Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,tapi jangan miskin idea dan jiwa.Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Showing posts with label UBN. Show all posts
Showing posts with label UBN. Show all posts
Sunday, June 19, 2011
Fear the Internet
BERSIH: KOMEN RAIS KAITAN SERANGAN SIBER TAK MASUK AKAL, KATA AMBIGA – minsider
Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan menyangkal dakwaan Rais Yatim sambil menafikan sebarang kaitan penganjuran Himpunan Bersih 2.0 dengan siri serangan siber ke atas laman web kerajaan dan swasta sejak Rabu lalu.
“Ia sangat tidak berasas, tidak munasabah dan tidak masuk akal bagi seorang anggota Kabinet membuat dakwaan ini, yang seharusnya lebih menyedari daripada membuat dakwaan liar seperti itu,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
Justeru kata beliau, komen Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan sahaja tidak adil kepada Bersih 2.0 tetapi juga ke atas rakyat Malaysia yang mempunyai hak berperlembagaan untuk berhimpun secara aman.
“Saya sangat terkejut dengan (kenyataan) meracau beberapa anggota pentadbiran terhadap Bersih 2.0 dan usaha-usaha mereka memperlekehkan Bersih dan saya melihat komen Rais Yatim ini salah satu daripadanya.
-------------------------------------------------------------------------
H.R. IBNU MAJAH
Daripada Abu Hurairah ra berkata :
Rasulullah SAW bersabda :”Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan di sanjung dan dibesar-besarkan.
Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
-------------------------------------------------------------------------
NOTA:
Ketakutan,keangkuhan dan sikap mementing diri rata-rata merupakan sikap dan mentaliti Menteri-menteri era Najib kini.Oleh sebab itu mereka ini akan merapu dan meraban tak tentu hala dan bercakap sahaja tanpa berdasarkan fakta yang nyata.
Apa yang penting bagi mereka ialah apa jua yang akan di lakukan oleh PR wajib ditentang dan dihapuskan,tiada apa yang baik.Ini kerana jika PR berkuasa maka semua menteri-menteri ini akan menjadi cacing kepanasan,seperti mana Khir Toyo yang mengeliat kepanasan kerana kes nya di Mahkamah kini,biarpun sebilangan rakyat mengatakan ini hanya sekadar lakonan UBN sahaja.
Apapun rakyat jangan gentar dan jangan gundah kerana kuasa rakyat adalah bersama-sama Allah.Kita melakukan ini adalah kerana Allah dan jika betul dan ikhlas niat kita pastinya pertolongan Allah akan tiba jua.
Friday, May 21, 2010
SPRM boleh soal siasat bila-bila masa

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh meneruskan amalan sedia ada menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan, semalam.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan memerintahkannya membayar kos RM20,000 kepada SPRM.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdull Hamid Embung dan Hakim Datuk Heliliah Mohd Yusof, berkata penghakiman secara bertulis akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. -Bernama
SUMBER*
KOMEN:
Wak x boleh komen banyak-banyak..kang x pasal2 SPRM datang tuduh Wak menghina mahkamah lak..tapi beginilah nasib kita rakyat Marhein di negara yang baru je jadi 1Malaysia..dah ler kena soal siasat macam ler penjenayah besar..kena bayar pulak kos mahkamah..Hai Malaysia ku..beranikah Berubah?
Wednesday, May 12, 2010
JUdi yang dihalalkan kerajaan
"Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Quran Al Maa-idah (5) : 90].
Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu. Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah sekular yang ada secara berterusan dan terang-terangan memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah realiti kehidupan dunia Kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat suburnya segala kemaksiatan.
Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.
Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.
Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam.
Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [Quran An Nahl (16): 98].
Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan. Nampaknya mereka seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi Islam, semua bentuk judi adalah haram. Kini nampaknya pemerintah sekular semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang sekular Kapitalisme dengan amalan syaitan ini.
Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak kerajaan sekular yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang telah terkenal dengan sikapnya yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah tauke judi!
Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini.
Judi adalah haram secara qat’ie– tidak ada ‘judi yang halal...’
(DARI LAMAN BLOG: Hembusan amal4u)
p/s:Wak tak banyak komen ..tapi memang dah biol kepala hotak orang umno yang mengaku konon memperjuangkan Islam ni..dah tahu J.U.D.I dan seumpamanya haram..menhghampiri apatah lagi mengambil hasil mahsulnya dan tentu jua haram...Sudahlah KWSP.PERKESO pun melabur yang bukan syarikat syariah..yang terlibat dengan hasil judi..menyebabkan generasi muda kini makin jauh dan hanyut dari keberkatan Allah keran rupanya kita dah termakan hasil mahsul judi selama 64 tahun lamanya..Sudahlah tu ..bertaubat nasuha kita..berubahlah dan SELAMATKAN MALAYSIA..
Monday, May 10, 2010
Tak Solat?Insan Yang Baik?
Saiful mengaku tidak solat selepas diliwat
2010/05/10
KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan yang disoal balas peguambela Karpal Singh pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengaku tidak solat langsung selepas diliwat bekas majikannya itu pada 26 Jun 2008.Menjawab soalan Karpal bahawa beliau bukan seorang Islam yang baik kerana tidak menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan, Saiful berkata beliau tidak dapat solat kerana beliau diliwat dan belum mandi wajib. SUMBER*
Komen :
Kelojikan akal pun dah boleh mengatakan bahawa mamat ni pembohong..jika dibuat test guna mesin pengesan bohong sah mamat ni kantoi..dari gerak gaya dan percakapan akan dapat kesan pembohogan yang nyata..Inilah ciri2 Pemuda harapan Bangsa UBN..Jika berjanji dia mungkir..bercakap dia bohong...Hidup UBN..perosak bangsaku..pengalak judi dan rempit..Hidup kita di negara 1 Malaysia ini tanpa keberkatan kerana semua hasil judi dilaburkan kepada Rakyat maka lahirlah insan2 seperti Saifool nih..
Thursday, April 29, 2010
Akaun Gmail kena hack!!
Wak tak dapat updated semua blog dan gmail wak sepanjang tempoh dari hari penamaan calun hingga selesai pilihanraya...di Hulu Sel..Wak binggung seseorang dah hack email wak dan tukar password wak..Setiap hari sepanjang waktu kempen wak cuba recover balik email password...hampeh...memang hampeh betui..wak ketinggalan dalam updated sepanjang tempoh kempen..
Baru hari ni Wak dapat recover pasal ada register email lain yang dapat reset password tu...Celakak betui la sapa yang dah hack email Wak..Ni pasti kerja2 gerombolan UBN yang x der kerja lain..menyusahkan orang aje keja nye..Dah lebih 6 tahun guna Gmail sejak dari 2gb lagi..Cuma kesalahan Wak tak pernah tukar2 password dan mungkin terlupa ada buka email di mana2 PC orang dan tertekan remember password semasa buka email..
Kali ni Wak hati2 dengan registerkan email sehingga 3 email untuk recover..Jadi buat teman2 yang guna akaun Gmail...buat langkah berikut supaya akaun anda tak senang di hack oleh orang2 yang tak senang dgn Blogger Rakyat...
1)Buka email dan klik setting dan buka account and import.
2)Bawah sekali klik change account setting
3)Di Security change password anda..guna password yang strong..perkataan dan nombor..jangan guna tarikh lahir sendiri..sapa2 yang tahu birthday anda berpotensi hack akaun anda....
4)Recovering email..tambah akaun email yang lain..verify dan submit ke gmail anda.
5)Isikan no HP anda..boleh recover guna SMS.
6)Buat security question yang tak de orang tahu...hanya anda tahu..
Itu aje buat sapa2 yang rasa dunia Maya ni dah tak selamat..Sapa2 yang tak aware akan terdedah sentiasa...Kini anad hanya di hujung jari..sama di dunia luar..anytime anda berada dalam bahaya..terutama jika keluar larut malam dan bawa keta laju2..Sah anda akan dicap sebagai penjenayah..Jadi jika ada kecemasan waktu pagi..on kan hazard ligth..bunyi hon kuat2..dan bawak laju..Ada polis kejar ..hon 3 ke 4 kali isyarat ada kecemasan dan berhenti sebentar jika diminta..Kalu tak anda akan ditembak..Blow 1ST..ASK LATER...
Tuesday, April 6, 2010
Petrol Naik lagi???
Jangan ada yang sasau dan naik sawan Mei depan. Sasau kerana tentu harga barang akan naik mencanak. Bukan setakat pembeli yang sasau, peniaga juga akan sasau kalau setiap hari terpaksa 'berkelahi' dengan pembeli kerana harga barang tiba-tiba jadi mahal. Kesian pembeli dan peniaga, kerana mereka 'rakyat', bukan kerajaan. Tahap sawan juga pasti meningkat, sawan 'bermusim'. Apa tak sawan? Jika sekarang ni pun rakyat teruk menjerut poket dan perut bagi meneruskan kehidupan, tentu makin teruk 'sawan'nya bila harga minyak petrol akan cecah RM3 dan lebih bulan depan. Apapun 'modal' ini sungguh berguna untuk P094, hulu Selangor !Seterusnya...
PUTRAJAYA, Jan 8 – The mechanism for fuel pricing in Malaysia has finally been finalized and controlled under one mechanism, which also takes the high and lower income group people into consideration, according to Finance Trade Minister Tan Sri Anuar Ali.
“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.
The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.
Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.
Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.
– SkyNet News Asia
“From May 1, the fuel will be pegged at RM 3.90 per litre for RON97, while RON95 will increase to RM 3.70 per litre. However, the prices of national-made vehicles will be lowered by at least 40 percent. For example, a full-spec family sedan Proton Persona 1.6 litre engine will cost around RM 23,000.00 excluding road tax and insurance. Import tax and excise duty will be revised to only 30 percent, from the current 200 percent. Imported vehicles such as the new Toyota Camry 2.4 litre engine will cost around RM 65,000.00.” he said.
The mechanics has been said to be undertaken by a team of experts from Australia and Canada who were earlier briefed on the issue of subsidy in this country, whereas after consideration by the transport minister, they have signed the constitution that the system will be made on May 1, the day it goes into effect.
Under the new system, there will be a major effect on the existing consumers who have already purchased a vehicle and to those who are in the midst of repaying the loan of their vehicle to their financial institutions.
Ahmad Tajuddin said the government might also re-introduce a cash return annually to Malaysians who own a 1,500 cc and below vehicle. The amount have yet to be decided but he assured that the amount will compensate the price of fuel by at least half to eligible Malaysians based on bumi quota.
– SkyNet News Asia
P/s : Wak dah agak dan mungkin akan menjadi kenyataan..pasal tetiba mekanisma cara membezakan kasta rakyat dimansuhkan mesti para thinktank Najib akan fikir cara lain nak siksa rakyat..nak kutip balik duit yang dah banayak lebur kat 1Malaysia..F1 dan program2 yang menguntungkan kroni2 mereka sahaja..tidak rakyat...Inilah dia Rakyat didahulukan..utk memeras keringat..gaji polis dinaikkan ciput jer..gaji lain2 pekerja sendiri mau ingat la..tapi ambik balik melalui kenaikan haraga minyak dan lain2 barangan..Hidup BN..senonim dgn nama BN..Barang Naik..
catatan :Ni lawak post jer...he..he..
Subscribe to:
Posts (Atom)
