Salam Ukhwah..
Kita kini berada di zaman yang amat berbeza dengan datuk nenek kita dahulu.Zaman ini adalah zaman cyber,segalanya perlu pantas dan menuju kemajuan.Zaman ini yang tak mungkin dibayangkan nenek kita dahulu bahawa membeli barang tidak perlu bergerak dari rumah.Zaman dimana mengisahkan perihal orang (mengumpat)hanya perlu mengetik jari tanpa perlu bersuara dan tanpa perlu keluar rumah berjumpa orang.Zaman ini dimana semua perihal dan kelakuan manusia bisa diperhatikan oleh orang lain dengan kerelaan sendiri.
Sebut saja Facebook, Myspace dan Twitter, pasti ramai di kalangan pembaca yang mengenalinya, bahkan menyertainya. Ia adalah antara tiga laman web rangkaian sosial yang masyhur. Jika dirujuk kepada topik Social Networking di laman wikipedia, akan ditemui puluhan lagi rangkaian sosial yang seumpama.
Dari satu sudut, rangkaian sosial ini selari dengan ajaran Islam kerana ia membolehkan seseorang saling berhubung dan berkenalan.
Allah swt berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” [Surah al-Hujurat, ayat 13]
Ia juga membolehkan seseorang yang terputus silaturrahim menghubungkannya semula, di mana ini adalah satu usaha yang amat mulia dalam Islam.
Rasulullah saw bersabda: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian perkara yang lebih utama darjatnya berbanding puasa, solat dan sedekah?”
Para sahabat menjawab: “Tentu (wahai Rasulullah).”
Baginda melanjutkan: “Memperbaiki hubungan di antara dua orang, kerana sesungguhnya merosakkan hubungan di antara dua orang adalah penghakis agama (bagi orang yang sengaja merosakkannya).” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2509]
Bagi mereka yang memiliki ilmu agama dan kebijaksanaan berdakwah, ia dapat menjadi saranan dakwah yang berkesan, sebagai menyahut firman Allah: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” [Surah al-Nahl, ayat 125]
Namun dari sudut yang lain rangkaian sosial memiliki beberapa ciri yang tidak selari dengan Islam. Antaranya ia melekakan penggunanya hingga ke tahap ketagihan. Dalam suasana ketagihan ini, banyak tanggungjawab lain terabai seperti menuntut ilmu, beribadah, beramal shalih dan menyuruh yang ma’aruf serta melarang yang mungkar. Allah swt mengingatkan: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” [Surah al-An’aam, ayat 32]
Selain itu dalam rangka berkenalan dengan seseorang yang baru, kita tidak tahu sama ada dia membawa pengaruh yang baik atau sebaliknya. Padahal pengaruh yang dibawa oleh rakan amat penting untuk diperhatikan, sebagaimana yang dipesan oleh Rasulullah saw:
“Sesungguhnya perumpamaan sahabat yang salih dan sahabat yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).” [Shahih Muslim, no: 2628]
Tidak ketinggalan, pertemuan dan perhubungan melalui rangkaian sosial menyebabkan kita kerugian dalam meraih keutamaan bertemu dan berhubung secara semuka di alam nyata. Sebagai contoh, kita tidak dapat meraih keutamaan berjabat tangan yang disebut oleh Rasulullah saw: “Tidaklah dua orang muslim yang bertemu lalu berjabat tangan melainkan dosa-dosa kedua-dua mereka diampunkan sebelum mereka berdua berpisah.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 5212]
Merupakan kebiasaan masyarakat kita apabila bertemu, khasnya selepas perjalanan yang jauh, untuk membawa buah tangan sebagai hadiah. Keutamaan ini akan hilang jika kita bataskan pertemuan itu melalui rangkaian sosial sahaja, kerana Rasulullah saw pernah bersabda: “Berjabat tanganlah kerana ia akan menghilangkan kedengkian dan hendaklah saling memberi hadiah kerana ia menghilangkan kebakhilan.” [Muwattha’ Malik, no: 1685 dengan sanad hasan]
Demikian besar keutamaan saling berjabat tangan sehingga bagi Rasulullah saw, apabila seorang lelaki menghadapnya dan berjabat tangan dengannya, baginda tidak akan melepaskan tangannya sehinggalah lelaki itu yang melepaskan terlebih dahulu. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 2490]
Aktif dalam rangkaian sosial juga menyebabkan seseorang, secara sedar atau tidak, merasa malas untuk bertemu muka dengan rakannya. Ini kerana dia akan merasa cukup dengan pertemuan melalui rangkaian sosial itu. Ini sekali lagi merugikan dirinya kerana orang yang menziarahi seseorang lain semata-mata disebabkan cinta kerana Allah, maka Allah akan mencintainya kembali. [Shahih Muslim, no: 2567, rujuk ruangan Cahaya Rohani dalam Dara.com edisi November 2009]
Demikian beberapa baik buruk rangkaian sosial kepada kita umat Islam. Ringkasnya, jadilah pengguna yang bijak hingga dapat menjadikan rangkaian sosial sebagai sarana yang dapat membawa kepada kebahagiaan di Akhirat serta kebaikan kepada orang ramai.
Allah swt berfirman:
“Dan tuntutlah dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” [Surah al-Qasas, ayat 77]

Maka berhati-hatilah dengan setiap tindakan kita dalam menggunakan kemudahan di zaman It ini,Setiap kebaikkan ada keburukannya bersama kerana kita tidak mengetahui tujuan sebenar yang tersirat oleh pencipta laman sosial ini.Gunakan sebaik mungkin kemudahan dangan tujuan murni insaallah terpelihara kita dari segi akhlak,iman dan amal.Insaallah.
No comments:
Post a Comment