Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, October 6, 2010

Isteri Imam Khalifah Agung minta sedekah



Berita ini berkaitan..


PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium
Okt 5, 10 4:51pm

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.Selanjutnya

Tersebar berita Isteri Imam Khalifah Agung mencari ilham dan idea di negeri orang kafir demi untuk mengawal..diulang mengawal..kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa di bumi 1 Malaysia ni.Nampak sangat memandang rendah peranan Mufti-mufti yang dilantik dan juga Menteri ynag khusus jaga hal ehwal agama.Mengapa tidak meminta nasihat mereka yang memang arif dalam hal keruntuhan moral nih.Kalau minta Pak Ali Rustam wah hasil balik asal la jugak.Kewujudan STAR (Sekolah Termengandung Ali Rustam)dengarnya tidak mendapat sambutan mengalakkan kerana wujud desas-desus pelajar ynga mendaftar di Sekolah tersebut tidak terlepas dari tindakan Majlis Agama.Inilah padahnya jika diri sendiri tidak ditarbiah oleh Imam Khalifah Agung secara betul maka meminta nasihat daripada orang lain yang bukan ahlinya.Sedangkan punca sebenar kejadian keruntuhan moral dikalangan anak muda kini adalah kerana tiada nya penerapan Islam secara keseluruhan di dalam sistem pendidikan.Tiada Tarbiah Islam,tiada roh islam maka terjadilah apa yang akan terjadi jika menurut acuan kafir,yahudi dan dajal2 selamanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...