Salam buat semua . Hidup ini adalah ibarat roda . Ada masa kita berada dikemuncak dan ada masa kita jatuh tertiarap kebawah . Tidak selama2nya kita berada di tempat yang sama kerana ia silih berganti .Sengaja Allah aturkan perjalanan hidup kita yang sedemikian rupa untuk menguji keimanan kita .
Samada iman kita lebih nipis dari kulit bawang atau sekadar buih-buih di lautan . Dalam hidup ini kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan .Kerana manusia bukan maksum kecuali para Nabi dan Rasul.
Juga dalam hidup ini kita tidak terlepas dari tabiat suka mengkritik kesalahan atau kesilapan orang lain tetapi tidak suka orang lain mengkritik terhadap kesalahan kita atau menghadapi kritikan dari orang lain.
Bagi saya lebih baik kita bersikap profesional bila menghadapi kritikan dari orang lain . Saya lebih suka mengucapkan ucapan terima kasih tuan , terima kasih tuan , terima kasih tuan berulang-ulang kali di atas kritikannya kerana memberi info yang percuma tanpa bayaran satu sen pun diatas kesilapan saya sambil saya cuba untuk memperbaiki diri serta bermuhasabah diri.
Satu sen pun tak perlu saya membayar diatas kritikannya kerana segala2nya diberi atas khidmat nasihat secara percuma .Tak perlu saya nak membayar yuran kursus motivasi atau bayaran khidmat nasihat apatah lagi khidmat perundingan. Lagi lanjut usia dan pengalamannya serta lagi baik akhlak dan keimananya maka lagi baik bagi saya untuk mendengar kritikannya .
Tugas saya hanya perlu menjadi pendengar yang setia .Lebih baik berdiam dari membalas kritikannya . Sekali sekala hadiahkan senyuman yang manis padanya .Kerana senyuman itu adalah suatu sedekah . Bukankah insan yang memberi sedekah lebih baik dari penerima sedekah ? Sambil berkata terima kasih tuan , betul tuan, benar tuan , ya tuan kalau ada apa2 maklumat tambahan , tambahlah lagi .
Kerana diatas kritikannya walau pun dari seorang budak akan mengajar saya supaya menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan pada masa akan datang .
Saya pernah di malukan oleh orang ramai dalam sebuah majlis tarbiah wal ceramah . Hampir kesemua hadiran ketawa berdekah-dekah .Dalam hati malunya tak terkira . Tetapi bila mengingatkan mungkin ini ujian dari Tuhan maka saya berpendapat lebih baik saya berdiam diri . Sambil berkata biarlah mereka ketawa untuk menunjukkan kebodohan dan kelemahan iman diri mereka sendiri . Kerana Rasululah pun jarang ketawa tetapi mulut baginda lebih banyak dengan senyuman .
Juga dalam membuat sesuatu tugas atau projek , banyak insan yang dengan senyum sinis serta ada yang ketawa memanjang menggatakan bahawa saya membuat projek gila atau tak masuk akal tetapi bila ada projek yang berjaya mereka pula yang meminta saya berkongsi pengalaman untuk membantu mereka . Maka jawab saya tak kan nak berkongsi pengalaman dengan orang yang gila ?
Malah ada yang bertanya dapat modal dari mana ? Maka saya pun menjawab Tuhan yang bagi . Tanya mereka lagi , siapa yang bagi idea atau ilham untuk buat projek ini ? Maka saya menjawab dari insan yang dah mati . Juga mereka bertanya lagi dari keuntungan ini berapa banyak yang awak dah buat sedekah jariah ? Maka saya pun menjawab setakat sebuah senyuman jer. Bila saya memberi jawapan tersebut maka ada yang menjawab , sah lah awak ni dah gila .
Maka dalam hati saya bertanya siapa yang gila ? Bukankah dunia ini Tuhan yang punya . Apa2 pun pintalah pada NYA . Maka dengan bermodalkan Tuhan maka buatlah apa2 pun , tunggulah keuntungan dari modal Tuhan .
Ilham dari orang yang dah mati ? Bukankah dalam agama memberitahu bahawa mereka yang paling cerdik ialah mereka yang selalu mengingati MATI ? InsyaAllah dengan mengingati MATI ,akal akan menjadi cerdik walau pun tiada sijil diploma , degree hatta Phd . Tapi kalau ada lagi baik dengan meningati MATI .
Senyum sebagai sedekah jariah ? Bukan kah dengan senyuman itu satu sedekah ? Kalau kita tak mampu memberi bersedekah dengan wang ringgit atau dengan bentuk harta yang lain , senyumlah selalu . Maka dengan senyum itu di kira sedekah . Insya Allah akan bertambah lagi amal jariah kita dengan harga sebuah senyuman . Lagi pun berapa ramai umat Islam yang mampu bersenyum berbanding dengan umat Islam yang lain yang suka bermasam muka ?
Bagi saya dalam hidup ini lebih baik kita bersikap open minded atau berfikiran terbuka .Biarlah insan lain dengan labu-labunya dengan tabiat mereka yang suka mengkritik .Tiada ruginya saya . Kerana kalau saya tutup pintu kritikan maka saya juga yang rugi kerana saya tidak tahu di mana kelemahan dan kesilapan saya .
Saya pernah berdepan dengan seorang pakar motivasi yang berpangkat syeikh berumur muda .Umur mungkin belum melewati 40an . Dikatakan banyak pengalaman merantau ke Timur Tengah serta boleh berbahasa banyak bahasa termasuk bahasa Urdu .Tugasnya hanya memberi motivasi dan khidmat nasihat .
Saya pernah memberitahunya saya seorang yang profesional.Tuan bebas nak mengkritik saya , insya Allah saya tak akan mengambil hati tetapi pehak Tuan juka kena mengambil sikap yang sama terhadap kritikan saya. Maka berdiam lah dia Suatu ketika dalam bersms kerana saya mengadu pada nya mengenai tingkah laku anak-anak buahnya yang hanya mementingkan perut dan hawa nafsu sendiri dari ikatan silaturahim..
Maka di jawabnya , kesian kat enta, enta berada jauh lagi . Bab-bab kecil pun nak berkira . Kami dah merantau jauh sampai ke Thailand dan Indonesia .
Maka termenunglah saya untuk memberi jawapan , maka tidak lama kemudian saya pun menjawab tak kisah lah enta berada jauh di mana sekali pun walau pun kat Amerika tetapi kalau nafsu dalam diri pun tak mampu nak atasinya , maka perjuangan enta tak pergi ke mana. Dan nasihat saya enta perlu tarbiah lagi . Sengaja saya nak mengujinya
Selepas itu senyap jer sms darinya . Tidak lama kemudian nset saya berbunyi menandakan ada penerimaan sms dari nya . Jawapannya cukuplah setakat ini , jangan ganggu saya lagi ,kalau enta balas sms juga saya tak mau berbincang lagi dengan awak .
Selepas dari sms tersebut sehingga kini saya tidak menerima maklum balas darinya . Apa2 pun maklum balas semasa yang saya terima hanya dari para sahabat2 yang lain yang memahami pendirian dan sikap saya . Bagi saya syeikh tersebut bersikap belum lagi matang dan bersikap kebudak-budakan. Jika benar sms tersebut datang darinya , beliau perlu belajar menghormati orang lain dan sudi menerima pandangan mereka . Jangan di tutup pintu kritikan kerana yang rugi ialah diri syeikh itu sendiri .
Seperti kata pepatah Arab , dengarlah nasihat walau pun dari seorang budak . Kerana kita tidak akan rugi apa2 . Yang rugi ialah pehak musuh yang ingin menghancurkan kita . Marilah bersama-sama mengukuhkan perpaduan dan kekuatan kita dengan bersama-sama mendengar pandangan orang lain.
Sekian . Wasalam . Ampun Maaf Zahir Dan Batin
Salam dari Kamunting .
Syeikh Belalang
Ilmu Memimpin Kita, Pengalaman Mengajar Kita Dan Masa Mendewasakan Kita .