Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, January 25, 2012

MENGINGATI MATI ..


MENGINGATI MATI ..




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)
Huraian Hadith:
1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.

2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.

3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.

4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.
Larangan Meminta-minta Mati
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.
كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
 (Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28) 


Iluvislam

- SEKADAR PERINGATAN BERSAMA

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi'e biasa sebagai pendapat golongan atheis, dan tidak kurang pula orang yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebabnya yang zahir sahaja. Dia mengambil logik bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan juga kemalangan sama ada di udara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.


Selain itu mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, ta'un dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang disebut di atas. Jika berlaku kematian di kalangan mereka, lantas mereka bertanya, "sebab apa si pulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?".

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang, atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimanapun ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi sesuatu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingat mati, untuk itu dia menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi seorang yang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa waspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan orang-orang soleh itu jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak beri amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika tiada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan menjerumus ke lembah bahaya itu.


Selain itu Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janjiNya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah, iaitu para rasul a.s.w., para nabi-nabi, para wali-wali dan orang-orang solihin.


Selain itu malaikat maut mengadu kepada Tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang akan menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak keluarga dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.


Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai sebab-sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam. Sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlaku kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana menghidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.


Ketika itu Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.


Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang telah diamanahkan kepadanya.


Walau bagaimanapun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab atau tidak, sebagaimana yang dinyatakan pada awal tulisan ini, bahawa ada ketikanya malaikat maut datang hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak ketawa, hingga malaikat maut merasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal, sama ada seseorang yang sedang sakit ataupun ketika sihat dan segar bugar.


Firman Allah Taala: Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya." (Surah Al-A'raf: ayat 34)

Thursday, January 19, 2012

FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.


 FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.




PEMBANGKANGAN ADALAH CARA POLITIK BARAT MERUPAKAN FITNAH DALAM SISTEM POLITIK ISLAM.

Amalan pemimpin dan rakyat di zaman Saidina Abu Bakar Assiddik dan di zaman Saidina Umar Alkhattab adalah yang terbaik dan bercirikan sistem Islam sepenuhnya. Amalan agama dan politik di zaman inilah yang terbaik satelah tamat zaman Rasulullah saw. Ini di benarkan oleh Hadis Sahih Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw, “Sebaik-baik kamu (Umat islam) ialah mereka yang berada dizamanku, kemudian yang berikutnya (Zaman Abu Bakar) kemudian yang berikutnya (zaman Saidina Umar ra).- Hadis Sahih Muslim.

Jadi apa yang yang dikatakan oleh puak Ihkwanul Muslimin Mesir bahawa segala amalan dan perkataan Khalifah empat adalah lapuk dan tidak sesuai pada zaman moden adalah salah, kerana Rasulullah saw memeberi pertunjuk yang berlainan. 

Puak Ikhwanul Muslimin itu berkata demikian supaya mereka boleh menjadi pembangkang, kerana jika mengikut kaedah Khalifah Arrasyidin pembangkang ini tidak ada dan tidak pernah dipraktikkan oleh khalifah Arrasyidin dan khalifah atau pemimpin yang dipilih berkuasa seumur hidup (Khalifah/Sultan). Pembangkangan adalah fitnah besar dalam sistem politik Islam. Kita lihat apa kata Saidina Umar ra tentang politik pembangkang,

Daripada Khuzaifah ra katanya, “Pada suatu ketika kami berada bersama Umar, lalu dia bertanya, “Siapakah diantara saudara-saudara yang hafal Hadis Rasulullah saw mengenai fitnah sebagaimana yang pernah disabdakan beliau? 
Jawabku, “Aku”. 
Kata Umar “Engkau sungguh berani !.Bagaimana sabda beliau?”.
Aku mendengar Rasulullah bersabda, “Fitnah seorang laki-laki bersumber atau terletak pada isterinya, pada hartanya, pada dirinya, pada anaknya, pada tetangganya. Semuanya tidak melakukan puasa, tidak bersembahyang, tidak bersedekah, tidak mahu menganjurkan yanh makruf (kebajikan) dan mencegah yang mungkar”. 
Kata Umar, “Bukan itu yang aku maksudkan, tetapi ialah huruhara yang menggelora bagaikan gelombang lautan”. 
Jawabku, “Anda tidak terlibat dalam peristiwa itu !, Ya Amirul Mukminin !, Kerana antara anda dengan bencana itu ada suatu pintu yang terkunci rapat”. 
Tanya Umar, “Apakah pintu itu dipecahkan orang atau dibuka orang”?.
Tidak dibuka, tetapi dipecahkan orang”. 
Kata Umar, “Kalu begitu patutlah pintu itu tidak lagi dapat dikunci untuk selama-lamanya”. 

Kami bertanya kepada Khuzaifah. “Tahukah Umar pintu yang mana”. Jawab Khuzaifah, “Ya !, saperti yang diketahui oleh Umar pada malam besok hari”.-Hadis Sahih Muslim.

Pintu yang diperkatakan oleh Khuzaifah dan Khalifah Umar ra itu ialah kematian Umar ra pada malam besoknya. Pada malam besoknya Umar dibunuh ketika menjadi imam bersembahyang oleh seorang Majusi. Selepas kematian umar ra beliau di ganti oleh Saidina Uthman bin Affan, dan di zamannya terjadilah pembangkangan politik sehingga terjadi pemberontakan dan mengakibatkan Saiidina Uthman terbunuh. 

Kematian Umar menjadi pemisah kepada dua zaman yang berlainan. Iaitu dimana zaman Abu Bakar ra yang tidak ada pembangkangan politik dan begitu juga di zaman Umar ra. Di zaman Uthman ra dan zaman Ali kw terjadi pembangkangan politik, ia membawa banyak fitnah dan huruhara. Terjadi hasil dari pembangkangan politik itu. 

Pembangkangan ini pula bukanlah dibuka atau ditaja atau direstui oleh khalifah yang memerintah saperti mengadakan pemilihan semula khalifah dan sebagainya, walaupun ada umat Islam yang menyuruh Saidina Uthman meletak jawatan. Jika Saidina Uthman bersetuju meletak jawatan, maka pemilihan semula berlaku dan ini adalah pembangkangan yang dibuka. Demikian juga di zaman Saidina Ali, beliau tidak mengadakan parti pembangkang, tetapi beliau tetap ditentang oleh Muawiyah, dan ini juga tidak ditaja oleh umat Islam. Tetapi dipecahkan dan diusahakan oleh Muawiyah. 

Kata Saidina Umar pintu fitnah pembangkangan ini tidak dapat ditutup selama-lamanya. Kerana itulah ada sahaja pembangkangan politik yang akan berlaku. Ianya dapat dikawal, tetapi tidak dapat dihapuskan sama sekali. Lebih-lebih lagi amalan politik Barat yang mewajibkan ada parti pembangkang menjadi amalan seluruh dunia, termasuk negara-negara Islam. 

Apabila Saidina Umar ra di lantik menjadi Khalifah, beliau berucap di khalayak ramai. Antaranya kata beliau, jika aku tidak betul maka luruskanlah aku. Maka bangun seorang dengan pedangnya berkata jika engkau tidak betul akan diluruskan dengan pedang. Ini menunjukkan semangat penentangan itu telah bertapak se awal-awal zaman khalifah lagi. Saidina Umar tidaklah menyuruh umat Islam bertindak sekeras itu, ia bermaksudkan ingatkan dirinya. 

Adalah tidak beradab mengangkat pedang di hadapan seorang Khalifah dan dijamin syurga pula oleh Rasulullah saw. Tindakan dengan pedanglah yang membawa padah kepada Saidina Uthman ra dan Saidina Ali kw. 

Malah pembangkangan ini juga telah timbul di zaman Rasulullah lagi apabila seorang yang berjanggut lebat, mata cekung dan dahinya menjorok menegur Rasulullah supaya baginda takut kepada Allah swt. Ini adalah salah, kerana Rasulullah saw tidak perlu di ingatkan oleh manusia tentang hal ehwal agama, tetapi boleh memberi pandangan tentang hal ehwal adat dan cara dalam hal-hal keduniaan. Ini kerana dia sentiasa dalam peliharaan Allah dan tidak mungkin melakukan maksiat dan melakukan kesalahan dalam hal agama. Jika ada kesalahan kecil dalam tugas, maka Allah swt sendiri meluruskannya. 

Pernah berlaku Rasulullah saw meninggalkan seorang buta dan menghadap seorang bangsawan Quraisy apabila keduanya datang bertanya mengenai agama Islam. Allah swt menurunkan ayat Alquran menegur Baginda Rasulullah saw. 

Dalam kes ini, manusia berjanggut tersebut adalah manusia biadap dan mempunyai sikap keterlaluan. Di mana manusia saperti inilah yang meniup semangat penentangan (pembangkangan) terhadap para pemimpin dan akhirnya lahirlah militan yang bersemangat saperti dirinya.dan menjadi pengganas dunia. Malah setengah dari mereka membunuh orang Islam dan para pemimpin negara Islam yang tidak bersetuju dengan cara mereka. Kita boleh lihat apa yang berlaku di Linya, Iraq dan beberapa negara Islam yang bergolak.

Dalam zaman di mana amalan demokrasi bebas Barat ini berleluasa maka pembangkangan pun dibenar diamalkan dengan meluas dan merata tanpa mengingat lagi bahawa politik pembangkang ini tidak ada dalam kamus politik Islam. Amalan yang ditiru dari Barat ini menyebabkan politik umat Islam sentiasa tidak tenteram hasil asak mengasak antara parti kerajaan dan parti pembangkang. Fitnah ini tidak akan membuah kebaikan. Bagi Barat sistem ini memberikan menfaat kepada mereka dengan memecah kecilkan umat Islam. 

Lagi pun Rasulullah saw pernah bersabda ada tiga zaman terbaik iaitu zamannya, zaman Abu Bakar dan zaman Umar. Tidak ada zaman terbaik yang keempat. Sekarang ini negara demokrasi masih berada diatas landasan sunnah politik Islam, iaitu pemimpin dipilih. Ada jejak-jejak kenabian walaupun tidak sepenuhnya sunnah, kerana zaman nabi saw tidak ada pembangkang dan Rasulullah saw sendiri tidak mendaftarkan parti pembangkang. 

Begitu juga di zaman Abu Bakar ra dan Umar ra, tidak ada pembangkang walau pun Abu Bakar tidaklah sebaik Rasulullah saw dan Umar pula tidaklah sebaik Abu Bakar. Sistem politik yang mewajibkan ada pembangkang menjadi perbezaan antara amalan politik demokrasi kini dengan demokrasi Rasulullah saw dan para sahabat. 

Namun pembangkangan ini telah terjadi dan tidak akan berhenti. Manusia memang makhluk yang suka membangkang tanpa usul periksa. Di zaman terbaik Islam itu, pemimpin dipilih dan pembangkang tidak ada atau tidak dibuka. Mereka mengamalkan syura iaitu nasihat dan berbincang. Di zaman kita sekarang ini pemimpin juga dipilh tetapi pembangkangan berlaku dan dibuka pula. Di sesetengah negara Islam pembangkangan yang dibuka secara dekmorasi telah beralih menjadi pembangkangan bersenjata saperti Di Indonesia dan Algeria.

Inilah perbezaan Sunnah Pemerintahan Islam di zaman terbaik Islam dengan Sunnah Pemerintahan Islam sekarang ini. Pemerintahan kini telah kembali mengikut jejak kerasulan iaitu pemimpin dipilih dan bukannya lagi warisan saperti yang berlaku dalam pemerintahan monarki iaitu pemerintah beraja. Namun perpecahan telah terjadi akibat di buka pintu bangkangan (pembangkang).
Di zaman Saidina Uthman ra, banyak orang Islam yang suka memburuk-burukkan beliau. Ubaidullah bin Umar yang diampunkannya kerana membunuh juga sangat kuat mengkeritik beliau. Kerana terlampau banyak orang bercakap tentang politik dan membangkang inilah terjadinya pemberontakan dan Saidina Uthman dibenci langsung dibunuh. Zaman bagindalah bermulanya fitnah dalam pemerintahan.

Di zaman Saidina Ali, pembangkang politik bertukar menjadi pemberontakan. Pemberontakan ini diketuai oleh Muawiyah. Semasa berperang dengan Saidina Ali, kuasa politik negara Islam tidak berkembang lagi saperti di zaman Umar ra. Muawiyah terpaksa berdamai dengan tentera Rome dan membayar sejumlah wang yang banyak. Tenaga umat Islam masa itu digunakan untuk memusnahkan sesama sendiri.

Pembangkang Muawiyah adalah orang yang bertanggung jawab diatas kejadian dan fitnah yang buruk itu. Saidina Ali ra tidaklah boleh disalahkan. Ini kerana Saidina Ali adalah orang terjamin syurga dan digelar "Pintu Ilmu" sementara Muawiyah tidak ada kelebihan sedemikian. Mencegah negara Islam dari mempunyai dua khalifah adalah tugas khalifah awal dilantik.

Semasa Muawiyah masih kecil, beliau sedang tidur di riba Nailah, kakaknya, dan Rasulullah saw berkata “Engkau sayangkah kepada adik engkau itu, sesungguhnya dia akan menjadi orang besar islam seluruhnyanya”. Setelah dewasa Muwawiyah berkata, “Perkataan itulah yang aku selalu ingat”. Rupanya percakapan Rasulullah saw menyebabkan Muawiyah mempunyai niat kepada politik yang kuat, sehingga sanggup berperang dengan "pintu ilmu" itu, iaitu Saidina Ali kw.

Muawiyah sepatutnya mengerti apabila Rasulullah berkata sesuatu perkara, tentu akan terjadi. Jika beliau tidak berperang dan tidak meminta pangkat sekalipun beliau tetap akan menggantikan Saidina Ali kw disatu hari nanti. Jika beliau taat kepada Ali maka beliau tetap akan dilantik oleh umat islam kerana pada ketika itu beliau sahajalah ahli politik yang bijak. Namun begitu beliau mengambil keputusan berperang untuk mendapat kuasa. Jadi terpaksa melangkah seratus ribu nyawa atau lebih.


Segeralah bersatu untuk membangunkan sistem pemerintahan Islam.

Semoga bermenafaat


tulisan zabada

Sunday, January 15, 2012

Perbanyakkanlah sujud bersama-sama orang yang beriman...


Banyakkan lah bersujud!

Dikisahkan oleh Rabiah bin Ka'ab al-Aslami, bahawa pada suatu malam dia pernah menyediakan sebaldi air wuduk dan keperluan-keperluan lain yang diperlukan Rasulullah SAW. Melihat kebaikan yang dilakukan oleh Rabiah, Rasulullah berkata kepadanya, "Mintalah sesuatu dariku, wahai Rabiah."

Rabiah pun menyebutkan permintaannya. "Wahai Rasulullah, aku minta agar Allah menjadikan sebagai pendampingmu di syurga kelak." Rasulullah bertanya lagi, "Apakah tidak ada permintaan selain itu?"

"Tidak ada, wahai Baginda Nabi. Hanya itu yang ingin aku minta darimu, "jawab Rabiah. "Jika demikian, maka jagalah dirimu untuk memperbanyak sujud." (HR Muslim).

Sujud pada hakikatnya bukanlah sekadar gerakan dan ritual yang ada dalam solat. Lebih dari itu, sujud adalah salah satu bentuk kepasrahan secara total dengan merendahkan diri serendah-rendahnya di hadapan keagungan Allah yang Maha Kuasa. Sujud merupakan bentuk pengharapan redha dan cinta dari Zat Yang Maha Melihat, serta bentuk syukur atas pelbagai nikmat Allah, dan menjauhi dari azab Allah yang Maha Dahsyat.




Sujud ialah bukti keimanan seorang Mukmin. "Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri." (Surah al-Sajdah [32]: 15).

Selain itu, sujud juga merupakan bukti nikmat dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. "Mereka itu adalah orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dari orang-orang yang Kami angkat bersama Nuh, dari keturunan Ibrahim dan Israil (Ya'qub), dan dari orang-orang yang telah Kami beri petunjuk dan telah Kami pilih. Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. "(Surah Maryam [19]: 58).

Sujud juga waktu yang paling intim antara seorang hamba dengan Tuhannya."Sesungguhnya saat yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud." (HR Muslim). Kerana sujudlah, seorang manusia mendapat predikat Ibadurrahman, hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang, dan dijamin masuk syurga. "Dan Ibadurrahman (hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang) ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. Dan, mereka adalah orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka. "(Surah al-Furqan [25]: 63-64).

Dengan demikian juga Allah mengangkat darjat para sahabat Rasul dan menjadikan mereka sebagai golongan yang paling mulia dalam sejarah umat manusia. "Muhammad itu adalah utusan Allah. Dan, orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang dengan sesama mereka. Kamu melihat mereka ruku 'dan sujud mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya. Tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. "(Surah al-Fath [48]: 39). Wallahu a'lam.

Saturday, January 14, 2012

Tanpa Kita Sedar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi

Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan

Tanpa kita sedar selama kita bercakap akan keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri

Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan

Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan

Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka

Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil

Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha

Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah

Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan

Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya



Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya

Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa

TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA....

Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya....

Dan Tanpa Kita Sedar

Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya

- Artikel iluvislam.com

Tanpa Kita Sedar | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Monday, January 9, 2012

Siraman Rohani Islam : Meneladani Perjuangan Nabi Muhammad


Siraman Rohani Islam : Meneladani Perjuangan Nabi Muhammad

Hari Senin (9/3) bertepatan dengan peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW. Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah dan Rasulnya, Maulid Nabi Muhammad SAW sangat perlu untuk diperingati, guna mengingat kembali perjuangan beliau dan para sahabat yang sangat luar biasa dalam menegakkan agama Islam.
Banyak aspek dan penjabaran dari prinsip rahmatan lil alamin yang dapat diteladani serta dipraktikkan oleh umat Islam dalam kehidupan sehari-hari. Salah satunya tercantum pada ayat 29 QS: Al Fath. “Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya, keras terhadap kaum kafir, tetapi berkasih saying sesama mereka, mereka ruku’ dan sujud, mencari karunia Allah dan keridlaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada wajah mereta dari bekas sujud’.
Pada ayat ini ada lima poin penting yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad SAW, yakni :
1. Ketegasan terhadap kaum kafir, yaiitu orang atau sekelompok orang yang menuebarkan kebencian kepada kaum beriman, dalam bentuk lahiriah, seperti mengganggu, menghlangi, dan memerangi langkah-langkah umat Islam. Selama 10 tahun periode dakwah di Madinah, Nabi Muhammad harus berperang sebanyak 27 kali karena diganggu secara lahriah. Secara batiiah gangguan juga muncul dalam bentuk pemikiran dan kebudayaan yang menjauhkan umat Islam dari ajaran Allah.
2. Saling mengasihi dengan sesame Muslim. Menjalin kerjasama erat, membina kekohan ukhuwah, ibarat satu tubuh yang harsmonis, seia sekata dalam suka dan derita dana tolong menolong di dalam kebajikan dan ketakwaan.
3. Ruku dan Sujud. Tunduk dan patuh melalui kepemimpinan yang jujur dalam membimbing umat, keluarga, dan dalam menjalankan roda kehidupan sehari-hari. Ruku dan sujud bukan hanya saat salat, tetapi tercermin pada kegiatan social.
4. mencari karunia Alah dan keridlaan-Nya dalam setiap gerak dan lagkah, dalam berpikir, dan bertindak. Semua gerak dan langkah tidak terlepas dari hokum Allah serta petunjuk Rasulullah. Aturan yang sekiranya menjauhkan dari keridlaan Allah sedapat mungkin disingkirkan.
5. Menampakkan tanda-tanda sujud. Bukan hanya garis atau bulatan hitam di dahi, melainkan langkah dan perbuatan benar-benar menunjukkan wujud kepatuhan dan ketundukan kepada Allah SWT.
Momentum peringatan Maulid Nabi sekaligus bisa digunakan untuk melakukan interospeksi diri, apakah lima point keteladanan Nabi Muhammad sduah dilaksanakan atau belum. Sudahkah kita tegas terhadap siapa saja yang menghalangi pelaksanaan hokum Islam sbagai rahmatan lil alamin? Ikut terjun melawan hawa nafsu atau malah sebaliknya kita mudah terbujuk oleh ajakan untuk menolak ajaran Allah?
Selain itu, apakah kita juga mampu mempertahankan ukhuwah Islamiyah, atau malah sebaliknya suka memusuhi sesama umat Islam, dengan berbagai alasan? Jangan sampaoi kita malah lebih banyak bergaul dengan musuh-musuh Islam? Mengecam keunggulan dan kejayaan umat Islam agar runtuh dan hancur, seringkali tidak sengaja dilakukan.. Hal ini harus menjadi introspeksi pada hari Maulid Nabi Muhammad SAW.
Tentu saja pertanyaan jug diarahkan kepada kita, apakah sudah ruku dan sujud dengan aturan Allah dalam kehidupan sehari-hari. Sejauh mana kepatuhan kita terhadap aturan Allah. Jangan-jangan kita malah lebih patuh pada aturan kelompok, negara atau para pejabat yang belum tentu sejalan dengan aturan Allah.
Sudahkah kita mampu menunjukkan tanda-tanda sujud kita di dalam kehidupan sehari-hari. Salat mencegah kerusakan dan kemungkaran akhlak dan akidah. Atau malah kita terjerembab ke dalam kubangan kemaksatan, walaupun salat kita dilakukan dengan baik, dan ditunjukkan dengan bercak hitan di dahi. Demikian pula apakah puasa yang kita lakukan juga memberikan pengaruh pada kemurahan dan kedermawanan? Atau malah hanya membawa kita kepada ujub, riya, dan takabur? Demikian pula ibadah haji yang dilakukan, sudahkah mengubah perilaku sehari-hari dan membawa pada ketreguhan tauhid Islam?
Beberapa hal di atas sudah sepantasnya menjadi bahan renungan pada Maulid Nabi Muhammad. Jangan hanya melakukan upacara tanpa makna, sehingga apa yang dilakukan hanya sebatas fisik, tanpa membawa perubahan dalam pola piker dan bertindak. Mari kita lakukan introspeksi dan meneguhkan semangat untuk memperbaiki keimanan dan ketakwaan kita kepada ajaran Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Nota : 
Siapakah yang boleh mendabik dada perjuangan mereka itu hebat sedangkan  pengorbanan dan perjuangan Nabi S.A.W bersama sahabat jauh lebih hebat demi mempertabatkan Islam daulah di mukabumi ini.Namun sekecil perjuangan kita ini tetap akan dikirakan Allah kerna perjuangan mendaulahkan Islam dimukabumi ini menjadi kewajiban setiap  muslimin yang mengaku beriman kepada Allah Subhanawataala... 

Wednesday, January 4, 2012

Insya Allah...Perjuangan membela Islam akan tertegak jua..


Perjuangan ini adalah sunnah..
Menuju jalan yang lurus..
yang setiap hari 5 waktu disebut..dihafal dihati..meruntun jiwa..
Insya Allah..
Akan ada jalanNya..
Teruskan perjuangan..
Kerana dari derita dari perjuangan...
Akan terbit sinar kebahagian..
Akan terbit sinar kejayaan..
Insya Allah..
Tabahkan hatimu...
Moga perjuanganmu direstui..
kerana kau akan ditemukan Allah jalannya..

....................................................................................................




Monday, January 2, 2012

Puisi Tahun Baru-Tabik buat anak muda...




Siapa lagi yang kau cari
kerana semua telah pergi
puing-puing terbakar
sisa dan bukti kematian
darah kering merembes di tiang-tiang pilar
kaca pecah jendela musnah
rumah impian menjadi debu
dan asap berkepul ke langit jauh
sang bima sakti
dalam jubah dan pedang berkilat
bersimbahan darah
malam kian pekat
gerimis darah membuak !
Pulanglah ke jalan asal
dari mana kau datang
tak siapa sudi menjengukmu
jendela yang ranap
Kecuali mereka yang mewah
masih berpesta pora
dengan tiupan trompet tahun baru
menikmati merakus kemewahan
bersesak di jalan raya
Sang kerdil terus meniup trompet
trompet duka trompet lara
menyiat segala impian
kala tangan sang kuasa
sedia merampas
tertawa dalam wajah topeng
sedang menusuk jarum
mengait kulit sekain lama robek
siapakah kau
hanya kerikil di jalan
dihinjak kaki perkasa
siapa peduli
rintih kesakitan di ulu hati.
Kecuali Kau
Yang menjadikan kami
miskin lara cinta
mereka si kaya gembira
merampas milik kami tanpa peduli
Gerimis darah
terus menyimbah !
Siti Zainon Ismail

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...