Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, October 20, 2010

UMNO Pembela Islam




NGO Islam digesa kaji festival fesyen Rosmah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 20 Okt: Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).

Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

Dan Apa Kata Pak Haji nih?
Umno adalah pembela Islam yang sebenarnya...

Dan Apa Kata mereka...




eh..eh..eh..banyak lagi..tak larat teman nak paste kat sini..kome cari lah sendiri..


Ni pulak saya terima email ynag kutuk kerja2 1Malaysia..dia kutuk bukan Wak..Wak tak kutuk tapi Wak ngantuk dengar 1Malaysia nih..

From: msa.ksa.2009
Sent: Tuesday, 19 October 2010 18:10:23
Subject: RG09... Festival pakaian Islam ala 1malaysia



Salam,
Fashion Islam 1Malaysia apakah ini? Beginikah acuan Islam 1Malaysia yg cuba diterapkan oleh Kerajaan Malaysia sekarang. Penentangan dan bantahan atas dasar Islam bukan atas dasar kepartian atau politik. Minta faham dan minta jelas. Kami menentang kerana sayangkan Islam dan sayangkan generasi umat Islam yang akan datang jangan jadi fikiran sempit....jika selama ini apa jua bantahan dan penentangan dikaitkan dgn politik kepartian sebab ditentang adalah kerajaan memerintah tapi Islam tidak mengenal siapa..hatta sekalipun mana-mana parti yg ingin memperjuangkan Islam perlu di tegur dan ditentang sekiranya sudah lari dari jalan Islam itu sendiri.......Malaysia semakin hari semakin menanti bala dan bencana besar dari ALLAH s.w.t....

Tapi sudah jelas umat Islam di Malaysia cuba ditelanjang dan di songsang dgn dasar Islam 1Malaysia....nauzubiLLAHiminzalik......semoga ALLAH s.w.t menjahanamkan mana-mana pemerintah yang cuba merosakkan kesucian Islam di Malaysia....amiiin

Tegakkan Islam hapuskan taghut.........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...