DariMindaKu hanya merupakan pendapat dan pandangan dari seorang rakyat MARHAEIN yang selama ini hanya sebagai pemerhati dan pemikir terhadap alam ciptaan ALLAH.
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.
KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.
KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!
KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.
KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!
KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.
KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common sense, self centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.
KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
SEBERANG JAYA, 12 Julai: "Umno dan pihak keselamatan boleh rosakan kepala lutut saya tetapi mereka tidak sekali-kali berjaya merosakan pemikiran saya untuk terus berjuang sehingga matlamat memartabatkan kembali maruah negara yang telah musnah akibat permainan jahat Barisan Nasional (BN)," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) di hadapan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, malam tadi.
Beliau yang datang dengan kerusi roda akibat rempuhan kereta polis ketika membonceng motosikal untuk ke Masjid Negara pada 9 Julai lalu turut mengingatkan pihak keselamatan supaya segera mengubah sikap menjadi lebih profesional tidak mengikut telunjuk BN yang memerintah.
Katanya, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 tidak akan berhenti di situ malahan berjanji akan mengadakan lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta kerajaan tidak memperdulikan lapan tuntutan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.
Tambahnya, seperti mana kata Presiden PAS, Bersih 2.0 merupakan 'mukadimah' kebangkitan rakyat dan seandainya SPR dan Kerajaan Malaysia masih berdegil, tidak mustahil Bersih 3.0 akan bangkit dengan lebih ramai rakyat yang rela bersama ke Kuala Lumpur berarak secara aman.
---------------------------------------------------------
Bersih 3.0 bakal menyusul sama seperti peranti USB..mula 1.0,2.0 dan kini 3.0,jika BN dan kerajaan masih lagi bersikap seperti memperbodohkan rakyat dan menganggap rakyat yang disuap makan tidak boleh mengigit tuannya.Anjing pun jika hari-hari dibelasah akan mengigit tangan tuannya juga,inikan pula manusia.
Najib dan gerombolan sepatutnya memikirkan jauh kehadapan bahawa di era internet ini tiada apa yang mereka boleh sembunyikan,hatta sebentuk cincin berlian yang dibeli dengan harga rm24k pun rakyat mengetahuinya.Bilamana mereka memikirkan bahawa rakyat kini masih berfikiran seperti zaman dahulu mengiakan sahaja apa yang kerajaan lakukan adalah benar belaka.
Dan sebab utama mengapa mereka lari kerana 50% adalah Pak-Torot yang diimport seperti di bawah..siap peace lagi tu...semua free..boleh makan KFC lagi lepas lari dari FRU..
Baru kena jerit FRU (rujuk minit 3.21) terkincit lari bro..! kah..kah..kah !! Maka dengan ini dipersembahkan filem pendek PATRIOT berjudul "taburlah bunga diatas kepala banaku", pasal kepala atas ku tak cukup keras nak tahan cotar FRU untuk aku gugur dan mati katak !...
(Bukan aku tulis nih..ni ayat wakraden...kah..kah..kah..)
KUALA TERENGGANU 10 Julai — Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kejadian bermula pada kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.
Katanya, daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.
Katanya, punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu. — Bernama
Keganasan Polis atas arahan UmnoApco Allah bayar pembalasannya tunai seperti berita di atas.Allah hanya
memberikan peringatan buat mereka segala kezaliman yang dilakukan semasa BERSIH demo Sabtu tadi
Allah tunaikan permintaan dan doa hamba-hamba yang teraniaya.
Hanya sedikit Allah beri sakit namun mereka tetap tidak mengambil iktibar jauh sekali bersyukur.Ingatlah
wahai tuan-tuan sedikit rasa bersyukur atas nikmatnya Allah akan lipat gandakan nikmatnya
Firman Allah SWT yang maksudnya: “Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim:7). Sesungguhnya setiap nikmat itu wajib disyukuri dan antara kunci rahsia dalam bersyukur yang dapat mengundang nikmat Allah yang seterusnya sebagaimana yang disebut dalam firman Allah di atas ialah:
Tidak merasa memiliki kecuali meyakini bahawa segalanya adalah menjadi milik Allah. Hal demikian dapat mengelak seseorang daripada menjadi angkuh dan sombong dengan nikmat yang ada padanya.
Selalu mengucapkan “alhamdulillah”, memuji Allah dalam segala keadaan sama ada ketika susah ataupun senang kerana nikmat yang harus disyukuri itu sebenarnya lebih banyak daripada musibah.
Mempercayai bahawa sebarang nikmat yang dikurniakan adalah jalan menuju Allah atau mendekatkan diri kepada Allah.
Tahu membalas budi dan berterima kasih dengan kebaikan yang telah diberikan oleh seseorang.
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.
Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.
Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.
Jenazah beliau kini masih berada di HKL.
Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
-harakahdaily
Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.
Sasterawan Negara: Setiap kekejaman punyai tarikh luputnya
Setiap kekejaman (harus) mempunyai tarikh luputnya, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said merujuk nilai demokrasi di negara ini yang kian terhakis lantaran pelakuan polis dan ketakutan pihak tertentu terhadap Himpunan Bersih 2.0.
“Saya khuatir kalau dibiarkan terus, akan menjadi negara polis, katanya lagi ketika berucap pada majlis pelancaran buku kartun Zunar berjudul ‘Even My Pen Has A Stand’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini, malam tadi.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad juga menyelar sikap polis yang tidak membenarkan tunjuk perasaan secara aman, malah menutup pintu rundingan sebaliknya mbuat tangkapan secara leluasa.
“Saya kira, kalau terjadi pertelagahan, saya lebih salahkan polis. Polis tahu beberapa bulan lalu mereka diminta ruang untuk penganjuran demontrasi Bersih, namun mereka sengaja tidak membenarkan,” katanya.
Berucap dengan lilitan tangan warna kuning yang dipakaikan Zunar, beliau juga mengkritik polis kerana ‘mengembalikan’ Ordinan Darurat semata-mata ketakutan pihak tertentu terhadap warna kuning.
“Anehnya, tiba-tiba ditimbulkan isu komunis. Dengan itu, dihidupkan undang-undang lama, boleh ditahan tanpa soal-jawab, ini kekejaman.
“Dalam demokrasi, suara harus dipertimbangkan. Tiba-tiba tidak boleh bercakap. Warna pun takut, tidak mahu berunding, itu sudah membunuh demokrasi namanya,” kata beliau disambut sorakan kira-kira 300 hadirin.
Beliau yang pernah menerajui Kumpulan Berita Harian pada zaman 60-an juga mengecam pengamal media arus perdana masa kini kerana membiarkan diri mereka diperalat semata-mata untuk ‘carma’ iaitu cari makan.
“Saya sudah tidak baca Utusan atau Berita Harian kerana tidak membacanya, sudah apa yang yang ditulis (mereka),” katanya, menyindir kerakusan media arus perdana yang giat menyerang gerakan kebangkitan rakyat.
Meluahkan rasa tidak senang terhadap kekangan pemerintah terhadap seniman yang tidak memihak kepada penguasa, beliau mempersoal sikap segelintir seniman yang membisu tanpa menghirau suasana bobrok di sekeliling mereka.
“Seniman kartunis, sasterawan, dramatis sangat jarang mengambil sikap. Ada antara kita selesa jadi golongan ‘carma’ atau cari makan, sedia untuk tidak bersikap. Inilah sebab segala kemungkaran terus membesar.
“Mujur, masih ada sekelompok seniman yang menyatakan sikap. Yang tahu kuning itu murni dan golongan seniman ini mula diganyang,” katanya, sinis.
Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.
Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)
Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.
HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.
Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.
Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.
Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)
Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)
KUFR BAWWAH
Berhubung dengan persoalan kufr bawwah maka para ulamak berbincang apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berkenaan dalam hadith diatas dan hadith-hadith lain yang menggunakan perkataan yang sama yang kerananya membolehkan pemerintah ditendang dan dipecat.
Ada yang menafsirkan dengan mungkar yang terang yang melanggar kaedah Islam dan tidak ada sebarang alasan dan andaian lagi kerana begitu terang dan nyata. Ini adalah pendapat an-Nawawi. Mustafa al- khin dan Mustafa al-Bugha memegang pendapat an-Nawawi ini dengan kata mereka an-Nuzhah: Tidak boleh menentang para pemerintah kecuali apabila berlakunya mungkar yang pasti yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam. Jika berlaku demikian maka wajib memenangkan yang hak dengan apa pengorbanan sekalipun(rujukan Nuzhah al-Muttaqin syarh Riyadh as-Sholihin,m.s. 171/ jilid 1.ctk. Muassasah ar-Risalh, Beirut)
TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH
Persoalan tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan dikurun ini. Hendaklah kita ketahui bahawa sepanjang sejarah umat Islam sememangnya pernah wujud para pemerintah yang memiliki keperibadian yang tidak baik, Namun sejarah tidak pernah memberi tahu dikalangan mereka yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembangan dalam masyarakat dan negara.
Kejahatan mereka bersifat akhlak peribadi.Tetapi Islam tetap menjadi teras dan asas undang undang negara. Tidak pernah dikalangan meeka mengistiharkan pengubalan undang-undang yang tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada pemerintah yang melakukan sedemikian pasti umat islam yang ada ketika itu mengistiharkan jihad besar-besaran terhadap mereka.
Hal ini dapat kita lihat kepada fatwa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Kathir terhadap pemerintah Tatar atau Monggol yang mengubal undang-undang ketika menawan Baghdad dengan mencampurkan undang-undang Yahudi, Keristian, Islam dan juga pemikiran pemimpin mereka iaitu Ginkiz khan.
Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Ginkiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu , Yahudi, Nasrani,Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ,sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-�eAzim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.Ctk. Beirut)
Dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah yang merupakan kitab sejarah yang besar karangan Ibn Kathir sekali lagi beliau menegaskan perkara ini, katanya: Sesiapa yang meninggalkan hukum-hakam syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah, Nabi yang terakhir, lalu berhukum kepada syariat yang dimansuhkan (ajaran yang diturunkan kepada nabi yang sebelumnya) menjadi kafir. Bagaimanakah pula mereka yang berhukum kepada Yasa dan mendahulukannya keatas ajaran Islam? Sesiapa yang berbuat demikian maka menjadi kafir dengan Ijmak Muslimin(rujukan al-Bidayah wa an-Nihayah. Juz 12,m.s. 128.Ctk. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.)
Syeikh al-Islam Ibn-Taimiyyah, tokoh ilmuan yang agong, juga merupakan guru utama al-Imam Ibn Kathir, dengan lebih terperinci menyebut: Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beriqtikad wajib berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah kafir, Sesiapa yang menghalalkan untuk berhukum dikalangan manusia dengan apa yang dianggapnya adil tanpa mengikut apa yang diturunkan Allah, maka dia adalah kafir�c Katanya lagi: Mereka itu jika mengetahui bahawa tidak harus bagi mereka berhukum kecuali dengan apa yang diturunkan Allah tetapi tidak mematuhinya bahkan menghalalkan untuk berhukum menyanggahi apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang kafir. (rujukan Majmuah at-Tauhid m.s. 205,206,Ctk. Dar al-fikr, Beirut.)
Dengan penjelasan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,maka jelas diperincikan bahawa yang menjadi kufur adalah mereka yang tidak menganggap wajib berhukum dengan sistem Islam atau yang menghalakan sistem yang selain Islam.Namun sesiapa yang beriktiqad wajib berhukum dengan syariat Allah dan ianya syariat yang paling sempurna dan adil tetapi tidak berhukum dengannya kerana kepentingan peribadi dan harta benda dunia maka mereka adalah golongan yang sangat fasik dan zalim.
PEMERINTAH MUSLIMIN SEMASA
Sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam dan menghalalkannya maka ini adalah kufur, maka diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin. As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam Fiqh ad-Daulah menyebut tiga kekuatan yang perlu wujud dalam menjatuhkan kerajaan di zaman ini.
Pertama: Kekuatan ketenteraan.
Kedua: Perlimen yang mampu mengubah dasar.
Ketiga: Kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan ini hendaklah ia bersabar dan bersiap sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada. (Untuk huraian yang lebih terperinci sila lihat Fiqh Ad-Daulah m.s. 125.Ctk.Dar asy-Syuruq, Qaherah.)
Bagaimana sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat allah tetapi tidak menghalalkannya. Para pemerintah yang mendukung selain dari sistem Islam mereka tidak boleh dianggap terkeluar daripada Islam selagimana mereka tidak melafazkan ucapan yang menghalalkan sistem kufur atau menghina sistem Islam.Dari segi aqidah mereka tidak terkeluar dari islam, dengan itu bagimana nilaian terhadap kerusi pemerintahan mereka?
Dalam persoalan ini Al-Qardhawi di dalam Fiqh ad-Daulah yang dengan jelas menyatakan tetap wajib menjatuhkannya kerana ini adalah persoalan besar yang membabitkan perkara dasar Islam, para ulamak Islam yang lain dizaman kini menyatakan perkara yang sama. Antara yang dinyatakan oleh as-Syeikh Mohammad Naim Yasin di dalam buku al-Jihad: Adapun sekiranya kefasikan pemerintah dan maksiatnya ialah mewujudkan suatu sistem (bukan Islam) untuk rakyatnya dan jelas darinya kepastian menyelewengkan umat dari berpandukan peraturan allah dalam persoalan aqidah, Akhlah dan dipimpin umat selain dari al-quran dan as-sunnah. Sesungguhnya bersabar terhadap kemungkaran tersebut adalah lebih dasyat dan besar fitnahnya dibandingkan dengan sebarang fitnah yang berpunca dari bangkit menentang dan menghunuskan senjata terhadap pemerintah seperti ini.Maka wajib bagi kaum muslimin untuk berjihad menentang pemerintah yang sebegini dan menggunakan sebarang cara yang disyarakkan untuk memecatnya dari tampuk kekuasaan serta digantikan dengan sesiapa yang akan meminpin mereka dengan agama Allah (rujukan : Al-Jihad, Mayadinuhu Wa asalibuhu, ms 203-204. Ctk. Dar al-Furqan, Amman, Jordan )
Perlu diingatkan bahawa perlaksanaan syariaat bermaksud mengistiharkan dengan jelas dan benar bahawa al quran dan as-sunnah adalah perlembagaan pemerintahan . Adapun kecacatan dalam proses perlaksanaan syariat setelah ianya diistiharkan yang berpunca daripada kelemahan pemerintah atau pengendalian, ini tidak membolehkan rakyat keluar menentangnya selagi kecacatan tidak menjejaskan prinsip atau boleh dibetul dengan mudah disebabkan sudah tertera dalam perlembagaan negara.
Demikian adalah secara ringkas perbahasan dalam isu reformasi menjatuhkan pemerintah menurut pandangan Islam.
Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.
Ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.
Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.
"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi.
Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.
Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.
Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.
Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".
Malaysiakini
------------------------------------------------------------
Polis yang rakyat harapkan benar-benar menjalankan tugas untuk UmnoPorn sehinggakan sesiapa yang berbaju kuning pun ditangkap..Wak hanya ada sehelai baju kuning..nak beli baju BERSIH di tempat Wak tiada orang yang berani jual.Payah nak dapat kerana Menteri Mufti yang baru telah berfatwa Kuning adalah haram,maka apa-apa yang berwarna kuning adalah haram kerana bagi mereka menyamai warna taik,maka haram segalanya.Inilah dia menteri yang otak kuning,berkata-kata tanpa memikirkan apa yang dikatakan,hanya memikirkan kerisauan sekiranya gugur dan jatuh dari tampuk kekuasaan mereka berbondong-bondong akan melarikan diri ke luar negeri.Ketuanan Melayu yang haprak,dimana kebenaran kata-kata Tuan Guru dalam FBnya terserlah nyata dimana mereka hanya tahu mengisi tembolok mereka sahaja.
------------------------------------------------------------------ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bismillah, Insya-allah akan bertolak ke Madinah sebentar lagi. Membaca berita-berita politik tanah air, semakin ramai yg ditangkap kerana Bersih 2.0. Hakikatnya, pada hari ini, UMNO nak diharapkan menjaga Islam pun tak boleh, nak jaga demokrasi pun tak mampu, apa lagi yang diharap pada UMNO?Barisan Nasional? Hanya jaga tembolok sahaja!
22 jam yang lalu · Tidak suka ·
Anda dan 1,905 yang lain menyukai ini.
Lihat semua 287 komen
HISHAM : HARAM PAKAI BAJU BERSIH, BOLEH DITANGKAP - mkini
Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.
Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.
"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.
Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH
ada mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.
Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.
--------------------------------------------------------------------
Malaysia adalah negara yang pelik..ini kerana seorang lagi mufti baru berfatwa..rupanya mufti yang ada tidak boleh di pakai..warna kuningpun nak diharamkan..Tahukah mufti taraf menteri ni apa makna haram..Dalam hukum hakam hanya empat perkara sahaja ada..harus,sunat,halal dan haram..
Bekas Mufti dah kata,(lihat sini)...harus menghadiri perhimpunan BERSIH kiranya semua jalan-jalan ke arah pembaikkan sistem piliharaya telah dilakukan.Melalui Perlimen telah dilakukan dan tidak dilayan dan apakah pilihan yang rakyat ada?Hanya berdemo sahaja yang boleh dilakukan kerana perlembagaan sendiri membenarkan dan lihat di serata dunia demontrasi adalah satu bentuk cara untuk rakyat memberitahu kerajaan bahawa kuasa RAKYAT PENENTU SEGALANYA...
Ketakutan kepada warna kuning adalah tidak berasas..Ini adalah warna tetap warna.Allah menjadikan warna adalah untuk kecantikan kerana Allah Maha Cantik.Semua orang suka cantik,semua orang suka BERSIH.Jadi mengapa mereka tidak suka BERSIH.Mungkin mereka suka KOTOR,kerana kekotoran hati dan jiwa mereka telah hitam membekas kedalam hati sehingga tidak namapak hati nurani RAKYAT yang BERSIH jiwa,BERSIH hati.
Ayuh RAKYAT yang BERSIH jiwa,BERSIH hati..kita turun untuk membuktikan RAKYAT adalah PENENTU SEGALANYA....
Tersebar berita kabar-kabar angin sepoi tak reti bahasa,sesiapa yang berpakaian kuning atau seumpamanya apatah lagi baju T BERSIH,akan ditangkap dan disumbat ke lokap selama 24jam dan setelah di "brain wash" barulah dibebaskan dengan amaran bahawa warna kuning diharamkan terutama pada 9 julai.Jadi rakyat kena berhati-hati bukan sahaja baju,jika gigi kuning pun akan ditangkap pada 9 Julai nanti.
Tersebar juga berita bagi mereka yang memakai baju kuning juga akan dihalau keluar dari Masjid kerana menyalahi etika Masjid.Hanya mereka yang berpakaian warna seiras UMENO sahaja boleh solat di masjid mereka yang besar dan indah.Ini kerana kuatir mencemari kesucian masjid mereka disebabakan warna baju kuning mereka menyilaukan dan menganggu jemaah lain.
DI HALAU KELUAR MASJID KERANA PAKAI BAJU KUNING – harakah daily
Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.
Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.
Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.
Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.
8 ditahan pakai baju BERSIH 2.0
KUALA LUMPUR - Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang di sini pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, kesemua mereka ditahan atas kesalahan memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.
"Mereka juga didapati mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit dan ekoran itu kita menahan mereka untuk langkah pencegahan awal," katanya ketika dihubungi.
Amiruddin berkata, kesemua mereka kini masih ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan polis akan membebaskan mereka selepas keterangan diambil daripada mereka.
Difahamkan kesemua mereka yang dipercayai penyokong parti pembangkang berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di hadapan Majid Taman Kosas kira-kira 11 pagi. - Bernama
Disiarkan pada Jun 22, 2011 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan
‘BERSIH’ WAJIB BERJALAN DENGAN BERSIH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)
Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO ‘BERSIH’ menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;
1.Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik. Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.
2.Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan. Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.
3. Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.
4. Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.
5. Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.
6. Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.
7. Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai BERSIH merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan BERSIH itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.
-------------------------------------------------------------------------
Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan.
"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.
"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.
Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.
Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.
Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.
Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.
nota:
gambar ladang sawit ini
hanya untuk hiasan saja
tidak sangkut dengan
yang sedang hidup atau yang sedang mati!
POLIS TEMBAK MATI TIGA PENJENAYAH – berita hairan
REMBAU: Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu 1, Pedas dekat sini awal pagi semalam, ketika mereka sedang menolak motosikal masing-masing dalam usaha mahu melarikan diri selepas gagal memecah masuk rumah pemilik ladang sawit berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 pagi itu, sepasukan anggota polis sedang meronda di kawasan berkenaan dan terserempak dengan penjenayah terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an dan ketika diminta menyerah diri, mereka menyerang polis menggunakan parang.
Ketua Polis negeri, Osman Salleh berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan dan terkena empat daripada suspek dengan tiga daripadanya maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang cedera sempat melarikan diri bersama dua rakannya.
“Pemeriksaan kemudian menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah, selain tiga motosikal jenis Yamaha dan Modenas Kriss yang digunakan kumpulan itu.
“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.
Osman berkata, polis melancarkan gerakan memburu ketiga-tiga suspek terbabit dan mengarahkan semua klinik atau hospital membuat laporan jika menerima pesakit cedera ditembak.
Beliau berkata, mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Osman berkata, kumpulan itu yang diklasifikasikan sebagai berbahaya biasanya melakukan kegiatan mereka antara jam 4 hingga 5 pagi untuk mengelak disedari mangsa dan pihak berkuasa.
FIKRAH KRITIS MEMBACA BERITA
PENGENALAN
berita dilapor untuk tujuan memberi maklumat. berita juga di buat untuk menutup maklumat. berita juga di buat untuk memgolah persetujuan. justeru kita wajib memiliki fikrah yang kritikal ketika membaca berita. fikrah yang kritikal ini penting kerana tanpa fikrah yang kritikal kita sebenarnya tenggelam senang ditipu dan diperbodohkan.
kuliah ini mengambil contoh berita diatas:
polis menembak mati 3 penjenayah asing –
kunci perkatan disini bukan penjenayah tetapi perkataan ASING – asing disini akan memberi makna bahawa mereka yang ditembak mati bukan rakyat malaysia. apa yang tergambar dalam fikrah kita bila membaca ASING?
apakh asing ini warga sweden?
apakah asing ini warga denmark?
apakah asing ini warga norway?
mustahil!
asing dalam fikrah kita ialah INDON. jika ini dalam fikrah kita maka dengan serta merta kita memiliki prasangka. parasangka ini muncul kerana setereotipikal indon yang diasosiasikan dengan jenayah. media selalu mengasosiaikan indon= penjenayah.
juasteru yang mati ini pastilah orang jahat. jika mereka orang jahat maka patut lah mereka mati dibunuh.
jika ini tergambar maka ertinya kita telah ditipu dan di pedaya oleh berita ini
perkataan ASING ini juga akan membuatkan NGO HAK ASASI MANUSIA/MAJLIS PEGUAM/PAKATAN RAKYAT/SUHAKAM/SUARAM/PAS/DAP/PKR/PEGUAM LAT/TIAN CHUA/SIVA RASA/DR ZUL/KHALID SAMAD/TONY PUA/RONNIE LIEW/ NURUL IZAZH/MAT SABU/ dan tuan tuan pembaca tidak akan mempedulikan berita ini.
malaysiakini, malaysiainsider, malaysia today, free malaysia - tidak akan juga melaporkan berita ini - semuanya kerana perkataan ASING
berita ini tidak akan dibincangkan di parlimen malaysia! ini bukan teo beng hock, bukan kugan. bukan sarbaini. bukan aminulrashid ini ORANG ASING!
( jangan silap faham – analisa ini bukan mahu mempertikaikan tindakan polis – analisa ini ingin mendidik pembaca tentang cara menggunakan fikrah kritikal untuk membaca berita)
penjenayah asing ini ditembak awal pagi ketika mereka menolak motosikal?
soalan? – awal pagi dan menolak motosikal? maka timbul persoalan: kenapa motosikal ditolak? adakah injin rosak? ada kah perlu tiub di tukar? kenapa?
ini persoalan yang wajib kita timbulkan apabila menggunakan fikrah kritikal.
soalan: mereka gagal memecah masuk – jika gagal kenapa tak start motorsikal dan cabut dari situ? soalan ini memerlukan jawapan. jika soalan ini ada dalam fikrah pembaca maka bermakna pembaca telah mula memiliki ciri ciri sosok berfikrah kritikal.
BERITA BAIK
rupa-rupanya pada jam 4.55 pagi polis juga sedang meronda di LADANG KELAPA SAWIT – ini satu yang baik – tahniah untuk polis Pedas. Kerana amat jarang polis meronda ladang kelapa sawit. ini satu yang baik!
baca lagi:
polis ternampak mereka sedang menunda motosikal - dan polis meminta mereka menyerah diri!!!
ini pelik – bayangkan ketika kita menunda motosikal polis datang – nak menyerah diri buat apa – kita bukan lari – kita sedang menunda motosikal - bukan motor bergerak – nak lari buat apa?
justeru disini ada sesuatu yang tidak kena kalau kita gunakan fikrah kritikal.
dan penjenayah ini tetiba MENYERANG DENGAN PARANG - ini klasik kerana semua penjenayah jadi bodoh dan bangang bila polis kata : BERHENTI SERAH DIRI! – bila saja kedengaran ini si penjenayah bodoh ini mula menyerang.
dalam kes ini perlu satu kajian ilmiah dijalankan untuk meneliti dari sudut saikoloji dan sosioloji kenapa penjenayah BERKELAKUAN SEDEMIKIAN.
apakah ini kelakuan dan tabiat penjenayah asing? apakah ini berlaku kerana subuh? apakah ini berlaku kerana pengaruh daun kelapa sawit? atau kerna tercium bau minyak motosikal?
seterusnya: polis tidak ada pilihan dan terus menembak mati – tiga mati disana , satu cedera tetapi dapat melarikan diri bersama dua kawan.
FAKTA : ertinya ada 6 orang penjenayah. ini juga satu yang amat pelik. apakah ini cara terbaru dan teknik baru untuk geng pecah rumah – mereka datang beramai ramai. mungkin juga betul – jika rumah ini terkunci mereka ada masa untuk menukang dan membuat lubang untuk masuk. lebih ramai geng lebih baik. dan kalau kalau ada peti air batu boleh pikul ramai ramai – dan jika rumah berkuci baik - angkat sahaja rumah tak perlu dipecahkan.
FAKTA: YAMAHA dan MODENAS KRISS – dua perkataan ini adalah perkataan yang menarik kita lari dari memahami keseluruhan ayat. Kita telah diberitahu si penjenayah ada motosikal. kemudian jenama motosikal ini di nyatakan. Ini untuk membuktikan bahawa sahehlah semua fakta yang dilaporkan.
apabila kita terperangkap dengan dua perkatan ini maka kita akan bertambah yakin dan percaya dengan ayat yang awal :
…. menemui tiga parang pelbagai saiz, topeng ski, sarung tangan dan sebuah beg mengandungi peralatan pecah rumah…
peranan yamaha dan modenas kriss ialah untuk memperkukuhan kesahehan bahawa 3 orang yang ditembak ini adalah penjenayah asing dan yang ditulis ini adalah bahan bukti kejenayahan mereka.
TERUS BACA:
“Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu yang aktif sejak enam bulan lalu terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes pecah rumah di Kuala Pilah dan Seremban serta beberapa kes di Selangor dan Melaka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Negeri Sembilan di Seremban, semalam.
ini cukup menarik – kejadian berlaku subuh jam 4.55 – tidak sampai 10 jam polis dengan cekap dan amanah telah menjalankan siasatan dan menemui jaringan penjenayah ini.
syabas! tahniah! inilah polis contoh! mereka tidak tidoooo...
rupa-rupanya ada 7 kes lain.
awas! kalau kita gunakan fikrah yang kritikal apakah masuk akal dalam masa yang singkat penjenayah ini dapat dikaitkan dengan jenayah di kuala pilah, di seremban, selangor dan melaka.polis ini betul betul cekap dan amanah!
lihat – penggunaan SELANGOR/MELAKA - kalau kuala pilah/seremban jelas ini adalah tempat yang dapat kita bayangkan tetapi melaka/selangor ?
menggunakan perkataan selangor/melaka ini samalah seperti : penjenayah ini telah juga melakukan jenayah di malaysia, di asean, di asia dan di dunia!
KEMUDIAN:
kita diberitahu bahawa penjenayah ini memang merbahaya dan memang suka memecah rumah ketika subuh.
apa bahaya?
bahaya macam mana?
apa yang menimbulkan bahaya?
kalau kita menggunakan fikrah kritikal soalan-soaln ini akan muncul.
OPPS…
….mayat tiga suspek dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh….
KAH KAH KAH….rupa-rupanya mayat ini akan di tuduh cuna membunuh.
nota:
diharapkan kuliah ini bermanafaat untuk pembaca yang budiman
EPILOK:
takada pula dilaporkan rumah apa?
rumah siapa yang gagal dipecahkan?
rumah orang kaya mana?
apakah cucu lim goh tong
telah membuat rumah dalam ladang sawit ini?
kah kah kah
Kuliah kritis minda ini Wak rembat dari TT blog..jgn mare ya...
Islam Membentuk Minda Kritis Dalam Menilai
Disiarkan pada Aug 17, 2008 dalam kategori Akidah
Jika seseorang ingin membaiki sesuatu perkara atau peralatan, dia terlebih dahulu hendaklah ada pengetahuan atau ilmu mengenainya. Jika tidak nanti, niatnya yang baik untuk membaiki itu akan menatijah kerosakan semata, bukan memulihkan. Ini yang disebut sebagai tikus membaiki labu, atau tukang besi membaiki komputer. Tanpa ilmu, bukan bertambah baik tetapi bertambah rosak.
Islam juga demikian. Niat yang baik semata untuk mempertahan atau menyampaikan ajaran yang agung ini tidak memadai jika yang melaksanakan tugasan itu tidak cukup pengetahuan dalam perkara yang disampaikan tersebut. Saya tidak menyatakan seseorang yang hendak berdakwah menyampai mesej Islam mesti menjadi sarjana besar terlebih dahulu. Tidak! Sama sekali tidak. Tetapi, dia hendaklah faham dengan baik bab atau perkara yang disampaikan itu.
Umpamanya, jika dia bercakap mengenai cara sujud dalam solat, maka dia jelas tentang hadis-hadis mengenai perkara tersebut. Jika dia bercakap pendirian Islam terhadap penganut agama lain, dia juga hendaklah jelas dan faham dalam perkara tersebut. Tidak boleh hanya berpijak kepada maklumat yang dikutip tanpa kepastian, atau tidak boleh pulak bercakap hanya atas sesuatu sentimen semata.
Firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutku menyeru kepada agama Allah berdasarkan bukti yang jelas nyata. Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Surah Yusuf: ayat 108).
Saya amat dukacita apabila ter’tonton’ satu siaran televisyen di bawah nama ‘Sirah’ di mana seorang ‘ustazah’ telah menceritakan perihal kelahiran wanita terkenal Rabi‘ah al-‘Adawiyah. Kononnya, semasa kelahirannya, keluarga begitu miskin dan bapa malu hendak meminta bantu jiran tertangga. Pada malamnya, bapanya bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w yang menyuruh beliau meminta wang 400 dirham dari Gabenor Basrah.
Kononnya, Rasulullah s.a.w suruh beliau menyatakan kepada gabenor berkenaan: “Wahai Gabenor! Engkau biasanya berselawat pada malam Jumaat sebanyak 400 kali, namun pada hari Jumaat yang lepas engkau telah menguranginya, maka engkau pun didenda dengan membayar 400 dirham kepada bapa Rabi‘ah”.
Cerita yang seperti ini, mungkin dikutip oleh ‘ustazah’ berkenaan daripada mana-mana sumber yang tidak boleh dipegang. Ia mencemarkan Islam dengan menggambarkan seakan Nabi s.a.w itu ‘kaki pau’ yang akan memeras atau mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang yang bukan kesalahan pun.
Kemudian, kisah ini cuba menetapkan khasiat berselawat 400 kali pada malam Jumaat, padahal tiada satu hadis pun yang menetapkan bilangan tersebut. Lebih daripada itu semua, mimpi bukanlah hujah dalam Islam sehingga boleh diperas harta orang lain beralasankan mimpi. Apakata nanti, jika ada orang yang mengungut kita menyuruh kita memberikan wang kepadanya atas alasan dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan baginda memerintahkan kita memberikan wang kepadanya.
Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) selemah-lemah hujah mereka (puak bid‘ah) adalah puak yang mengambil amalan agama bersandarkan mimpi-mimpi. Mereka ini berpegang atau meninggalkan sesuatu amalan berdasarkan mimpi-mimpi tersebut. Mereka berkata: “Kami bermimpi lelaki soleh tertentu berkata kepada kami: Tinggalkan ini!, buat ini”.
Ini banyak berlaku kepada mereka yang mengamalkan panduan tasawwuf. Di kalangan mereka ada yang berkata: “Aku melihat Nabi s.a.w dalam mimpi, baginda berkata kepada sebegini..dan memerintah aku sebegini”. Lantas dia pun mengamalkannya dan meninggalkan apa yang ditetapkan oleh syari`at.
Ini adalah salah, kerana mimpi individu selain nabi tidak boleh menghukum ketetapan syarak, dalam apa keadaan sekalipun. Melainkan setelah dibentangkan kepada hukum-hakam syariat yang ada. Jika syarak membolehkan, maka ia diamalkan, jika tidak, ditinggalkan”.(Al-Syatibi, Al-`Itisam, 198, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Di sana ada golongan sufi yang melampaui batas dalam menilai ilham. Bahkan ada di kalangan mereka yang mengiranya sebagai jalan mengetahui kebenaran yang tidak akan silap. Mereka mencerca ulama syariat yang berpegang dengan dalil dan tidak menerima sesuatu dakwaan tanpa bukti dari hujah yang baik atau akal atau wahyu. Golongan sufi ini mencerca mereka dengan menyatakan mereka ini jumud dengan ilmu zahir. Bagi mereka; ilmu zahir kedudukannya seperti kulit, sedang ulama syariat berpaling daripada ilmu batin yang mana kedudukannya seperti isi”.( Al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim al-Mu`asir, m.s. 134, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Demikian juga cerita-cerita yang bersifat ke’kartun’an seperti kononnya ada seorang wali Allah yang memakan epal yang hanyut dalam sungai. Kemudian dia mencari tuan punya epal tersebut untuk meminta halal daripadanya, tetapi tuan kebun tersebut mensyaratkan hendaklah berkahwin dengan anak perempuannya. Dia memberitahu anaknya itu bisu, pekak, buta dan berbagai kecacatan yang lain. Demi mendapat ‘sijil halal’ epal yang dimakannya itu terpaksalah si wali tersebut berkahwin dengan anak empunya kebun epal tersebut. Konon akhirnya didapati anaknya itu sempurna dan cantik.
Cerita yang seperti ini mencemarkan dataran Islam yang bersih. Perkahwinan dalam Islam boleh dipaksa atas nama menghalalkan sebiji epal. Epal yang hanyut dan terdedah kepada rosak boleh dimakan dari dibazirkan. Jika pun ada tuntutan, boleh dibayar dengan harga sebiji epal, bukan dipaksa kahwin.
Bayangkan jika seseorang memandu kereta lalu terlanggar kereta orang lain dan tuannya tidak mahu memaafkan melainkan dia mesti berkahwin dengan anak tuan kereta tersebut yang betul-betul ‘tidak menawan’. Apakah itu jalan mendapatkan ‘kehalalan’ atas sesuatu kesilapan yang tidak berkaitan?. Menghidangkan cerita-cerita yang seperti ini untuk orang ramai –walaupun dengan niat yang baik- hanya membuatkan Islam disalahtafsirkan sahaja.
Begitulah juga dahulu apabila ada pandangan seketika dulu supaya khatib yang berkhutbah memegang pedang sebagai lambang kekuatan. Tindakan yang seperti itu boleh menyebabkan Islam disalahtafsirkan terutama di zaman kita ini yang mana Islam dilebelkan oleh media khurafat Barat sebagai agama keganasan.
Saya tertarik dengan kata-kata al-Hafiz al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): Nabi s.a.w tidak pernah memegang pedang atau selainnya (ketika berkhutbah). Hanya baginda memegang anak panah atau tongkat sebelum dibuat mimbar. Baginda (ketika berkhutbah) dalam peperangan memegang anak panah dan ketika Jumaat memegang tongkat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda memegang pedang. Apa yang disangka oleh sesetengah golongan jahil bahawa baginda sentiasa memegang pedang sebagai tanda bahawa Islam ditegakkan dengan pedang adalah kejahilan yang teramat. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda selepas dibuat mimbar menaikinya dengan pedang, atau anak panah atau selainnya. Tidak juga sebelum dibuat mimbar baginda memegang pedang di tangannya sama sekali. Hanya baginda memegang tongkat atau anak panah (Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma‘ad, 1/439, Beirut: Muassasah al-Risalah).Atas dasar sebagai agama hujah dan fakta yang tegak membela kebaikan manusia sejagat kita mengizin semua pihak termasuk agama lain berhujah secara harmoni dan baik. Islam bukan macam sesetengah pejabat agama yang jika ada orang berbeza pendapat dengan ustaz-ustaznya terus sahaja dilebelkan sebagai ‘wahhabi’. Islam agama yang sudi mendengar hujah dan alasan.
Firman Allah: “Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahlul Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, kami berserah diri.” (al-Ankabut: ayat 46).
Firman Allah juga: (maksudnya) Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).
Saya seperti orang lain juga membantah tindakan Majlis Peguam membuat forum terbuka mengenai memeluk Islam baru-baru ini kerana seakan wujudnya usaha menghapus identiti negara ini iaitu Islam. Walaupun sebenarnya identiti Islam negara ini sudah banyak yang tercalar, namun tindakan mereka benar-benar mencabar. Saya tidak menafikan hak mereka untuk membincangkan kebajikan penganut agama lain yang mereka dakwa diabaikan.
Mengapa hal itu tidak dibahas secara tertutup dan melalui saluran yang tidak memperlihatkan seakan mereka mencabar identiti negara? Mereka akhirnya kelihatan seakan macam membantah bukan muslim masuk Islam kerana boleh menyebabkan implikasi-implikasi yang mereka bangkitkan. Jika itu maksud mereka, sudah pasti umat Islam akan sanggup berbenteng darah mempertahankan Islam.
Namun dalam masa yang sama, saya tidak menafikan bahawa setiap pihak boleh mengemukakan aduan atau bantahan jika terbukti secara fakta ada yang dizalimi. Walaupun Islam agama yang adil, namun kemungkinan berlaku ketidakadilan oleh para penganut atau perlaksananya itu ada. Jika itu berlaku, janganlah pula mereka cuba mempertikaikan Islam dan kewibawaannya. Mereka hendaklah dapat membezakan antara kesalahan undang-undang dengan kesilapan peguam atau hakim.
Demikian juga orang Islam, hendaklah dapat membezakan antara peraturan manusia yang beragama Islam dengan hukuman atau peraturan Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Bukan semestinya tindakan pejabat agama Islam itu menurut kaedah Islam yang betul. Seperti bukan semua tindakan ustaz itu berdasarkan ajaran Allah dan RasulNya. Al-Quran dan al-Sunnah teguh dan kukuh. Sementara manusia terdedah kepada salah dan silap. Seorang muslim perlu kritis dalam menilai sesuatu perkara.
Apabila menjelang pilihanraya di kawasan saya Permatang Pauh, saya mula gusar dengan kempen-kempen yang bakal dilancar. Saya bimbang, seperti wang disalahgunakan untuk meraih undi, demikian agama juga nanti disalahgunakan. Bimbang nanti ada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah yang dibaca bukan pada tempatnya. Rakyat yang tidak kritis yang matang akan menelan segala yang didengar. Diputar belitkan maksud Allah dan Rasul sehingga menjelma maksud tukang kempen.
Dahulu -semasa saya masih bersekolah rendah- masyarakat Islam Pulau Pinang, apabila menjelang pilihanraya akan terdengar nas-nas yang melarang memilih orang kafir sebagai calon. Hari ini mungkin nas-nas tersebut telah pun dimuziumkan. Sebab itu dalam laman web saya, saya mengambil kesempatan ingat-mengingati calon-calon yang bertanding.
Saya sebut: “Calon-calon Yang Dikasihi, proses demokrasi jika tidak dipandu dengan kesedaran Islam akan menjerumuskan kita ke kancah yang serba jijik dan kotor. Lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat kita apabila berpegang dengan demokrasi yang tidak ditapis dengan tapisan wahyu ilahi; lahirnya politik wang, permusuhan sesama muslim tanpa alasan yang benar, fitnah menfitnah, caci-mencaci dan segala macam racun permusuhan dan kebencian yang hidup atas nama baja demokrasi. Dalam mencapai hasrat kuasa dan memenangi persaingan untuk mendapatkan kuasa ramai pemain di gelanggang demokrasi itu melupai prinsip-prinsip Islam yang harmoni dan lurus.
Keperluan politik umat bukan itu semua. Sebaliknya kita ingin mendengar siapakah yang memiliki peribadi yang luhur dan pemikiran dan serta yang mampu membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih harmoni, terurus dan sopan berdasarkan teras-teras yang diredhahi Allah.
Didiklah masyarakat kita untuk hidup dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan. Janganlah nanti generasi baru yang sedang membesar akhirnya tidak mengenali politik melainkan dengan wajah serba kehodohan dan kebiadapan cara dan bahasa. Hak-hak setiap muslim lebih mulia di sisi Allah daripada kerusi politik yang menjadi kegilaan sebahagian manusia. Kita sudah penat mendengar maki hamun, ketidakjujuran, pembohongan dan penipuan atas nama politik. Berilah ruang untuk rakyat hidup dalam udara politik yang bersih dan segar. Jangan jadikan mereka terbiasa dengan pencemaran sehingga akhirnya mereka sebati dengan kejijikan siasah yang tiada penghujungnya.
Akhirnya kita tidak akan dapat menghayati Islam yang tulen selagi minda kita tidak kritis menapis antara yang baik dengan yang buruk. Antara yang salah dengan yang betul. Islam membentuk minda kritis dan penuh analisis.
BERSIH: KOMEN RAIS KAITAN SERANGAN SIBER TAK MASUK AKAL, KATA AMBIGA – minsider
Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan menyangkal dakwaan Rais Yatim sambil menafikan sebarang kaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 dengan siri serangan siber ke atas laman web kerajaan dan swasta sejak Rabu lalu.
“Ia sangat tidak berasas, tidak munasabah dan tidak masuk akal bagi seorang anggota Kabinet membuat dakwaan ini, yang seharusnya lebih menyedari daripada membuat dakwaan liar seperti itu,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
Justeru kata beliau, komen Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan sahaja tidak adil kepada Bersih 2.0 tetapi juga ke atas rakyat Malaysia yang mempunyai hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman.
“Saya sangat terkejut dengan (kenyataan) meracau beberapa anggota pentadbiran terhadap Bersih 2.0 dan usaha-usaha mereka memperlekehkan Bersih dan saya melihat komen Rais Yatim ini salah satu daripadanya.
Rasulullah SAW bersabda :”Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan di sanjung dan dibesar-besarkan.
Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
Ketakutan,keangkuhan dan sikap mementing diri rata-rata merupakan sikap dan mentaliti Menteri-menteri era Najib kini.Oleh sebab itu mereka ini akan merapu dan meraban tak tentu hala dan bercakap sahaja tanpa berdasarkan fakta yang nyata.
Apa yang penting bagi mereka ialah apa jua yang akan di lakukan oleh PR wajib ditentang dan dihapuskan,tiada apa yang baik.Ini kerana jika PR berkuasa maka semua menteri-menteri ini akan menjadi cacing kepanasan,seperti mana Khir Toyo yang mengeliat kepanasan kerana kes nya di Mahkamah kini,biarpun sebilangan rakyat mengatakan ini hanya sekadar lakonan UBN sahaja.
Apapun rakyat jangan gentar dan jangan gundah kerana kuasa rakyat adalah bersama-sama Allah.Kita melakukan ini adalah kerana Allah dan jika betul dan ikhlas niat kita pastinya pertolongan Allah akan tiba jua.
Data diatas diandaikan tidak benar kerana tidak tersiar di mana-mana media perdana yang telah diistiharkan TGNA sebagai kepalsuan yang nyata.Data itu Wak rembat dari TukarTiub...nak marah..marah lah..tapi kebenaran tetap diperjuangkan.Wak petik apa kata beliau...
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara
- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.(perdana sebagai kereta rasmi semata-mata)
7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.
Jadi kita fikirkan jika anasir sebegini tidak dibersihkan..sampai bilapun kita tidak akan berdaya menolak kekotoran menguasai jiwa dan batin kita..
Berjuanglah..turun 9julai untuk membersihkan kekotoran...
Ada pepatah Jawa bilang “Ajining jiwa dumunung ana ing busana”, artinya, harga diri (jiwa), tampak dalam busana”. Sebenarnya makna “busana” lebih luas ketimbang sekedar pakaian. Jiwa kita bisa mudah dikenali dan diketahui oleh khalayak, karena jiwa membawa karakter yang maujud dalam perilaku sehari-hari. Ada sebagian orang berprinsip “gelem ngene ragelem ya ngene”, artinya, “mau begini, gak mau ya begini”, sesungguhnya inilah kata hati yang sebenarnya. Type orang seperti ini lebih melihat segala kehidupan dari kepentingan dirinya saja.
Kita ingin membahas sekilas “busana” sebagai cermin jiwa. Salah satu makna penting adalah menjaga mindset (pola pikir) bersih. Seseorang yang berpola pikir bersih akan membenci dirinya yang dalam keadaan semrawut. Ia akan membenci lingkungan yang tidak bersih dan tidak tertata rapi.Ia meyakini situasi kesemrawutan dan jorok, akan mempengaruhi pola hidup dan pemikiran. Suasana fikir selalu dikondisikan prima dalam luapan kegembiraan, kedamaian dan optimistis. Ia meyakini suasana yang indah dan bersih dilingkungan kerja maupun di rumahnya, mempengaruhi pola pikirnya.
Penampilan yang ditunjukkan dengan tubuhnya yang harus terasa dan terlihat segar selalu dijaga. Kebersihan badan dan pakaian tidak selamanya diartikan dengan “pola hidup mahal”. Mindset bersih yang telah tertanam dalam jiwanya mempengaruhi sensitifitas diri terhadap indah dan bersih yang menempel ditubuhnya. Inilah cara kita menghormati diri. Sedangkan ia sadar bahwa dengan menghormati dirinya, orang lain akan lebih menghormati. Kita bisa merasakan, betapa tidak nyaman, saat kita dekat dengan orang lain dan baju atau tubuhnya menimbulkan bau yang tidak sedap. Alangkah mulianya jika kita bisa arif untuk selalu introspeksi agar orang lain nyaman berdekatan dengan kita.
Betapa kita juga akan merasa kangen dengan kucing kesayangan kita yang dirawat kebersihan dan wanginya bulu. Keindahan yang ditimbulkan dari binatang sekalipun kan membuat mata dan suasana hati lebih terasa nyaman. Mindset kebersihan memang perlu ditumbuhkan kepada setiap individu bangsa agar memiliki martabat dimata dunia. Inovasi diri akan benyak bermunculan karena suasana nyaman yang ada disekeliling kita mampu menumbuhkan inspirasi dan harapan hidup lebih baik dan indah masa depan.
Kebersihan sebagai bagian dari iman, memang bisa dibawa kesuatu pemahaman bahwa orang yang beriman dicirikan sebagai orang yang bersih dan cinta kebersihan. Dengan kata lain jika kita belum merasa risih dengan kebersihan diri maupun lingkungan, berarti kita perlu mengoreksi pengakuan itu. Kebersihan adalah bagian dari keimanan, juga bisa diartikan bahwa dengan “menjaga bersih” mampu mengantarkan manusia “beriman” atau “yakin” bahwa kebersihan diri itu akan membawanya kedalam kesempurnaan (ampunan). Karena orang2 penghuni syurga adalah orang2 yang bersih terampuni segala kekotoran jiwa yang tercermin dalam perilaku dan pola pikirnya. Wallohu a’lam