Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, December 4, 2010

Ketuanan Melayu :Selaras Jer-Apa ada kesah


Inilah Ketuanan Melayu yang sebenarnya dan jangan heran sisongkok tinggi tidak akan berbunyi atau berketuk langsung pasal nih malah mungkin memanjatkan seribu kesyukuran kerana ada lagi peluang merapu meraban pasal nih..

Aku tak heran..malah sikit pun tak terkejut kerana memang dah jangka dari 1dec pasti akan ada kenaikan berturut setelah RON97 naik 15sen..Memang terasa beb...selama nih aku setia isi perut keta aku dengan Ron97 nih pasal tak percaya sangat dengan kualiti ron95 nih..dah keta aku ciptaan tahun 90an,sering batuk-batuk ditambah lagi dengan minyak yang kualiti ntah apa-apa..tambah semput kawan tu nak panjat bukit ..malah makin tak percaya kerana banyak kemalangan kereta yang walaupun hanya bergesel sikit je pasti terbakar..err..betul ke kerana angkara minyak nih..jenuh gak aku cari dalam net tentang camne rupa pembuatan ron95 nih..semua bahasa orang puteh jer..yang bahasa kita merapu dan meraban,membodek tak tentu hala.

"Rakyat jangan marah..ini penyelarasan saja,tiada kenaikan sebenarnya.Harga minyak mentah di pasaran kini menunjuk kenaikan mendadak,ini diluar kawalan kita,sebab itu subsidi perlu diselaraskan"kata PEMANDU tanpa lesen.

Tapi yang aku heran tak pasal-pasal gula pun ikut naik..alasan popular agar rakyat kurang guna gula sekaligus kuranglah pesakit kencing manis.Uh..ala..lagi-lagi alasan yang budak kecik pun gelak kalau mereka faham apa itu gula..Makin tambah kaya la tokey gula atas derita rakyat,tak ubah macam Ariel Sharon..si kapir laknat dari Israel yang kini terlantar koma kerana dosa-dosanya membunuh ribuan rakyat Palestine.Bezanya di sini mereka yang berkuasa membunuh rakyat secara simbolik dengan pemerasan secara yang dihalalkan perlembagaan.

Lagi satu yang aku heran ialah kalau di negara lain kesah kenaikan harga barang nih akan kecoh dengan demo sana-sini dan pihak media akan memperbesarkan kesah nih hingga mengegarkan kerajaan pemerintah .Tapi kat sini yang dikecohkan soal remeh temeh ketuanan Melayu lah,soal pasir,fitnah dan pelbagai lagi.Soal Barang Naik kecik je dalam suratkhabor.Bagi mereka amat kecik tapi bagi rakyat amat BESAR kerana menyentuh makan minum mereka saban hari dan pastinya kenaikan ini akan berantai dengan lain-lain barangan asasi lainnya sedangkan pendapatan rakyat takat mampu kais pagi je dapat makan,kais petang dapat telur ayam atau langsung meraban di kedai kopi jer,habuk pun tarak..

Biarlah rakyat akan tetap terima juga,kecoh sehari dua je..itulah anggapan mereka. Ini perancangan mereka yang mana mereka lupa bahwa perancangan Allah itu lebih sempurna.Sesungguhnya setiap kesusahan dan kesukaran ini ada hikmah disebaliknya.Moga kita lebih menjadi insan yang mensyukuri setiap musibah yang melanda.Mungkin inilah detik kesedaran buat ME..LA..YU yang setia kepada dacing yang senget agar beralih arah ke jalan yang lurus dan diredai Nya,Insaallah.

1 comment:

Krai Utara said...

saya telah link kan url blog tuan.tq

http://kraiutara.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...