Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, December 9, 2010

Alhamdulillah...Alhamdulillah




Alhamdulillah...akhirnya sikap keras kepala sianak telah menurun dan mahu berunding dengan si bapa.Jika selama ini sianak begitu berkeras hendak mengikut telunjuk datuk angkatnya yang terang-terang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan sianak,kini setelah sibapa menunjukkan kekuatannya dengan menghimpunkan segala penduduk dan menghadapi risiko bermandikan air beracun dan belantan berbaloi.

Akan tetapi itupun setelah sianak yang durhaka ini telah ditelanjangi dan diberikan syarat agar mematuhi sepenuhnya kehendak sibapa yang lebih mengutamakan kehendak penduduk sejagat.Jika selama ini semua kehendak dan kemahuan si anak ini dipenuhi oleh Datuk angkatnya kerana tinggal serumah,tetapi setelah rumah ini dimiliki secara sah oleh si ayah yang sememangnya patut si ayah mendudukinya maka segala kehendak manja dan mengada-ada si anak telah disekat oleh si bapa.

Maka mengadulah si anak yang durhaka kepada datuk angkatnya itu,namun datuk angkatnya yang kejam itu bena tak bena sahaja.Ini disebabkan kerana datuk angkat beliau pun kini kelam kabut risau takhta dan istana nya akan dirampas satu hari nanti.

Berita berkaitan...

S'gor dapat lampu hijau bincang dengan SYABAS
Aidila Razak
Dis 6, 10
3:07pm
Kongsi

460

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah memberi lampu hijau kepada kerajaan Selangor untuk meneruskan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin (kiri), lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak
menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.

*Malaysia Kini


earliar post

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...