Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Thursday, February 25, 2010
Sana sini untung tetapi ekonomi merudum
MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan.
Petronas yang selama ini menjadi 'lubuk duit' kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan.
Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau 'pinjaman boleh ubah'.
Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan.
Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13.
Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna 'lesen' kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ' nikmat' kenaikan kos sara hidup ' Undilah Barisan Nasional'.
Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.
Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.
Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
SUMBER*
p/s : Kerajaan hanya berandaian jika semua Syarikat GLC untung maka semua rakyat mendapt keuntungan bersama..tapi hakikatnya hanya segelintir sahaja merasai nikmatnya..bertukar kereta saban tahun,,bonus berlipat ganda..tapi bagaiman nasib pekerja kilang,nelayan,petani di kampung-kampung yang menghadapi kenaikan hargabarang-barang yang begitu tinggi hinggakan ada yang terpaksam mencatu makanan sendiri demi menyambung hidup ke hari seterusnya..Jika kenaikan elektrik menjdai kenyataan maka rakyat pasti merasa kesan ketara kerana kini serba-serbi menggunakan letrik..Cubalah tiru Kerajaan negeri Selangor yang memberikan diskaun kepada rakyat yang menggunakan air kurang 20mtr padu..Ini pun satu kejayaan..Kena adala sikap memberi kembali kepada Rakyat bilamana sudah banyak Rakyat berkorban dengan cukai san-sini dan tol merata-rata baharulah menjadi Kerajaan kesayangan rakyat..dan sesuai dengan slogan yang dilaungkan bukan nya slogan Kroni diutamakan..rakyat dicengkam..
Wednesday, February 24, 2010
MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI
MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI Kita akan menyentuh satu tajuk besar iaitu ' MENGENALI DIRI '. Tahukah kita bahawa manusia yang Tuhan cipta ini mempunyai amanah dan tanggungjawab yang teramat besar untuk dipikul. Malaikat sendiri apabila ditawarkan oleh Tuhan untuk menjadi manusia, malaikat berkata mereka tidak sanggup menjadi manusia yang terpaksa memikul amanah Tuhan didunia. Begitu sekali, malaikat pun tidak sanggup jadi manusia. Tuhan berfirman yang maksudnya kalau manusia hendak mengenali Tuhan, maka manusia kena mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Bagaimanakah kita manusia hendak mengenali diri kita. Kita hanya kenal diri kita melalui nama yang diberi kepada kita, itu sahaja. selain dari itu mungkin juga kita tahu sifat baik kita, sifat tidak baik kita kebiasaannya kita sembunyikan. Itulah manusia yang kita kenal. Mari kita belajar bagaimana kita nak mengenali diri kita. MANUSIA, kalau ikut bahasa.arab maknanya INSAN. Insan kalau dilihat maknanya adalah PELUPA. Kalau begitu manusia ini rupanya pelupa. Memang sesuailah dengan tabiat manusia yang Tuhan cipta. Tuhan cipta manusia ini pada asalnya dari tanah, ditiupkan roh, maka jadilah manusia. Begitulah kejadian Adam yang diturunkan dari syurga ke dunia oleh Tuhan. Kejadian manusia yang seterusnya adalah dari air mani yg keluar dari saluran najis air kencing. Mula-mula dari tanah kemudian dari air mani yang baunya hanyir dan keluar dari saluran air kencing. Itulah kejadian manusia yang Tuhan tunjukkan betapa hinanya manusia itu dijadikan. Dari tanah, apa yang kita dapat rasai?? Tanah kejadian kita inilah hari-hari kita pijak-pijak, sepak-sepak, ludah-ludah, kita buang najis diatasnya, kita buang sampah diatasnya, kita bakar tanah, kita cangkul-cangkul tanah tanpa belas ikhsan. Tanah yang juga makhluk Tuhan inilah juga akan menjadi saksi diatas segala perbuatan manusia dipadang masyar kelak. Setiap detik kita menghina tanah tanpa kita sedari, akhirnya ketanah juga manusia akan kembali, didalam tanah juga manusia akan bertukar wajah menjadi bangkai, dimakan ulat dan cacing. Hancurlah jasad manusia yang selama ini kita jaga, kita belai, kita hias, kita bangga, kita sayang dan sebagainya. Kejadian kedua manusia adalah dari air mani. Air mani baunya hanyir dan keluarnya pula dari saluran kecing dan kecing itu adalah najis kecil. Tidak sah solat kalau kain atau seluar terkena air kecing. Adakalanya air ini tercemar dari berbagai-bagai kuman dan penyakit. Jika dikaji, apakah istimewanya manusia ini kalau dilihat dari asal usul kejadian manusia. Tidak ada apa yg istimewa. Tetapi kita lihat manusia diakhir zaman ini sangat sombong dan bongkak sesama manusia malah dengan Tuhan yang mencipta manusia. Kalau dari tanah dan air mani yang hina ini manusia sudah sombong, bagaimana kalau manusia ini dicipta Tuhan dari cahaya saperti kejadian malaikat, bertambah sombong agaknya dengan Tuhannya. Kalau dari api saperti kejadian syaitan, manusia mungkin akan lebih teruk dari syaitan agaknya. Tetapi kalau dikaji disebaliknya pula, kenapa pula Tuhan nak cipta manusia ini kalau dengan tujuan untk menghina manusia (Maha Suci Tuhan Yang Bukan Bersifat Menghina). Pasti ada hikmahnya. Kalau bukan dengan kasih dan sayangnya Tuhan takkan lah Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk yang menghuni alam ini. Sebenarnya Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk serta alam ini kerana kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW satu2nya kekasih Allah. Kalaulah kejadian manusia disebabkan kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW, kenapa pula manusia akhir zaman ini lupa kepada RSAW. Kita bincang perkara dimasa akan datang. Begitulah didikan Tuhan keatas manusia. Lebih baik kita rasa terhina dari merasa sombong sesama manusia malah dengan Tuhan. Manusia akhir zaman ini adakala tidak sedar yang mereka ini sombong. Tahukah anda bahawa manusia dijadikan Tuhan mempunyai 4 unsur besar yang menjadikan manusia itu mukallaf (wajib menyembah Tuhan). AKAL, NAFSU, ROH DAN JASAD adalah 4 unsur kejadian manusia. Kita akan bincangkan setiap unsur ini satu persatu, mengenali sifatnya, bagaimana mendidiknya dan bagaimana menanganinya kerana keempat-empat unsur ini juga adalah makhluk yang Tuhan cipta untuk manusia. Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan didalam diri manusia ada 4 anasir yang berfungsi dan berperanan. Jasad, Roh, Nafsu dan Akal yg merupakan satu pakej kejadian manusia yang luar biasa dan berperanan. Keempat-empat anasir inilah yang bertindak bekerjasama satu sama lain menggerakkan manusia didalam kehidupan samada manusia itu sedar atau tidak sedar. Kalau semua anasir-anasir itu sihat, dewasa dan matang, ia akan menjadi manusia yang luar biasa tetapi ianya jarang berlaku. Peranannya sangat mengkagumkan. Mari kita mengenal manusia secara lahir dan batin, agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain serta mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya. Jasad lahir tidak perlu diperkatakan kerana manusia mudah mengenalinya. Kita akan memperkatakan 3 anasir penting sahaja kerana ia susah difahami oleh manusia yg ramai. Kita bercakap tentang ROH dahulu. Tugas Roh hanya merasa saperti marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih, rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang, rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik, rasa lega dan sebagainya. Nafsu pula peranannya berkehendak atau merangsang. Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak. Kehendaknya samada baik atau jahat, kehendaknya semulajadi sangat gelojoh, rakus, tamak dan bakhil. Kemahuannya sangat luarbiasa. Tidakada batasnya, macam laut tidak bertepi.Kalau hendak diikutkan, badan boleh merana, terseksa dan binasa. Tugas AKAL lain pula. Ia mempunyai peranan yang tersendiri. Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan pengalaman, kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan. Akal, IQ nya pula ada 6 kategori atau 6 peringkat. Eloklah diketahui oleh ibubapa, guru-guru dan para pemimpin. Akal Genius atau Abqari - kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa - mungkin 100 juta, seorang dalam satu zaman. Akal ini mampu membuat teori atau membuat penemuan-penemuan baru dikatakan membuat matan satu-satu ilmu. Kita kuliahkan dulu mengenali makhluk yg bernama ROH. Bila kita bercakap mengenai ROH kita sudah masuk kedalam Ilmu Rohani - Ilmu mengenai ROH. Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan 'Ruhun'. Apakah yg dikatakan Roh itu? kita kuliahkan. Kita mengembara kealam rohani. Roh terbahagi kepada dua. 1) Ruhul Hayah 2) Ruhul Tamyiz. RUHUL HAYAH. Ia terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat saperti batu, kayu dan sebagainya. RUHUL TAMYIZ. Ruhul Tamyiz juga dikenali sebagai Ruhul Amri lebih dikenali sebagai AKAL. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah, maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yg mukalaf. Yakni mereka dipertanggung jawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperitahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya. Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri ini tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yg membolehkan binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT. Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya Ruhul Tamyiz ini. Ruhul Tamyiz terkenal dengan sebutan AKAL. Hadis ada meriwayatkan; Maksudnya "Ketika Allah mencipta akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah berfirman kepada akal: Demi kebesaran dan kemuliaan Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang aku cintai. Kepada mu lah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala: (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad) Kita dapat lihat didepan mata kita pada hari ini, berlaku krisis jiwa saperti penyakit-penyakit putus asa, kecewa, resah gelisah, penderitaan jiwa, kacau bilau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan, ketegangan perasaan dan berbagai-bagai bentuk sakit jiwa. Dan sedang berleluasa juga didalam masyarakat islam hari ini penyakit-penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain. Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, namun siapa berani menafikan hakikat ini? Bahawa bilangan manusia yang menderita sakit atau krisis jiwa disaat ini lebih ramai daripada bilangan penderita-penderita sakit fizikal yang ada di hospital-hospital. Tetapi aneh, kepakaran dan keinteletualan tidak begitu serius difikirkan untuk pengubatan kepada pesakit batin ini, sapertimana seriusnya mereka berusaha terhadap pengubatan fizikal lahiriah manusia. Apakah manusia tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dll itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain, tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dll itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh org lain !!! Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir. Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar kacirnya sesebuah masyarakat. Telah datang Rasululah SAW ketengah manusia, baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri Baginda bangun dan bekerja untuk selamatkan manusia. Institusi pertama yang Baginda bangunkan adalah masjid, satu tempat dimana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan TuhanNya melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain. Rasululah SAW memandang keselamatan manusia ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad lahirnya. Sebab itu Baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan Baginda berjaya. Kini kita sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sabagaimana apa yang disaksikan oleh Baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau Baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya?. Kita ubati dulu mazmummah dan krisis jiwa kita, ahli-ahli kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia kepad fitrahnya. Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahgiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan "sunnah" yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat. Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian. Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibubapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan. Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong. Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorg kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya. Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, kita akan temui hati-hati yang penuh dgn cahaya kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan. Itulah syurga sementara sebelum kita bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi. Allah berfirman,maksudnya " Hari Kiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) dimana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yg mengadap Allah membawa hati yg selamat" (Asy Syura:88-89) Islam yang Allah redhokan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruhnya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin. Syariat lahir disebut SYARIAT. Syariat batin di sebut HAKIKAT. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin. Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar. Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang mengerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai Roh) Allah swt telah menetapkan bahawa syariat lahir adalah diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu Roh. Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa disemua waktu dan semua keadaan. Kalau kita asingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit (al'qasar), manakal hakikat itu ialah intipati (al'labi). Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri. Tanpa kulit, isi tidak selamat, malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidakada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya. Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat. Kedua-dua mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-dua saling isi mengisi dan perlu memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi) itu tidak membawa erti apa-apa disisi Allah. Sabda RSAW bermaksud: "Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi dia memandang hati dan amalan kamu " Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar. Berkata Imam Malik Rahimahumullah Taala: "Barang siapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barang siapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik " Ertinya kita mesti amal kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik. Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar). Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama. Hakikat menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia. Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir degan Allah, sentiasa merasa kebesaran Allah. Sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorg zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya. |
Tuesday, February 23, 2010
Pemuda umno biadap koyak surat jemputan debat
"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.
Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.
"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.
"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.
Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.
Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.
"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.
P/s : Itu aje lah yang paling berani Pemuda umno PP ni buat..Melalak sakan sana-sini..buat demo jika ada sikit isu yang tak panas pun..pasai apa depa berani buat lagu tuh..hah..wak pun dak cakap utara pulak ..Ta dak sapa akan berani tegur depa..hatta Polis pun macam nak tak nak jer..x dak permit x pa..depa demo aman..la ni dengan tak dak telur depa pi koyak surat ajak berdebat secara jantan..pun depa dak ketaq lutut..takut bebuih mulut jer cakap merapu tak tentu pasai..kena boo..Kalu nak bercakap pun tengok le langit tu tinggi ke rendah..
PERBEZAAN ANTARA BERKAT DENGAN ISTIDRAJ
BEZA ANTARA NAFSU LELAKI DENGAN NAFSU WANITA
(3 ) Roh Yang Kabur
Friday, February 19, 2010
Perhatikan betul-betul apa yang ditulis pada Banner peserta demo Perkasa dan BN.. Depa nak kutuk Mat Salleh.. tapi ejaan depa salah, kalau macam tu punya ejaan, berdemo sampai mati keras kat situ pun Mat Salleh Australia tu tak akan faham..
Buat malu Negara saja..
Gelak sama depa... ha.. ha.. ha..
Tu pun bukan main...
Nak bagi anak-anak depa belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris!!
Ini juga bukti paling kukuh bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah gagal segagal- gagalnya.
NGO dan Ahli UMNO yang terlibat!!
Jangan tunjukkan kepada Dunia yang hangpa tu BODOH!!
Lagi sekali.. Gelak sama depa... ha.. ha.. ha..
Thursday, February 18, 2010
Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata
Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli
hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.
Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.
“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba
menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan
umum, katanya
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).
Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..
SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan
itu dan juga kes Kartika.
Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai
hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.
“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.
* HUKUMAN SEBAT: Stupido In Islam
Untuk lebih terperinci, sila baca pandangan Dr. Jamnul Azhar:
* Hikmah Pelaksanaan Hukum Hudud Menurut Al Quran & Sains
Bersihkan Pakatan Rakyat dari spesis yang ‘menjijikan’…
Pakatan Rakyat tidak habis-habis ditekan media talibarut Umno-Barisan Nasional, yang bertujuan memusnahkan kredibiliti dan persepsi rakyat terhadapnya.
Umno-BN terpaksa memberikan tekanan yang amat hebat kepada Pakatan Rakyat, kerana mereka menyedari hayat politik mereka, hanya ada dua atau tiga tahun sahaja lagi.
Masa untuk Umno-BN amat terhad. Perdana Menteri dan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, khabarnya menyedari sokongan rakyat terhadap mereka dalam tempoh dua tahun ini masih belum pulih.
Ada sumber-sumber memberitahu, dalam pertemuan PM dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, terdiri dari kalangan orang-orang Melayu, untuk mencari jalan memulihkan sokongan Melayu terhadap Umno, di Putrajaya baru-baru ini, tidak memberikan hasil yang memberangsangkan.
Oleh kerana itu, Umno-BN tiada jalan lain. Mereka menyedari bahawa Pakatan Rakyat adalah ‘rival’ yang sangat merbahaya. Kemaraan Pakatan Rakyat harus disekat.
Cara untuk memusnahkan Pakatan Rakyat ialah dengan bantuan media talibarut, dengan memaparkan imej-imej buruk pemimpinnya dan merosakkan perpaduan antara parti-parti gabungannya.
Perpaduan gabungan PAS-KeADILan-DAP hanya dapat digoyahkan, dengan menimbulkan sentimen atau perasaan ketidakpuasan hati, iri hati, hasad dengki, prasangka di antara satu sama lain.
Propaganda media talibarut ini, ternyata berjaya memerangkap beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga bertindak di luar batasan persefahaman.
Media talibarut Umno-BN giat memainkan sentimen Melayu-Islam, kononnya akibat pemerintahan kerajaan negeri yang diketuai KeADILan dan DAP.
Propaganda ini bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan erat antara PAS dengan kedua-dua parti tersebut. Malah ia juga bertujuan menaikkan semangat nasionalisme ala Islam orang Melayu, sehingga ada yang terpengaruh, sehingga membuat demonstrasi dan sebagainya.
Mereka yang terpengaruh ini, majoritinya dari kalangan penyokong Umno dan ’seorang dua’ wakil rakyat dari kalangan Pakatan Rakyat, yang jelas menunjukkan kecetekan minda mereka, sehingga mereka yang dilihat mewakili Pakatan Rakyat sendiri, yang menyerang komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa, kononnya Islam dan Melayu dipinggirkan.
Pada mereka ini, seolah-olahnya Umno-BN lebih baik memperjuangkan soal Melayu-Islam. Orang -orang yang berfikiran sebegini, sebenarnya hanya menunjukkan sama ada mereka jahil dalam politik atau sengaja mencetuskan polemik, kerana mereka sudah menjadi ‘agen Umno’ dalam Pakatan Rakyat.
Hakikatnya, media talibarut BN tidak akan berhenti menyerang Pakatan Rakyat. Mereka akan menggunakan sepenuh tenaga dan mempergunakan apa sahaja instrumen, yang boleh mencalarkan kredibiliti Pakatan Rakyat.
Cabaran untuk Pakatan Rakyat
Justeru, Pakatan Rakyat tidak ada pilihan. Ia tidak boleh dilihat lebih buruk atau disamakan dengan Umno-BN. Jika Pakatan Rakyat hendak memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, ia mesti membuktikan bahawa ia jauh lebih baik daripada Umno-BN.
Harus disedari, Pakatan Rakyat tidak sesekali akan berjaya memenangi keyakinan rakyat, selagi ada anasir-anasir di kalangan pemimpin atau wakil rakyatnya, yang mewarisi sindrom penyakit Umno-BN.
Oleh kerana Umno-BN bermaharajalela dalam negara selama lebih 50 tahun, ia sudah dijangkiti penyakit ’sindrom kurang daya tahan’ godaan kuasa, pangkat dan harta.
Sindrom ini melanda begitu teruk dalam Umno-BN. Ia membawa kepada penyakit mengutamakan kepentingan diri dan kroni sehingga menzahirkan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme, yang terbukti memburukkkan imej kerajaan dan parti pemerintah.
Tetapi elemen sindrom ini amat merbahaya. Kumannya bukan sahaja menjangkiti Umno-BN. Ia boleh melanda semua pemimpin dan orang politik, tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan fahaman.
Elemen ini masih sukar dihapuskan dalam Umno-BN. Malah ia boleh menggugat Pakatan Rakyat.
Walaupun beratus-ratus orang dalam Umno-BN boleh dihadapkan dengan jenayah politik wang, rasuah dan sebagainya, rakyat tidak akan mengetahui secara jelas, kerana media talibarut menyembunyikannya.
Perkara buruk ini pernah terjadi di Perak. Akibat dari ’seekor dua’ wakil rakyat, sama ada mereka terbabit secara sedar rasuah, atau terjatuh dalam perangkap Umno-BN, kesilapan ini mengakibatkan Kerajaan Negeri Perak tumbang.
Selepas Perak dirampas secara haram. Mereka menghalakan serangan kepada Selangor dan Pulau Pinang pula. Umno-BN menyerang Selangor dan Pulau Pinang tanpa henti-henti. Selepas satu isu berjaya dipadamkan, dicetuskan isu lain pula.
Dalam hal ini tidak dinafikan Umno-BN bertindak bijak. Jika mereka menyerang dengan kecaman dan kritikan daripada pemimpin Umno-BN sendiri, mereka tahu serangan itu tidak akan laku. Rakyat tidak akan terima.
Maka mereka menggunakan ‘beberapa ekor kera sumbang’ dari dalam Pakatan Rakyat yang ditabalkan menjadi hero oleh media talibarut Umno-BN, guna untuk ‘menikam Pakatan Rakyat dari hadapan.’
Bodohnya mereka ini ialah kerana mereka menyangkakan diri mereka sebagai hero. Mereka sangka merekalah ‘kononnya’ ahli politik yang mempunyai pendirian yang betul dan menegakkan kebenaran.
Mereka ini tanpa segan silu, begitu celupar menghentam, mengkritik dan memaki hamun pemimpin parti sendiri, parti sahabat tanpa ada sedikitpun rasa bersalah.
Hebatnya mereka ini sehingga berita kecaman mereka terhadap Pakatan Rakyat dipaparkan di muka hadapan media tali barut Umno-BN.
Mereka menganjurkan demonstrasi, membuat sidang akhbar, menyertai temuramah di televisyen dan sebagainya.
Mereka sangkakan mereka politikus yang hebat, tetapi hakikat sebenarnya, mereka alat propaganda Umno-BN untuk mencemar nama baik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.
Mereka-mereka ini kononnya atas ‘dasar prinsip’ sudah tidak memperdulikan siapa kawan dan siapa lawan.
Mereka sebenarnya amat dibenci rakyat. Majoriti ahli, penyokong dan pengundi-pengundi mereka dari kalangan Pakatan Rakyat, amat membenci mereka sekarang.
Mereka dengan jelas menunjukkan kebodohan. Mereka sangkakan mereka aset kepada Umno. Umno pun tidak mahu mereka kerana mereka ini liabiliti. Mereka adalah ‘duri dalam daging.’ Kalau sesama Pakatan Rakyat pun mereka boleh ‘kencing’, apatah lagi Umno.
‘Lalang-lalang’ yang tidak berprinsip ini hanya dipergunakan Umno-BN dalam waktu yang singkat sahaja. Selepas ‘keringat mereka diperah sehingga keluar najis’, mereka akan dibakulsampahkan oleh Umno-BN.
Kita pun sakit hati dengan spesis-spesis yang mencemar Pakatan Rakyat ini. Tidak tahu hendak dilabel apa mereka ini. Katak? Mengkarung? Sesumpah? Beruk Mat Yeh? Yang pastinya mereka ini dari spesis ‘lidah bercabang.’
Namun setakat ini kita amat yakin, spesis ‘lidah bercabang’ ini tidak akan mampu menggugat setiakawan dan keutuhan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tertegak dengan kehendak majoriti rakyat, bukannya dengan segelintir yang berkepentingan.
Kedangkalan dan keceluparan mulut spesis-spesis ini harus dibalas. Kebiadaban mereka tidak boleh didiamkan sahaja. Mulai saat ini, kita padamkan sahaja nama mereka dari persada politik negara dan kita catatkan dalam sejarah, bahawa inilah spesis-spesis yang pernah mencemar sejarah politik negara.
Oleh itu cabaran besar yang harus diambil tindakan serius oleh pemimpin Pakatan Rakyat, ialah dengan membersihkan anasir-anasir jahat ini. Siapa yang melanggar prinsip persefahaman dan setiakawan, harus dibuka pintu untuk mereka keluar.
Biar mereka keluar dan menjadikan jadi bebas. Tetapi rakyat tidak boleh dibohongi, kerana rakyat tahu mereka ini ‘bebas ada makna’, nama sahaja bebas tetapi sebenarnya menyokong Umno.
Apa pun kita yakin, segelintir golongan bebas ini, sama sekali tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dengan bersihnya golongan yang berkepentingan ini dari Pakatan Rakyat, nescaya graf sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini.
sumber: wargamahrean / best1of’s blog
Komen : Beginilah jika melepaskan anjing yang tersepit yang dah biasa menjilat tahi..walau dilepaskan dari ikatan ,diberikan makanan yang sedap-sedap masih juga ia mahu menjilat tahi itu.
Monday, February 15, 2010
Kerajaan akan bawa balik besi buruk?
Anak Malaysia |
Mengikut laporan Malaysia AG akan ke Uruguay untuk membawa pulang enjin Jet yang ditemui semula di sana. Enjin itu difahamkan disedari hilang setelah setahun. Komen: Wak tak perlu komen banyak,jika beginilah keadaan sehingga 50tahun lagi negara akan bankrap dan kkorupsi yang berterusan selagi Kerajaan yang ada tidak kembali kembali kepada sunnah dan hukum-hakam Islam yang Shumul... |
Saturday, February 13, 2010
kapal selam -tak-boleh-selam!!
Kapal TAK BOLEH Selam: Jurutera Perkapalan Disaran Berkursus Di 1Malaysia
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan kecil pada sistem saluran air bertekanan tinggi pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman menyebabkan aset strategik itu tidak boleh menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.
Bagaimanapun beliau berkata, kerosakan mekanikal yang dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah itu tidak membimbangkan kerana hanya melibatkan sistem sokongan kapal.
"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' katanya.
Wednesday, February 10, 2010
pokok demokrasi' tiba-tiba me'layu'...lalu batangnya menjadi 'biru'
WEDNESDAY, FEBRUARY 10, 2010
anaksengat - Sehina dan semundur manapun sebuah kerajaan itu, ia tidak ditegakkan oleh sebuah mahkamah. Dalam negara demokrasi, kerajaan adalah dari rakyat dan untuk rakyat. Itulah yang saya faham dari erti demokrasi. Kalau sebuah kerajaan itu dari mahkamah untuk rakyat... apa istilah yang sesuai??? saya serahkan kepada anda menamakannya..(...)