Salam Ukhwah..,
Hari ini merupakan detik dimana 19 tahun nan lalu aku telah bernikah dengan seorang gadis di utara negeri Selangor dengan berwalikan bapanya sendiri dan disaksikan oleh semua keluarganya.Kegembiraan kerana detik itu bersaksi dan penuh sejarah kerana kesederhanaan majlis pernikahan yang tidak seperti di hari ini.
Tiada yang seindahnya daripada detik itu kerana bermula dari penerimaan "Aku terima nikahnya..."bermakna sebuah lagi tanggungjawab yang terpikul di pundak ku demi aku mengharungi sebuah kehidupan bersama-sama si dia isteriku yang telah ditakdirkan dijodohkan bersamaku.
Alhamdulillah berkat kesabaran,ketabahan dan kekuasaan Allah kami berjaya sehingga kini bersama mengharungi mahligai bahtera perkahwinan dan dengan doa agar berterusan hingga ke akhir hayat dan juga moga dipertemukan Allah didalam syurgaNya.
Dalam Islam, terdapat dua jenis ikatan yang ada iaitu ikatan zahir dan ikatan batin. Ikatan zahir yang boleh kita nampak seperti ikatan tali pada kapal layar manakala ikatan batin adalah ikatan yang tidak nampak namun dirasai kewujudannya seperti ikatan perkahwinan. Namun, antara dua ikatan tersebut, ikatan batin lebih sukar dijaga kerana jika tersilap sedikit, padah seumur hidup. 3 perkara yang tidak boleh di buat main-main iaitu Akad Nikah, Murtad dan Cerai..
Maka bersamalah kita berhati hati melayari bahtera perkahwinan ini dengan akal dan iman yang tegug dan diperkukuhkan setiap detik dan waktu.Insaallah bahtera perkahwinan tetap teguh dan berdaya melayari segala pancaroba,badai dan taufan kehidupan dengan izin Allah S.W.T.
Wallahu Allam.
Artikel berkaitan....di sini
1 comment:
Salam.
Sebaik sahaja lafaz "Aku terima nikahnya" berpindahlah t/jwb wali kepada menantunya.. sebelum ini walilah yang melaksanakan segala t/jwb mendidik.. kini suami pula perlu menunaikan hak dan kewajipan..
Suami isteri salin melengkapi.. semoga kekal bahagia dunia akhirat...
Post a Comment