Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, May 30, 2009

Tangkap Khairy


Tangkap Khairy Kerana Menghasut


Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.
Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.Seterusnya..

Ha..ha..wak berani gerenti tak kan ada polis datang mengetuk pintu rumah Khairy si berok jalanan yang hanya reti makan pisang..Kalau lah saudara Mat Sabu yang kasi kenyataan dah pasti belum sempat saudara Mat Sabu jejak kaki ke rumah berduyun sb datang kepong hatta kat restoran pun..

Sunday, May 24, 2009

Sajak Kematian




Hanya rakyat berhak tentukan MB, bukannya mahkamah
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my | Foto Wan Zahari Wan Salleh  Sat | May 23, 09 | 4:25:22 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi...seterusnya..


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meletakkan kesalahan ke atas Umno dan Barisan Nasional berhubung krisis politik terburuk dalam sejarah negeri Perak moden. Dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mei kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beloiau berkata tercetusnya kemelut politik Perak adalah kerana Umno dan Barisan telah membelakangi prinsip-prinsip perundangan dan demokrasi demi meragut kuasa daripada sebuah kerajaan pilihan rakyat yang sah. Surat beliau itu dihantar sebagai menjawab kenyataan Datuk Seri Najib di bawah tajuk "Perak Sultan Should Not Be Blamed" oleh Bernama dan "Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib" oleh Utusan Malaysia.Seterusnya..

Bagi Wak ini merupakn detik-detik kematian demokrasi di negara kita..Kuasa rakyat dipandang enteng dan tidak dipedulikan..Apakah mereka tidak pernah bermuhasabah diri yang segala ini adalah merupakan saat-saat kematian mereka?Insaflah tiada yang kekal di mukabumi ini..Sebuah sajak kematian bakal mengiringi mereka ke alam yang mereka inginkan...
 


     "Kalau sekiranya kamu dapat melihat      malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang      kafir seraya memukul muka dan belakang mereka      serta berkata, 'Rasakanlah olehmu siksa neraka      yang membakar' (niscaya kamu akan merasa sangat      ngeri)" (QS Al-Anfal [8]: 50)            "Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di      waktu orang-orang yang zalim berada dalam      tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para      malaikat memukul dengan tangannya sambil berkata,      'Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini, kamu dibalas      dengan siksaan yang sangat menghinakan karena kamu      selalu mengatakan terhadap Allah perkataan yang      tidak benar, dan karena kamu selalu menyombongkan      diri terhadap ayat-ayat-Nya" (QS Al-An'am [6]:      93).

Saturday, May 23, 2009

lat tali lat tali tam plum

Nizar vs Zambry : Najib dan Mahkamah Memperbodohkan dan Menghina Rakyat

Tiga hakim Mahkamah Rayuan memberi keputusan dengan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.Seterusnya....

Mari kita nyanyi dan main lat tali lat tam plum....

selamat datang ke masa depan
salam sejahtera kami ucapkan
kembali berpijak di bumi yang nyata
tiada amaran
jelma kembali

tuan tuan yang bijak
puan puan yang pintar
tumpu perhatin
dengar sebentar
bunyi bunyian yang didendangkan
tiada mula
tiada akhir

yang tua muda
yang miskin kaya
dengar semua!

lat tali lat tali tam plum
sudah mula atau belum
tunggu dulu saya pergi periksa segala dimensi
sebelum beraksi

lat tali lat tali tam plum
sudah jatuh atau belum
teknologi tambah dahsyat
kau dan aku pasti sesat
kiamat agak dekat
mengikut kata firasat

pada setiap masalah
ada penyelesaian
yang belum tentu
kau dan aku
dapat menyelesaikan nya

lat tali lat tali tam plum
sudah sakit atau belum
berikanlah daku tempoh
nanti ku carikan bomo
kalau luka tak sembuh

lat tali lat tali tam plum
sudah tamat atau belum
ikut hati ikut nanti mati
ikut rasa binasa
otak memberontak
zahir dan batin rosak

ubah ubah ubah ubah
kera di hutan disusukan
anak di rumah mati kelaparan
cuba fikirkan



Thursday, May 21, 2009

Khir Toyo -The Most Wanted

Fikir Sebelum Gantung Toyo,
Eh Bukan Toyo, Tapi Khir Toyo

SPEAKER DUN Selangor, Teng Chang Khim hari ini telah mengumumkan mengenai pengesyoran Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor supaya bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo, eh bukan Toyo, tapi Khir Toyo digantung daripada menghadiri sidang dewan selama setahun.

Penggantungan Khir itu ialah kerana kegagalan beliau untuk menghadiri siasatan jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan dan Kebertanggunjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor pada Mac lalu.

Serentak dengan penggantungan itu juga segala kemudahan dan hak keistimewaan Khir sebagai anggota DUN Selangor termasuk juga elaunnya digantung.Seterusnya...


Ha...ha..gantung jangan tak gantung..selain tu penyapu yang di curi tu pun gantung sama...kat leher dia..senang dia amik upah menyapu kat Pasar malam di Sg.Besar..Walaupun dia ni satu sekolah dulu dgn Wak dan senior Wak juga..tapi sesen pun Wak tak ngaku kenalan dia..Kalau dah banyak sangat terbabit dengan sakandal itu ini..maaf cakap le..dari dulu lagi Wak memang tak berkenan dengan Jawa tempe ni..malu teman mengaku keturunan Jawa kalu cam ni kalu perangai tetap tak berubah biar pun Allah dah tunjuk kebenarannya..

Monday, May 18, 2009

Seminit untuk kita beringat


Seminit untuk kita beringat... DIINGATKAN SEMULA supaya tak lupa... 

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara.... 


1.. Song.... 

Lagu-lagu yang menghiburkan. . jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... . bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? 

2. ....Sex..... 
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana. . di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U. .. VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. ..... 

3. ....Smoke... . 
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu.... 

4. ......Sport. .
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss... bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. . yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah, .. 

5. .. Fun.. 

Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. .. Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan... . Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi.... 

6.... Female... 
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi..... 

7...Fashion. ... 
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. .. Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan.. . sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi.... 

8. .. Food..Makanan. . 

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. . Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah. ....Yahudi makan Islam lagi... 

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah...... 

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH... 


Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan : 

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
 Surah Al Baqarah - Ayat 102 

Anak2 pandai belajar :
 Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
 Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 

Anak2 malas sekolah :
 Surah Toha ayat 1-5 

Ayat pendinding :
 Ayat akhir surah At Taubah 

Bg anak2 yg suka keluar malam :
 Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 

Untuk jadi pendinding rumah :
 Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah 

1 minit untuk mengingat Allah 
Langkah 1:

· Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
· SUBHANA'LLAH 
· ALHAMDULI'LLAH
· LAA I LAAHA ILLA'LLAH
· ALLAHU AKBAR
· ASTAGHFIRU'LLAH
· LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
· ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN 
Langkah 2:

· Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan 
Langkah 3: 

· Forward email ini kepada rakan2 yang anda kasihi.. 

Hasil 1:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT. 
Hasil 2:
· Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW. 

Wassalam 

Sunday, May 17, 2009

Budaya Takut

Blogger umNo Pun Takut Pilihanraya...

Semua tahu, satu satunya jalan penyelesaian krisis di negeri Perak adalah dengan mengadakan pilihan raya negeri (Perak).Bila pilihan raya diadakan, semua orang akan puas hati(yang kalah tu mungkin tak puas la kot).

Tapi umNo secara keras menentang pilihan raya negeri Perak diadakan sekaligus membubarkan dun Perak. Yang kita boleh perhatikan, hanya Tengku Razaligh Hamzah yang setuju pilihan raya diadakan yakni dun Perak dibubarkan.

Yang lain..... hampir semua takut, najib takut... menteri besar haram si zombie pun takut, mahathir takut, terbaru si pengemar penari bogel zahid hamidi pun takut..Seterusnya...

Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.

Baca seterusnya..

Begitulah apabila perasaan takut wujud dalam hati manusia,segala yang tidak kena pada perasaan mereka akan menyebabkan takut yang tidak bertempat.Rasa takut memang diwujudkan oleh Allah dalam setiap diri insan,termasuk rasa malu juga.Semestinya jika rasa takut dan malu telah tercabut dari hati mereka kerana ketipisan iman dalam dada maka terjadi peristiwa sebegini..tiada rasa takut dan malu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai norma manusia dan undang-undang serta perlembagaan negara..Hanya takut pada kebenaran dan keadilan menunjukkan manusia munafik yang layak dilempar ke neraka..

Saturday, May 16, 2009

Nasib Pencacai Ashaab al-Ukhdood


Nasib Pencacai Ashaab al-Ukhdood

s0236

“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.

Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.

doa_kalah_musuh

“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu.

Gunung bergegar.

Lantai bumi bergoncang.

Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara kerja Allah yang tidak mereka jangkakan.Baca seterusnya di sini..

Artikel di atas jelas menceritakan akan nasib pencacai yang taksub dan yang buta hati tak buta mata tapi tak dapat melihat dan tak dapt mendengar biarpun Allah dah kurniakan pendengaran yang baik..Moga satu hari Allah hijabkan kebenaran dimana akan bergegarlah bumi bertuah ini..dengan kebenaran yang hakiki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...