Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,tapi jangan miskin idea dan jiwa.Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Friday, May 17, 2013
Pemimpin yang membawa azab
Saturday, August 11, 2012
Golongan VIP di Akhirat

“ Didekatkan matahari pada hari Kiamat kepada makhluk sehingga jaraknya satu batu (samada ukuran sekarang atau akhirat), maka ketika itu manusia berada di dalam peluh masing-masing menurut kadar amalan jahat yang dilakukan. Ada di kalangan mereka yang mengharungi peluhnya sekadar buku lali, ada yang sampai ke lutut, ada yang sampai ke pinggang dan ada yang sampai ke mulutnya (sambil baginda menunjukkan isyarat ke mulutnya).” ( Muslim & Tarmizi )
“ Tujuh golongan yang Allah akan naungi mereka pada hari yang tiada teduhan melainkan teduhan yang diberikan oleh Allah”.
Saturday, March 17, 2012
Surat Peringatan Rasulullah SAW Buat Para Pemerintah Yang Memiliki Kekuasaan
(1) memeluk Islam;
(2) bergabung dan tunduk terhadap Daulah Islamiyah serta bagi ahl adz-dzimmah diberi kebebasan untuk menganut agamanya masing-masing dengan membayar jizyah;
(3) jika dua pilihan tersebut ditolak, secara syar‘î Daulah Islamiyah berhak memerangi mereka dengan jihad fi sabilillah.
“Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).(Surah Ali-Imran : 64)
“Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)“.(Surah Ali-Imran : 64)
Thursday, January 27, 2011
Suami yang dayus
Kemampuan sesorang itu memimpin diri dan ahli keluarganya ke jalan yang benar akan dapat mengelakkan dirinya dari kebinasaan (terjun ke dalam neraka). Jadi, kalau dia dapat mengelakkan dirinya dan ahli keluarganya dari terjun ke neraka, maka itulah bukti cintanya yang sebenar. Allah swt. terlah berfirman yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu pelihara dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang mana bahan pembakarnya adalah terdiri dari manusia-manusia yang sombong dan engkar kepada Allah iaitu mereka yang kufur, munafik, musyrikin dan juga daripada batu-batu berhala.."
Allah swt menyuruh kita memelihara diri kita mentaat segala peraturan Allah yang telah diperintahkan samada perintah-perintah yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah, sunat-sunat Muakad dan Khair Muakad. Inilah bentuk-bentuk perintah Allah yang mesti kita taati dan patuhi. Semua amalan perintah ini hendaklah kita lakukan dengan ikhlas dan jujur dengan niat semata-mata kerana Allah dan bukan lain dari Allah.
Maksud 'Peliharalah diri kamu' itu bukan sahaja sekadar mentaati segala perintah Allah tetapi juga adalah menjauhi segala larangan Allah kepada diri kita seperti dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil dan juga larangan yang mendatangkan makruh. Contoh-contah dosa besar seperti berzina, minum arak, makan riba, mencuri dan lain-lain. Manakala dosa-dosa kecil seperti melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah atau bergaul lelaki perempuan yang diharamkan oleh Allah dan sebagainya. Dalam perkara makruh juga perlulah dielakkan kalau kita hendak memelihara diri daripada seksa api neraka.
Allah swt. maksudkan 'Ahli keluarga kamu' itu ialah, isteri-isteri kita, anak-anak, orang-orang gaji dan sesiapa saja yang di dalam jagaan kita. Tanggungjawab kita kepada ahli keluarga ialah menjaga, mendidik, mengajar dan memimpin mereka dalam melakukan perkara-perkara sepertimana yang Allah tanggungjawab pada diri kita sendiri. perlulah disuruh anak isteri melakukan perkara-perkara yang berbentuk fardhu ain, fardhu kifayah dan perkara-perkara sunat yang lain. Wajib pula menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah seperti berzina, mencuri, dedah aurat, mengumpat, hasad dengki, takbur, riak dan lain-lain lagi.
Jelaslah di sini bahawa peringatan Allah dalam memelihara diri lita bukanlah terhad kepada diri kita sahaja, ia adalah meliputi seluruh keluarga kita serta mereka-mereka yang berada di dalam jagaan dan keluarga kita. Kalau kita tidak memimpin dan mendidik ahli keluarga kita, kita masih lagi belum terlepas dari seksaan api neraka. Kerana Allah telah perintahkan, "peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu."
Sesungguhnya seorang hamba Allah itu diperhatikan dihadapan mizan atau neraca atau timbangan di hari kiamat nanti sedangkan bagi seseorang itu mempunyai amalan yang banyak seperti gunung besarnya. Tetapi setelah ditanya tentang bagaimana ia mengendalikan ahli keluarganya dan bagaimana ia mengusahakan harta yang didapati iaitu dari mana ia mendapatnya dan ke mana ia belanjakan. Setelah ditanya semunya sehingga habis semua amalannya yang banyak itu dan yang tinggal hanyalah dosa-dosanya sahaja.
Daripada hadis Rasulullah saw yang menunjukkan bagaimana amalan seseorang itu walau sebesar manapun akan hapus disebabkan ia tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya dan semua mereka yang berada di dalam jagaannya, maka berkatalah malaikat, bahawa inilah orangnya yang telah menghapuskan semua amalan kebajikan oleh ahli-ahlinya dan anak-anaknya semasa di dalam dunia.
Adalah diriwayatkan oleh setengah-setengah ulama bahawa sesungguhnya pertama-tama yang bergantung kepada seseorang lelaki itu ialah isteri dan anak-anaknya. Maka, memberhentikan akan dia itu oleh mereka di hadapan Allah dan berkata mereka itu kepada Allah, 'Wahai Allah! Ambil olehmu bagi kami dengan hakmu daripada lelaki ini. Iaitu selesaikan dulu hak kami dan kewajipan lelaki ini terhadap kami, sebab ia tidak mengajar kepada kami suatu hukum pun. Lelaki ini tidak menunjuk ajar kepada kami tentang hukum-hukum syariat dan hukum-hukum agama yang telah Engkau turunkan ke dunia. Oleh itu kami sekarang hendak menuntut hak kami. Kerana dialah kami jahil. Kami tidak kenal apa-apa melainkan makan minum dan rumahtangga kami sahaja. Hati kami gelap dan akal kami pun gelap dan hati kami juga buta. Dan lelaki ini telah memberi kami makanan daripada harta-harta yang haram. Dia menerima harta riba dan rasuah dan diberinya kami makan. Dia membeli barang-barang najis dan menyuruh kami makan. Sedangkan kami mengetahui pada ketika itu samada barang itu haram atau halal. baru hari inilah kami sedar. Oleh itu Wahai Tuhan, tahanlah ia dahulu, dan kami minta segala kesalahan yang ada pada kami serahkan padanya.
Maka pada ketika itu setelah anak dan isteri mengadu dan merayu kepada Allah, Allah menerima segala pengaduan kerana saksi-saksinya telah jelas. Dan kalaulah pada ketika itu kita masih cuba berbohong, maka setiap helai rambut kita, semuanya akan menjadi saksi. Setelah diadili setiap kesalahan yang diadukan oleh anak isteri itu, maka Allah membalas akan kesalahan itu dengan siksa yang amat pedih dan dahsyat walaupun kebajikannya banyak dan walaupun timbangan amalnya begitu berat sekali. Kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil itu boleh menghapuskan semua amal kebajikannya. Akhirnya suami itu terjerumus sama ke dalam neraka.
Adapun salah satu daripada kebinasaan yang boleh menimpa kepada seorang suami sepertimana yang difirmankan di dalam Al Quran yang maksudnya:
"Wahai sekelian orang yang beriman, janganlah segala harta-harta dan anak-anak kamu cuba melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi di akhirat kelak."
Firman Allah lagi yang maksudnya:
"Barangsiapa yang berpaling dari mengingatKu (Allah), maka hidup yang sesat sempitlah jadi baginya."
Ingatlah satu peringatan Allah kepada seorang suami agar suami-suami sedar bahawa harta-harta serta anak-anak isteri boleh melalaikan mereka daripada mengingati Allah atau khusyuk di dalam beribadah kepada Allah.
Di antara perbuatan mengingati Allah yang terpenting sekali ialah sembahyang. Kalau di dalam sembahyang kita asyik teringat bagaimana hendak mengumpul harta untuk memberi kemewahan dan kesenangan kepada anak isteri atau bagaimana hendak memujuk hati isteri supaya dia sentiasa gembira, maka jangan mimpilah di dalam perkara-perkara lain kita boleh ingat kepada Allah seperti ketika kita bekerja mencari rezeki, ketika kita mendapat kesenangan dan sebagainya. Dan yang paling menyedihkan ialah dalam usaha dia mengumpulkan harta-harta itu, dia tidak akan menghiraukan lagi tentang larangan-larangan Allah dan tidak memikirkan bagaimana hendak mendapatkan harta yang halal. Orang-orang seperti inilah yang akan di masukkan ke dalam golongan orang-orang yang membinasakan diri di sebabkan oleh anak dan isteri.
Dalam pada hati seseorang itu sentiasa bimbang untuk mendapat berita untuk anak dan isteri yang kononnya akan menjadi bekalan bagi mereka apabila dia telah mati nanti, maka kata ulama, orang seperti ini biasanya akan menjadi orang yang bakhil, lokek dan kikir. Apabila seseorang itu sudah bakhil, lokek dan kikir, inilah celaka yang paling besar yang boleh membinasakan dirinya. Bukan sahaja bakhil yang dimilikinya itu merupakan bakhil yang berkaitan kepada perkara yang menjadi wajib bagi dirinya, seperti mengeluarkan zakat dan membantu fakir miskin serta anak yatim.
Kalau hartanya telah menjadi begitu banyak, rasa takut dan bimbang lahir di dalam hatinya kalau-kalau dicuri orang, maka dia akan menyimpannya di dalam bank. Hasil dari simpanan itu, hartanya akan bertambah atau beranak-ranak kerana riba yang dibayar oleh bank. Dengan demikian akan bertambah lagi satu kecelakaan bagi dirinya. Lebih-lebih lagi celaka bagi dirinya, kalau dia hanya mengeluarkan bunga dari simpanannya itu untuk makan minum dan belanja anak isterinya. Jelaslah suami itu sendiri memasukkan najis ke dalam perutnya dan perut anak isterinya.
Lagi satu kebinasaan yang akan menimpa kepada seseorang suami itu sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ghazali ialah akibat daripada suami-suami yang tidak melaksanakan hak kepada anak-anak dan isteri. Mereka-mereka ini adalah terdiri dari suami-suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya sehingga sanggup membiarkan mereka melakukan perbuatan yang melanggar syariat.
Perkara yang melanggar syariat yang boleh dilakukan oleh anak isteri adalah banyak sekali daripada perkara yang haram hinggalah kepada perkara yang makruh dan dari kemungkaran yang kecil-kecil hinggalah kepada kemungkaran yang besar-besar. Seorang suami itu boleh menerima kecelakaan, kalau anak-anak dan isterinya melakukan kemungkaran atau melanggar syariat seperti mengumpat, mengeluarkan kata-kata lucah, mendedahkan aurat, mendengar lagu-lagu yang mengkhayalkan atau anak-anak perempuannya atau isterinya memandang kepada seseorang lelaki yang bukan muhrimnya.
Begitu juga, syariat melarang keras suami tunduk dan menjadi hamba kepada isterinya. Kecelakaanlah bagi suami-suami yang mengikut cakap isterinya dengan ertikata cakap-cakap isteri yang melanggar hukum-hukum syarak.
Misalnya, di dalam soal poligami. Allah swt mengizinkan suami untuk berkahwin lebih dari satu iaitu dua, tiga dan empat. Syariat tidak mensyaratkan suami untuk mendapat keizinan isteri kalau hendak berkahwin lagi satu samada yang kedua, ketiga atau keempat. Kalaulah ada syarat-syarat yang menghendaki suami meminta izin daripada isteri-isteri untuk berkahwin lagi satu, ini adalah satu kecelakaan kepada suami kerana suami terpaksa tunduk kepada isterinya dalam hendak melaksanakan perkara yang dibenarkan oleh syariat.
Ertinya, kalaulah ada suami yang hendak berkahwin lagi satu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa meminta izin kepada isterinya, suami telah menjadi hamba kepada isterinya. Di sini bukan pada suami sahaja yang berlaku kecelakaan itu, malah pada isteri pun demikian juga kalau isteri-isteri yang menghalang suami berkahwin lagi satu adalah menentang hukum syarak.
Seorang suami yang tidak berani menegur atau menunjuk ajar anak isterinya atau menjadi Pak turut, suami itu telah tunduk kepada hawa nafsu isterinya. Suami seperti ini, sebenarnya tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, maka suami itu dianggap sebagai seorang yang dayus. Orang yang dayus tidak akan masuk syurga. maka tersuratlah di depan pintu syurga sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:
"Engkau hai syurga haramlah atas segala lelaki yang dayus."
Inilah ancaman kepada seorang suami yang tidak dapat menunaikan hak terhadap isteri dan anak-anaknya, suatu ancaman yang datang dari Allah swt dan Rasulullah saw. Di dunia ini kita diancam tetapi bila di akhirat kelak kita tidak akan diancam lagi tetapi kita akan ditempelak. Allah akan tempelak kita sebagaimana firmannya yang bermaksud:
"Adakah tidak kami datangkan ke atas kamu Rasul-Rasul? Menerangkan kepada kamu ayat-ayat Kami, pengajaran-pengajaran Kami tentang suruh dan larangan. Kenapa kamu tidak suluh? Kerana apa kamu tidak terima? Kerana apa kamu tidak ikut? Meraka akan jawab, "Ya Allah! Rasul-Rasul sudah datang, Rasul-Rasul sudah terangkan dan Rasul-Rasul telah tinggalkan semua itu kepada kami. Tetapi kami lupa dan kami yang buta. "Kemudian di jawab Allah," "Apa boleh buat kerana sekarang ketetapan azab sudah berada, ketepatan azab sudah berlaku, ketepatan azab sudah tetap di atas kamu. Kamu akan terjun ke neraka."
Jelas sepertimana apa yang dikatakan oleh Imam Ghazali bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya, tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak kepada anak dan isterinya, maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.
Kemudian menurut Imam Ghazali lagi, bahawa sesungguhnya kebinasaan yang terdapat bagi seseorang yang berumahtangga itu adalah sangat banyak dan sangat merata, hingga tidak dapat hendak diperkatakan satu persatu. Seseorang itu tidak akan dapat sejahtera daripada kebinasaan ini melainkan orang itu benar-benar mempunyai ilmu pengetahuan agama dan mempunyai hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin dan mendidik anak isteri di dalam rumahtangga. Dan orang itu pula adalah yang mendapat pimpinan Allah setelah dia benar-benar suami yang sentiasa berdoa dan memohon sungguh-sungguh kepada Allah agar Allah membantu dia dalam mendidik dan menakluki anak isterinya, agar dia benar-benar dapat menunaikan kewajipan-kewajipan yang telah diamanahkan Allah swt kepada anak dan isteri. Dan akan anak dan isteri pula sanggup menerima dengan lapang dada.
Dalam hal ini tunjuk ajar kita adalah dengan tujuan agar anak dan isteri kita dapat memiliki iman orang-orang saleh kerana apabila mereka dapat memiliki iman ini, mereka juga kelak akan beramal sebagaimana orang saleh beramal. Dan sekiranya kita tidak berupaya menunjuk ajar mereka, serahkan kepada tok-tok guru.. Ajak mereka mengaji Fardhu ain sama-sama. Sebab ini adalah kewajipan kita yang bukan saja tinggal di dunia saja tetapi akan berkait hingga ke akhirat. Di sana kita sebagai suami akan ditanya dan akan diungkit lagi oleh Allah swt.
Monday, January 24, 2011
Tenang yang tidak Tenang
PRK di DUN Tenang membuatkan suasana politik negara kembali tidak tenang.Hiruk pikuk dan suasana pesta bagi setengah golongan yang gembira kerana peluang meraih rezeki secara terpijak halal atau haram tidak di kirakan lagi.Mereka yang merasakan inilah peluang membalas dendam atau mengambil jalan mudah dengan menyebarkan fitnah dan mencaci calun sebelah pihak lawan mereka.Inilah didikan dan amalan sejak dari dahulu,kini dan selamanya.
Rasulullah bersabda kepada Abdul Rahman (Abu Hurairah),
“Wahai Rahman, jangan kamu minta jadi pemimpin/pangkat, kalau kau minta pimpinan maka kamu akan disusahkan. Tetapi apabila kamu tidak minta jadi pemimpin tapi kamu diberi tanggungjawab maka kamu akan ditolong oleh Allah.”
Memilih pemimpin dalam islam bukanlah perkara sederhana, ia merupakan hajat besar kehidupan manusia. Memilih pemimpin tidak sekadar perkara cabang dalam agama, namun bahagian dari masalah prinsip.
Firman Allah:
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu Jadi agama bagimu.” (QS Al-Maidah: 3)
Ayat tersebut turun beberapa bulan sebelum Rasulullah wafat, tepatnya pada waktu haji wada’ (haji perpisahan). Yang mana dengan turunnya ayat tersebut menunjukan bahwa agama Islam ini telah sempurna tidak kurang sedikitpun.
Agama Islam adalah agama yang universal (syamil), yang mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik yang berhubungan dengan Allah (Habluminallah) atau pun yang berhubungan dengan manusia (Hablu minannas). Mengatur manusia dari tatacara masuk tandas sampai tatacara memilih pemimpin.
Dalam komuniti kecil saja kita diperintahkan untuk memilih seseorang menjadi pemimpin, sebagaimana Rasulullah bersabda:
“Tidak boleh bagi tiga orang berada dimanapun di bumi ini, tanpa mengambil salah seorang di antara mereka sebagai amir (pemimpin)”. (HR Ahmad),
Sungguh, penisbatan berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan kaum mukminin, merupakan ancaman keras bagi siapapun yang tidak bertanggungjawab dalam memilih pemimpin, sebagaimana sabda Rasulullah yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas:
“Barangsiapa memilih seseorang menjadi pemimpin untuk suatu kelompok, yang di kelompok itu ada orang yang lebih diredhai Allah dari pada orang tersebut, maka ia telah berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman.” (HR. Hakim)
Dalam hadits lain Rasulullah. bersabda, sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah.:
“Dulu Bani Israil selalu dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi meninggal, ia digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. Akan tetapi, nanti akan ada banyak khalifah. “Para sahabat bertanya, “Apakah yang Engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab, “Penuhilah baiat yang pertama dan yang pertama itu saja. Berikanlah kepada mereka haknya, karena Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban mereka atas rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka.” (HR Muslim).
Dari hadis di atas, tampak bahwa Islam memiliki ciri khas tersendiri dalam perkara kepemimpinan. Iaitu keharusan adanya seorang pemimpin dalam seluruh perkara, apalagi perkara besar seperti negara. Sebab, tidak akan ada gunanya pelaksanaan suatu sistem apabila tidak ada orang yang memimpin pelaksanaan sistem tersebut.
Seorang pemimpin adalah peribadi yang sangat menentukan bagi suatu umat atau bangsa.
Menentukan kerana dengannya sebuah Negara boleh maju atau mundur. Bila seorang pemimpin tampil lebih memihak kepada kepentingan dirinya, rakyat pasti terlantar. Sebaliknya bila seorang pemimpin lebih berpihak kepada rakyatnya, maka keadilan pasti ia tegakkan.
Sungguh benar perumpamaan yang mengatakan bahwa pemimpin adalah nakhoda bagi sebuah kapal. Sebab Negara ibarat kapal yang di dalamnya banyak penumpang. Para penumpang seringkali tidak tahu apa-apa. Maka selamat tidaknya sebuah kapal tergantung nakhodanya. Bila nakhodanya berusaha untuk melanggar kapal ke sebuah karang, tentu kapal itu akan tenggelam dan semua penumpang akan sengsara.
Saturday, October 30, 2010
Amanah yang diGALAS
Allah sebut dalam al-quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
27. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang diamanahkan kepadamu, sedang kamu mengetahui.(al-anfal:27)
Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa ada pemimpin yang berwibawa dan bekelayakan untuk memimpin. Memberi tugas kepimpinam kepada orang yang tidak layak akan memporak-perandakan sesuatu organisasi.
Sabda Nabi SAW:
إذا وسد الأمر الى غير أهله فانتظر الساعة
Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran.
Pemimpin yang beramanah tidak akan menggunakan statusnya sebagai pemimpin untuk mengumpul harta negara dengan sewenangnya. Pemimpin yang amanah tidak akan menipu rakyatnya.
Disebut dalam sahih Muslim sabda Nabi SAW:
ما من عبد يسترعيه الله رعية، يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته، إلا حرم الله عليه الجنة
Tiadalah seorang hamba Allah SWT yang diberi tugas memimpin rakyat kemudian dia mati pada hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah SWT mengharamkan baginya daripada memasuki syurga.
Janganlah meminta untuk menjadi pemimpin jika tidak ada kelayakan untuk memimpin. Ingatlah bahawa amanah kepimpinan amat berat. Disebut dalam hadis daripada Abi Zar katanya: Wahai rasulallah! Tidakkah mahu engkau melantikku? Baginda menepuk bahuku dan bersabda:Wahai Aba Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tututannya.’
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59)
58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.(an-nsa')
Petikan dari Blog
Notes:
Wak ucapkan kepada pengundi Di Galas dan BAtu Sapi supaya menggunakan kuasa yang terhad ada pada pengundi supaya mengundi berdasarkan kepada Firman Allah yang menghendaki memilih Pemimpin yang adil dan Amanah.
Sesungguhnya Amanah menjadi pemimpin (Khalifah)yang Allah kehendaki menurut Islam adalah amat berat sehinggakan gunung ganang mahupun Jin tidak sanggup memjadi Khalifah sehingga manusia sanggup memikulnya.Ini adalah kerana Amanah itu akan ditanyakan di hari pengadilan nanti.Sekiranya hanya sedikit tergelincir daripada amanah yang diberikan maka azabnya adalah amat berat.
Saturday, April 3, 2010
Pilih pemimpin yang tidak fasik
Jika menipu rakyat sudah tidak mencium bau syurga, apatah lagi bagi para pemimpin yang menzalimi rakyatnya, melakukan penyelewengan, rasuah, merampas harta rakyat serta memantau dan menangkap rakyat yang cuba melakukan muhasabah ke atas mereka agar menerapkan Islam.
Apakah kita sebagai Muslim tetap mahu mengambil golongan yang zalim sebagai pemimpin? Siapakah pemimpin yang zalim jika bukan pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah (kerana) firmanNya,
“Barang siapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].
Pemimpin yang ada pada hari ini adalah pemimpin yang hanya mementingkan kuasa dan harta semata-mata dan langsung tidak mengendahkan hukum Allah? Berapa banyak sekalipun peringatan dari Al-Quran dan al-Hadis mengenai kedudukan mereka, termasuklah peringatan yang menyentuh tentang azab neraka yang bakal mereka hadapi, namun ternyata para pemimpin ini tetap keras kepala dan berhati batu serta senantiasa berpaling dari kebenaran. Mereka tetap menzalimi rakyat, tetap memakan harta rakyat, tetap menolak hukum Allah dan terus sujud kepada hukum barat. Alangkah beraninya mereka melakukan semua itu, seolah-olah janji (azab) Allah itu satu kepalsuan bagi mereka!
Kita tetap wajib melakukan muhasabah terhadap mereka. Berpalinglah dari pemimpin ini agar kita tidak menyesal suatu hari nanti, hari di mana tidak ada gunanya penyesalan walau seluas tujuh ratus lautan sekalipun.
Justeru , periksalah apa yang pemimpin kita lakukan, jika mereka berada di jalan yang benar, maka taatilah mereka, namun jika mereka menyimpang dari kebenaran, luruskanlah mereka dan jika mereka enggan, maka tinggalkanlah mereka. Berpalinglah dari pemimpin yang membawa kita ke jalan yang dimurkai Allah dan berusahalah untuk mewujudkan seorang pemimpin yang beriman dan bertaqwa.
"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” [TMQ Muhammad (47):7].
Friday, January 8, 2010
Masaalah tidak takut Tuhan
Orang menilai "masaalah" berbeza beza.Kadang kadang masaalah di katakan bukan masaalah dan bukan masaalah di katakan masaalah.Masaalah yang paling besar sebenarnya ialah masaalah tidak takut Tuhan.Tetapi malangnya zaman ini tidak ada orang menyebut masaalah tidak takutkan Tuhan ini satu masaalah.Bila orang tidak kenal dan tidak takut Tuhan, yang bukan masaalah menjadi masaalah.Contohnya menjadi pandai bukan masaalah.Tidak ada siapa akan berkata pandai ini satu masaalah.Tetapi hari ini pandai itu sudah jadi masaalah.Ia menjadi masaalah kerana orang pandai itu tidak takut tuhan.Bila pandai tetapi tidak takut Tuhan, datang lah sifat sombong hingga menjadi masaalah.Datang rasa ego hingga menjadi masaalah.Menipu,dan memutar belit hingga menjadi masaalah.Menjadi pemimpin bukan masaalah.Semua orang suka adanya pemimpin.Samada rakyat suka pemimpin, yang punya diri pun suka jadi pemimpin.Jadi pemimpin bukan masaalah.Tetapi pemimpin yang tidak takut Tuhan, itu masaalah.Bila dia ada kuasa mula lah sombong, ada kepenting diri,rasuah,menjadi zalim, menindas,untuk mempertahankan kedudukan nya dia mencantas musuhnya dengan umpatan,fitnah dan ada yang sanggup membunuh..
Manusia menilaikan masaalah yang remeh temeh dikatakan masaalah besar.Contohnya kemiskinan.Bagi Tuhan miskin itu bukan masaalah. Tuhan tidak kata miskin tiu berdosa dan masok neraka.Manusia bertungkus lumus hendak mencapai kemiskinan sifar. Mana ada kemiskinan sifar dalam Islam.Allah jadikan semua berpasang pasang. Jadi kalau ada kaya tentu ada miskin.Jadi tidak boleh ada miskin sifar. itu karut.Dan begitu juga tidak boleh ada semua orang kaya dalam masyarakat 100%.Orang miskin yang redha dengan Allah dan masyarakat yang menjalankan tanggung jawab terhadap orang miskin tidak jadi masaalah.Kerosakan sosial akibat orang miskin hanya kecil sahaja. Tetapi kerosakan yang di buat orang cerdik pandai (termasok ulama) dan pemimpin mengakibatkan negara menjadi huru hara, dan lingkup.Itu masaalah.
Jadi macam macam masaalah yang sedang berlaku sekarang saperti krisis politik, krisis antara pemimpin pemimpin,krisis ekonomi,krisis pendidikan, krisis sosial dan berbagai bagai krisis yang melanda negara kita ada lah kerana masaalah yang paling besar yang tidak di pandang langsung untuk di tangani ia itu masaalah tidak takut
Tuhan.
Siapa kah sepatutnya yang bertanggung jawab menangani masaalah tidak takut Tuhan ini yang sudah jadi tsunami besar yang melanda manusia sejagat?
Salaam & Regards
Amri el Wahab
Dipetik dari http://hembusan-amal.blogspot.
Sengaja Wak titipkan artikel di atas kerana permasaalahan yang kita hadapi sekarang ini berpunca dari masaalah kerohanian yang telah diterapkan ke jiwa selama 50tahun dan hasilnya inilah kita saksikan dengan pelbagai masaalah yang tiada penyelesaiannya kecuali kembali kepada Tali Allah dan takutkan Allah..