Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, February 18, 2010

Bersihkan Pakatan Rakyat dari spesis yang ‘menjijikan’…

Pakatan Rakyat tidak habis-habis ditekan media talibarut Umno-Barisan Nasional, yang bertujuan memusnahkan kredibiliti dan persepsi rakyat terhadapnya.

Umno-BN terpaksa memberikan tekanan yang amat hebat kepada Pakatan Rakyat, kerana mereka menyedari hayat politik mereka, hanya ada dua atau tiga tahun sahaja lagi.

Masa untuk Umno-BN amat terhad. Perdana Menteri dan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, khabarnya menyedari sokongan rakyat terhadap mereka dalam tempoh dua tahun ini masih belum pulih.

Ada sumber-sumber memberitahu, dalam pertemuan PM dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, terdiri dari kalangan orang-orang Melayu, untuk mencari jalan memulihkan sokongan Melayu terhadap Umno, di Putrajaya baru-baru ini, tidak memberikan hasil yang memberangsangkan.

Oleh kerana itu, Umno-BN tiada jalan lain. Mereka menyedari bahawa Pakatan Rakyat adalah ‘rival’ yang sangat merbahaya. Kemaraan Pakatan Rakyat harus disekat.

Cara untuk memusnahkan Pakatan Rakyat ialah dengan bantuan media talibarut, dengan memaparkan imej-imej buruk pemimpinnya dan merosakkan perpaduan antara parti-parti gabungannya.

Perpaduan gabungan PAS-KeADILan-DAP hanya dapat digoyahkan, dengan menimbulkan sentimen atau perasaan ketidakpuasan hati, iri hati, hasad dengki, prasangka di antara satu sama lain.

Propaganda media talibarut ini, ternyata berjaya memerangkap beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga bertindak di luar batasan persefahaman.

Media talibarut Umno-BN giat memainkan sentimen Melayu-Islam, kononnya akibat pemerintahan kerajaan negeri yang diketuai KeADILan dan DAP.

Propaganda ini bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan erat antara PAS dengan kedua-dua parti tersebut. Malah ia juga bertujuan menaikkan semangat nasionalisme ala Islam orang Melayu, sehingga ada yang terpengaruh, sehingga membuat demonstrasi dan sebagainya.

Mereka yang terpengaruh ini, majoritinya dari kalangan penyokong Umno dan ’seorang dua’ wakil rakyat dari kalangan Pakatan Rakyat, yang jelas menunjukkan kecetekan minda mereka, sehingga mereka yang dilihat mewakili Pakatan Rakyat sendiri, yang menyerang komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa, kononnya Islam dan Melayu dipinggirkan.

Pada mereka ini, seolah-olahnya Umno-BN lebih baik memperjuangkan soal Melayu-Islam. Orang -orang yang berfikiran sebegini, sebenarnya hanya menunjukkan sama ada mereka jahil dalam politik atau sengaja mencetuskan polemik, kerana mereka sudah menjadi ‘agen Umno’ dalam Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, media talibarut BN tidak akan berhenti menyerang Pakatan Rakyat. Mereka akan menggunakan sepenuh tenaga dan mempergunakan apa sahaja instrumen, yang boleh mencalarkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Cabaran untuk Pakatan Rakyat

Justeru, Pakatan Rakyat tidak ada pilihan. Ia tidak boleh dilihat lebih buruk atau disamakan dengan Umno-BN. Jika Pakatan Rakyat hendak memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, ia mesti membuktikan bahawa ia jauh lebih baik daripada Umno-BN.

Harus disedari, Pakatan Rakyat tidak sesekali akan berjaya memenangi keyakinan rakyat, selagi ada anasir-anasir di kalangan pemimpin atau wakil rakyatnya, yang mewarisi sindrom penyakit Umno-BN.

Oleh kerana Umno-BN bermaharajalela dalam negara selama lebih 50 tahun, ia sudah dijangkiti penyakit ’sindrom kurang daya tahan’ godaan kuasa, pangkat dan harta.

Sindrom ini melanda begitu teruk dalam Umno-BN. Ia membawa kepada penyakit mengutamakan kepentingan diri dan kroni sehingga menzahirkan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme, yang terbukti memburukkkan imej kerajaan dan parti pemerintah.

Tetapi elemen sindrom ini amat merbahaya. Kumannya bukan sahaja menjangkiti Umno-BN. Ia boleh melanda semua pemimpin dan orang politik, tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan fahaman.

Elemen ini masih sukar dihapuskan dalam Umno-BN. Malah ia boleh menggugat Pakatan Rakyat.

Walaupun beratus-ratus orang dalam Umno-BN boleh dihadapkan dengan jenayah politik wang, rasuah dan sebagainya, rakyat tidak akan mengetahui secara jelas, kerana media talibarut menyembunyikannya.

Perkara buruk ini pernah terjadi di Perak. Akibat dari ’seekor dua’ wakil rakyat, sama ada mereka terbabit secara sedar rasuah, atau terjatuh dalam perangkap Umno-BN, kesilapan ini mengakibatkan Kerajaan Negeri Perak tumbang.

Selepas Perak dirampas secara haram. Mereka menghalakan serangan kepada Selangor dan Pulau Pinang pula. Umno-BN menyerang Selangor dan Pulau Pinang tanpa henti-henti. Selepas satu isu berjaya dipadamkan, dicetuskan isu lain pula.

Dalam hal ini tidak dinafikan Umno-BN bertindak bijak. Jika mereka menyerang dengan kecaman dan kritikan daripada pemimpin Umno-BN sendiri, mereka tahu serangan itu tidak akan laku. Rakyat tidak akan terima.

Maka mereka menggunakan ‘beberapa ekor kera sumbang’ dari dalam Pakatan Rakyat yang ditabalkan menjadi hero oleh media talibarut Umno-BN, guna untuk ‘menikam Pakatan Rakyat dari hadapan.’

Bodohnya mereka ini ialah kerana mereka menyangkakan diri mereka sebagai hero. Mereka sangka merekalah ‘kononnya’ ahli politik yang mempunyai pendirian yang betul dan menegakkan kebenaran.

Mereka ini tanpa segan silu, begitu celupar menghentam, mengkritik dan memaki hamun pemimpin parti sendiri, parti sahabat tanpa ada sedikitpun rasa bersalah.

Hebatnya mereka ini sehingga berita kecaman mereka terhadap Pakatan Rakyat dipaparkan di muka hadapan media tali barut Umno-BN.

Mereka menganjurkan demonstrasi, membuat sidang akhbar, menyertai temuramah di televisyen dan sebagainya.

Mereka sangkakan mereka politikus yang hebat, tetapi hakikat sebenarnya, mereka alat propaganda Umno-BN untuk mencemar nama baik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Mereka-mereka ini kononnya atas ‘dasar prinsip’ sudah tidak memperdulikan siapa kawan dan siapa lawan.

Mereka sebenarnya amat dibenci rakyat. Majoriti ahli, penyokong dan pengundi-pengundi mereka dari kalangan Pakatan Rakyat, amat membenci mereka sekarang.

Mereka dengan jelas menunjukkan kebodohan. Mereka sangkakan mereka aset kepada Umno. Umno pun tidak mahu mereka kerana mereka ini liabiliti. Mereka adalah ‘duri dalam daging.’ Kalau sesama Pakatan Rakyat pun mereka boleh ‘kencing’, apatah lagi Umno.

‘Lalang-lalang’ yang tidak berprinsip ini hanya dipergunakan Umno-BN dalam waktu yang singkat sahaja. Selepas ‘keringat mereka diperah sehingga keluar najis’, mereka akan dibakulsampahkan oleh Umno-BN.

Kita pun sakit hati dengan spesis-spesis yang mencemar Pakatan Rakyat ini. Tidak tahu hendak dilabel apa mereka ini. Katak? Mengkarung? Sesumpah? Beruk Mat Yeh? Yang pastinya mereka ini dari spesis ‘lidah bercabang.’

Namun setakat ini kita amat yakin, spesis ‘lidah bercabang’ ini tidak akan mampu menggugat setiakawan dan keutuhan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tertegak dengan kehendak majoriti rakyat, bukannya dengan segelintir yang berkepentingan.

Kedangkalan dan keceluparan mulut spesis-spesis ini harus dibalas. Kebiadaban mereka tidak boleh didiamkan sahaja. Mulai saat ini, kita padamkan sahaja nama mereka dari persada politik negara dan kita catatkan dalam sejarah, bahawa inilah spesis-spesis yang pernah mencemar sejarah politik negara.

Oleh itu cabaran besar yang harus diambil tindakan serius oleh pemimpin Pakatan Rakyat, ialah dengan membersihkan anasir-anasir jahat ini. Siapa yang melanggar prinsip persefahaman dan setiakawan, harus dibuka pintu untuk mereka keluar.

Biar mereka keluar dan menjadikan jadi bebas. Tetapi rakyat tidak boleh dibohongi, kerana rakyat tahu mereka ini ‘bebas ada makna’, nama sahaja bebas tetapi sebenarnya menyokong Umno.

Apa pun kita yakin, segelintir golongan bebas ini, sama sekali tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dengan bersihnya golongan yang berkepentingan ini dari Pakatan Rakyat, nescaya graf sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

sumber: wargamahrean / best1of’s blog

Komen : Beginilah jika melepaskan anjing yang tersepit yang dah biasa menjilat tahi..walau dilepaskan dari ikatan ,diberikan makanan yang sedap-sedap masih juga ia mahu menjilat tahi itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...