Heboh media-media ternama,terulung saentero negara berkenaan langkah kerajaan Negeri Kelantan melancarkan Dinar Emas dan Perak dengan pelbagai kritikan dan tohmahan.Lihat sini ..
Pelbagai kritikan hatta ingin mengambil tindakan undang-undang kerana mengatakan tindakan ini akan merendahkan mertabat Kerajaan pusat dan juga Bank Negara yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi negara.
Pastinya Kerajaan Kelantan sebelum mengeluarkan Dinar Emas dan Dirham Perak telah melakukan kajian dan mengkaji baik buruk tindakan mereka samada dari segi undang-undang negara dan sebaliknya.
Apakah menyimpan emas menjadi suatu kesalahan?Pastinya Kerajaan Kelantan amat berbangga kerana telah mempelopori suatu sistem kewangan dan ekonomi yang kalis inflasi.Telah termaktub dalam Al-Quran bahawa emas dan perak merupakan suatu sistem ekonomi yang terbaik maka itulah pada zaman Rasullulah sistem dirham emas ini dipergunakan.
Selagi kita masih berpegang dengan sistem kapitalis dan riba maka selagi itulah negara akan dicengkam dengan segala massalah ekonomi yang tidak akan kunjung padam.Riba telah jelas haram,maka kenapa perlu dipertahankan.Tidak lain demi menjaga periuk nasi golongan kapitalis yang hanya mahu memerah setiap inci batang tubuh rakyat di negara ini demi kepentingan mereka.
Dari itu marilah mereka yang berkemampuan..belilah dinar emas..berurusniagalah dengan dinar emas dan dirham Perak..Insaallah selamat kerana emas dan perak tidak akan susut nilainya biarpun seribu tahun.Insaallah..
Link di sini dan di sini..
No comments:
Post a Comment