"Kes buang anak atau buang bayi ini adalah manifestasi kegagalan manusia mentadbir alam dan manusia. Kes buang bayi yang semakin tinggi mengajak kita berfikir bahawa punca dan sebabnya saling kait-mengait dan sokong menyokong. Apakah punca dan sebab? Kita boleh bincang puncanya tetapi ia akan mengambil masa yang panjang, dan kita bincang di lain masa. Apa yang sama penting sekarang ialah bagaimana kita membuat intervensi atau pencelahan untuk membendung hal ini buat sementara.
Saya ingin cadangkan beberapa langkah seperti di bawah
- Tubuhkan satu JK Bertindak Buang Bayi (JK BBB) di peringkat negeri di bawah satu EXCO kerajaan negeri (ini adalah langkah no. 2 hingga no. 5)
- JK BBB ini boleh terdiri dari Polis Negeri, JKM, Jab. Kesihatan, JPendidikan Negeri, Jab. Pendaftaran Negeri, Persatuan Klinik, Persatuan Doktor, JAIS, Pesatuan Kaunseling Negeri, Rumah Pemulihan, dan Jab. Penjara Negeri.
- Derafkan satu peraturan khas diperingkat negeri supaya semua klinik dan semua doktor di negeri mengambil maklumat biodata demografik ke atas semua perempuan (samada sudah kahwin atau belum) serta menyimpan sampel darah mereka yang datang menguji air kencing untuk ujian samaada mengandung atau tidak mengandung di peringkat awal; dan menyimpan sampel darah mereka yang sah mengandung. (ini melibatkan langkah no. 2 dan no. 3)
- Jalankan ujian DNA ke atas sampel darah atau tisu atau air liur klien dan simpan maklumat klien dalam pangkalan data khas sulit itu.
- Serahkan pangkalan data sulit khas sulit ke satu pusat pangkalan data peringkat negeri dan boleh juga diakses di peringkat kebangsaan.
- Apabila berlaku kes buang bayi, samada bayi masih hidup atau sudah mati, pihak hospital boleh jalankan ujian DNA ke atas bayi dan kemudian menyemak pangkalan data khas supaya boleh dipadankan DNA bayi dengan DNA si “ibu”
- Dengan demikian, perempuan berkenaan tidak boleh terlepas dan akan dipertanggungjawabkan di atas bayi yang dibuang, dan secara tidak langsung, kes buang bayi dapat dibendung, untuk jangka panjang.
Langkah intervensi ini adalah langkah sementara sahaja. Terdapat persoalan lain yang perlu diselesaikan. Misalnya:
- Setelah perempuan itu ditahan, apakah satu pihak sahaja iaitu perempuan itu sahaja bersalah? Apakah ia akan dikenakan hukuman mati seperti yang dicadangkan sekarang? Apakah ia berniat membunuh bayi atau tidak berniat membunuh bayi? (ini melibatkan langkah no. 2: penguatkuasaan/enforcement)
- Bagaimana dengan si lelaki yang menyebabkan perempuan itu mengandung? Bagaimana dengan orang yang bersubahat membuang bayi yang tidak berdosa itu? Apakah tidak ada hukuman ke atas mereka sama? (ini melibatkan langkah no. 2: penguatkuasaan/enforcement)
- Bagaimana kalau perempuan yang mengandung itu adalah hasil dari perkosaan yang berlaku ke atasnya?
JK BBB ini juga perlu menyediakan satu pakej perkhidmatan kepada perempuan yang mengandung luar nikah dan berpotensi akan buang anak ini. Pakej ini termasuk:
- Peluang untuk perempuan itu terus menyimpan kandungan sehingga melahirkan anak (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah) (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
- Anak itu disahkan di sisi undang-undang diambil dan diuruskan oleh JKM samada untuk dijadikan anak angkat yang sah (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah)
- Tempat bagi perempuan itu bernaung untuk tempoh mengandung sehingga melahirkan anak (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah) (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
- Hukuman dikenakan ke atas perempuan dan pasangannya yang membawa kepada kandungan itu; hukuman berat atau ringan boleh ditentukan oleh pihak mahkamah, samada mahkamah sivil atau mahkamah syariah). Hukuman ke atas perempuan boleh dikenakan selepas ia selamat bersalin dan selesai pantang. (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
- Peluang untuk pasangan itu berkahwin diberikan seluasnya selepas perempuan itu bersalin, serta boleh mengambil “anak angkat: tadi jika tidak berikan kepada orang lain. (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
- Sesi kaunseling dan pemulihan akhlak diberikan kepada perempuan itu dan pasangannya sekiranya pasangan itu dapat dikenalpasti. (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
Ini bermakna walaupun perempuan yang mengandung luar nikah ini diberi ruang ‘selamat’ kerana untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya, ia tetap akan dikenakan hukuman, dan begitu juga pasangannya jika si lelaki durjana itu dapat dikenalpasti.
Mungkin langkah intervensi ini boleh membendung gejala buang anak-anak yang tidak minta dilahirkan dan tidak berdosa ini.
Di dalam sosiologi Islam, ada 5 asas kehidupan manusia yang harus dijaga dan dipulihara, samada oleh individu, keluarga agtau kerajaan . 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa
Apabila agama disia-siakan, maka no. 2-5 tidak akan terjaga, tidak terjamin, dan tidak selamat. Natijahnya ialah manifestasi gejala buruk manusia yang ada pada hari ini, berlaku secara 1 Malaysia.
article penuh di http://albangi.wordpress.com/2010/08/15/intervensi-kes-buang-bayi/
Komen : Penulis memberikan banyak idea dan cara utk membenteras gejala ini dari berleluasa..Tapi andainya cadangan ini hanya di atas kertas sahaja dan tidak dibincangkan di peringkat perlimen,ini hanyalah idea yang sia-sia andai pemimpin hanya tahu menyalahkan masyarakat tanpa mahu membuat apa-apa tindakan yang berkesan.
No comments:
Post a Comment