Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, May 24, 2009

Sajak Kematian




Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my | Foto Wan Zahari Wan Salleh  Sat | May 23, 09 | 4:25:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi...seterusnya..


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meletakkan kesalahan ke atas Umno dan Barisan Nasional berhubung krisis politik terburuk dalam sejarah negeri Perak moden. Dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mei kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beloiau berkata tercetusnya kemelut politik Perak adalah kerana Umno dan Barisan telah membelakangi prinsip-prinsip perundangan dan demokrasi demi meragut kuasa daripada sebuah kerajaan pilihan rakyat yang sah. Surat beliau itu dihantar sebagai menjawab kenyataan Datuk Seri Najib di bawah tajuk "Perak Sultan Should Not Be Blamed" oleh Bernama dan "Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib" oleh Utusan Malaysia.Seterusnya..

Bagi Wak ini merupakn detik-detik kematian demokrasi di negara kita..Kuasa rakyat dipandang enteng dan tidak dipedulikan..Apakah mereka tidak pernah bermuhasabah diri yang segala ini adalah merupakan saat-saat kematian mereka?Insaflah tiada yang kekal di mukabumi ini..Sebuah sajak kematian bakal mengiringi mereka ke alam yang mereka inginkan...
 


     "Kalau sekiranya kamu dapat melihat      malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang      kafir seraya memukul muka dan belakang mereka      serta berkata, 'Rasakanlah olehmu siksa neraka      yang membakar' (niscaya kamu akan merasa sangat      ngeri)" (QS Al-Anfal [8]: 50)            "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di      waktu orang-orang yang zalim berada dalam      tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para      malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata,      'Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini, kamu dibalas      dengan siksaan yang sangat menghinakan karena kamu      selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang      tidak benar, dan karena kamu selalu menyombongkan      diri terhadap ayat-ayat-Nya" (QS Al-An'am [6]:      93).

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...