FORT WORTH, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang meletakkan jawatan selepas dia didakwa menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar, telah ditangkap polis lapor sebuah akhbar semalam.
Guru itu, Jennifer Riojas turut ditangkap polis pada Rabu lalu atas dakwaan dia melakukan serangan seks terhadap seorang budak lelaki berumur di bawah 17 tahun.
Dia kemudiannya ditahan di sebuah penjara sementara menunggu diikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM62,310).
Jennifer yang berumur 26 tahun bagaimanapun semalam turut dituduh menjalin hubungan dengan seorang pelajar berumur 16 tahun.
Aduan polis berhubung perbuatan itu dibuat di sebuah balai polis di ini pada 20 Oktober lalu.
Dia menjadi guru di sekolah tersebut sejak Ogos tahun lalu.
Jennifer meletakkan jawatan sebagai guru di sekolah tersebut pada 21 Oktober lalu. - Agensi
Perlukah pendidikan seks di sekolah?
Oleh MONOSIN SOBRI
Baru-baru ini Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Peng mendedahkan guru kurang mempunyai latihan dalam usaha untuk menerapkan pendidikan seks di sekolah-sekolah. Lantaran itu guru dikatakan enggan mengajar subjek tersebut meskipun pendidikan seks telah diterapkan dalam beberapa matapelajaran secara rentas kurikulum.
Pendedahan NUTP itu akhirnya mengundang kontroversi apabila Presiden Kesatuan Guru-guru Sarawak, William Ghani membayangkan pendapat tersebut sebenarnya tidak mewakili pendapat semua lebih 340,000 orang guru di 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Menurut William Ghani, pendidikan seks seharusnya tidak dijadikan sebagai satu subjek khusus kerana walaupun guru mahir mengajar mata pelajaran tersebut, secara jelasnya pelajar akan mendapat pengalaman terbaik apabila beliau berkahwin. Dan, kerana itulah pendidik seks tidak wajar dijadikan sebagai mata pelajarn khusus, ia tidak perlu mecontohi beberapa buah negara yang terlalu liberal dan bebas dengan pegangan moral.
Nampaknya, NUTP dan beberapa pihak tertentu semakin keliru dengan kehendak peribadinya dengan menganggap pendidikan seks mampu mengatasi masalah social remaja yang sedang melanda masyarakat kita hari ini. Kita mendapat tahu ada pihak yang membuat anggaran bahawa setiap hampir 18 minit, seorang bayi luar nikah dilahirkan di negara kita. Maka, mereka mencari jalan mudah dengan menjadikan pendidikan seks akan mengurangkan masalah tersebut. Apakah mereka mempunyai bukti yang kukuh bahawa pendidikan seks mampu mengatasi masalah social remaja, khususnya hubungan seks luar nikah dan kelahiran bayi tidak sah statusnya?Seterusnya....
dan pendapat orang gomen...
Ajar pendidikan seks di sekolah - Shahrizat
KUALA LUMPUR 22 Mac - Kementerian Pelajaran disaran memasukkan pendidikan seks dalam kurikulum pembelajaran di sekolah ekoran peningkatan kes buang bayi dan pelbagai gejala sosial di kalangan remaja.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, maklum balas diterima kementeriannya menunjukkan masih ada remaja yang tidak memahami implikasi yang mungkin berlaku jika mereka melakukan hubungan seks di luar nikah.
"Kita anggap rakyat di negara ini terpelajar dan serba tahu tetapi maklum balas diterima kementerian membuktikan masih ada anak muda terutama wanita yang tidak tahu mereka boleh mengandung dan akan berhadapan pelbagai implikasi jika melakukan hubungan intim.
"Disebabkan itu, kita minta Kementerian Pelajaran menimbangkan perkara ini. Kita tidak boleh menyapu isu ini di bawah karpet dan perlu menghadapinya sebaik mungkin.
"Kita perlu berani memberi pendidikan tentang implikasi dari sudut sains dalam kurikulum sekolah mengenai apa akan berlaku jika mereka melakukan hubungan intim," katanya ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.
Mengulas desakan sesetengah pihak agar kerajaan mewujudkan rumah perlindungan untuk bayi terbuang, Shahrizat menjelaskan, kementeriannya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Menurutnya, jika rumah perlindungan itu diwujudkan, ia seakan memberi isyarat negatif kepada masyarakat selain bimbang langkah tersebut akan disalah tafsir.
"Apa pun, jika ada berlaku 'sesuatu', ibu bapa atau ahli keluarga lain boleh beritahu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan mengambil anak itu dan memastikan mereka selamat dan terbela kerana kita ada rumah kanak-kanak dan institusi tertentu.
"Sebagai kerajaan prihatin, kita juga membelanjakan jutaan ringgit untuk membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat amal dalam perkara ini. Pergilah jumpa mereka untuk minta bantuan atau jumpa saja Ketua Wanita UMNO setiap cawangan dan mereka akan bantu melalui Skuad Sayang," katanya.
Sementara itu, Shahrizat memberitahu, setakat ini sebanyak 12 kes pembuangan bayi diterima kementeriannya dengan separuh daripada bayi tersebut meninggal dunia sebelum sempat diselamatkan.
Pendapat Rakyat..
Koje gilo ke apo..Dah menteri tak dak idea lain..mana pi pemikir-pemikir Islam dalam kerajaan..Mana pi ulamak(ularmak)Umeno yang kata hampir 40 orang tuh..tak boleh pikir ka demi anak-anak bangsa,demi agama..Apaara..
No comments:
Post a Comment