Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, August 12, 2010

Harapan di Ramadhan

Kongsi dosa anak berzina

KHAMIS, 2010 OGOS 12

PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak ‘berkongsi dosa’ dengan anak lelaki kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram.
Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan.

“Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

“Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan majlis perkahwinan di tempat lain,” katanya. “Saya percaya sikap ibu yang tidak kisah dan sayangkan anaknya itu secara berlebihan mendorong dia membenarkan anaknya bersekedudukan sehingga beberapa tahun,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit bekerja manakala ‘isteri tidak halal’ itu menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah ibu mentuanya.

Menurut Shahrom, semua cahaya mata pasangan terbabit tidak memiliki sijil lahir dan beliau diberitahu, semua anak itu disambut ‘bidan misteri’ di kawasan berkenaan tanpa merujuk klinik atau hospital berhampiran.

“Mereka berbuat demikian untuk mengelak salah laku mereka diketahui pihak berkuasa. Perbuatan pasangan terbabit boleh menimbulkan masalah kepada anak mereka yang sudah pasti sukar untuk memasuki alam persekolahan kerana tiada sijil lahir yang sah,” katanya.
Shahrom berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke pejabat Jais di Shah Alam untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan Jais.

Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 25, Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana melakukan persetubuhan haram dan Seksyen 29 akta sama kerana melakukan khalwat.

“Kami juga akan memanggil ibu dan bapa pasangan wanita terbabit bagi mengenal pasti punca kegiatan itu berlaku,”

Ramadhan ini aku berharap dan berdoa agar gejala-gejala kemaksiatan yang berlaku kini dan telah berlaku mendapat perhatian serius dari pemerintah yang berwajib.Apakah tiada langsung usaha-usaha daripada pihak kerajaan bagi menangangi massalaah ini yang kian serabut hari demi hari.

Apakah tugas pihak Jakim hanya memantau sijil halal sahaja di hotel-hotel dan kopitiam yang bercambah di pinggir-pinggir bandar kini.http://idhamlim.blogspot.com/2010/08/85-dapur-hotel-daripada-40-hotel.html


Setelah Wak membaca blog ini..http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/08/negara-parah-zina-rogol-buang-bayi.html..ternyata tindakan pihak kerajaan seperti idea-idea merapu menteri-menteri yang berkenaan hanya seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.Tidakkah mereka pernah terfikir untuk melakukan tindakan daripada akar umbi lagi.Setelah 53 tahun negara Merdeka,inilah harga kemerdekaan yang kita kecapi kini,hasil daripada pemerintahan UBN yang sekular dan hanya lebih mementingkan kebendaan zahir dan pembanggunan fizikal sahaja tanpa mementingkan kerohanian dan menerapkan undang-undang Islam dalam pemerintahan.Hanya mengambil suku-suku dan memisahkan politik dengan agama,sedangkan dalam Islam politik adalah sebahagian daripadanya.

Dunia kini menuju ke akhir zaman..kiamat kian mendekat ..tidakkah mereka-mereka ini sedar dan menyedari hakikat ini..Lihat dunia kini mengalami iklim dan fenomena alam yang luarbiasa.Di timur cuaca panas membayang sementara di barat banjir besar melanda.

Moga Ramadhan lebih menambah ketakwaan hambamu ini..Ya Allah..panjangkanlah usiaku hingga ke akhir Ramadhan ini dan memberikan kekuatan menghayati ibadah dan merebut semua peluang-peluang yang Kau hambur di bulan mulia Ini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...