Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, January 19, 2011

Rezeki terpijak?


Rezeki terpijak?Inilah anggapan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengutip duit siling yang sudah tentunya bukan kepunyaan mereka.Jika membantu mengutip dan memulangkan kembali kepada empunya tidak mengapalah juga.Saya masih bersangka baik kepada mereka semua tetapi ada juga kemuskilan kerana umum mengetahui mereka semua pastinya akan membawa balik duit siling tersebut dan hanya sebahagian sahaja berjaya dikutip kembali oleh empunya duit siling tersebut.

Beginilah sikap dan tabiat sebahagian besar rakyat Malaysia dan kelihatan dalam gambar rata-rata orang Melayu yang beragama Islam.Sikap dan tabiat ini telah terdidik selama 50 tahun oleh kerajaan sekarang yang memerintah dimana mengambil harta orang hanya biarpun sedikit dihalalkan.Tidak mengapa bukan luak pun..inilah kata-kata sebahagian mereka jika ditanya.

Tidak terfikir langsung di benak mereka bahawa mengambil harta orang terutama yang ditimpa musibah seperti kemalangan adalah berdosa besar,Tidak akan terampun dosa mereka jika tuan empunya harta tersebut tidak menghalalkannya dunia dan akhirat.Biarpun 1 sen yang kita ambil jika tuan punya tidak reda bersiaplah kamu menghadapi murka Allah,tidak didunia di akhirat pasti mendapat balasan.Akan ditanyakan dimana kamu memperolehi harta,bagaimana dan cara mana kamu membelanjakanya.Tidak sekelumit atau sebesar kuman pun akan terlepas dari perbicaraan.

Alkisah Khalifah Umar bin Abd Aziz sendiri ketika memerintah sanggup menggunakan api lilin beliau sendiri ketika menguruskan halehwal keluarga,tidak menggunakan api lilin milik rakyat.Jika pemimpin begini yang kita pilih pastinya rakyat tidak berkelakuan seperti diatas.Pastinya semua mereka lebih bermaruah dan memulangkan kesemua wang yang bukan milik mereka kepada empunya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...