Selang tahun berganti tahun..berputar cepat bagai roda..Setahun bagaikan sebulan..sebulan bagaikan seminggu dan seminggu bagaikan sehari...Begitu pantas masa berlalu..meninggalkan kita yang masih terkapai-kapai mengapai dan mahu mencapai impian.
Begitu juga senario politik terutamanya di tanahair kita.Nampak gayanya PR seperti masih lagi tercari-cari identiti yang sebenar.Kecuali parti PAS,parti PR lain Keadilan dan DAP masih lagi seperti hanya ingin mengapai angan-angan tinggi tapi apakan daya tangan tak sampai.Pemimpin mereka masih lagi seperti pemimpin Umno-Apco yang memerlukan tongkat dan tunjuk jalan ke arah mana yang perlu mereka tujui.Masih tiada jati diri yang jitu,hanya teruji sedikit sahaja dan keluar dari ruang selesa maka mudah mengalah,merajuk dan melarikan diri.Umpan yang mengiurkan membuatkan mereka berpatah arah dek kerana jati diri yang rapuh.
Jika beginilah keadaannya bagaimanakah rakyat akan mempercayai mereka dan sudah pastinya rakyat akan membandingkan mereka dengan BN dimana akhirnya dengan hanya umpanan beras 2 ke 3 kilo sahaja dan kain pelikat harus sahaja undi berpihak kepada BN.Lalu bagaimana lagi rakyat akan berubah jika pemimpin yang mereka harapkan menghancurkan harapan mereka seperti peristiwa 3 adun di Perak yang kianat dan meranapkan kepercayaan kepada mereka.
Seharusnya pemimpin politik terutamanya yang beragama Islam kembali kepada ajaran agama dimana sikap amanah dan mempunyai kekuatan mental dalaman amat perlu dalam menghadapi senario politik ditahun mendatang ini yang pastinya lebih mencabar dengan fitnah yang kian berleluasa tanpa terkawal lagi.
Juga pemimpin PR perlu waspada dengan serangan cara baru yang pihak lawan telah mantapkan iaitu melalui laman-laman web-blog yang kian mendapat tempat di hati rakyat.Buktinya laman web-blog mereka mencapai ribuan hits saban hari dan BN-APCO telah berjaya mengatasi laman web-blog blogger rakyat.Sedia maklum blogger BN-Apco ini ditaja dan dibayar kerja mereka jadi mereka tiada kerja lain melainkan mencari peluang biar sebesar semut pasti mereka akan menyusup dan berusaha menyebarkan biarpun fitnah tanpa pedulikan kebenarannya.
Perbezaan ketara kerana blogger rakyat hampir 90% adalah sukarelawan blogger yang hanya mahu tertegaknya pemerintahan yang adil di bumi ini dengan Islam menjadi tunggak dan dimuliakan sepanjang masa,dan semua mereka tidak dibayar bahkan mereka menggunakan perbelanjaan sendiri dalam usaha ini.Malangnya usaha mereka blogger rakyat ini dipandang remeh oleh peminpin PR dan mereka telah lupa kejayaan PR pada 2008 dulu sedikit sebanyak adalah juga usaha para blogger rakyat.
Blogger rakyat tiada uniti atau usaha bersama sebagaimana blogger BN-APCO.Mereka berusaha sendiri-sendiri mencari maklumat dan setelah diselidiki barulah mereka menulis dan menyebarkannya.Jika beginilah selamanya dengan tiadanya ikatan dan kerjasama antara blogger,pemimpin PR maka impian pada PRU13 mungkin hanya tinggal impian yang mana bukan sahaja tidak mampu digapai malah tidak mungkin dapat dicapai.Berkemungkinan juga Blogger rakyat akan patah semangat dan hanya akan menulis jika hanya ada idea sahaja.
Kami blogger rakyat bukan meminta sedekah,jauh sekali daripada meminta simpati.Tetapi hanya ingin mendapat sedikit perhatian dan penghargaan daripada pemimpin PR agar menghargai jasa mereka ini.Tidak perlu anugerah itu,ini buat menghargai mereka hanya sekadar menjemput mereka bersama-sama menghadiri majlis-majlis anjuran pemimpin PR dan juga kemudahan buat mereka mendapat maklumat dan berita.Itu sudah memadai buat kami blogger rakyat yang pastinya lebih dekat dengan rakyat dimana blogger sendiri adalah rakyat marhein.
Semoga senario di tahun 2010 tidak berulang lagi seperti dimana seorang yang kami anggap brother atau Tokan blogger rakyat meletak jawatan sebagai ketua blogger Perak kerana kecewa dengan adegan dan sandiwara yang mempermainkan blogger-blogger rakyat.Awas pemimpin PR,bahasa pena dan ketikan blogger rakyat masih lagi berbisa dan jika diabaikan mana mungkin PR akan menguasai Putrajaya pada PRU13.Silap haribulan yang dikejar tidak dapat tapi yang dikendung pun berciciran pula.
No comments:
Post a Comment