Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,tapi jangan miskin idea dan jiwa.Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Saturday, April 23, 2011
Polis hapus sistem perangkap kelajuan
April 23, 2011
KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.
Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.
Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.
“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.
Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.
Sumber *
Nota :
Baca dan fahami betul-betul...Selalunya mereka akan menggunakan ayat-ayat skema dan mempunyai 2 maksud tersembunyi.Polis akan hapus sistem perangkap kelajuan yang kini digunakan bukan bermakna menghapuskan saman-saman ekor yang tertunggak dahulu.Saman tetap saman dan perlu dibayar rakyat.Rakyat tetap akan didahulukan dalam kes saman ekor ini.Dahulu kena..saman terdahulu tidak akan dihapuskan tetapi cara mereka dahulu membuat saman ekor akan di upgrade kononnya.Tidak lagi bersembunyi dicelah belukar,celah batu dan sebagainya.Mempunyai papantanda ada kamera kesan kelajuan di hadapan dan saman akan dikeluarkan serta-merta setelah ditahan.Kita tengok pelaksanaannya yang sebenarnya dimana yang ini adalah kaedah yang tertera dalam buku undang-undang Polis.Bukan upgrade atau cara baru tetapi sebenarnya hendak mencekik dan merompak duit rakyat secara terhormat.
Friday, December 10, 2010
Saman Dan Rasuah
Anda mempunyai saman tertunggak dengan pihak Polis trafik?Sekarang lah masanya anda membayar kerana sempena YES (Year End Sales) diskaun 50%.Cepat!Cepat anda rugi jika ketinggalan dalam merebut peluang ini kerana tahun hadapan belum tentu ada diskaun ini dan pastinya bagai dijanjikan anda tidak akan dibenarkan memperbaharui roadtax dan lesen lagi.Inilah dasar-dasar penyamun tarbus di siang hari,menyamun rakyatnya secara terang-terang tetapi berselindung disebalik undang-undang.
Sekiranya anda kena saman (bukan daripada POLIS)mengatakan anda telah melakukan kesalahan berak dan kencing di laman rumah orang secara terang-terang sebanyak RM1juta,gantirugi itu ini dan lain-lain,adakah anda terus membayar sahaja begitu senang-senang kepada orang yang meyaman anda?Sudah tentu tidak bukan?Pastinya orang yang menyaman anda membawa perkara ini ke Mahkamah Sivil dam satu perbicarakan akan berlangsung bagi membuktikan anda bersalah dalam hal berak ni.Perlu ada bukti-bukti buat mensabitkan kesalahan anda dan hanya Mahkamah sahaja menentukannya.
Samalah halnya dengan saman POLIS ni.Pihak POLIS perlu membuktikan dahulu si pelaku kesalahan trafik di Mahkamah dan atas perintah Mahkamah baharulah pembayaran atas saman boleh dilakukan.Rakyat Malaysia telah di "BrainWash" dan digula-gulakan serta ditakutkan dengan momokan UMNO dan pihak POLIS asal kena saman sahaja terus wajib bayar.Di luar negeri keadaan ini tidak berlaku.Segala proses saman menyaman ini mengikut saluran yang sebenarnya kerana mereka tahu hak mereka sebagai pengguna.
Kini timbul lagi isu POLIS (PDRM) yang paling kuat rasuah.Bukan saya kata,ini benar berlaku kerana umum mengetahui kerana ketakutan disaman yang mana sebenarnya hanya notis tunjuk sebab sahaja,menyebabkan mereka menghulur sedikit kepada anggota POLIS yang menyaman mereka.
Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan,gaji dah dinaikan,elaun itu ini,kemudahan itu ini,kempen Jangan Rasuah dan lain-lain tetapi mengapa Rasuah masih lagi berlaku dikalangan anggota POLIS?Tidak perlu kajian lagi sebenarnya,puncanya hanya satu dan yang itulah yang sepatutnya pihak atasan dan Kerajaan patut dan semestinya melakukan buat mengembalikan integriti POLIS di mata masyarakat.
Hanya IMAN dan takwa sahaja mampu membendung gejala rasuah ini.Sekiranya didalam hati setiap anggota POLIS ada IMAN dan takwa yang telah ditanam didalam jiwa mereka,insaaallah gejala ini tidak akan berlaku.Begitu sedih dan pilu dihati dimana kebanyakan anggota POLIS kita ini biarpun beragama ISLAM tetapi mlakukan perkara jijik ini dan sanggup memberikan kepada anak bini mereka makan dan pakai.
Amat memalukan kerana daripada logo POLIS sahaja telah tertera kalimah ALLAH dan RASUL dan sepatutnya mereka menyanjungi dan memuliakannya dan mengamalkan sifat-sifat mulia sebagai seorang pengikut Nabi Muhammad,bukan hanya sekadar sebagai lambang dan logo sahaja.
Semoga keinsafan dan taubat sahaja dapat memgembalikan keharmonian negara kita yang tercinta ini.
Thursday, September 30, 2010
Harap pagar,Pagar yang makan padi..
Polis dibidas curi bahan bukti
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 29 Sept. - Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini membidas pihak polis berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini.
Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe, 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah.
Kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu dibawa ke mahkamah selepas polis berjaya menahan sebuah kontena berisi 10 tong mengandungi syabu di Rompin pertengahan tahun lalu.
Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, perbicaraan kes itu diselubungi kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu yang dibuat oleh pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi kes.
"Amat mengejutkan apabila mahkamah dimaklumkan beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas.
"Perkara itu diakui sendiri salah seorang saksi pendakwaan terbabit mencuri satu daripada peket dadah. Kiraan kasar dadah yang dicuri itu adalah kira-kira 40 kilogram," katanya.
Malangnya, kata Akhtar, anggota polis yang terbabit mencuri barang kes itu hanya dikenakan tindakan dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji mereka dibekukan.
"Sepatutnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara," jelasnya.
Beliau berkata, pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah 'memandang sebelah mata' dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit.
Terdahulu, Akhtar menyatakan, tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan selepas pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.
Selain itu, katanya, kegagalan pihak pendakwaan memanggil dua saksi penting berhubung kes itu menjadi faktor penentu kepada kes berkenaan.
Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar 753,359 gram dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, dekat sini pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu.
Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, kegembiraan tertuduh hanya bertahan kira-kira 15 minit apabila dia ditahan polis sejurus melangkah keluar dari mahkamah.
Difahamkan, penahanan pemandu lori itu dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin dan Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk V. Sithambaram dan Bob Arumugam.
Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula bulan lalu.
Memetik laporan akhbar sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin pada 2 Mei 2009.
Bagi membantu siasatan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu, polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berusia 30-an.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htmKomen Wak :
Apa nak diharap pada Polis..Polis curi dan edar dadah..Apa diharap pada Polis..polis kejar dan tembak jika kamu lari kerna tiada lesen..Apa di harap pada Polis..saban waktu jenayah berlaku..penjenayah lebih takut hantu dari Polis..Apa di harap pada Polis..buat Demo pasti kena water canyon berisikan air berasid..Bilakah POLIS menjadi seperti zaman kami kanak-kanak bermain Polis Sentri..dihormati dan disegani serta ditakuti penjenayah..
Thursday, May 20, 2010
Apa jadi kes Aruah Amirul?
1Malaysia kini heboh kisah Bung..Sibu..dan segala macam kisah merapu yang lain..semacam ingin menutup kisah Aruah Amirul yang seakan tak terbela nasibnya..Hanya kisah pendakwaan terhadap tertuduh tak mungkin dapat menutup kisah sedih ini..Buat IbuBapa yang mempunyai anak remaja..berwaspada dan jadikan anak remaja anda seperti rakan..layani mereka seperti seorng remaja..ketahui pergerakan mereka dan masaalah mereka..Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Arwah..Al_Fatihah..
Thursday, May 6, 2010
Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid
Adakah keadaan terlampau ekstrem sehingga polis perlu menggunakan senjata api untuk menembak mati adik Aminulrasyid?"Kita tengok, jumpa parang dalam bonnet (dakwaan polis), apa bahayanya? Saya tak nampak apa bahaya, kecuali kalau parang itu diayunkan (wave) pada polis. Tapi kalau diayunkan pada polis, (itu pun) dalam kereta sahaja. Melainkan (ayunan parang) dalam keadaan bertentang muka (confronted, face to face)." Sumber*
Komen *
Wak tak nak banyak komen..kang tak pasal2 ada lak polis ketuk pintu rumah Wak..Almaklum dalam dunia siber ni dah x boleh sembunyi jauh2..di hujung jari jer mereka dapat jari..Polis kita ni hebat2 belaka..
Cuma nak ulas pasal kenyataan KPN yang mengatakan bahwa jika rakyat masih menekan Polis untuk memberikan kenyataan berkenaan kes ini...dia boleh arahkan Polis2 lepak ajer kat Balai..tak payah ronda-ronda dah..makan gaji buta jer..Inilah minda seorang Ketua Polis..tertekan jer mula guna ugutan kepada rakyat..bukan seperti logo yang megah dipakai di kepala ..Jika di luar negara dah lama mereka letak jawatan jika merasakan bertanggungjawab tasa kekhilafan anggota mereka..
Tribute dan takziah buat keluarga Allahyarham..moga roh beliau dicucuri Rahmat dan semoga Keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang Maha hebat ini..Jika kematian kerana kemalangan biasa mungkin keluarga Allahyarham tidak menghadapi kedugaan yang hebat begini..Semoga doa dari kita akan dapt meringankan bebanan mereka..Al-Fatihah..
Friday, January 22, 2010
Hati-hati keluar kenyataan - Hisham
Hati-hati keluar kenyataan - Hisham
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 21 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan paling tegas terhadap sesiapa sahaja termasuk pemimpin politik yang cuba menggugat ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein justeru menasihatkan supaya semua pihak berhati-hati, berhemah dan bertanggungjawab terutama ketika membuat ulasan dan mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu.
"PDRM sentiasa memantau secara dekat isu yang menyentuh sensitiviti agama di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Kita sedar impak dan kesan buruknya kepada rakyat dan negara jika isu ini tidak ditangani secara bijak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, tindakan cekap dan pantas pihak PDRM yang berjaya menahan lapan suspek semalam berhubung kejadian gereja Metro Tebernacle di Desa Melawati dibakar baru-baru ini dapat membuka mata pelbagai pihak terhadap kesungguhan dan komitmen pasukan itu menyelesaikan kes tersebut.
"Ia sekali gus mewujudkan suasana tenang dan selamat dalam negara serta memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.
"Sehubungan itu, saya telah meminta pihak PDRM agar segera menyiapkan kertas siasatan berhubung kes ini bagi membolehkan mereka yang terlibat dibicarakan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
Dalam pada itu, Hishammudin berkata, PDRM turut diminta meneruskan siasatan terhadap beberapa kejadian lain termasuk melibatkan rumah ibadat seperti surau dan masjid.
"PDRM akan terus berusaha mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.
p/s : AWAS BLOGGER!!! Hati-hati mengeluarkan kenyataan ..amaran dah kuar nih...silap sikit pasti kena cekup..apapun kita berjuang kerana Allah...itu pegangan kita..tidak akan terlepas dari Tali Allah..
Thursday, May 7, 2009
Kemeja Hitam

Polis Tangkap Sesiapa Yang Pakai Kemeja Hitam
Polis memberi amaran akan menahan sesiapa saja yang berpakaian hitam di Ipoh sebagai membantah pencabulan demokrasi sempena dengan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak mulai esok.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menahan sesiapa yang menghampiri 500 meter daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menempatkan DUN Perak, menurut Malaysiakini.
Amaran beliau menyusul sehari.....baca selanjutnya
Ha..ha..wak x de baju hitam..pasal apa baju hitam kalu di pakai rasa panas walaupun dipakai waktu malam..tapi anak wak ada 2 ke 3 helai..yang tulisan katun jer..Jadi wak fikir kalu anak muda macam anak wak pakai baju hitam yang gambar katun hari ni..berada pulak di sekitar Ipoh pasti kena tangkap...huk..ala..apa kebenda la..baju hitam pun nak takut..tuh..yang Mat rempit..peragut yang berleluasa sampai ada yang mati kenapa tak takut..patutnya mereka tu la yang sepatutnya perlu dipantau..dicari..ditangkap..bukan rakyat yang pakai baju hitam hari ni..7 may..betulah..Malaysia ni Polis yang paling unik..sampai tak tahu dah nak buat keja apa...