Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label hasil judi. Show all posts
Showing posts with label hasil judi. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?


Senyuman kemenangan PM Singapore dan sengih Najib (Terpaksa)kerana rahsia bakal kantoi jika melawan..

Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Namun, Marina Bay adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.Baca seterusnya...Malaysia akan tergadai sedikit demi sedikit diatas kebijaksanaan PM kita ni.Wak rasa sikit hari lagi orang Johor pun ramai tak bertanah akibat dibeli orang Singapore yang mempunyai kuasa Wang yang lebih dan ini merupakan win-win situation..berkatalah menteri-menteri pembodek.

Monday, May 24, 2010

Membendung judi haram?






Lihat pic yang disertakan ni..Inikah yang dikatakan dapat membendung org Islam dari berjudi?Ada judi haram ada judi halal?TPM terperanjat dgn reaksi masyarakat kerana baru bangun tido...selama ni dia menyangkakan rakyat bertepuk tangan atas kebijaksanaan (konon)kerana kera..jaan akan dapat dana hasil cukai daripada judi yang dihalalkan..Benarkah judi halal ni dapat membendung org islam dpd berjudi?Hanya setakat tampal papan kenyataan di dinding2 premis judi tidak akan dapat menghalang org Islam dpd berjudi..Hanya kenyataan tanpa pelaksanaan atau tangkapan keatas org Islam yang berjudi umpama mencurah air ke daun keladi..Sia-sia dan hanya membazir shaja..Itulah yang diamalkan oleh UMNO@APCO selama ini..

Friday, May 21, 2010

Hasil-hasil Judi



Berita 1: Suami dajal

YAN: “Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta,” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.

Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain.

Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan. Sumber*

Berita 2

Sangkar cinta remaja hamil

KUALA LUMPUR: Seorang remaja bukan saja terpaksa mengandung anak luar nikah, malah turut diperlakukan dengan kejam apabila diseksa teman lelakinya ketika dikurung dalam sebuah rumah di Kepong di sini.

Kehidupan dilalui gadis berusia 18 tahun itu penuh seksa umpama dalam neraka selepas dia berkenalan dengan teman lelaki berusia awal 20-an sejak setahun lalu.

Namun, derita remaja perempuan itu berakhir 11 Mei lalu apabila dia meloloskan diri daripada kekasihnya.

Sejurus menyelinap keluar dari rumah kekasihnya, gadis itu terus menghubungi bapanya meminta menjemputnya pulang ke rumah di Ampang.

Namun, tindakan gadis terbabit yang melarikan diri mengundang kemarahan teman lelakinya yang bertindak biadab dengan mengunjungi rumah keluarga gadis itu bersama beberapa rakannya bertujuan mengambil semula kekasihnya.

Lelaki terbabit enggan ‘melepaskan’ teman wanitanya, malah secara terbuka memberitahu anak yang dikandung gadis itu bakal dijual kepada orang tertentu.

Menurut sumber polis, pasangan kekasih itu saling mengenali setahun lalu dan mereka tinggal tanpa ikatan sah di sebuah rumah yang disewa lelaki terbabit di Kepong, sejak hampir lima bulan lalu. Baca lanjut..*


KOmen Wak:

Ini hanya sedikit atau secebis berita di hari ini berita kehancuran akhlak insan atau makhluk yang bernama manusia yang berbangsa Melayu beragama Islam..Saban hari kita akan dipaparkan berita sedih ini..inilah hasil-hasil judi..kita yang memperjudikan nasib generasi kita ke ambang kehancuran dengan segalanya berpunca tiadanya keimanan atau yang lebih utama dan aula tiadanya keberkatan Publish Postdalam kehidupan lantaran saban detik dan waktu kita di hidangkan dengan limpahan amalan tahgut dan mengkhayalkan daripada Zionis dan Yahudi..Inilah hasilnya selama 63tahun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...