ayat -ayat syifa
Tags: Ayat 14, Ayat 44, Ayat 57, Ayat 69, Ayat 80, Ayat 82, cara untuk mengubati penyakit anaknya, http://www.darussyifa.org, ikhtiar perubatan, Imam Qusyairi, kehebatan Al-Quran sebagai penawar segala penyakit, penawar segala penyakit, Surah al- Israk, Surah an- Nahl, Surah asy-Syu'ara, Surah at-Taubah, Surah Fussilat, Surah Yunus, Syeikh Abdul Qassim al- Qusyairi, ulama sufi
Seseorang ulama sufi bernama Syeikh Abdul Qassim al- Qusyairi (Imam Qusyairi) memiliki seorang anak yang sedang sakit tenat. Beliau selama ini telah berhabis ikhtiar dengan pelbagai cara untuk mengubati penyakit anaknya.
Namun semua usaha itu tidak mendatangkan kejayaan bahawa anaknya akan sembuh seperti sedia kala. Walauapapun keadaan beliau tetap tidak mudah berputus asa untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit anaknya yang luka itu.
Pada satu malam yang hening, Imam Qusyairi telah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Lalu tanpa segan silu Imam Qusyairi mengadukan akan masalahnya yang dihadapinya kepada Rasulullah s.a.w. tentang penyakit anaknya itu. Lalu Rasulullah s..a.w. bertanya kepada Iman Qusyairi, “Apa yang kamu buat dengan ayat-ayat Syifa? wahai Abdul Qassim?”
Apabila Imam Qusyairi terjaga dari lenanya maka beliau termenung buat seketika di samping memikirkan akan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. Apakah rahsia sebenar dan makna di sebalik kata-kata Rasulullah itu? Apakah maksud Nabi dengan ayat-ayat Syifa? Lalu tanpa membuang masa beliau pun mula mencari sambil mengulangkaji dan mencarinya didalam ayat-ayat suci Al-Quran.
Hasilnya Imam Qusyairi telah menjumpai enam tempat di dalam ayat Al-Quran yang mempunyai perkataan Syifa yang membawa maksud sebagai “PENAWAR”. Ayat-ayat tersebuat ialah:-
1. Ayat 14, Surah at-Taubah (juga di sebut didalam surah al- Baqarah)
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.
2.Ayat 57, Surah Yunus
Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.
3. Ayat 69, Surah an- Nahl
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
4. Ayat 82, Surah al- Israk
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
5. Ayat 80, Surah asy-Syu’ara
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,
6.Ayat 44, Surah Fussilat
Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: “Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh”.
Selepas Imam Qusyairi telah menjumpai ayat-ayat suci tersebut maka beliau pun mula menulis kesemua ayat-ayat itu pada satu lembaran dan kemudian di rendamkannya ke dalam air lantas air tersebut diberikannya minum kepada anaknya. Alhamdulillah, dengan izin Allah maka anak Imam Qusyairi yang tenat (jika di lihat tiada lagi harapan untuk sembuh) telahpun pulih seperti sedia kala.
Begitulah kuasa Allah akan kehebatan Al-Quran sebagai penawar segala penyakit. Kita juga boleh mengamalkannya. Sebaiknya amalkanlah selalu untuk kesihatan diri kita sepanjang waktu. Jangan tunggu sehingga penyakit tersebut sudah bertambah teruk kerana iman kita tidak sekuat dan seteguh Imam Qusyairi untuk mengubati penyakit yang berbahaya tersebut.
P/s. Jika anda tidak mampu untuk melakukan seperti apa yang telah di buat oleh Imam Qusyairi, maka memadailah sekiranya anda membaca dan menghembuskan bacaan ayat-ayat suci tersebut ke air yang hendak diminum. Insyahallah, dengan izinnya di yakini ayat ini, akan terhindarlah kita daripada pelbagai penyakit
No comments:
Post a Comment