Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, December 3, 2010

Ketuanan Melayu benarkah?



Heboh kini seantero Malaysia berkenaan Ketuanan Melayu dek kerana Azizah hanya memuji suaminya merupakan anugerah Allah buat dirinya,keluarga dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Kecoh umno dan rakan-rakan NGO seangkatannya mengatakan itu ini,sikopiah tinggi sehingga menghentak meja mengatakan tidak akan Melayu hilang di dunia.Sungguhkah?

Benarkah Ketuanan Melayu ada dalam sejarah?Benarkah ada dalam perlembagaan?Apakah dia Ketuanan Melayu?Jika ditanya kepada Pak Tani dan Nelayan serta Peneroka di Felda-Felda mereka sekadar menjawab basa basi iaitu menjawab sekadar jawapan yang tak pasti.

Selama 50 tahun mereka sendiri meratah Ketuanan Melayu,menghina raja-raja malah meminda perlembagaan agar konon Ketuanan Melayu terpelihara.Dimanakah mereka tatkala rakyat menjerit meminta bantuan ketika banjir melanda.Hanya setelah media heboh baru masing-masing sibuk mencemar duli dengan dikelilingi media meredah banjir?Meredah?Bukan hanya meninjau dari langit atau dari bot laju kerajaan.

Sengaja isu ini digembar gemburkan agar rakyat terlupa dan hanyut dengan kemelut kehidupan mereka yang saban detik,hari dan minggu dengan kenaikan harga barangan asas yang mencanak naik.Asal akhir tahun sahaja ramai ibubapa akan mengeluh kerana memikirkan persiapan untuk anak-anak ke sekolah yang pastinya mencecah ribuan.Ada mereka kesah,ada mereka menghulurkan bantuan buat meringankan beban ibubapa yang berpendapatan kais pagi makan pagi,kais petang habok pun tarak.Ada siapa yang kesah..?

Oh..ini Malaysia ku,negara yang kaya dengan hasil mahsulnya,tetapi hanya bermenafaat buat golongan dan kroni sahaja,tidak untuk rakyat.Alangkah berbahagianya menjadi rakyat Brunei yang tidak perlu memikirkan langsung akan peruntukan untuk pendidikan anak-anak mereka kerana telah disediakan oleh kerajaan mereka secara percuma..PERCUMA..diulangi PERCUMA.
Persekolahan di peringkat rendah hinggalah universiti bagi sekolah-sekolah kerajaan adalah percuma bagi rakyat dan penduduk tetap Brunei Darussalam.

Perlunya mereka mengkaji sedalam-dalamnya apakah dia Ketuanan Melayu,siapakah Melayu dan mengapa bergelar Melayu.Bagi penulis tiada siapa-siapa menjadi tuan kepada sesiapa.Kita ini hatta diri sendiri pun bukan nya milik kita maka perlu apa dihebohkan dengan Ketuanan Melayu.

Hanya mereka-mereka yang merasakan periuk nasi mereka bakal terjejas sahaja membuat kecoh dan bising tanpa menyedari hakikat sebenarnya ialah rezeki itu adalah nikmat dan anugerah Allah hatta ulat pun ada rezekinya sendiri kerana rahmat Allah.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...