang. Ia mencemarkan Islam dengan menggambarkan seakan Nabi s.a.w itu ‘kaki pau’ yang akan memeras atau mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang yang bukan kesalahan pun.

Kemudian, kisah ini cuba menetapkan khasiat berselawat 400 kali pada malam Jumaat, padahal tiada satu hadis pun yang menetapkan bilangan tersebut. Lebih daripada itu semua, mimpi bukanlah hujah dalam Islam sehingga boleh diperas harta orang lain beralasankan mimpi. Apakata nanti, jika ada orang yang mengungut kita menyuruh kita memberikan wang kepadanya atas alasan dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan baginda memerintahkan kita memberikan wang kepadanya.

Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) selemah-lemah hujah mereka (puak bid‘ah) adalah puak yang mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”.

Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at.

Ini adalah salah, kerana mimpi individu selain nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika syarak membolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak, ditinggalkan”.(Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang dengan dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti dari hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”.( Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Demikian juga cerita-cerita yang bersifat ke’kartun’an seperti kononnya ada seorang wali Allah yang memakan epal yang hanyut dalam sungai. Kemudian dia mencari tuan punya epal tersebut untuk meminta halal daripadanya, tetapi tuan kebun tersebut mensyaratkan hendaklah berkahwin dengan anak perempuannya. Dia memberitahu anaknya itu bisu, pekak, buta dan berbagai kecacatan yang lain. Demi mendapat ‘sijil halal’ epal yang dimakannya itu terpaksalah si wali tersebut berkahwin dengan anak empunya kebun epal tersebut. Konon akhirnya didapati anaknya itu sempurna dan cantik.

Cerita yang seperti ini mencemarkan dataran Islam yang bersih. Perkahwinan dalam Islam boleh dipaksa atas nama menghalalkan sebiji epal. Epal yang hanyut dan terdedah kepada rosak boleh dimakan dari dibazirkan. Jika pun ada tuntutan, boleh dibayar dengan harga sebiji epal, bukan dipaksa kahwin.

Bayangkan jika seseorang memandu kereta lalu terlanggar kereta orang lain dan tuannya tidak mahu memaafkan melainkan dia mesti berkahwin dengan anak tuan kereta tersebut yang betul-betul ‘tidak menawan’. Apakah itu jalan mendapatkan ‘kehalalan’ atas sesuatu kesilapan yang tidak berkaitan?. Menghidangkan cerita-cerita yang seperti ini untuk orang ramai –walaupun dengan niat yang baik- hanya membuatkan Islam disalahtafsirkan sahaja.

Begitulah juga dahulu apabila ada pandangan seketika dulu supaya khatib yang berkhutbah memegang pedang sebagai lambang kekuatan. Tindakan yang seperti itu boleh menyebabkan Islam disalahtafsirkan terutama di zaman kita ini yang mana Islam dilebelkan oleh media khurafat Barat sebagai agama keganasan.

Saya tertarik dengan kata-kata al-Hafiz al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): Nabi s.a.w tidak pernah memegang pedang atau selainnya (ketika berkhutbah). Hanya baginda memegang anak panah atau tongkat sebelum dibuat mimbar. Baginda (ketika berkhutbah) dalam peperangan memegang anak panah dan ketika Jumaat memegang tongkat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memegang pedang. Apa yang disangka oleh sesetengah golongan jahil bahawa baginda sentiasa memegang pedang sebagai tanda bahawa Islam ditegakkan dengan pedang adalah kejahilan yang teramat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda selepas dibuat mimbar menaikinya dengan pedang, atau anak panah atau selainnya. Tidak juga sebelum dibuat mimbar baginda memegang pedang di tangannya sama sekali. Hanya baginda memegang tongkat atau anak panah (Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad, 1/439, Beirut: Muassasah al-Risalah).Atas dasar sebagai agama hujah dan fakta yang tegak membela kebaikan manusia sejagat kita mengizin semua pihak termasuk agama lain berhujah secara harmoni dan baik. Islam bukan macam sesetengah pejabat agama yang jika ada orang berbeza pendapat dengan ustaz-ustaznya terus sahaja dilebelkan sebagai ‘wahhabi’. Islam agama yang sudi mendengar hujah dan alasan.

Firman Allah: “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahlul Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami berserah diri.” (al-Ankabut: ayat 46).

Firman Allah juga: (maksudnya) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Saya seperti orang lain juga membantah tindakan Majlis Peguam membuat forum terbuka mengenai memeluk Islam baru-baru ini kerana seakan wujudnya usaha menghapus identiti negara ini iaitu Islam. Walaupun sebenarnya identiti Islam negara ini sudah banyak yang tercalar, namun tindakan mereka benar-benar mencabar. Saya tidak menafikan hak mereka untuk membincangkan kebajikan penganut agama lain yang mereka dakwa diabaikan.

Mengapa hal itu tidak dibahas secara tertutup dan melalui saluran yang tidak memperlihatkan seakan mereka mencabar identiti negara? Mereka akhirnya kelihatan seakan macam membantah bukan muslim masuk Islam kerana boleh menyebabkan implikasi-implikasi yang mereka bangkitkan. Jika itu maksud mereka, sudah pasti umat Islam akan sanggup berbenteng darah mempertahankan Islam.

Namun dalam masa yang sama, saya tidak menafikan bahawa setiap pihak boleh mengemukakan aduan atau bantahan jika terbukti secara fakta ada yang dizalimi. Walaupun Islam agama yang adil, namun kemungkinan berlaku ketidakadilan oleh para penganut atau perlaksananya itu ada. Jika itu berlaku, janganlah pula mereka cuba mempertikaikan Islam dan kewibawaannya. Mereka hendaklah dapat membezakan antara kesalahan undang-undang dengan kesilapan peguam atau hakim.

Demikian juga orang Islam, hendaklah dapat membezakan antara peraturan manusia yang beragama Islam dengan hukuman atau peraturan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Bukan semestinya tindakan pejabat agama Islam itu menurut kaedah Islam yang betul. Seperti bukan semua tindakan ustaz itu berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya. Al-Quran dan al-Sunnah teguh dan kukuh. Sementara manusia terdedah kepada salah dan silap. Seorang muslim perlu kritis dalam menilai sesuatu perkara.

Apabila menjelang pilihanraya di kawasan saya Permatang Pauh, saya mula gusar dengan kempen-kempen yang bakal dilancar. Saya bimbang, seperti wang disalahgunakan untuk meraih undi, demikian agama juga nanti disalahgunakan. Bimbang nanti ada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang dibaca bukan pada tempatnya. Rakyat yang tidak kritis yang matang akan menelan segala yang didengar. Diputar belitkan maksud Allah dan Rasul sehingga menjelma maksud tukang kempen.

Dahulu -semasa saya masih bersekolah rendah- masyarakat Islam Pulau Pinang, apabila menjelang pilihanraya akan terdengar nas-nas yang melarang memilih orang kafir sebagai calon. Hari ini mungkin nas-nas tersebut telah pun dimuziumkan. Sebab itu dalam laman web saya, saya mengambil kesempatan ingat-mengingati calon-calon yang bertanding.

Saya sebut: “Calon-calon Yang Dikasihi, proses demokrasi jika tidak dipandu dengan kesedaran Islam akan menjerumuskan kita ke kancah yang serba jijik dan kotor. Lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat kita apabila berpegang dengan demokrasi yang tidak ditapis dengan tapisan wahyu ilahi; lahirnya politik wang, permusuhan sesama muslim tanpa alasan yang benar, fitnah menfitnah, caci-mencaci dan segala macam racun permusuhan dan kebencian yang hidup atas nama baja demokrasi. Dalam mencapai hasrat kuasa dan memenangi persaingan untuk mendapatkan kuasa ramai pemain di gelanggang demokrasi itu melupai prinsip-prinsip Islam yang harmoni dan lurus.

Keperluan politik umat bukan itu semua. Sebaliknya kita ingin mendengar siapakah yang memiliki peribadi yang luhur dan pemikiran dan serta yang mampu membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih harmoni, terurus dan sopan berdasarkan teras-teras yang diredhahi Allah.

Didiklah masyarakat kita untuk hidup dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan. Janganlah nanti generasi baru yang sedang membesar akhirnya tidak mengenali politik melainkan dengan wajah serba kehodohan dan kebiadapan cara dan bahasa. Hak-hak setiap muslim lebih mulia di sisi Allah daripada kerusi politik yang menjadi kegilaan sebahagian manusia. Kita sudah penat mendengar maki hamun, ketidakjujuran, pembohongan dan penipuan atas nama politik. Berilah ruang untuk rakyat hidup dalam udara politik yang bersih dan segar. Jangan jadikan mereka terbiasa dengan pencemaran sehingga akhirnya mereka sebati dengan kejijikan siasah yang tiada penghujungnya.

Akhirnya kita tidak akan dapat menghayati Islam yang tulen selagi minda kita tidak kritis menapis antara yang baik dengan yang buruk. Antara yang salah dengan yang betul. Islam membentuk minda kritis dan penuh analisis.

sumber

Wednesday, June 22, 2011

Sedekah Anak Yatim



Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor,
Telefon : 017-9354323 (UMI)
AKAUN MAYBANK : 164799096868 (Fatmah Husin).

FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/Rumah-Perlindungan-Al-Nasuha/154619704566002

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima kasih

----------------------------------------------------------------------------
Saya menerima email ini meminta bantuan samada berbentuk kewangan atau harta benda yang bermanafaat untuk anak-anak yatim di bawah jagaan beliau.
Apa yang mampu bagi kita ialah bersedekah setiap hari dan ini adalah peluang bagi kita bersedekah kepada anak-anak yatim dimana pernah Nabi bersabda sedekah yang terbaik adalah buat anak-anak yatim dan rumah yang terbaik adalah adanya anak-anak yatim berlindung di sana.

Sila hubungi terus penjaga di rumah anak-anak yatim tersebut.Insaallah sedekah yang di hulur mendapat ganjaran besar di sisi Allah umpama sepohon padi yang akan tumbuh berpuluh tangkai dengan beribu butir beras disetiap tangkainya.
-----------------------------------------------------------------------
Diantara firman Allah SWT dan Hadits Nabi Muhammad SAW yang menunjukkan keutamaan bersedekah. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Q.S. al-Baqarah ayat 195: “ Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan berbuat baiklah (yakni membelanjakannya dengan cara yang baik), karena sesungghnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.

Atau sabda Rasulullah SAW yang menganjurkan agar kita selalu tidak menunda-nunda atau menyegerakan dalam bersedekah, sebagaimana yang diungkapkan oleh Ali r.a: “Bersegeralah kamu bersedekah, karena musibah tidak dapat melangkahi sedekah”. Andaikan majotiti masyarakat yang mempunyai kelebihan harta yang mau mengeluarkan sedekah lebih banyak dibandingkan dengan yang tidak, bisa jadi negara tercinta ini akan terbebas dari segala macam bencana yang tiada henti silih berganti datang menerpa, baik musibah dalam skala kecil maupun dalam skala besar yang banyak menimbulkan korban jiwa dan materi.

Pernah pada masa Nabiyullah Ibrahim a.s, ada seorang pemuda datang menemui Nabi Ibrahim untuk memberikan informasi pernikahannya esok hari. Melihat Nabi Ibrahim berbicara kepada pemuda tersebut malaikat Izrail bertanya kepada nabi Ibrahim perihal pemuda tersebut. Nabi Ibrahim menjelaskan bahwa pemuda tersebut adalah sahabat dan juga muridnya yang akan melangsungkan pernikahan esok hari.

Malaikat Izrail pun mengungkapkan keprihatinannya terhadapa pemuda tersebut, karena esok hari pemuda tersebut akan menemui ajalnya. Mendengar informasi yang diberikan oleh malaikat Izrail, hampir saja Nabi Ibrahim tergerak hatinya untuk meneruskan informasi ini kepada pemuda tersebut agar melangsungkan pernikahannya malam hari saja, karena esoknya dia akan menemui ajalnya. Akan tetapi nabi Ibrahim mengurungkan niatnya dan memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah SWT.

Namun, keesokan harinya ternyata pemuda ini masih hidup dan dapat melangsungkan pernikahannya dengan sukses. Hari berganti hari, minggu berganti minggu pemuda ini tetap dapat mnghirup udara segar dengan bebas dan belum menemui ajalnya.

Melihat kejadian tersebut, Nabi Ibrahim pun bertanya kepada malaikat Izrail kenapa pemuda tersebut masih hidup, sedangkan malaikat Izrail pernah memberikan informasi kepadanya akan kematian pemuda tersebut. Apakah malaikat Izrail berbohong kepadanya akan informasi tersebut.
Malaikat izrail menjawab bahwa memang rencananya dia akan mencabut nyawa pemuda tersebut, tetapi pada malam sebelum pernikahannya pemuda tersebut menyedekahkan separuh harta kekayaannya.

Inilah yang membuat Allah SWT memutuskan untuk tetap memanjangkan umurnya, hingga engkau masih melihatnya hidup.Kematian memang di tangan Allah. justru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad SAW bahwa sedekah itu bisa memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahwa ada sesuatu yang bisa menunda kematian, itu adalah sedekah.

Memang tidak ada seorang pun yang mengetahui kapan ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam kondisi apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah. Mudah-mudahan Allah berkenan memperpanjang umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar ampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan tibanya kematian.

(Zarkasih,www.pkesinteraktif.com)

Tuesday, June 21, 2011

Hukum Tatoo dan Inai corak


“Berinai jari dibenarkan syarak pada hari perkahwinan. Namun jika berinai seperti dalam gambar (corak2) dan seumpama dengannya yakni seperti kaum Hindu tidak dibenarkan.Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, ”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

Tatoo, Kikir Gigi dan Operasi Kecantikan Hukumnya Haram
Mentatoo badan dan mengikir gigi adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w., seperti tersebut dalam hadisnya:
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)
Tatoo, yaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebagian besar badannya. Bahkan sementara pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristen melukis salib di tangan dan dada mereka.


Perbuatan-perbuatan yang rusak ini dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, yaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu.Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.Dan yang disebut mengikir gigi, yaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Kerana itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir.


Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.
Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:
"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut al-Falaj, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celah-celah gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya.


Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum operasi kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana perputaran kebudayaan badan dan syahwat, yakni kebudayaan Barat materialistis, sehingga banyak sekali perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beratus bahkan beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, kerana di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat show dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti; lebih mementingkan jasmani daripada rohani.


Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging lebih yang dapat menimbulkan sakit secara perasaan ataupun secara kejiwaan kalau daging lebih itu dibiarkan, maka waktu itu tidak berdosa orang untuk berubat selama untuk tujuan demi menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran.
Barangkali yang memperkuat permasalahan tersebut di atas, yaitu tentang hadis "dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya cantik" seperti tersebut di atas. Dari hadis itu pula dapat difahamkan, bahwa yang tercela itu ialah perempuan yang mengerjakan hal tersebut semata-mata untuk tujuan keindahan dan kecantikan yang dusta. Tetapi kalau hal tersebut dilakukan dengan tujuan untuk menghilangkan penyakit atau bahaya yang mengancam, maka sedikitpun tidak ada halangan. Wallahu a'lam!


Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi

Monday, June 20, 2011

Allah Maha Pemberi Rezeki






Kita telah mengetahui bahwa Allah satu-satunya pemberi rizki. Rizki sifatnya umum, yaitu segala sesuatu yang dimiliki hamba, baik berupa makanan dan selain itu. Dengan kehendak-Nya, kita bisa merasakan berbagai nikmat rizki, makan, harta dan lainnya. Namun mengapa sebagian orang sulit menyadari sehingga hatinya pun bergantung pada selain Allah. Lihatlah di masyarakat kita bagaimana sebagian orang mengharap-harap agar warungnya laris dengan memasang berbagai penglaris. Agar bisnis komputernya berjalan mulus, ia datang ke dukun dan minta wangsit, yaitu apa yang mesti ia lakukan untuk memperlancar bisnisnya dan mendatangkan banyak konsumen. Semuanya ini bisa terjadi karena kurang menyadari akan pentingnya aqidah dan tauhid, terurama karena tidak merenungkan dengan baik nama Allah “Ar Rozzaq” (Maha Pemberi Rizki).

Allah Satu-Satunya Pemberi Rizki

Sesungguhnya Allah adalah satu-satunya pemberi rizki, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal itu. Karena Allah Ta’ala berfirman,

“Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezki kepada kamu dari langit dan bumi?” (QS. Fathir: 3)

“Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah.” (QS. Saba’: 24)

Tidak ada yang berserikat dengan Allah dalam memberi rizki. Oleh karena itu, tidak pantas Allah disekutukan dalam ibadah, tidak pantas Allah disembah dan diduakan dengan selain. Dalam lanjutan surat Fathir, Allah Ta’ala berfirman,

“Tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak disembah selain Allah; maka mengapakah engkau bisa berpaling (dari perintah beribadah kepada Allah semata)?” (QS. Fathir: 3)

Selain Allah sama sekali tidak dapat memberi rizki. Allah Ta’ala berfirman,

“Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).” (QS. An Nahl: 73)

Seandainya Allah menahan rizki manusia, maka tidak ada selain-Nya yang dapat membuka pintu rizki tersebut. Allah Ta’ala berfirman,

“Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Fathir: 2). Itu memang benar, tidak mungkin ada yang dapat memberikan makan dan minum ketika Allah menahan rizki tersebut.

Allah Memberi Rizki Tanpa Ada Kesulitan

Allah memberi rizki tanpa ada kesulitan dan sama sekali tidak terbebani. Ath Thohawi rahimahullah dalam matan kitab aqidahnya berkata, “Allah itu Maha Pemberi Rizki dan sama sekali tidak terbebani.” Seandainya semua makhluk meminta pada Allah, Dia akan memberikan pada mereka dan itu sama sekali tidak akan mengurangi kerajaan-Nya sedikit pun juga. Dalam hadits qudsi disebutkan, Allah Ta’ala berfirman,

“Wahai hamba-Ku, seandainya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang belakangan serta semua jin dan manusia berdiri di atas bukit untuk memohon kepada-Ku, kemudian masing-masing Aku penuh permintaannya, maka hal itu tidak akan mengurangi kekuasaan yang ada di sisi-Ku, melainkan hanya seperti benang yang menyerap air ketika dimasukkan ke dalam lautan.” (HR. Muslim no. 2577, dari Abu Dzar Al Ghifari). Mengenai hadits ini, Ibnu Rajab rahimahullah berkata, “Hadits ini memotivasi setiap makhluk untuk meminta pada Allah dan meminta segala kebutuhan pada-Nya.”[1]

Dalam hadits dikatakan, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Allah Ta’ala berfirman padaku, ‘Berinfaklah kamu, niscaya Aku akan berinfak (memberikan ganti) kepadamu.’ Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Pemberian Allah selalu cukup, dan tidak pernah berkurang walaupun mengalir siang dan malam. Adakah terpikir olehmu, sudah berapa banyakkah yang diberikan Allah sejak terciptanya langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di Tangan Allah, tidak pernah berkurang karenanya.” (HR. Bukhari no. 4684 dan Muslim no. 993)

Ibnu Hajar Al Asqolani rahimahullah berkata, “Allah sungguh Maha Kaya. Allah yang memegang setiap rizki yang tak terhingga, yakni melebihi apa yang diketahui setiap makhluk-Nya.”[2]

Allah Menjadikan Kaya dan Miskin dengan Adil

Allah memiliki berbagai hikmah dalam pemberian rizki. Ada yang Allah jadikan kaya dengan banyaknya rizki dan harta. Ada pula yang dijadikan miskin. Ada hikmah berharga di balik itu semua. Allah Ta’ala berfirman,

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezki.” (QS. An Nahl: 71)

Dalam ayat lain disebutkan,

“Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hamba-Nya.” (QS. Al Isro’: 30)

Dalam ayat kedua di atas, di akhir ayat Allah berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hamba-Nya”. Ibnu Katsir menjelaskan maksud penggalan ayat terakhir tersebut, “Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat manakah di antara hamba-Nya yang pantas kaya dan pantas miskin.” Sebelumnya beliau rahimahullah berkata, “Allah menjadikan kaya dan miskin bagi siapa saja yang Allah kehendaki. Di balik itu semua ada hikmah.”[3]

Di tempat lain, Ibnu Katsir menerangkan firman Allah,

“Dan jikalau Allah melapangkan rezki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.” (QS. Asy Syuraa: 27) Beliau rahimahullah lantas menjelaskan,“Seandainya Allah memberi hamba tersebut rizki lebih dari yang mereka butuh , tentu mereka akan melampaui batas, berlaku kurang ajar satu dan lainnya, serta akan bertingkah sombong.”

Selanjutnya Ibnu Katsir menjelaskan lagi, “Akan tetapi Allah memberi rizki pada mereka sesuai dengan pilihan-Nya dan Allah selalu melihat manakah yang maslahat untuk mereka. Allah tentu yang lebih mengetahui manakah yang terbaik untuk mereka. Allah-lah yang memberikan kekayaan bagi mereka yang Dia nilai pantas menerimanya. Dan Allah-lah yang memberikan kefakiran bagi mereka yang Dia nilai pantas menerimanya.”[4]

Dalam sebuah hadits disebutkan,

“Sesungguhnya di antara hamba-Ku, keimanan barulah menjadi baik jika Allah memberikan kekayaan padanya. Seandainya Allah membuat ia miskin, tentu ia akan kufur. Dan di antara hamba-Ku, keimanan barulah baik jika Allah memberikan kemiskinan padanya. Seandainya Allah membuat ia kaya, tentu ia akan kufur”.[5] Hadits ini dinilai dho’if(lemah), namun maknanya adalah shahih karena memiliki dasarshahih dari surat Asy Syuraa ayat 27.

Kaya Bukan Tanda Mulia, Miskin Bukan Tanda Hina

Ketahuilah bahwa kaya dan miskin bukanlah tanda orang itu mulia dan hina. Karena orang kafir saja Allah beri rizki, begitu pula dengan orang yang bermaksiat pun Allah beri rizki. Jadi rizki tidak dibatasi pada orang beriman saja. Itulah lathif-nya Allah (Maha Lembutnya Allah). Sebagaimana dalam ayat disebutkan,

“Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan Dialah yang Maha kuat lagi Maha Perkasa.” (QS. Asy Syura: 19)

Sifat orang-orang yang tidak beriman adalah menjadikan tolak ukur kaya dan miskin sebagai ukuran mulia ataukah tidak. Allah Ta’ala berfirman,

“Dan mereka berkata: “Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak- anak (daripada kamu) dan Kami sekali-kali tidak akan diazab. Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya). Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang Tinggi (dalam syurga).” (QS. Saba’: 35-37)

Orang-orang kafir berpikiran bahwa banyaknya harta dan anak adalah tanda cinta Allah pada mereka. Perlu diketahui bahwa jika mereka, yakni orang-orang kafir diberi rizi di dunia, di akherat mereka akan sengsara dan diadzab. Allah subhanahu wa ta’ala telah menyanggah pemikiran rusak orang kafir tadi dalam firman-Nya,

“Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar.” (QS. Al Mu’minun: 56)

Bukanlah banyaknya harta dan anak yang mendekatkan diri pada Allah, namun iman dan amalan sholeh. Sebagaiman dalam surat Saba’ di atas disebutkan,

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh.” Penjelasan dalam ayat ini senada dengan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian” (HR. Muslim no. 2564, dari Abu Hurairah)

Kaya bisa saja sebagai istidroj dari Allah, yaitu hamba yang suka bermaksiat dibuat terus terlena dengan maksiatnya lantas ia dilapangkan rizki. Miskin pun bisa jadi sebagai adzab atau siksaan. Semoga kita bisa merenungkan hal ini.

Ibnu Katsir rahimahullah ketika menerangkan firman Allah,

“Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu Dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka Dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rizkinya Maka Dia berkata: “Tuhanku menghinakanku“. (QS. Al Fajr: 15-16); beliau rahimahullah berkata, “Dalam ayat tersebut, Allah Ta’ala mengingkari orang yang keliru dalam memahami maksud Allah meluaskan rizki. Allah sebenarnya menjadikan hal itu sebagai ujian. Namun dia menyangka dengan luasnya rizki tersebut, itu berarti Allah memuliakannya. Sungguh tidak demikian, sebenarnya itu hanyalah ujian. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

“Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (berarti bahwa), Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sadar.” (QS. Al Mu’minun: 55-56)

Sebaliknya, jika Allah menyempitkan rizki, ia merasa bahwa Allah menghinangkannya. Sebenarnya tidaklah sebagaimana yang ia sangka. Tidaklah seperti itu sama sekali. Allah memberi rizki itu bisa jadi pada orang yang Dia cintai atau pada yang tidak Dia cintai. Begitu pula Allah menyempitkan rizki pada pada orang yang Dia cintai atau pun tidak. Sebenarnya yang jadi patokan ketika seseorang dilapangkan dan disempitkan rizki adalah dilihat dari ketaatannya pada Allah dalam dua keadaan tersebut. Jika ia adalah seorang yang berkecukupan, lantas ia bersyukur pada Allah dengan nikmat tersebut, maka inilah yang benar. Begitu pula ketika ia serba kekurangan, ia pun bersabar.”[6]

Sebab Bertambah dan Barokahnya Rizki

Takwa kepada Allah adalah sebab utama rizki menjadi barokah. Allah subhanahu wa ta’ala menceritakan mengenai Ahli Kitab,

“Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan (Al Quran) yang diturunkan kepada mereka dari Rabbnya, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas dan dari bawah kaki mereka. Di antara mereka ada golongan yang pertengahan. dan Alangkah buruknya apa yang dikerjakan oleh kebanyakan mereka.” (QS. Al Maidah: 66)

Dalam ayat lain, Allah Ta’ala berfirman,

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (QS. Al A’rof: 96)

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluark, dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Tholaq: 2-3)

“Dan bahwasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezki yang banyak).” (QS. Al Jin: 16)

“Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7)

Sebab Berkurang dan Hilangnya Barokah Rizki

Kebalikan dari di atas, rizki bisa berkurang dan hilang barokahnya karena maksiat dan dosa. Mungkin saja hartanya banyak, namun hilang barokah atau kebaikannya. Karena rizki dari Allah tentu saja diperoleh dengan ketaatan. Allah Ta’ala berfirman,

“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS. Ar Rum: 41). Yang dimaksudkan kerusakan di sini—kata sebagian ulama– adalah kekeringan, paceklik, hilangnya barokah (rizki). Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata, “Yang dimaksudkan kerusakan di sini adalah hilangnya barokah (rizki) karena perbuatan hamba. Ini semua supaya mereka kembali pada Allah dengan bertaubat.” Sedangkan yang dimaksud dengan kerusakan di laut adalah sulitnya mendapat buruan di laut. Kerusakan ini semua bisa terjadi karena dosa-dosa manusia.[7]

Yang Penting Berusaha dan Tawakkal

Keimanan yang benar rizki bukan hanya dinanti-nanti. Kita bukan menunggu ketiban rizki dari langit. Tentu saja harus ada usaha dan tawakkal, yaitu bersandar pada Allah. Dari Umar bin Al Khoththob radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Seandainya kalian betul-betul bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rizki sebagaimana burung mendapatkan rizki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali sore harinya dalam keadaan kenyang.”[8]

Ibnu ‘Allan mengatakan bahwa As Suyuthi mengatakan, “Al Baihaqi mengatakan dalam Syu’abul Iman:

Hadits ini bukanlah dalil untuk duduk-duduk santai, enggan melakukan usaha untuk memperoleh rizki. Bahkan hadits ini merupakan dalil yang memerintahkan untuk mencari rizki karena burung tersebut pergi di pagi hari untuk mencari rizki. Jadi, yang dimaksudkan dengan hadits ini –wallahu a’lam-: Seandainya mereka bertawakkal pada Allah Ta’ala dengan pergi dan melakukan segala aktivitas dalam mengais rizki, kemudian melihat bahwa setiap kebaikan berada di tangan-Nya dan dari sisi-Nya, maka mereka akan memperoleh rizki tersebut sebagaimana burung yang pergi pagi hari dalam keadaan lapar, kemudian kembali dalam keadaan kenyang. Namun ingatlah bahwa mereka tidak hanya bersandar pada kekuatan, tubuh, dan usaha mereka saja, atau bahkan mendustakan yang telah ditakdirkan baginya. Karena ini semua adanya yang menyelisihi tawakkal.”[9]

Rizki yang Paling Mulia

Sebagian kita menyangka bahwa rizki hanyalah berputar pada harta dan makanan. Setiap meminta dalam do’a mungkin saja kita berpikiran seperti itu. Perlu kita ketahui bahwa rizki yang paling besar yang Allah berikan pada hamba-Nya adalah surga (jannah). Inilah yang Allah janjikan pada hamba-hamba-Nya yang sholeh. Surga adalah nikmat dan rizki yang tidak pernah disaksikan oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah tergambarkan dalam benak pikiran. Setiap rizki yang Allah sebutkan bagi hamba-hamba-Nya, maka umumnya yang dimaksudkan adalah surga itu sendiri. Hal ini sebagaimana maksud dari firman Allah Ta’ala,

“Supaya Allah memberi Balasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh. mereka itu adalah orang-orang yang baginya ampunan dan rezki yang mulia.” (QS. Saba’: 4)

“Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezki yang baik kepadanya.” (QS. Ath Tholaq: 11)[10]

Jika setiap kita memahami hal ini, yang Allah satu-satunya pemberi rizki dan sungguh Allah benar-benar yang terbaik bagi kita, maka tentu saja kita tidak akan menggantungkan hati pada selain Allah untuk melariskan bisnis. Allah Ta’ala sungguh benar-benar Maha Mencukupi. Allah Maha Mengetahui manakah yang terbaik untuk hamba-Nya, sehingga ada yang Dia jadikan kaya dan miskin. Setiap hamba tidak perlu bersusah payah mencari solusi rizki dengan meminta dan menggantungkan hati pada selain-Nya. Tidak perlu lagi bergantung pada jimat dan penglaris. Gantilah dengan banyak memohon dan meminta kemudahan rizki dari Allah. Wallahu waliyyut taufiq. (*)

Finished on Monday, 2nd Dzulhijjah 1431 H (8/11/2010), in KSU, Riyadh, KSA
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Artikel www.muslim.or.id

Catatan Kaki:

[1] Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali, Tahqiq: Syaikh Syu’aib Al Arnauth, Muassasah Ar Risalah, 1419, 2/48
[2] Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379, 13/395.

[3] Tafsir Al Qur’an Al ‘zhim, Ibnu Katsir, Muassasah Qurthubah, 8/479

[4]Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 12/278.

[5]As Silsilah Adh Dho’ifah no. 1774. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini dho’if.

[6] Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 14/347.

[7] Tafsir Al Qurthubi (Al Jaami’ li Ahkamil Qur’an), Mawqi’ Ya’sub (sesuai standar cetakan), 14/40.

[8] HR. Ahmad (1/30), Tirmidzi no. 2344, Ibnu Majah no. 4164, dan Ibnu Hibban no. 402. Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ash Shohihah no.310 mengatakan bahwa hadits ini shahih. Syaikh Muqbil Al Wadi’i dalam Shohih Al Musnad no. 994 mengatakan bahwa hadits ini hasan.

[9] Dalilul Falihin, Ibnu ‘Alan Asy Syafi’i, Asy Syamilah, 1/335.

[10] Bahasan dalam tulisan ini, kami kembangkan dari tulisan di web: http://www.dorar.net/enc/aqadia/1241, dengan judul: Pengaruh iman terhadap nama Allah “Ar Rozzaq”.

Sumber Artikel :

Sunday, June 19, 2011

Nasi Lemak Kopi O



--------------------------------------------------------------------


DR TAN: SIAPA BAYAR KOS PERTUNANGAN ANAK NAJIB? - mkini

Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan

------------------------------------------------------------

Kos bertunang saja dah guna Rm81K dan guna duit rakyat..Apa punya kelas la PM kita ni..Kata 1Malaysia..makna bagi mereka 1Malaysia duit gua punya...Apa punya turr..anak nak berancuk..lantak la..jangan guna duit rakyat..pakai la duit sendiri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...