Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Monday, May 4, 2009

Berkabung?Bomoh?


Isu kerajaan Nizar, BERSIH Seru Rakyat Berpakaian Hitam

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.

NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1 Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.Seterusnya

'Saya ada bukti bomoh ke DUN Perak'

Seorang wakil rakyat PAS – yang mendakwa menteri besar BN membawa masuk bomoh ke DUN sebelum persidangan penting, Khamis ini – berkata beliau mempunyai “bukti” berhubung dakwaannya itu.

ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam.

"Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan.Seterusnya..

Wak rasa dah seram sejuk pasal 2 berita kat atas ni..apa mau jadi da ini negeri Pasir 2 butir..Yang satu dah nak anjurkan upacara berkabung..agaknya pasal perlembagaan dah kira nak dikuburkan ker?ho..ho..tak pasti pulak wak..tapi rasanya persidangan DUN kali adalah yang paling bersejarah di Malaysia..pasti penuh dengan semut merah bersama trak-trak pembedil air berbisa..Bersiaple kome semua..pakai baju hitam bersama dengan baju hujan kalis air berbisa..Jangan provok..ikut aje arahan deme tu...nanti tak pasal-pasal masuk dalam 1 minggu..

Lagi satu wak pun tak faham pasal apa pulak YB TitiSerong kata depa ada angkut Bomoh jampi bilik persidangan ..jenis bomoh apa pun tak dapat dipastikan..bomoh hujan ke..bomoh macam nujum Pak Belalang..heh..heh..apapun takkan Yb TitiSerong nak cakap bohong kut..diakan ustaz..Tapi Mamat tu pi buat laporan Polis la pulak..pasal bomoh ni..kenapa pulak dia tak dakwa bomoh tu sendiri yang bikin sukarela..tanpa paksaan..ataupun saja trick jer macam kisah masa PakLah nak letak jawatan dulu heboh kata ada benda kat kerusi PakLah tu...Tak pasal-pasal orang tua tu kena mandi bunga..he..he...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...