Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label Rahsia Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Tuhan. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Alam Kerohanian - Roh,Akal dan nafsu

lmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh.

Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan `ruhun'. Apakah
yang dikatakan roh itu?

Untuk mencari jawapannya marilah bersama-sama saya mengembara ke alam rohani ini, dengan izinAllah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga turut sama dapat memahaminya melalui pengembaraan kerohanian ini.

Untuk itu mari kita kenali apa itu roh.

Roh terbahagiakepada dua iaitu:

1. Ruhul hayah
2. Ruhultamyiz

RUHUL HAYAH


Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat,binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologiatau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat seperti batu, kayu dansebagainya.

RUHUL TAMYIZ

Ruhul tamyiz (ruhul amri)lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud
pada binatang tetapi hanya wujudpada manusia, malaikat dan jin.

Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka di pertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang.
Binatang hanya ada ruhulhayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki
roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat.

Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat.Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dariAllah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah
suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka
dianggap makhlukyang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhultamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan:
Maksudnya: "KetikaAllah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan
akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.

Kemudian Allah berfirman kepada akal:`Demi kebesaran dan
kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku
sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan
pada orang yang Aku cintai. Kepada mu lah Aku akan menyuruh, melarang danmenyeksaserta memberi pahala'."
(RiwayatAbdullah bin Imam Ahmad)

Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain
makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak
diberi pahala.Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka
jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh
kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada keSyurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya.

Kalau mereka berbuat baik akan diberipahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini.Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikatdan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat,
malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluardari jin, jin akan mati.
Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul
hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati.Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain.

Mungkin dapat melihat alam malakut,dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur,dapat melihat alam Akhirat, dapat
melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam
mawaraa-ul maddah - ) iaitu dapat melihat alam di luar material
(kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di
waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu
seseorang itusedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang
suci, seseorang ituakan dapat mimpi yang baik-baik.

Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat,syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan
dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia
akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca
hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau
melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak
semajlis dengannya.

Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh.

Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu
bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.

Perlu dijelaskanlagi:

1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang
taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti
yang disebutkan didalam Al Quran:

Maksudnya: (Malaikatitu) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa
yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan."(At Tahrim:6)

2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurgadan tidak ke Neraka.

3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga
sekali. Kalau diasuh,dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak
malaikat yang berupa manusia.Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak
dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang
berupa manusia.

Sumber dari e sufi

Wednesday, April 14, 2010

HambaMu

Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku
Agar jasad lahirku patuh kepada-Mu
Hidupkanlah jiwaku agar jawarihku
Taat dan setia kepada-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhan
Bangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaan
Agar fitrahku dapat dikembalikan
kepada asal kejadian
Fitrah semula jadi sebelum dirosakkan
Dia telah kenal Tuhan
Dia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan

Tuhan!
Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaan
Nanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaran
Janganlah Engkau tinggalkan jiwaku buta
Hingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran

Tuhan!
Peliharalah fitrahku
Janganlah sampai ada yang merosakkannya
Jagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya

Tuhan!
Rosak fitrahku
Maka rosaklah jawarihku
Rosak fitrahku, rosak pulalah syariatku
Yang paling aku takut, jangan sampai rosak
perhubunganku dengan Tuhan
Kalau berlaku, punahlah kehidupanku
dunia dan Akhirat

Sia-sialah umur dan kehidupanku
Malanglah aku dan binasalah aku
Oleh itu sekali lagi harapanku kepada-Mu
Jagalah fitrah semula jadiku
Aku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujian
Engkau sajalah yang mampu menjaganya....

Tuesday, February 23, 2010

PERBEZAAN ANTARA BERKAT DENGAN ISTIDRAJ

PERBEZAAN ANTARA BERKAT DENGAN ISTIDRAJ
Terima kasih Tuhan kerana masih lagi memilih kita untuk terus hidup dan masih lagi mengizinkan kita untuk menimba ilmu Tuhan yang sangat berseni ini. Selawat dan salam keatas Nabi Besar Junjungan kita Muhammad SAW.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Sunnatullah. Sudah jarang umat Islam mengambil pengajaran tentang hal ini. Sunnah Rasulullah selalu orang perkatakan.
Pada kita Sunnatullah merupakan rahsia Tuhan, mestilah kita mengambil tahu, membincangkan. sebab dunia ini berjalan, terutama pentadbiran Tuhan pada manusia melalui sunnah-Nya, sedangkan sunnah itu dilakukan sejak azali lagi dan tidak diubah-ubah oleh Tuhan.
Yang tidak diubah Tuhan inilah kita bahaskan, kita intai-intai supaya tindakan kita tidak bersalahan dengan Sunnatullah dan agar selamat kita dunia akhirat.
Dalam beberapa ayat yang Tuhan sebut bahawa sunnah-Nya tidak berubah-ubah, disinilah keadilan Tuhan, padahal Tuhan berkuasa mutlak, apa saja Dia nak lakukan siapa nak objek, tapi Tuhan tidak langgar.
Diantara Sunnah Tuhan kepada alam, terutama manusia, adalah berdasarkan rahmat-Nya dan berdasarkan berkat. Ikut rahmat-Nya: siapa yang ikut Sunnatullah Tuhan mula-mula sekali memberi rahmat kepada Rasulullah, Tuhan cipta Rasulullah menjadi rahmat kepada alam, sebelum dan sesudah, beliau Shahibul Zaman, apa-apa saja yang diciptakan kerana Rasulullah, sebab itu Rasulullah itu disebut sebagai Rahmat kepada alam.
Padahal kalau Tuhan tak jadikan dunia kerana Rasulullah bukan Tuhan cacat, bukan Tuhan susah, tapi Tuhan nak melihatkan kebesaran hamba-Nya, yaitu Rasulullah. Seolah-olah Tuhan hadiahkan dunia ini pada Rasulullah, apa saja yang berlaku baik buruk kerana Rasulullah.
Rahmat Rasulullah itu kalau dialirkan kepada hamba-hamba Tuhan. Kalau pada orang bertaqwa dikatakan berkat: "walau anna ahlal.... Jadi kalau Tuhan nak cetuskan kebaikan kepada orang bertaqwa samada ilmu, kekayaan, kepandaian itu atas dasar berkat.
Apa arti berkat?
Muslimin muslimat yang dikasihi. Berkat, asalnya Rahmat, kepada Rasulullah, selepas Rasulullah maka diberi pada Mujaddid, kemudian dialirkan kepada orang-orang bertaqwa maka jadi berkat, ertinya bertambah.
Kalau Tuhan beri kerana berkat, maka ilmu, kejayaannya kerana berkat maka ertinya keimanannya bertambah, kebaikannya bertambah. Rahmat Rasulullah tadi dialirkan kepada orang bertaqwa di namakan berkat.
Apa erti Istidraj ?
Tapi bagi orang-orang yang durhaka, orang jahat Tuhan bagi juga atas dasar Rahmat yang telah diperuntukkan kepada Rasululah, berupa kejayaan, rezeki tapi dengan istidraj atau kemurkaan-Nya.
Tuhan tidak diskriminasi, kedua-dua kelompok manusia Tuhan bagi tapi ada atas nama kasih sayang-Nya, berkat ada juga atas nama murka-Nya atau Istidraj.
Saperti kita pergi ke Zoo ke kawasan beruk, beruk datang berebut-rebut pisang yang kita bawa, kita sakit hati, lalu kita lempar pisang itu ke muka beruk, di makannya, tapi kita benci.
Begitulah manusia sama-sama dapat nasi, duit, kaya, tapi atas murka Tuhan, akhirnya ada duit tapi tak ada ketenangan, tak ada keamanan dan keselamatan.
Begitulah manusia hari ini nak apa saja bukan ikut cara Tuhan, boleh juga Tuhan bagi tapi kesanya isteri tak taat, anak durhaka, pergi sana sini takut, bertambah rosak bertambah buruk sehingga kejayaan sudah tidak ada arti apa-apa, bahkan menyusahkan. Kalau diberi kepada orang-orang yang bertaqwa kesannya akan bertambah baik.
Berkat: Berkat ini ada yang didapati atas dasar individu dan jemaah. Kalau pada individu mungkin kerana ada individu yang bertaqwa. ini mudah dikesan.Yang payah dikesan apabila diberi oleh Tuhan atas nama jama'ah.
Tuhan beri supaya jamaah nampak indah. tapi tidak semua individu dapat kerana Tuhan nak lakukan keadilan-Nya. supaya ada kasih sayang, perpaduan. Sebab itu jama'ah kebenaran, Tuhan berbagaikan berkat, tidak sama jenisnya.
Sebab itu kita tidak boleh mengatakan sesuatu yang kita dapat kerana berkat kita seorang, tapi katakan berkat orang lain.sandarkan dengan salah seorang pemimpin kita, baru beradab, tawadu', Kalau kita lihat kejayaan lahir para jutawanlah yang banyak berkat, lalu sombong maka yang asalnya berkat, lama-lama jadi istidraj.
Kerana itu bukan orang-orang tu tak ada berkat, tapi bentuknya lain. Saperti pokok kalau tak faham, kita pujilah ranting-ranting yang banyak buahnya, manis buahnya, lupa dengan pokok dan akar.
Jadi masing-masing ada peranan. Kerana itu dikalangan kita jangan kita anggap lebih. Kita tidak tahu di tangan siapa yang mendapat berkat itu. Walaupun kita kata nak lahirkan orang-orang bertaqwa tapi kalau tak faham maka kita akan sakit-sakit hati, jatuh menjatuhkan.pecah ukhuwah.
Kalau kita faham kita akan takut dengan Tuhan, malu, cemas, bimbang dan sandarkan dengan berkat orang lain. Peristiwa Kehancuran Islam di zaman Kamal Artartuk di Turki:
Nak hancurkan orang yang istidraj . Nak naikkan orang yang ikhlas. Tuhan dalam mengatur alam ini sangat berseni. Nabi Yunus Tuhan biarkan 40 hari dalam perut ikan demi hendak menginsyafkan umatnya.
Kita tidak akan mampu membaca secara lahir cara Tuhan dalam kejadian Nabi Yunus itu. Kejadian itu bukan kejadian istidraj tapi berkat. Kalau betul-betul kita bertaqwa kalau ada yang mahu menonjolkan kita, kita akan tolak.
Akhir Zaman nanti Tuhan akan alihkan dengan sendirinya yang akan berperanan sekalipun nampak sekarang yang menojol itu banyak dikalangan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang, maka Tuhan dengan sendirinya akan mengubah peranan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...