Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label baju hitam. Show all posts
Showing posts with label baju hitam. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

Kemeja Hitam



Polis Tangkap Sesiapa Yang Pakai Kemeja Hitam

Polis memberi amaran akan menahan sesiapa saja yang berpakaian hitam di Ipoh sebagai membantah pencabulan demokrasi sempena dengan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak mulai esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis telah memperolehi perintah mahkamah untuk menahan sesiapa yang menghampiri 500 meter daripada Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri yang menempatkan DUN Perak, menurut Malaysiakini.

Amaran beliau menyusul sehari.....baca selanjutnya
Bold Italic

Ha..ha..wak x de baju hitam..pasal apa baju hitam kalu di pakai rasa panas walaupun dipakai waktu malam..tapi anak wak ada 2 ke 3 helai..yang tulisan katun jer..Jadi wak fikir kalu anak muda macam anak wak pakai baju hitam yang gambar katun hari ni..berada pulak di sekitar Ipoh pasti kena tangkap...huk..ala..apa kebenda la..baju hitam pun nak takut..tuh..yang Mat rempit..peragut yang berleluasa sampai ada yang mati kenapa tak takut..patutnya mereka tu la yang sepatutnya perlu dipantau..dicari..ditangkap..bukan rakyat yang pakai baju hitam hari ni..7 may..betulah..Malaysia ni Polis yang paling unik..sampai tak tahu dah nak buat keja apa...

Monday, May 4, 2009

Berkabung?Bomoh?


Isu kerajaan Nizar, BERSIH Seru Rakyat Berpakaian Hitam

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mahu lagi berbaju kuning, ia akan melancarkan kempen berbaju hitam sempena membantah sidang DUN Perak, Khamis ini.

NGO yang terkenal dengan demonstrasi besar pada 2007 kini membawa slogan baru, "1 Malaysia Gelita, Demokrasi Didahulukan, Adakan Pilihanraya Sekarang" - meniru slogan perdana menteri baru.Seterusnya

'Saya ada bukti bomoh ke DUN Perak'

Seorang wakil rakyat PAS – yang mendakwa menteri besar BN membawa masuk bomoh ke DUN sebelum persidangan penting, Khamis ini – berkata beliau mempunyai “bukti” berhubung dakwaannya itu.

ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam.

"Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan.Seterusnya..

Wak rasa dah seram sejuk pasal 2 berita kat atas ni..apa mau jadi da ini negeri Pasir 2 butir..Yang satu dah nak anjurkan upacara berkabung..agaknya pasal perlembagaan dah kira nak dikuburkan ker?ho..ho..tak pasti pulak wak..tapi rasanya persidangan DUN kali adalah yang paling bersejarah di Malaysia..pasti penuh dengan semut merah bersama trak-trak pembedil air berbisa..Bersiaple kome semua..pakai baju hitam bersama dengan baju hujan kalis air berbisa..Jangan provok..ikut aje arahan deme tu...nanti tak pasal-pasal masuk dalam 1 minggu..

Lagi satu wak pun tak faham pasal apa pulak YB TitiSerong kata depa ada angkut Bomoh jampi bilik persidangan ..jenis bomoh apa pun tak dapat dipastikan..bomoh hujan ke..bomoh macam nujum Pak Belalang..heh..heh..apapun takkan Yb TitiSerong nak cakap bohong kut..diakan ustaz..Tapi Mamat tu pi buat laporan Polis la pulak..pasal bomoh ni..kenapa pulak dia tak dakwa bomoh tu sendiri yang bikin sukarela..tanpa paksaan..ataupun saja trick jer macam kisah masa PakLah nak letak jawatan dulu heboh kata ada benda kat kerusi PakLah tu...Tak pasal-pasal orang tua tu kena mandi bunga..he..he...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...