Kisah 1
KL, 13 Jun 11: Bagi menggambarkan pendirian tidak bersetuju dengan penubuhan Kelab Taat Suami yang dilancarkan awal bulan ini, selebriti Ras Adiba Radzi menggunakan cara tersendiri untuk menyampaikan mesej beliau.
Beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ pada beg kitar semula sebagai tanda tidak bersetuju dengan penubuhan kelab tersebut. Sebahagian beg itu dipamerkan pada majlis pelancaran beg ‘Sporting Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini. Beg-beg itu bukan untuk dijual.
‘OWC’ merujuk Obedient Woman Club atau Kelab Taat Suami dilancarkan 4 Jun lalu di Rawang. Ras Adiba, Ketua Pegawai Eksekutif Pro Trading & Production yang mengeluarkan beg ‘Sporting Ras’ berkata, beliau menggunakan slogan ‘You’re joking right, OWC?!’ untuk mempersenda Kelab Taat Suami.
“Bukan semua pasangan suami isteri yang setuju dengan pendirian kelab tersebut. Ramai yang menentang penubuhan kelab itu tetapi mereka (Kelab Taat Suami) langsung tidak ambil kira pendapat semua,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Bag Ras’ oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di sini hari ini.
Ras Adiba juga berkata mungkin dengan cara itu, kelab tersebut sedar bahawa ramai yang menentang dengan prinsip mereka. “Bila pengguna memakai beg kitar semula ini, mana tahu kalau-kalau ahli mereka nampak dan sedar,” ujarnya lanjut.
Sebelum ini, Kelab Taat Suami cawangan Malaysia dilancarkan dengan membawa mesej kesediaan isteri untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami masing-masing, sekali gus mengelak mereka daripada berlaku curang ataupun mencari pelacur. Sejak diperkenalkan di Johor 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia yang mana 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan berminda terbuka serta golongan intelek.
Sementara itu, Shahrizat turut berkata, kelab tersebut langsung tidak mewakili keseluruhan pendapat masyarakat khususnya pasangan berumah tangga.
“Bukan sahaja kaum lelaki tetapi juga wanita membantah kelab tersebut.
“Ia bukan suara majoriti tetapi hanya suara-suara kecil dalam kelab berkenaan yang melahirkan pendapat,” katanya pada sidang media.
Shahrizat menambah, secara tidak langsung, kelab itu memberi gambaran negatif terhadap peranan wanita di Malaysia.
“Saya berasa terkilan dengan kelab ini. Ia menggambarkan martabat isteri terlalu rendah dan hanya perlu mengikut telunjuk suami semata-mata,” ujar Shahrizat lagi.
Jelas Shahrizat, beliau memandang tinggi wanita Malaysia kerana mereka mempunyai tanggungjawab dan budaya yang elok. Katanya, jangan sesekali kelab berkenaan mencerminkan wanita sedemikian kerana itu perkara salah.
Dalam pada itu, Shahrizat menyokong sepenuhnya keluaran jenama beg ‘Sporting Ras’ yang dikatakan mampu meneroka pasaran luar negara.
“Ini membuktikan Orang Kelainan Upaya juga boleh menjadi usahawan berjaya setanding dengan usahawan-usahawan maju yang sedia ada.
“Mereka juga dilihat boleh berdikari dan mampu mencari rezeki halal sekali gus menukar taraf kehidupan,” katanya lagi.
Syarikat Pro Trading & Production yang bertapak pada 13 jun 1995 telah mula memperkenalkan beg-beg perjalanan termasuk bagasi dan beg untuk keperluan perniagaan. Selain itu, Ras Adiba berkata, jenama beg ‘Sporting Ras’ telah dipasarkan di enam buah pasar raya seperti ‘Carrefour’ dan di Pertama.
“Terdapat 48 jenis beg yang menggunakan jenama ini, 12 jenis beg sekolah dan lebih 100 beg dan ‘luggages’ untuk Persatuan US polo,” katanya lagi. (The Malaysian Insider)
Kisah 2
Kisah Isteri Yang Taat
Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak.
Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan.
Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami.
Yang perlu difikir:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampukan sekiranya bapanya sempat bertemu dengan si wanita ketika dia sakit tenat?:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada di sisi bapanya di saat menjelang ajal si bapa?:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada bersama di majlis pengebumian bapanya?Dosa si wanita dan bapanya diampunkan kerana taatnya si wanita mematuhi perintah suaminya.
Namun harus diingat juga, perlu ada timbangrasa di kalangan suami. Bukan bermakna si isteri perlu duduk di rumah bagaikan dalam penjara. Perlu diizinkan isteri keluar andainya perlu.Yang perting dalam perhubungan suami isteri adalah kepercayaan. Kepercayaan mudah diperoleh, tetapi sekali ianya dirosakkan, amat sukar didapatkan semula.
NOta:
Isteri yang taat kepada suami adalah dituntut oleh Islam.Bukan seperti golongan yang lebih mementingkan kepentingan diri sehingga mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama.Bagi mereka agama hanya solat,puasa dan hari raya.Lain-lain hanya berteraskan akal dan tuntutan nafsu sahaja.
Isteri yang taat bermakna isteri yang mengutamakan solat (agamanya),menjaga kehormatan dirinya,menjaga harta suaminya dan taat kepada suaminya.
Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
No comments:
Post a Comment