Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label Apco. Show all posts
Showing posts with label Apco. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Pemerintahan yang syirik?

Apabila UBN menuduh Anwar syirik kerana menjadi talibarut CIA dan Yahudi secara terang-terangan tanpa bukti yang nyata dan hanya mencedok artikel dari blog orang putih yang entah hapa-hapa menjelaskan lagi tujuan sebenar mereka.Nampak sangat mereka telah ketandusan isu dan idea untuk menghalang kemaraan PR mendekati PutraJaya.

Mereka dengan sombong dan bongkaknya menuduh secara liar sesiapa sahaja yang menyokong Anwar akan bersekongkol dengan Yahudi tanpa menyedari mereka sendiri yang menjemput dan bersahabat dengan Yahudi Zionis serta menerima nasihat mereka.APCO dengan berbesar hati memberikan segala ilmu mereka agar agenda tersembunyi mereka berjaya meresap ke dalam masyarakat Islam khasnya supaya negara akan berada dalam genggaman mereka satu hari nanti atas kepintaran pemimpin kini.

Amat menakutkan bagaimana generasi akan datang memerintah negara dengan penuh kemungkaran dan maksiat yang berleluasa.Hatta kini tanda-tanda kemungkaran telahpun menjadi kenyataan.Segala bentuk hiburan yang dulu dilarang muncul dikaca tv dan filem kini seakan menjadi tatapan harian rakyat tanpa ada seorangpun pemimipin yang memerintah tampil melarang atau menghalang kejadiaan itu berlaku.Apa yang dulu terlarang kini tersingkap dan menjadi halal dimata mereka.Bukankah ini syirik yang nyata?Menghalalkan yang haram,mengharuskan segala benda yang halal agar agenda mereka terlaksana.

Kita tidak mahu kejadian tsunami seperti yang melanda Banda Aceh menimpa negara kita.Marilah kita masih mempunyai masa yang sedikit ini.Gembelingkan tenaga,usaha dan iman agar dapat bersama-sama membendung syirik yang nyata dimata hati kita tapi buta dimata mereka.Insaallah berkatlah hendaknya usaha murni ini atas keredhaan Allah yang Esa.PRU 13 kita tukar pemerintahan syirik ini ke pemerintahan Khalifah yang menuju Ke Nur dan ke jalan Allah..Allah Hu Akbar...Allah Hu Akbar..Allah Hu Akbar

Klip berkaitan syirik oleh Imam Besar Sheikh Imran Hossein


Tuesday, June 1, 2010

Tindakan Ganas Israel dikutuk!!!


Dunia telah dikejutkan dengan tindakan ganas Zionis
Israel membunuh 19 orang sukarelawan konvoi
bantuan di kapal Freedom Flotilla atau dikenali juga
kapal Mavi Marmara di perairan antarabangsa.

Tindakan melampau ini dikutuk dan dikecam habis
oleh semua pencinta keamanan dan kaum muslimin
di seluruh dunia. Berita tentang pengepungan Gaza
telah mengakibatkan kebuluran dan keadaan di Gaza
tenat ditambah lagi serangan bantuan kemanusiaan
di kapal Freedom Flotilla ini sememangnya menunjukkan
Israel tidak berhati perut.

Sama-sama kita membuat bantahan dengan menyertai
mana-mana group Save Palestine serta memboikot
lebih banyak produk dan servis mana-mana company
yang menyumbang kpd Israel dan sekutunya Amerika.

Seruan dilaungkan penuh kesedaran kepada semua
Blogger Malaysia supaya memboikot Starbucks dan tidak
lagi minum di sana kerana company Starbucks jelas
menyumbang pendapatannya secara terus kepada Israel.

Kita berjuang dgn cara masing-masing. Jangan bayar 1 sen
pun kepada mana-mana company yang ada kaitan dgn
Israel dan sekutunya Amerika. Ini termasuklah Adobe, Dell,
Microsoft, Intel dan semuanya. Walaupun x dpt cara alternatif
tapi pepandaila cari jalan jgn bayar satu sen mengalir ke kantung poket mereka ini.

Berita berkaitan di sini dan sini dan di sini senarai nama rakyat Malaysia terlibat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...