Alahai Pak Berahim Lompat...mengapakah kamu ni meroyan ..mengelabah tak tentu hala..Kalu dah Islam yang kamu anuti berpilih-pilih..Mana yang rasa untung ambik..mana yang rasa tak sesuai biarkan malah tak mau di amalkan..Ini mentaliti ornag Melayu kini..
Majority orang melayu pada masa kini kurang ariff tentang ugama islam sebenarnya. Mereka kurang ilmu tentang islam apa yang mereka punyai ada lah agama islam yang d warisi turun temurun tanpa mempelajari tentang islam yang sebenar. jangan emosi, selidik dulu .Banyak orang melayu hanya ikut ikutan saja tanpa berilmu. Malas nak belajar tetapi cakap mengalahkan orang yang terpelajar. Belajar dgan tuan guru agama bukan dgan ahli politik yang meroyan tak tentu hala.
Perkasa mahu Mais dakwa MP Serdang Oleh G Manimaran August 29 2010 KUALA LUMPUR 29 Ogos — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyertai senarai mereka menyokong tindakan ke atas Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching dengan menggesa agar wakil rakyat penggal pertama itu turut didakwa “Majlis Agama Islam Selangor Mais ada ambil tindakan terhadap bekas mufti Perlis Dr Asri kerana bagi ceramah dalam surau di Selangor tanpa tauliah “Oleh itu Mais hendaklah segera mendakwa Ahli Parlimen Serdang yang mencemar Surau Al-Huda kegagalan mendakwa bererti tidak menyahut titah Sultan Selagor yang amat murka dan dukacita ” kata Ibrahim dalam kenyataannya Kes ke atas Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor akhir tahun lalu sedang didengar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Dalam kenyataannya malam tadi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat surau itu yang terletak di Kajang Sental Ahad lepas Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam “Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam ” katanya malam tadi Tindakan Teo itu dikritik Umno dan Perkasa sebelum ini dan turut dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Mais menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut Dalam kenyataannnya Ibrahim juga membawa misalan nasib yang menimpa pendakwah Islam Amerika Syarikat Malcom X yang ditembak mati di Manhattan Audubon Ballroom pada 1965 “Pendakwah Islam yang berdakwah kepada orang-orang Kristian hingga masuk ke gereja semata-mata berdakwah kepada bukan Islam akhirnya ditembak mati “Di Serdang Selangor wakil rakyat DAP yang bukan Islam yang sentiasa dalam ‘hadas besar’ telah ‘ditarik’ ke ruang solat saf pertama surau oleh PAS yang pasti ahlinya Islam dan PKR ahlinya Islam dan bukan islam semata-semata untuk memberi tazkirah Ramadan pada jemaah yang sudah tentu dan pasti beragama Islam ” katanya Sehubungan itu Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas berkata adakah Allah sedang memberikan satu ‘iktibar’ untuk berfikir bersama tentang realiti PAS yang menurutnya menjual agama Islam demi survival politiknya ketika bulan Ramadan “Rumah Allah dicemari dinodai dan segala-galanya halal demi undi ini kerja syaitan yang memasong ‘orang yang dikatakan beriman tapi tidak bertaqwa ” katanya lagi Dalam kenyataannya semalam Teo berkata beliau akan menghadap Sultan Sharafuddin bagi memohon ampun serta memberi penjelasan kepada baginda tentang tindakannya Kata beliau kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau “Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor “Saya kesal perkara ini telah menimbulkan perasaan resah antara umat Islam dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak tertentu atas sebab-sebab politik ” kata beliau.
No comments:
Post a Comment