Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,tapi jangan miskin idea dan jiwa.Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Friday, May 28, 2010
Demo bantah Judi Di Bkt Sentosa
Saturday, May 22, 2010
Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah

Pic diatas ni Wak cilok dr WakAlBanjari..tanpa sijil halal..
PERMATANG PAUH, 21 Mei: "Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi.
Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.
Katanya, ia bukan perkara main-main untuk diperjuangkan sebaliknya adalah perjuangan akidah kerana perjudian tetap diharamkan dalam Islam, tidak ada dolak dalik dalam soal tersebut.
Dulu katanya, pemuda Umno bukan main bingkas bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi sunyi apabila isu itu meletup selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.Selanjutnya...
p/s : Diatas demo yang dilakukan oleh PAS dan rakyat yang prihatin akan kemudaratan akibat Judi yang dihalalkan oleh UBN/UMNO/UMCO...Walauapapun alasan yang mereka berikan konon utk membendung judi haram yang berleluasa namun hakikatnya yang haram tetap haram.Hukum Allah tidak boleh dipermainkan..Balasan Allah telah bermula akibat kemungkaran yanga dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri..1Malaysia hanya menunggu balasan Allah seperti Tsunami yang melanda Banda Aceh..Nauzubillah..minta dijauhkan Allah..
Kita lihat apa yang pemuda UMNO@UMCO dan PERKASA@PERKOSA buat semasa isu ini tengah hangat kini...
Friday, May 21, 2010
Hasil-hasil Judi
Berita 1: Suami dajal
YAN: “Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta,” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.
Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain.
Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.
“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan. Sumber*
Sangkar cinta remaja hamil
KUALA LUMPUR: Seorang remaja bukan saja terpaksa mengandung anak luar nikah, malah turut diperlakukan dengan kejam apabila diseksa teman lelakinya ketika dikurung dalam sebuah rumah di Kepong di sini.
Kehidupan dilalui gadis berusia 18 tahun itu penuh seksa umpama dalam neraka selepas dia berkenalan dengan teman lelaki berusia awal 20-an sejak setahun lalu.Namun, derita remaja perempuan itu berakhir 11 Mei lalu apabila dia meloloskan diri daripada kekasihnya.
Sejurus menyelinap keluar dari rumah kekasihnya, gadis itu terus menghubungi bapanya meminta menjemputnya pulang ke rumah di Ampang.
Namun, tindakan gadis terbabit yang melarikan diri mengundang kemarahan teman lelakinya yang bertindak biadab dengan mengunjungi rumah keluarga gadis itu bersama beberapa rakannya bertujuan mengambil semula kekasihnya.
Lelaki terbabit enggan ‘melepaskan’ teman wanitanya, malah secara terbuka memberitahu anak yang dikandung gadis itu bakal dijual kepada orang tertentu.
Menurut sumber polis, pasangan kekasih itu saling mengenali setahun lalu dan mereka tinggal tanpa ikatan sah di sebuah rumah yang disewa lelaki terbabit di Kepong, sejak hampir lima bulan lalu. Baca lanjut..*
KOmen Wak:
Ini hanya sedikit atau secebis berita di hari ini berita kehancuran akhlak insan atau makhluk yang bernama manusia yang berbangsa Melayu beragama Islam..Saban hari kita akan dipaparkan berita sedih ini..inilah hasil-hasil judi..kita yang memperjudikan nasib generasi kita ke ambang kehancuran dengan segalanya berpunca tiadanya keimanan atau yang lebih utama dan aula tiadanya keberkatan Publish Postdalam kehidupan lantaran saban detik dan waktu kita di hidangkan dengan limpahan amalan tahgut dan mengkhayalkan daripada Zionis dan Yahudi..Inilah hasilnya selama 63tahun..
Thursday, May 20, 2010
Demo bantah Judi Dihalang Polis?
AMARAN!!
SESIAPA YANG BERDEMO TANPA PERMIT AKAN DIHERET KE MUKA PENGADILAN...(PENGADILAN DUNIA)
SESIAPA YANG REDHA JUDI DIAMALKAN DI NEGARA TERCINTA INI HANYA SELAMAT DI DUNIA SAHAJA AKAN TETAPI AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT..
Sunday, May 16, 2010
Pelacur pun akan dapat lesen???
Dr Asri: Pelacuran Bakal Dilesen Jika Alasan Lulus Judi Bola Diguna Pakai
SHAH ALAM 15 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bimbang corak kerajaan pemerintah menangani masalah judi dengan menghalalkannya melalui pemberian lesen judi, suatu hari bakal mendorong pelacuran menjadi industri yang dilesenkan.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau mendapati trend kerajaan pemerintah kebelakangan ini dilihat lebih gemar bersikap menghalal perkara haram apabila gagal mengekang sesuatu masalah jenayah.
Katanya, amalan kerajaan Umno Barisan Nasional ini bakal membawa keruntuhan institusi keluarga dan merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan-lahan tetapi secara keseluruhan.
Lantaran itu, Dr Asri bimbang wabak judi ini, suatu hari kelak akan mendorong kerajaan pemerintah menghalalkan industri seks atau pelacuran.
"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, maka kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen.
"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah," katanya.
Dr Asri tetap menganggap judi adalah jenayah sama ada ia berlesen mahupun tidak dan menyifatkan motif kerajaan di sebalik apa jua alasan mereka meluluskan lesen judi bola, semata-mata berpaksikan wang ringgit.
"Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," katanya.
P/S
Haru biru dah 1Malaysia...kalo ada la Menteri gila pi atau ada NGO2 (Baca ngok2 @bongok) buat cadangan nih..negara kita bakal..ehh..bukan bakal lagi..akan hancur.dan bersedialah kita menerima bencana dan kemurkaan Allah..Akan terjadi tsunami yang kita tidak akan ketahui bentuk dan rupanya..dimana kita kita telah menerima pelbagai bencana dengan keruntuhan aklhlak dikalangan remaja dan institusi keluarga yang telah hancur dengan tiada nya tarbiah Islam dalam diri masaing2..Moga dijauhkan Allah dari segal musibah ini..berdoa dan berusahalah kita untuk merubah ini dengan tangan kita dan jika tidak mamapu juga dengan hati menolak segala kemungkaran ini..
Wednesday, May 12, 2010
JUdi yang dihalalkan kerajaan
Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.